Jumaat, 1 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya....

Posted: 01 Apr 2011 12:30 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk


IGP: Video seks didedah 'Datuk T' tulen

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh "Datuk T" awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ''Datuk T'' merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ''trio'' iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. -TMI


Ulasan GB

Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak.

OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi.

Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman.

Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa.

Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan.

Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan?

Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut.

Kes Rogol Amah

Posted: 31 Mar 2011 09:30 PM PDT

Mahkamah India kelmarin menghukum penjara seorang aktor Bollywood selama tujuh tahun kerana merogol orang gajinya dalam kes yang menggemparkan industri filem itu.

Shiney Ahuja didapati bersalah memperkosa, melakukan peras ugut dan bersalah mengurung amah terbabit pada Jun 2009 meskipun mangsa menarik balik tuduhan rogol, menurut keputusan mahkamah.

Hakim PM Chouhan, memutuskan Ahuja bersalah berdasarkan aduan asal yang dikemukakan kepada polis dan tidak mengambil kira bukti diberi mangsa, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Ahuja, 37, yang pernah menang beberapa anugerah filem, menafikan tuduhan ke atasnya dan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguam belanya, Srikant Shivade kepada wartawan.

Prosiding mahkamah tidak dibuka kepada media.

Ahuja membintangi beberapa filem Bollywood termasuk Hazaaron Khwaishein Aisi (Nafsu Seribu), Gangster dan Life in a Metro.
September lalu, amah berusia 20 tahun itu menarik balik tuduhan berkenaan atas alasan dia diberitahu supaya membuat aduan kepada polis oleh seorang wanita yang membantunya bekerja dengan pelakon berkenaan.

Ahuja menghadapi tahanan reman di penjara selama tiga tahun pada 2009 sebelum dibebaskan atas ikat jamin. Dalam tempoh itu, dia terbabit dalam pembikinan beberapa lagi filem.

Ahuja adalah bintang terbaru Bollywood yang dikenakan hukuman penjara. Beberapa pelakon sudah dihukum penjara sebelum ini.

Sanjay Dutt didapati bersalah pada 2007 kerana membeli senjata api haram daripada perancang serangan Mumbai pada 1993 yang menyebabkan lebih 250 maut.

Aktor terkenal, Salman Khan pula didapati bersalah pada 2006 kerana memburu di kawasan perlindungan haiwan. – AFP

Ulasan GB

Teringatkan sidia yang merogol amah di Malaysia tetapi belum disiasat-siasat lagi walaupun laporan polis telah dibuat.

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Posted: 31 Mar 2011 08:37 PM PDT

Projek 'Lautan Biru Strategi 3' tiada kaitan pilihan raya

SERIAN: Projek 'Lautan Biru Strategi 3' yang dikendalikan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata jika ada pihak mengaitkan projek berkenaan dengan politik, mereka sebenarnya silap kerana ia sudah lama dirancang.

Malah, katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek membina kediaman rakyat miskin menerusi Program Bantuan Rakyat (PBR) sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.

"Saya ingin menegaskan, projek ini bebas daripada sebarang unsur politik, jauh sekali berkaitan dengan pilihan raya Sarawak.

"Kami melaksanakan projek ini demi kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar dan harap ia tidak dikaitkan sebagai projek pilihan yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya selepas majlis penyerahan rumah PBR kepada Juwim anak Nyaie, di Kampung Bunan Gega, di sini, semalam.

Sebanyak dua rumah baru dibina di kampung berkenaan, manakala empat lagi dibaiki mengikut program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain dan Panglima 1 Divisyen,Mej-Jen Datuk Awi Suboh.
Ibrahim berkata, sebanyak 9,400 rumah PBR akan dibina di seluruh negara tahun ini dan di Sarawak sebanyak 3,183 unit akan dibina dengan kos sebanyak RM1.03 juta.

Bagi projek pembinaan rumah baru, setiap projek memerlukan peruntukkan antara RM40,000 hingga RM44,000 manakala untuk projek membaiki pula memerlukan kos RM12,000 setiap satu.

Katanya, kementerian memilih ATM sebagai rakan kongsi untuk menjayakan projek 'Blue Ocean' kerana ia dijamin cepat dalam tempoh singkat dan menjimatkan kos.

Sementara itu, Zulkifeli, berkata, selain membantu agensi lain melaksanakan projek untuk kemudahan rakyat, ATM khususnya Tentera Darat juga memanfaatkannya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Selain PBR, beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, termasuk jalan sepanjang 76 kilometer dari Ba' Kelalan ke Long Luping di hulu Baram.

"Malah, anggota kami juga terbabit dalam projek bekalan air bersih di 12 daerah negeri ini bersama Jabatan Kesihatan dan sebanyak 37 lokasi sudah dikenal pasti dengan peruntukkan sebanyak RM5.2 juta disediakan," katanya.

Ulasan GB

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ATM menyangkakan semua rakyat bodoh seperti mereka.

Cuba menggunakan topeng bernama 'Lautan Biru Strategi 3" apabila rela menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk berkempen di pilihanraya negeri Sarawak.

UMNO BN menggunakan pelbagai strategi untuk "merasuah" rakyat, sekalipun mereka berselindung di sebalik pelbagai kumpulan dengan pelbagai jenama.

Diantaranya seperti diatas, lansung tidak bermaruah memperalatkan Angkatan Tentera. Jika benar tiada muslihat dan tiada apa-apa kaitan dengan PRN Sarawak, mengapa perlu namanya "Gelombang Biru" yang tiada lansung kaitan dengan ATM? Bukankan "Gelombang Hijau" lebih bertepatan dengan warna sesebuah angkatan tentera? Celoreng biru hanya digunakan oleh pelatih PKLN. Sejak bila ATM menurunkan darjatnya serendah itu? Itulah kedudukan mutu dan darjat ATM sekarang ini.

Selain dari itu, UMNO BN juga menggunakan NGO yang membawa penari-penari separa bogel menganjurkan majlis makan malam dan mengadakan cabutan bertuah mengagihkan pelbagai hadiah untuk rakyat yang selalu dilakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Apa-apa pun semua penipuan UMNO BN tidak akan kekal. Satu hari rakyat akan tetap buka mata dan UMNO BN pasti tumbang juga!

Memang Benar SPR Tidak Boleh Diharapkan Untuk Pilihanraya Yang Bebas & Adil

Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT

SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan "tidak adil" bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh "diharap" sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

"Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM," kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh "diharap" sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah "bebas" dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka," kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang)," kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

"Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

"Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis," katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

"Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

" Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti," katanya lagi. -TMI


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan "tidak adil" bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh "diharap" sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

"Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM," kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh "diharap" sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah "bebas" dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka," kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang)," kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

"Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

"Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis," katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

"Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

" Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti," katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Majoriti rakyat menyatakan memang SPR tak boleh diharap untuk memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Kerana? Sikapnya yang tidak berkecuali, tidak telus dan terlalu berpihak kepada parti kerajaan UMNO BN.

Tidak percaya? Buat satu pungutan suara.

Bukti: Terlalu banyak. Diantaranya keengganan menggunakan dakwat kekal, menyerang pembangkang tetapi membiarkan parti kerajaan melakukan pelbagai kesalahan pilihanraya, pemindahan pengundi tanpa notis, pengundi pos yang ditambah secara mendadak, timbalan pengurusi SPR yang terlalu lama berkhidmat dan pelbagai lagi.

Kata kami: SPR boleh menipu sesetengah orang di dalam sesetengah masa, kamu tidak boleh menipu semua orang di dalam semua masa.

Alasan: Kebenaran akan tetap akan muncul juga.


Kes Sosilawati: Akan Mula Dibicara 4 Julai Selama 3 Bulan

Posted: 31 Mar 2011 05:30 PM PDT

Shah Alam: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang menggemparkan negara tahun lalu akan mula dibicarakan selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai 4 Julai depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu pada prosiding sebutan semula kes itu, semalam.

Terdahulu, tertuduh, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lagi individu, Ogos tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil dan tenang sepanjang prosiding kira-kira setengah jam itu.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 42, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Tertuduh diwakili peguam, Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Kes pembunuhan itu mendapat publisiti meluas apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas ke Banting atas urusan pembelian tanah ditemani Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Pada 6 September tahun lalu, BMW M5 dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW milik Ahmad Kamil dijumpai di depan rumah teres berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat mangsa terungkai pada 12 September tahun lalu apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini mengesahkan mereka dibunuh sebelum dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke sungai berhampiran.

LATAR BELAKANG KES

PADA 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi satu semakan kehakiman mengubah hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20 dan U Suresh, 27 kepada 20 tahun.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 15 Oktober tahun lalu tidak memadai dengan kesalahan dua lelaki itu.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara itu terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku salah atas tuduhan melupuskan abu mayat mangsa dalam pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawita serta tiga individu lain.

Kedua-duanya mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat mangsa.
Sementara itu, dalam kes berasingan anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan Allahyarham ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mengikut permohonan asal, Sosilawati ketika hayatnya menuntut wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang didakwa diberikannya kepada Nash sepanjang tempoh perkahwinan singkat mereka.

Kes jutawan kosmetik ini dianggap paling kejam selepas pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, yang mayatnya dikerat 18 bahagian pada 1993.

Mayat lelaki itu ditemui tertanam dengan simen dalam stor di belakang rumah pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mohd Affandi, Mona Fandey dan pembantu mereka, Juraimi Husin dijatuhi hukuman gantung hingga mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 selepas didapati bersalah membunuh Mazlan.

Ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman mati itu pada 2001. -hm

Siapa "Faiz" Di dalam Imej Kamera Intip Pejabat MB Selangor?

Posted: 31 Mar 2011 03:30 PM PDT

Siapa 'Faiz' dalam imej kamera intip?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai 'Faiz' yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini.

Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama 'Faiz' itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu.

Menurut Khalid, selain 'Faiz", wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu.

Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut.


"Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi. Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.

"Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja.

"Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar. Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini.

Ketika diasak pemberita mengenai 'Faiz' Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu.

Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri.

Rombakan dalam PKNS

Sementara itu, menyentuh mengenai salah urus tadbir yang berlaku dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid berkata kemungkinan wujud rombakan dalam perbadanan tersebut.

Penyelewengan itu berkait rapat dengan pelantikan tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama dalam penubuhan Telemarketings PKNS.

Malah Khalid menganggarkan RM30 juta telah diagihkan kepada tiga syarikat Telemarketings PKNS tersebut.

"Pihak jawatankuasa yang meneliti audit telah buat beberapa keputusan dan ia akan dibawa dalam mesyuarat exco sama ada minggu depan atau minggu seterusnya.

"Cadangan banyak dan rombakan dalam PKNS itu ada. PKNS dan Pengurus Besar Othman Omar gagal dalam disiplin mengawal keewangan perbadanan itu. Biasanya dibawah RM500 ribu pengurusan boleh membuat keputusan, tetapi lebih RM500 ribu, lembaga pengarah yang buat keputusan.

"Disebabkan hal itu, Othman yang sepatutnya disahkan jawatan Februari tahun ini hanya akan diperbaharui kontraknya setiap bulan," katanya yang juga Adun Ijok.-FMT

Pegawai SPRM Tonton Pornografi Di Pejabat, Tim Pengarah Naik Pangkat

Posted: 31 Mar 2011 07:53 AM PDT

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitanganya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka di kawasan suruhanjaya itu.

Pada satu ketika, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap "ia di luar kawalannya".

"Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri," katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. -mk

Ulasan GB

Dasyat sungguh. Pegawai SPRM boleh tonton ponografi di pejabat SPRM. Dan bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim menyatakan ia di luar kawalannya.

Itu pun boleh dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pula.


Tangkapan Video Seks: Siapa Penipu - Menteri Atau Polis?

Posted: 31 Mar 2011 07:01 AM PDT

Video seks: Belum ada tangkapan, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Polis belum menahan mana-mana pihak berhubung isu rakaman video seks, yang didedahkan awal minggu lalu oleh tiga "Datuk T", mendakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berdasarkan maklumat yang pada beliau belum ada mana-mana pihak yang ditahan setakat ini.

"Setahu saya, tidak ada pihak yang ditahan lagi," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan media minggu lalu menyebut bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan selepas disoal siasat selama lima di Bukit Aman, malam Khamis lalu.

Mereka dilaporkan dilepaskan dengan diikat jamin.

Bagaimanapun kedua-duanya telah menafikan ditahan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga mendakwa tidak cukup bukti untuk mendakwa kedua-dua mereka bersama Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim – tiga "Datuk" yang mengaku bertanggungjawab atas pendedahan rakaman tersebut.

"Anda kena tanya pendakwa atau polis," kata Hishammuddin apabila ditanya bila "Datuk T" akan ditahan kerana memiliki dan menayangkan rakaman video seks.

Kata beliau, siasatan adalah berdasarkan pada laporan polis Anwar yang dibuat pada 22 Mac lalu.


Polis Periksa Lokasi Kejadian Rakaman Video Seks

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks tersebut.

Beliau berkata siasatan kes itu masuk hari ketiga pada Jumaat dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ismail berkata beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin akan berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya. -- BERNAMA 25 Mc 2011


Ulasan GB

Percanggahan wujud diantara kenyataan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin yang berkata

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis..."

dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata,

berdasarkan maklumat yang pada beliau belum ada mana-mana pihak yang ditahan setakat ini

Apa tujuan penipuan itu dilakukan?

Dewan Rakyat: Bung Moktar Ditegur Guna Perkataan Kesat

Posted: 31 Mar 2011 05:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Anggota Parlimen Kinabatangan daripada Barisan Nasional Datuk Bung Moktar Radin hari ini ditegur kerana mengeluarkan perkataan kesat semasa persidangan Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menegur Bung Moktar kerana mengeluarkan perkataan 'syaitan bodoh' ketika sesi soal jawab yang bermula pada 10 pagi Khamis.

Perbuatan Bung itu turut tidak disenangi Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sehingga sesi soal jawab itu tertangguh selama 15 minit.

Wan Junaidi berkata sebagai Anggota Parlimen yang mewakili rakyat bagi kawasan masing-masing, mereka harus menggunakan perkataan yang sesuai dan bersikap 'gentleman'.

"Saya minta semua orang (Anggota Parlimen) menggunakan perkataan yang baik... perkataan yang tidak betul jangan sesekali dipakai di dalam Dewan.

"Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi kerana kalau keluar juga, ini bermakna seperti peraturan kita sudah masuk ke dalam tong sampah," katanya.

Bung Moktar kemudiannya menarik balik perkataan itu dan berkata beliau hanya mahu meminta penjelasan daripada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berhubung soal pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kampung Sinar Jaya di kawasannya.

Soalan Bung Moktar dijawab oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek. -BERNAMA


Bung gelar wakil Pakatan 'syaitan besar'

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi.

Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.

Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita.

Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.

"Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat.

"Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi.

Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.

Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.

"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.

Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.

"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.

Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.

"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.

Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.

"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.

Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.

Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.

Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.

Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.

"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.

Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu. -HD



Shahrizat sangkal dakwaan pemandu wanita bahaya

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam menyangkal dakwaan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat kelmarin bahawa wanita di negara ini memandu kereta secara sambil lewa sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata kenyataan itu menyinggung perasaan wanita yang memandu secara berhemah.

"Kementerian telah meminta pihak polis mengeluarkan statistik kemalangan yang melibatkan pemandu wanita di Malaysia bagi mendapatkan gambaran lanjut berhubung dakwaan Yang Berhormat Kinabatangan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Komite Perempuan Acheh Bangkit (KPAB) di kementeriannya semalam.

Shahrizat turut menasihatkan sesetengah pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan berbentuk 'bias gender' bagi mengelakkan mana-mana pihak, terutama wanita, tersinggung. - Bernama


Ulasan GB

Bung Mokhtar tak berubah perangainya dari dulu sampai sekarang.

Kelmarin, beliau buat kenyataan bahawa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Kemudian apabila kaum wanita bangun membantah, beliau menyalahkan pembangkang pula memutar belitkan kata-katanya sedangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri yang menyangkal dakwaannya itu.

Seingat GB, dari dulu lagi beliau pernah mengutuk ahli parlimen wanita:

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mengambil bahagian secara sinis berkata: "Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga." ( UM ).

Dewan Rakyat tidak perlu wakil sepertinya.

Musuh Dalam Selimut Dalam Yayasan Selangor

Posted: 31 Mar 2011 04:53 AM PDT

Petaling Jaya: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Pasukan Risikan Pakatan Rakyat Selangor mendakwa bahawa mantan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman merupakan musuh dalam selimut kepada pentadbiran Yayasan Selangor.

Pasukan tersebut mendapat maklumat bahawa Saifulruddin mempunyai hubungan rapat dengan mantan pemimpin Barisan Nasional yang tidak dinamakan.

Justeru itu, mereka mendakwa Saifulruddin telah memulakan kontroversi sambutan hari ulangtahun Yayasan Selangor ke-40 pada 15 September 2010.

"Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Mohd Saifulruddin ialah beliau telah mengusulkan sambutan besar-besaran diadakan dengan belanjawan bernilai RM300,000.

Rancangan penerbitan buku peringatan sebelum ini telah ditolak.

"Anggaran mengendalikan acara sambutan rasmi ialah RM 285,000. Sebanyak RM 91,000 dibayar untuk mendirikan tiga set khemah "marquee".

Bayaran tambahan sebanyak RM 93,982.40 dibayar kepada Drift Z Enterprise untuk penambahan khemah "marque" bernilai RM 30,412.80," kata wakil kumpulan Pasukan Risikan Pakatan Rakyat dalam satu e-mel yang dihantar kepada FMT hari ini.

"Kontrak menyediakan pakaian rasmi untuk acara tersebut pula telah diberikan secara langsung kepada TL Tinala Enterprise."

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walau bagaimanapun menunjukkan bahawa TL Tinala yang dimiliki Fatimah Omar tiada kepakaran dalam bidang jahitan.

Mohd Saifulruddin juga didakwa merupakan muflis. Notis kemuflisan pernah dikeluarkan terhadap beliau dalam bulan September 2009 yang dilanjutkan selama 12 bulan.

Apa yang lebih menghairankan adalah pada usia 31, beliau telah pun memegang jawatan Timbalan Pengurus (Pengurusan) yang bersamaan dengan pegawai berpangkat Jusa C dalam perkhidmatan awam.

Tambah mengejutkan lagi sebelum jawatan ini Mohd Saifulruddin didakwa hanya menjawat jawatan eksekutif akaun di syarikat pemaju hartanah selama 6 hingga tujuh tahun di Shah Alam.

Perbelanjaan berleluasa Yayasan Selangor menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan tindakan untuk tidak menghadiri majlis ulangtahun yayasan menerusi mantan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud dan setiausaha sulit baginda, Dato' Munir Bani.

Mohd Saifulruddin telahpun dipecat daripada jawatannya pada 18 Mac tahun ini selepas Yayasan Selangor mengalami kerugian RM7.41 juta ringgit. -FMT

Ulasan GB

Tahniah PRPR (Pasukan Risikan Pakatan Rakyat). Kewujudan anda dinanti-nantikan untuk menjawab segala tohmahan GAPS.





Kemelut INTERLOK Meruncing, Bukti Muhyiddin Gagal

Posted: 31 Mar 2011 03:08 AM PDT

Interlok semakin kusut, NGO Melayu campur tangan

Kemelut penggunaan novel Interlok di sekolah semakin kusut apabila beberapa NGO Melayu bangkit membidas sekumpulan NGO Cina dan India yang mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera.

Ini membuktikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga adalah menteri pelajaran bahawa isu Interlok telah selesai jauh daripada meleset.

NGO berkenaan - Majlis Penasihat Ayahanda Wilayah Persekutuan (MANTAP) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dalam satu kenyataan akhbar, mengingatkan semua pihak supaya menghentikan menjadikan Interlok sebagai mauduk perjuangan mereka.

Ini, kata mereka terutama menjelangnya musim pilihan raya supaya "luka orang Melayu tidak menjadi parah".

"Walaupun di peringkat kerajaan telah menyatakan ketegasan dan pendirian berkaitan novel ini, tetapi sikap mereka yang mempunyai kepentingan politik masih lagi mempermainkan isu yang sensitif ini dan cuba menangguk di air keruh, amat tidak kami senangi.

"Malahan sikap sebahagian daripada ahli parti komponen BN yang bersekongkol dalam mensensasikan isu ini juga amat biadap dan terpesong dari semangat keharmonian yang dilaungkan oleh kerajaan," petik kenyataan itu.

Sehubungan itu, NGO Melayu berkenaan mendesak kerajaan agar bertegas dan tidak memperdulikan tuntutan tersebut.

"Ingat! Pihak kami tidak sekali-kali akan membiarkan cacing naik ke mata dan keharmonian yang terbina sekian lama terkubur disebabkan kerakusan oportunis sebegini.

"Tekad kami, maruah bangsa perlu dipertahankan. Walau bergolok bergadai akan tetap kami harungi. Maruah pribumi wajib didaulatkan dan keharmonian negara mesti dikekalkan," kata kedua-dua NGO itu lagi.

Semalam, Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng lagi. -mk

Tiada ulasan: