Selasa, 12 April 2011

Biaqpila

Biaqpila






Antara Jam Omega, Taib Mahmud Dan Najib Razak



Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat perakuan bahawa jam Omega milik Ketua Pembangkang itu ada dalam simpanan mereka, media arus perdana mencabar mereka untuk menunjukkan jam itu.



Perdana Menteri Najib Razak pula tidak menghadapi tekanan seperti itu apabila berjanji bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud akan berundur pada masa yang sesuai - tidak pula ada desakan untuk menamakan pengganti atau jangka masa Taib akan berundur.



Dwi standard media arus perdana untuk BN dan Pembangkang sudah lama wujud di Malaysia, dan tidak ada tanda-tanda keadaan akan berubah di bawah kerajaan pimpinan Najib.



Berbalik kepada cerita jam tadi, Anwar akhirnya terpaksa mendedahkan bahawa polis setakat ini belum pun meminta jam itu daripadanya, jadi tidak timbul soalan beliau cuba berdolak dalih dalam isu itu.



Harus diingati Anwarlah orang yang membuat laporan polis mengenai fitnah video lucah - bukannya gandingan Datuk T - bagi membolehkan polis membuat siasatan terhadap video dan jam Omega yang cuba dikaitkan kepadanya.



Dan sungguhpun ada tanda-tanda siasatan akan cenderung ke suatu sudut tertentu, seperti mana yang berlaku pada siasatan polis bersabit buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” pada tahun 1998, namun buat masa ini biarlah polis menyelesaikan siasatan, dengan atau tanpa jam yang ada pada simpanan Anwar.



Perkara yang lebih penting adalah Taib Mahmud - kerana rakyat Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang baru Sabtu ini.



Jika Najib bingkas memberi perakuan bahawa Taib akan berundur, maka rakyat mempunyai hak untuk mengetahui siapa penggantinya.



Ini penting untuk menilai corak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Ketua Menteri baru itu.



Lebih penting, adakah orang baru itu amanah dan berwibawa dan bukan sekadar meneruskan warisan pemerintahan korup Taib dan BN.



Jika Pakatan Rakyat boleh mengumumkan bahawa Ketua PKR Sarawak Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri baru jika gagasan itu menubuhkan kerajaan negeri, maka BN juga harus bertanggungjawab mendedahkan siapa bakal mencorak masa depan Sarawak, jika benar Taib akan berundur.



Media, SPR dan SPRM digesa pantau kempen PM

Posted: 12 Apr 2011 03:00 PM PDT

KUCHING: Pakatan Rakyat menggesa media alternatif, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memantau sepenuhnya tindakan Perdana Menteri yang berkempen sepenuhnya di Sarawak.

Anggota Parlimen Balik Pulau, Ysumadi Yusof (gambar) dalam kenyataannya berkata, beliau dan jentera PKR akan memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

Beliau berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran dengan mengundi untuk menukar kerajaan BN.

Media melaporkan, Najib telah mengambil keputusan untuk terusan berkempen di Sarawak hingga hari pilihan raya pada 16 April 2011.

Perkara ini, kalau diteliti, adalah sesuatu yang menghairankan kerana ini adalah kali pertama Perdana Menteri terlibat secara langsung di dalam kempen pilihanraya peringkat negeri.

Sebelum ini, kata Yusmadi, secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri akan menggalas cabaran di pilihanraya negeri bagi pihak Barisan Nasional.

"Ini menunjukkan bahawa PM akur dengan kewibawaan Pakatan Rakyat di dalam kempen mereka untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini," katanya.

Sejarah telah membuktikan bahawa, jika BN berada di dalam keadaan yang meruncing, mereka akan menggunakan segala macam taktik dan cara untuk memenangkan calon-calon mereka, katanya.

"Sejarah juga telah mengingatkan kita bahawa pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu di bulan Mei 2010, Perdana Menteri telah menawarkan untuk memberi RM5 juta kepada pengundi untuk memperbaiki saliran Sungai Rajang jika mereka memilih calon BN, Robert Lau sebagai Ahli Parlimen Sibu.

"Insiden seperti ini dijangka akan berlaku lagi kerana dilihat saingan di Sarawak menjadi semakin sengit," dakwa beliau.

Pada 31 March 2011, Yusmadi berserta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain termasuk, Nurul Izzah, Azan Ismail, Loh Gwo-Burne dan Abdullah Sani telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya.

Laporan ini dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) yang menyatakan bahawa rasuah politik merupakan suatu bentuk rasuah yang paling teruk, katanya.



dialograkyat

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/4/11

Posted: 12 Apr 2011 08:00 AM PDT

DR.CHANDRA SAMA DENGAN SEEKOR KERBAU?

Posted: 12 Apr 2011 05:00 AM PDT

Kalau dia tak bersetuju Anuar mencuci najis yang terpalit di muka!,  apa bezanya dia dengan seekor kerbau!!
Nampaknya pendirian Dr.Chandra Muzaffar dalam isu video seks  2x5 dengan penyokong Umno !  Tahap kewarasan Dr. berdarah keling ini sama taraf  dengan Dato’ Eskey (T)  atau lebih teruk dari Tan Sri Rahim Tamby Chik..


Dalam satu kenyataannya beliau meluahkan rasa terkejut dan kesal terhadap DS Anuar. Beliau mendakwa Anuar sepatutnya berundur dan meletak jawatan kerana imej dan moralnya telah tercemar!,.. katanya.


Begitulah bangangnya komen  Dr. Chandra Muzaffar  seorang yang memegang jawatan  Pengerusi JUST,  juga pengkritik sosial dan politik berhubung dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan DS Anuar Ibrahim.  Dr.Chandra yang dulunya adalah seorang yang disegani kerana buah fikirannya yang bernas dan tajam,  sepatutnya tidak mengeluarkan pendapat yang sebodoh itu!  Inilah bahananya bila harga diri sudah dibeli oleh UMNO,  mentaliti kamu telah jatuh ketahap yang paling dungu!!.



Andai katalah Anuar berundur dan meletak jawatan dari politik bukankah itu bermakna Anuar bersetuju dengan segala tuduhan dan dakwaan palsu terhadapnya!. Mana mungkin Anuar membiarkan orang mencalit najis kemukanya.  Salahkah Anuar mempertahankan diri?. Salahkah Anuar membersihkan dirinya?  Salahkah Anuar berdiri di atas kebenaran dan berpegang teguh dengan prinsip perjuangannya?.


Teman nak tanya Dr Chandra!, Kalau perkara yang sama berlaku ke atas diri kamu!!  sedangkan kamu dipihak yang benar,  apakah kamu merelakan saja? Kalau najis ditempek kemuka kamu!, apakah kamu mendiamkan diri tanpa mahu mencucinya?  Kalau kamu tak mahu mencucinya, samalah taraf kamu dengan seekor kerbau yang tak kisah badannya bergelumang taik!!

rahimho

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO SEKS: DI ANTARA DUA DARJAT INDONESIA DAN MALAYSIA

Posted: 12 Apr 2011 03:00 AM PDT



Di Malaysia penyebar dan penonton video seks di Carcosa Seri Negara terus dijulang bagaikan hero filem Tamil. Sehingga hari ini Datuk T yang dikepalai Rahim Tamby Chik masih bebas dan terus menerajui Risda salah sebuah badan berkanun utama di negara ini. Rahim Tamby Chik dan kuncu-kuncunya seolah-olah mendapat layanan cukup istimewa umpama hamparan permaidani merah kerana 'keberaniannya' mendedahkan rakaman video seks yang kini tersebar di seluruh negara.

Tidak ada satu bentuk tindakan yang jelas dan menyakinkan rakyat bahawa penyebar video lucah berdepan tindakan undang-undang. Akibatnya, Rahim Tamby Chik seolah-olah mencabar dan mempelekehkan undang-undang yang ada serta terus berbangga dengan tindakan 'bermoral' yang telah dilakukannya.

Berbeza dengan negara berjiran serumpun, Indonesia walaupun negara berkenaan diselubungi dengan pelbagai video pornografi tetapi pelaku, penonton dan penyebar akan menerima kejian dan kutukan dari masyarakat. Tidak kira mereka yang sudah popular atau mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Inilah yang berlaku kepada penyanyi popular Indonesia, Airel Peterpan.

Terbaru, sikap rakyat Indonesia yang benci pada pornografi memaksa Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),Arifinto yang dirakam menonton video lucah ketika sidang Parlimen Jumaat lalu, meletakkan jawatan bermula semalam kerana tidak sanggup menanggung aib dan kutukan rakyat.

Di Malaysia penyebar video seks mendapat layanan istimewa serta liputan besar-besaran. Carcosa Seri Negara rumah tetamu kerajaan telah diubah suai untuk memberi laluan tayangan 'blockbuster' filem lucah terhebat abad ini di Malaysia.

Semua ini cukup jelas menunjukkan sikap hipokrit pihak berkuasa dan kerajaan Umno-BN yang menjadi punca suburnya budaya lucah tersebar di kalangan rakyat. Masyarakat di negara ini perlu diselamatkan daripada dirosakan minda dan fikiran mereka oleh kerajaan yang ada dengan tidak ada cara lain dengan memastikan Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang.

angkasanuri

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nasib Najib Altantuya Kini Terletak Pada Jam O-Mega??

Posted: 12 Apr 2011 12:00 AM PDT

Penganalisis politik meramalkan, sekiranya pilihanraya umum diadakan Julai

ini, Pakatan Rakyat bakal memberi tentangan sengit kepada Barisan Najis.

Jam Omega cuma hanya "memperlahankan" kemaraan buat seketika!



Bukti keratan akhbar bertarikh 7 Ogos 1995 yang menyebut

Taib Mahmud akan bersara dalam tempoh LIMA tahun.

Sudah berapa lama janji Taib cuma tinggal janji??


Kenyataan Najib bahawa Taib akan berundur “apabila sampai masanya” tidak lebih daripada kenyataan retorik yang tidak memberi apa-apa makna kepada pengundi Sarawak.



Bukankah Taib pernah berjanji untuk berundur pada tahun 2000 namun tidak berbuat demikian?



Apakah Najib mahu mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih pengaruh ke atas Taib berbanding dengan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2000.



Keratan akhbar 1995 yang memetik Taib berjanii untuk hanya memerintah lima tahun lagi masih ada dalam arkib semua suratkhabar di Sarawak dan di Kuala Lumpur.



Jelas kata-kata Taib tidak dikotakan ketika itu dan tidak ada sebarang petanda keadaan itu akan berubah kali ini.



Dalam keghairahan untuk mencanang dirinya sebagai berjiwa rakyat, Taib minggu lalu secara nekad menyifatkan penyelesaian Putrajaya terhadap isu al-Kitab sebagai “bodoh” sekali gus meremehkan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin.



Komen itu memberikan jendela untuk rakyat menilai hubungan antara Putrajaya pimpinan Najib dan Taib Mahmud.



Kesimpulannya jika Anwar perlu menunjukkan jam Omega kepada media arus perdana dan bukan polis, Perdana Menteri Najib Razak juga perlu menunjukkan bukti Taib Mahmud akan berundur pada kadar segera dan penggantinya sudah dikenalpasti.

jalanpulang1978

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KENAPA SIASATAN VIDEO SEKS PERLU DIPERCEPATKAN

Posted: 11 Apr 2011 09:00 PM PDT



1. Supaya yang memiliki video tersebut dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

2. Supaya yang menayangkan video tersebut kepada umum dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

3. Supaya mana-mana blogger dan TV yang menyiarkan rakaman video tersebut di La Carcosa boleh ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

4. Supaya mana-mana pihak yang menonton video itu dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

5. Supaya ibu/bapa ayam atau orang ketiga yang menguruskan rakaman video seks itu dapat ditangkap dan dipenjara dengan segera.

6. Supaya kita mengetahui mengapa ada alamat siam dalam video tersebut dan kebenaran bahawa adegan itu dibuat di siam.

7. Supaya kita mengetahui siapakan sebenarnya pelaku yang tidak berjanggut itu dan seterusnya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

8. Supaya pengugut dalam kes video ini kepada seorang ahli politik dan isterinya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

9. Supaya pesalah berkaitan dengan isu yang melibatkan orang Islam itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang2 Islam dengan segera.

Dengan alasan di atas, saya menyokong supaya siasatan kes itu dilakukan dengan seberapa segera.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SOALAN YANG PATUT WARTAWAN MEDIA PENCACAI TANYA

Posted: 11 Apr 2011 06:00 PM PDT


INI KA ESKAY? DIA KATA ADA DALAM VIDEO ITU...
NAMPAK MUKA MACAM DIA
KALAU DIA ADA DALAM VIDEO TU,MAKNANYA ANWAR KENA PERANGKAP
PASAI AMOI TU PUN KAT DALAM BILIK SAMA
DIA SIAP TOLONG ADJUST REMOTE CONTROL LAGI TUU...
SIBUK KE HULU-KE HILIR BUKAN MAIN LAGI...
KAH! KAH! KAH!

KALAU ANWAR MASUK PERANGKAP,APA KEJADAH SEMUA NI?
PASAI PA TAK PANGGIL JAWI ATAU JAIS?
PANGGIL SEKALI TV3SUKU PUNYA 999 TU
KALAU BOLEH BAWAK UTUSAN MELOYA SEKALI
KAH! KAH! KAH!
BUAT PA NAK SUSAH PAYAH RAKAM?
BUAT PA NAK SUSAH PAYAH PI CARI JAM?
KAH! KAH! KAH!

INILAH SOALAN YANG PATUT WARTAWAN MEDIA PENCACAI TANYA
BUKANNYA DOK TANYA PASAL JAM OMEGA TU
KAH! KAH! KAH!




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: