MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- 5,000 hadiri ceramah DAP: Sentimen "Undur Taib" memuncak
- SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK'
- KALI INI SIAPA YANG AKAN HALANG KES QAZAF ?
- NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYA
5,000 hadiri ceramah DAP: Sentimen "Undur Taib" memuncak Posted: 08 Apr 2011 11:00 PM PDT Chen Shau Fui Apr 08, 2011 Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Demikianlah cabaran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam. Lim Kit Siang (gambar kiri) disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat. Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani, klip video seks yang diedarkan "Datuk T", keselamatan dan sebagainya - untuk membidas bagaimana kerajaan mengamalkan double standard dalam pentadbiran. Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Kata-katanya ini disambut dengan tepukan gemuruh di bawah pentas. Selain itu, Voon Lee Shan yang tersingkir dari senarai calon DAP turut hadir untuk memberi sokongan, dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh pengundi. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal. |
SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK' Posted: 08 Apr 2011 07:00 PM PDT JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur. Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar. Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu. Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini). Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu? Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar./wfauzdin.blogspot.com |
KALI INI SIAPA YANG AKAN HALANG KES QAZAF ? Posted: 08 Apr 2011 10:35 AM PDT SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu. Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam. Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil. /wfauzdin.blogspot.com |
NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYA Posted: 08 Apr 2011 02:25 AM PDT AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka. Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja. Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas? Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ? Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya. Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan