Selasa, 12 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pilihan Raya Sarawak: Bn buat konsert,bila ceramah tak dapat sambutan

Posted: 12 Apr 2011 08:06 AM PDT

Oleh Angkasanuri

Gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda.

Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.

Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik.


http://angkasanuri.blogspot.com/

Lupa hukum walau berdakwah...Dalam Botol

Posted: 12 Apr 2011 08:03 AM PDT

Oleh SRAYUSA

JIKA Hikayat Merong Mahawangsa digembar-gemburkan dan dianggap sebagai filem tempatan berskala besar tahun ini, ...Dalam Botol (...DB) pula dikatakan sebagai filem tempatan paling kontroversi.

Terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Khir Rahman, ...DB mula ditayangkan di seluruh negara pada 24 Oktober ini.Menurut Penerbit dan Penulis Skrip ...DB, Raja Azmi Jalani, ilham menerbitkan filem ini bermula sejak seorang sahabat lamanya membongkar rahsia hati mengenai kisah hidupnya yang menyayat hati.

Ekoran kesan mendengar kisah itu, Raja Azmi menegaskan dia mahu berdakwah menerusinya sambil menyatakan jangan taksub dengan cinta, dan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu keputusan yang tidak akan membawa/mengizinkan kita berpatah balik.

Dalam konteks filem ...DB ini, sesuatu yang sangat mustahil dapat dimiliki semula itu ialah kelelakian. Justeru, walaupun mencetuskan kontroversi apabila skripnya selesai ditulis, serta diuar-uarkan kepada rakan-rakan dan wartawan, ia membawa persoalan yang sangat penting (sebenarnya), dan perlu diambil berat.

Sehubungan itu, langkah Raja Azmi menganggap positif segala sindiran dan teguran terhadapnya, tidak salah. Paling kurang, ada isu lain yang ditampilkan dalam filem tempatan – lari daripada ìmuakî dengan kisah seram, tahayul, misteri, jenayah, perpecahan keluarga, dan sebagainya.

Selepas turut ditegur oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Raja Azmi berjanji dengan pihak tersebut. Jakim juga menasihatinya selepas meneliti beberapa isu dalam skrip ...DB.

Raja Azmi menerima teguran dengan terbuka, dan menghantar pula ke Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM). LPFM tidak menolak, kecuali meminta Raja Azmi menggugurkan perkataan "Anu" (tajuk asal filem ini ialah Anu Dalam Botol).

Raja Azmi tiada masalah, dan mula mencari pelakon sejak awal tahun 2009. Meskipun ramai pelakon lelaki popular seperti Norman Hakim, Allahyarham Faizal Yusof, Badrul Muhayat, Que Haidar, Zul Huzaimy, Adi Putra, dan Ashraf Muslim menghadiri sesi uji bakat, Raja Azmi akhirnya memilih pelakon baharu, iaitu Arja Lee, dan Wan Raja untuk menggalas watak-watak utama.

Selepas melihat hasilnya, boleh dikatakan pilihan Raja Azmi itu tidak sia-sia. Arja Lee dan Wan Raja berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Penampilan mereka dibantu oleh kecemerlangan pelakon muda popular, Diana Danielle; dan kemantapan aksi pelakon mapan seperti Ogy Dato' Ahmad Daud, Normah Damanhuri, dan A Jalil Hamid. Rosnan Rahman dan Pekin Ibrahim turut membantu.

Penggambaran ...DB berjalan dari 6 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010. Proses penyuntingan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selesai empat bulan kemudian. Selepas pos produksi di FINAS, ...DB siap seratus peratus pada bulan September 2010, dan dihantar semula ke Finas untuk proses Wajib Tayang.

Yang menarik, ...DB turut mendapat perhatian Library of Congress, Washington DC yang meminta salinan filem tersebut untuk disimpan di sana. Salinan tersebut telah diserahkan dalam majlis Malam Gala Tayangan Perdana ...DB di GSC Signature, The Gardens Mall, Kuala Lumpur kepada wakil pihak berkenaan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

...DB mengisahkan Rubidin (lakonan Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) yang bercinta sejenis atau homoseks/pasangan gay. Demi cinta kepada Ghaus, Rubidin sanggup menjalani pembedahan menukar jantinanya menjadi (wanita) Ruby.

Bagaimanapun, Ghaus akhirnya meninggalkan Ruby setelah tergoda dengan "kekasih" baharu. Ruby menjadi setengah gila. Oleh kerana wasiat ayahnya (A Jalil Hamid, dia kembali ke kampung menjadi Rubidin semula.

Tanpa diduga, seorang gadis manis di kampung, Dina (Diana Danielle) muncul menghiasi hidup Rubidin. Walaupun pada luaran tidak mengaku, Dina sebenarnya mencintai Rubidin, dan cintanya berbalas. Dia dan Rubidin bahagia sebagai pasangan normal, dan mengambil keputusan berkahwin.

Malangnya (bukan malang sebenarnya), Ghaus datang pada hari majlis perkahwinan Rubidin-Dina. Dia membuka rahsia kepada ibu Rubidin (Normah Damanhuri), dan sampai ke pengetahuan ibu Dina (Ogy Dato' Ahmad Daud) mengenai pembedahan jantina Rubidin.

Walaupun kelihatan zalim, (Ghaus tidak membalas dendam apaapa kerana dia yang meninggalkan menjadi ìlelakiî tidak karuan, dan melarikan diri kerana tahu dia akan gagal/ mustahil menjadi suami Dina – kerana dia telah membuang kelelakiannya dan menyimpan di dalam botol (memang begitukah atau perlukah disimpan di dalam botol – untuk dilihat semula sekalisekala?).

Barangkali inilah "bala" atau "azab" yang cuba ditekankan oleh Raja Azmi.

Filem gay Melayu Cuma, yang mungkin pertama ini menyerlahkan bakat kepengarahan Khir Rahman. Dia tidak bersalah meskipun tindakannya itu dimarahi rakan baik mereka berdua (Rosnan Rahman).

Berdasarkan kisah benar, agak sukar untuk membuat komentar walaupun sebenarnya tidak mesti seratus peratus tanpa menokok atau meluakkan. Usaha dan percubaan Raja Azmi ini tetap baik. Cuma, saya tidak pasti filem arahan Khir Rahman ini akan mampu memberi kesan positif kepada masyarakat, terutama remaja/muda mudi.

Bala tidak menuju terus kepada umat Islam sekarang sebagaimana yang menimpa kaum Nabi Lut a.s. Cuma, Rubidin yang ìkembaliî Ruby/ Rubidin), perbuatan Ghaus itu wajar (sekali).

Raja Azmi dan Khir terlepas pandang (atau menganggapnya biasa), ialah adegan pergaulan bebas di antara Rubidin dengan Dina sehingga pada satu adegan di dalam bilik tidur, mereka hampir berasmara tanpa disedari ibu Dina.

Paling menarik ialah persembahan yang dibawakan oleh Khir, terutama pada permulaan dan penghujung ...DB. Adegan awal menampilkan Rubidin tidak keruan. Penonton, termasuk saya fikir itu memang adegan awal/ pertama.

Rupa-rupanya, itu adalah penghujung ...DB. Rubidin melarikan diri pada hari perkahwinannya kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan. Cara tersebut menarik!

Salma (Mentor 5) Akan Jelaskan Status Ibu Tunggal

Posted: 12 Apr 2011 08:01 AM PDT

Salma membuat persembahan di konsert kedua Mentor musim kelima di Wisma MBSA, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Peserta Mentor musim ke lima yang juga protoge kepada Erra Fazira iaitu Salma,21, terkejut apabila soalan mengenai status perkahwinannya ditanya oleh pihak media sejurus selepas tamat rancangan itu Ahad, lalu.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis dikatakan seorang ibu tunggal beranak satu.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung status itu kerana bimbang akan mengganggu konsentrasinya dalam program tersebut.

"Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja.

"Saya takut kenyataan saya nanti akan mengganggu fikiran," kata wanita berasal dari Tawau, Sabah ini.



Salma bersama-sama mentornya, Erra Fazira.

Tambahnya: "Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga."

Pada konsert kedua kumpulan B itu, Salma menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 157 di mana pada konsert pertama dia mendapat 80 peratus dan konsert kedua 77 peratus.

Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima.

Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze untuk protégé.

Sementara hadiah untuk naib juara adalah wang tunai RM30,000 untuk mentor dan protégé. Protégé yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150.

Mentor 5 disiarkan di TV3 pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Ameng Dihukum Penjara Lapan Tahun Dan 10 Sebatan

Posted: 12 Apr 2011 07:54 AM PDT

BERNAMA



Ameng digari ketika keluar dari Mahkamah
Sesyen Ayer Keroh, Melaka, Selasa. - Foto
A MALEX YAHAYA


MELAKA: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.

Ibrahim Ali kepada Husam: Desak Nik Aziz berhenti

Posted: 12 Apr 2011 07:51 AM PDT

Dulu MB Kelantan kata kalau Tun Dr Mahathir berhenti, dia juga akan berhenti dan masa sudah hampir lapan tahun berlaku.



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali menempelak exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendesak Perdana Menteri menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebaliknya, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, mendesak Datuk Nik Aziz Nik Mat berhenti dari jawatan Menteri Besar Kelantan kerana selalu sakit dan menamakan penggantinya.

"Sibuk dengan rumah tangga orang, rumah tangga sendiri bocor tidak sedar. Kuman seberang laut nampak, kepala kereta api depan mata tak nampak.

"Dulu MB Kelantan kata kalau Tun Dr Mahathir (Mohamad) berhenti, dia juga akan berhenti dan masa sudah hampir lapan tahun berlaku," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ibrahim berkata, beliau menyokong Husam sebagai menteri besar bagi menggantikan Nik Aziz dan percaya banyak isu yang boleh diselesaikan.

Katanya, isu air, Bazar Tok Guru yang dikatakan rugi RM50 juta dan
pembinaan pasar baru Pasir Mas boleh diselesaikan oleh Husam.

Menurutnya, pemimpin PAS dan kerajaan Kelantan perlu menumpukan kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri agar wujud lebih banyak peluang pekerjaan.

"Lebih baik begitu dari berceramah siang malam, berkokok sana sini, berapa lama nak main isu rakyat serta berselindung di sebalik Islam," tambahnya.

Ibrahim berkata, desakan Husam supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan pengganti Taib merupakan satu desakan yang amat lucu dan nakal.

"Siapa ganti itu hak BN, yang kamu sibuk kenapa? Apakah kena dapat kelulusan (daripada) PAS?," soal beliau.

Husam dilaporkan mendesak Perdana Menteri menamakan pengganti Taib dalam satu majlis anjuran Pakatan Rakyat di Kuching malam tadi.

Kes Badrul, peguam dirujuk selepas PRN Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 07:48 AM PDT

Badrul dan peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas kesalahan menghina Speaker Dun Selangor.



SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah dan peguamnya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor selepas berakhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak nanti.

Badrul dan peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun dihadapkan ke Jawatankuasa itu atas kesalahan menghina Speaker Dun Datuk Teng Chang Khim.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "kami akan selesaikan perkara ini minggu depan kerana ramai Adun terutama daripada Pakatan Rakyat sibuk dalam PRN Sarawak. Ini termasuk Speaker yang juga berada di Sarawak."

Menurut Pengerusi Jawatankuasa itu, M Manoharan, yang juga Adun Kota Alam Shah, tarikhnya akan ditetapkan pada bulan April ini.

"Kami akan tetapkan tarikh bagi Badrul dan Hafarizam untuk dirujuk ke Jawatankuasa pada bulan ini juga. Kami akan beritahu tarikhnya kemudian," katanya yang dihubungi FMT.

Manoharan dilantik sebagai pengerusi bagi menggantikan Teng untuk menyiasat dakwaan ini bagi mengelak siasatan secara berat sebelah.

Pada 1 April lalu, Badrul dan Hafarizam yang juga penasihat Undang-Undang Umno dirujuk atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lalu kepada Teng dengan menggunakan bahasa yang amat tidak senonoh, biadab dan mengugut.

Perkara itu diputuskan Timbalan Speaker Haniza Talha dalam sesi perbahasan Dun setelah diusulkan oleh Menteri Besar yang juga Adun Ijok dan dipersetujui Adun Batu Tiga Rodziah Ismail.

Khalid semasa membentangkan usul itu berkata, surat mengenai isu kes mahkamah tentang status kerusi Dun Pelabuhan Klang yang dihantar Badrul dan Hafarizam itu dihantar kepada Teng Selasa lalu semasa sesi Dun masih bersidang.

Sementara itu, Khalid berkata kerajaan Negeri turut melantik ahli korporat terkenal Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai perunding eksekutif dan penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya.

Pelantikan itu yang dibuat selepas berunding dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) berkuatkuasa pada 5 April lalu.

Beliau bertangungjawab mengawasi urusan perniagaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya.

Raja Idris menggantikan Datuk Abdul Karim Munisar yang meletakkan jawatan pada tahun 2008.

Musim bunga di Sarawak?

Posted: 12 Apr 2011 07:44 AM PDT

Bridget Welsh


Semasa angin perubahan menggoncang Timur Tengah daripada Tunisia ke Yemen, ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik, dengan semua ketidakseimbangan dalam lapangan pertarungan, telah mengadakan satu pilihanraya yang kompetitif.

Namun, dengan berlangsungnya kempen di Sarawak, ia semakin jelas bahawa perubahan sedang berlaku. Pentadbiran 30 tahun Abdul Taib Mahmud yang sama panjang dengan kekuasaan regim Hosni Mubarak sudah memberi inspirasi yang tidak pernah dilihat di bumi kenyalang.

Dengan rekod jumlah pengunjung ke ceramah di seluruh pelusok negeri, pintu perubahan sudahpun terbuka, dengan Perdana Menteri Najib Razak menyuruh semua anggota kabinet turun berkempen di Sarawak yang sudah menjadi satu ujian kertas litmus negara yang penting.

Pilihanraya ke 10 Sarawak bakal menjadi medan ujian yang sebenar selepas Mac 2008 samada Malaysia bakal menyaksikan satu lagi musim bunga atau membantutkan angin perubahan.

Hilang kepercayaan terhadap pimpinan Sarawak

Terdapat beberapa persamaan yang penting antara Sarawak dan Timur Tengah selain tempoh kekuasaan kepimpinan yang lama. Yang paling ketara ialah ketidakpuashatian yang semakin mendalam terhadap pimpinan negeri di mana semakin banyak rakyat Sarawak telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keputusan Taib Mahmud untuk bertanding dan tidak menawarkan satu pelan pemindahan kuasa yang nyata, fokus tetap terpaku kepada keperibadian dan kekayaan keluarganya. Usaha untuk menyekat laman Sarawak Report sudahpun terlalu lewat.

Dengan ramai yang masih tetap setia kepada Taib, terutamanya dari golongan Melayu/Melanau dan pada tahap yang lebih rendah di antara beberapa komuniti Iban, isu rasuah dan nepotisme telah menjadi fokus utama sehingga menjadikan ianya pusat berbanding dengan keadaan di pilihanraya negeri 2006.

Isu-isu ini telah dibincangkan di rumah panjang dan kedai kopi secara terang-terangan, dengan rujukan kepada contoh-contoh konkrit yang membolehkan isu-isu tersebut menyerap luas ke dalam masyarakat. Terdapat pengundi yang merasakan dirinya dikhianati dan ditipu sehingga ada pemimpin negara dan BN yang hilang kredibiliti mereka.

Apa yang berbeza ialah perbualan kedai kopi daripada pilihanraya yang lepas ialah skop perbincangan dan peningkatan mendadak terhadap kepercayaan mengenai "excesses" (kelampauan salah tadbir negeri), ialah persis kelampauan.

Keadaan ekonomi yang tidak baik

Masa pilihanraya negeri kali ini tidak memihak kepada BN, dan memberikan lagi kesan terhadap faktor kelampauan. Inflasi tetap pada kadar yang tinggi (lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia), dan kesan pertumbuhan di bawah pentadbiran Najib, contohnya Model Ekonomi Baru (NEM), tidak dirasai pada kadar yang sama.

Pembangunan di Sarawak sudah terbantut untuk beberapa tahun yang lepas, di mana pertumbuhan telah mundur dan pendapatan tidak naik-naik. Manfaat ekonomi negeri dilihat tertumpu pada tangan golongan elit Taib. Ekonomi Sarawak – selain daripada pelancongan dan pembangunan pelabuhan berkaitan dengan gas asli, secara umumnya kurang dinamik.

Bahkan harga komoditi yang lebih tinggi untuk barang-barang seperti minyak kelapa sawit tidak menetes ke bawah dalam cara yang sama seperti Semenanjung Malaysia, kerana ini didominasi oleh syarikat yang menguruskan ladang (banyak di tangan elit politik dan orang dari Semenanjung Malaysia) daripada petani kecil.

Sektor runcit pula tersepit oleh pengurangan pembelanjaan, disebabkan kesinambungan upah rendah, yang tetap berada di tahap rendah mengejutkan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian khususnya, dengan pekerja mendapat kurang dari RM500 satu bulan di pasaran pelanggan yang boleh dikatakan sekurang-kurangnya 30 peratus lebih mahal daripada Semenanjung Malaysia.

Isu sekuriti makanan juga telah muncul sebagai masalah, dengan perubahan dalam pengeluaran pertanian dan inflasi, mengurangkan kualiti makanan, terutama di kawasan luar bandar.

Tahap kemiskinan melampau walaupun mungkin telah turun dari tahun 1980, namun pada saat ini kadar kemiskinan relatif tetap tinggi, dengan rekod kedua tertinggi di negara. Jurang antara kaya dan miskin di Sarawak telah meningkat dan bertambah lebih luas - meskipun seseorang percaya hanya beberapa laporan kekayaan elit ahli politik negeri itu - daripada Semenanjung Malaysia.

Kesulitan ekonomi dan perbezaan jauh lebih menonjol dalam pemilihan ini dan ini juga sedang dibicarakan secara terbuka.

Hilangnya rasa takut

Perbincangan terbuka ini telah mula mengubah satu lagi elemen penting yang telah menjadi sebahagian integrasi dari politik Sarawak iaitu rasa ketakutan.

Walaupun ada kebimbangan yang cukup bahawa proses pungutan suara tidak rahsia (yang difahami dalam masyarakat penduduknya lebih sedikit), ada juga kesediaan yang lebih tinggi untuk keluar dan berkumpul, dan, seperti yang berlaku di jalanan di Kaherah, dinamik ini sedang mendapat momentum.

Banyak pemilih, yang berdiam diri dalam menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak pembangkang, yang mendapat keberanian untuk menghadapi kesan sampingan dan menghadiri perhimpunan. Mereka memberikan sokongan kewangan di beberapa bandar yang menyamai sumbangan tahun pilihan raya Mac 2008.

Sementara BN yang menunjuk ke arah ketidakstabilan - mengingatkan pada pilihanraya 2001 selepas 11 September - ini tidak mempunyai kesan sama sekali, kerana pemilih di Sarawak seperti di Mesir, lebih bersifat engkar.

Kempen Internet lebih dinamik

Ini kerana sebahagian daripada alasannya berkaitan dengan sumber-sumber maklumat baru, iaitu akses pada sumber maklumat alternatif. Blog, website seperti Malaysiakini, YouTube dan banyak lagi telah menjadi sebahagian integral daripada kempen pilihanraya. Ini tidak berlaku dahulu, bahkan pada Mac 2008.

Kempen siber sangat panas, bahkan mungkin lebih panas daripada rally ceramah. Adalah penting untuk menghargai bahawa penetrasi internet di Sarawak jauh lebih terhad daripada Semenanjung Malaysia, di mana ia hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Maklumat walaupun secara tapisan tersebar ke daerah semi-luar bandar dan luar bandar, akan tetapi secara perlahan-lahan dan tanpa impak yang besar sehingga sampai saat ini.

Ironisnya, ini adalah situasi di Timur Tengah juga, kerana perkongisan maklumat hanya tertumpu di kawasan bandar. Golongan kelas menengah dan profesional itu merupakan saluran yang amat penting dan pemimpin perbincangan, dan dinamik ini tampaknya akan bermain di Sarawak juga.

Peranan diaspora yang kritikal

Kesamaan terkini sebagai faktor penentuan melibatkan peranan penting dari diaspora (penduduk Sarawak di luar kawasan) Sarawak. Ada sekurang-kurangnya 300,000 pengundi Sarawak berada di luar negeri. Majoriti yang keluar kerana kurangnya peluang pekerjaan dan mereka tertumpu di Singapura dan Kuala Lumpur.

Mereka telah mengikuti pilihanraya kali ini dari jauh, memberikan sokongan dan kepulangan mereka untuk memilih akan menjadi faktor penting dalam membentuk keputusan di kawasan-kawasan yang sengit. Berapa ramaikah mereka yang akan kembali bakal menjadi penentuan dalam keputusan akhir.

Masalah yang sama juga bermain di dalam negeri, di mana pemilih muda di Kuching, Miri dan Bintulu akan membentuk kempen masyarakat luar bandar (apabila mereka pulang).

Pertandingan yang amat sengit


Walaupun perkara-perkara di atas menunjukkan gelombang ke arah perubahan, terdapat beberapa lagi cabaran penting yang membuatkan pilihanraya kali ini sebuah pertandingan yang paling kompetitif dalam sejarah Sarawak. Kemenangan pembangkang pada tahun 2006 dimenangi dengan margin yang sangat kecil, dan jumlah kecil keseluruhan pemilih di konstituensi membuatkan banyak pertandingan menjadi sengit.

Tiada satu pun dari kerusi pembangkang yang "selamat", dengan sengitnya pertandingan kali ini, lebih banyak kerusi menjadi pertandingan terbuka. Hampir separuh daripada 71 kerusi di dalam ruang, dengan jumlah pemilih atas pagar yang sangat tinggi, terutama di daerah Iban dan di kerusi semi-luar bandar. Keputusan di semua kerusi akan ditentukan pada saat terakhir, termasuk setiap kerusi pembangkang.

Jentera dan kewangan BN

BN akan terus bergantung kepada kelebihan tradisinya iaitu sumber kewangan. Jentera BN - termasuk penggunaan jabatan kerajaan – bergerak dengan baik dan BN mempunyai akses kepada kawasan luar bandar, yang membolehkannya mendapat sebuah kawasan selamat – beberapa kawasan yang "pasti" menang.

Wang tersebut telahpun mengalir keluar, dengan rumah-rumah menerima RM1,000, individu RM200 dan individu yang berpengaruh sebanyak RM5, 000. Sebelum ini mereka ini hanya dibayar sebanyak RM20. Apa yang akan menarik untuk dilihat adalah, jika benar wang terus menjadi kuasa penentuan, yang telah terjadi dalam pilihan raya sebelum ini, adalah berapa banyak lagi wang yang perlu disalurkan.

Penyaluran kewangan awal telah dibuat untuk menjadikan ini satu pilihanraya yang mahal. Meningkatnya penggunaan insentif kewangan untuk mendapatkan sokongan memberikan gambaran terhadap cabaran yang sedang dihadapi BN di dalam usaha memperkukuhkan dan dalam beberapa kes untuk mendapatkan kembali kesahihannya. Laungan janji pembangunan di Sarawak nampaknya tidak mempunyai kesan yang sama.

Pada peringkat ini, adalah amat sukar bagi BN untuk mengadakan pilihanraya umum.

Pertalian peribadi dan pertikaian parti

Penerusan budaya 'perlindungan' membezakan musim bunga yang mungkin melanda Malaysia daripada perubahan di Timur Tengah. Di Sarawak, dengan penduduk yang lebih kecil, terutama di kawasan luar bandar, ikatan mereka lebih bersifat peribadi. Ada banyak dalam masyarakat luar bandar yang mempunyai rasa kesetiaan yang kuat kepada Ketua Menteri Taib, kerana hidup dan mata pencarian mereka terikat pada pemerintahannya.

Tidak seperti pertalian akar umbi Umno di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia yang sudah musnah, hubungan peribadi adalah lebih kuat di Sarawak, dan menghasilkan kesetiaan.

Melintasi jambatan ke tempat yang tidak diketahui – terutamanya dengan ketidakpastian di dalam kepimpinan di segelintir golongan pembangkang – bukanlah langkah yang sanggup harungi oleh banyak pihak. Hal ini memberikan BN kekuatan, meskipun telahpun tercemar.

Salah satu alasan mengapa SUPP sedang menghadapi cabaran untuk mempertahankan nyawa ikannya ialah kerana parti itu telah kehilangan sentuhan peribadi di kawasan bandar. Hal ini tidak menghairankan apabila logo kempen mereka cuba untuk menggunakan daya tarikan ini, walaupun dengan kesan yang terhad sampai saat ini.

Satu lagi elemen hubungan peribadi dalam kempen Sarawak adalah hubungan peribadi calon dengan masyarakat. Calon diketahui, daripada yang bebas kepada menteri-menteri BN. Mereka sangat bergantung kepada sokongan keluarga besar dan persahabatan peribadi. Dalam komuniti kecil, isu-isu ini memainkan peranan yang penting.

Semakin banyak pertikaian dalam sesebuah kerusi tertentu, dengan calon bebas yang mempunyai pangkalan mereka sendiri dan ketidakpuasan hati untuk bertarung, ia akan meningkatkan ketidaktentuan dalam perlumbaan-perlumbaan yang sudahpun sengit. Pertikaian telah menyebabkan PKR, Snap dan PBB bertembung dalam pertandingan tiga penjuru dimana calon bebas turut bertarung. Secara keseluruhan, ini membantu BN dalam tahap yang lebih besar daripada pembangkang.

Politik etnik yang mengerikan


Apa yang membezakan kempen dari yang sebelumnya di luar mobilisasi besar pengundi adalah dari sudut etnik dalam kempen kali ini. Secara tradisinya, dinamik etnik di Sarawak hanya dimainkan di peringkat elit, dengan pertikaian kepimpinan yang jarang diperluaskan ke dalam masyarakat. Sementara itu, walaupun nasionalisme Iban juga penting, ia mempunyai kesan yang kecil pada pilihanraya negeri kali ini.

Sekarang semuanya telah berubah. Pertama, politik perkauman sedang digunakan dalam/daerah Melayu Melanau, dengan alasan bahawa sokongan mereka sangat penting untuk menentukan kedudukan komuniti tersebut dalam kepimpinan Sarawak.

Dengan foto Baru Bian daripada PKR yang diedarkan dan mesej yang halus dihantar dalam kempen, isu 'Ketuanan Melayu' akan mempunyai kesan.

Hujah halus yang disebut-sebut seperti orang Cina tidak setia kerana menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan beberapa pemilih, yang melihat politik etnik Semenanjung Malaysia telah dibawa ke Sarawak sebagai tidak bersesuaian. Hal ini terjadi pada masa yang sama orang Kristian - Iban, Cina, Dayak dan beberapa orang Melanau – berada dalam keadaan sangat marah atas pengendalian Alkitab dan isu-isu 'Allah'.

Agama telah lebih terjalin dengan etnik dan dalam negeri ini, yang majoritinya Kristian, soalan kebebasan beragama telah menimbulkan riak politik, seperti yang berlaku pada bulan Mac 2008 di Semenanjung Malaysia.

Lebih merumitkan dinamik etnik adalah masalah tanah, yang telah terikat pada marginalisasi yang sedang dirasai masyarakat Iban dan Dayak, dengan mengorbankan masyarakat lain dan pihak luar.

Kurangnya kemajuan dalam masalah-masalah tanah adat mempunyai kesan dalam komuniti tertentu dan masalah ini sahaja memiliki arti-penting di lebih daripada 15 kerusi - dari Ba'Kelalan ke Belaga.

Menjadikan pertandingan seadil mungkin


Yang menarik untuk diamati dalam pertandingan ini adalah apakah pilihan raya akan terus dijalankan dalam keadaan terhormat dan adil. Orang Sarawak secara tradisinya akan mengelak konfrontasi dan polarisasi politik. Sementara wang telah diterima sebagai satu norma, masalah lain seperti proses pemilihan juga telah muncul.

Pemilih inginkan, dan patut diberi, satu pertandingan yang adil. Mereka ingin suara mereka diambil kira. Ura-ura bahawa telah ada pemindahan pemilih antara kawasan mengundi, masalah dengan senarai pemilih, cabaran undi pos, kad pengenalan yang didakwa telah diserahkan untuk pembayaran bagi seseorang untuk mengundi individu tertentu, pembatalan permit polis, tekanan pada pemilik kedai untuk membolehkan perbincangan politik telah meningkatkan kebimbangan mengenai integriti dan pendapat.

Apapun yang terjadi ketika keputusan akhir datang, adalah penting bahawa proses pilihanraya ini kredibel. Ramai rakyat Sarawak berharap bahawa seruan BN untuk berkelakuan baik dalam kempen di Sarawak akan dipanjangkan ke proses pungutan undi juga.

Peranan berkecuali dan profesionalisme di antara pegawai negeri di Malaysia dalam pilihan raya Sarawak, adalah sama pentingnya dengan tindakan kerajaan di Timur Tengah.

Ujian kepimpinan Najib


Pada hari-hari terakhir kempen, PM Najib telah membuat langkah berani untuk melibatkan dirinya dalam pilihanraya kali ini. Kehadirannya di bumi Sarawak lebih daripada perdana menteri yang lain kerana ini adalah pertarungan kalah-mati untuk mendapatkan mandat beliau nanti.

Adalah penting untuk melihat apakah beliau mampu mengalihkan kecemasan terhadap kerajaan negeri dan menyalurkan undi terhadap BN.

Pola bersejarah ini sememangnya menjadi salah satu kekuatan Taib daripada pemimpin BN yang lain. Namun segalanya bertukar tempat di pertandingan kali ini. Satu perbandingan selari boleh dibuat ke Tunisia dan Mesir apabila para pemimpin lain datang untuk mengelakkan pembangkang diarahkan dari arah atas.

Target dan kemungkinan


Cabaran di kedua-dua belah pihak sangat besar kerana pertandingan kali ini mempunyai kepentingan yang lebih besar sebagaimana yang disaksikan dalam kempen yang telah berlangsung. BN, Taib dan SUPP sedang menghadapi referendum penentuan yang akan mempengaruhi masa depan mereka, dan mereka harus memegang majoriti dua pertiga dan sekurang-kurangnya kerusi masing-masing.

Bagi pembangkang, apa jua kemenangan yang melebihi 15 kerusi berbanding tahun 1987 adalah prestasi yang besar. Menghalang BN daripada dua pertiga majoriti walaupun tidak mustahil, namun perjuangan ini amatlah sukar bagi semua pihak, dan keunggulan tetap berada di pihak BN walaupun ramainya yang menyerbu ceramah pembangkang.

Setiap undi adalah penting. Musim bunga masih belum tiba ke Sarawak, tapi dengan perubahan yang berlaku di bumi kenyalang, ia masih berada dalam keadaan serba mungkin.

Bridget Welsh adalah profesor sains politik di sebuah universiti di Singapura. Tulisan asal berbahasa Inggeris disiarkan dalam laman web Malaysiakini. Terjemahan dibuat oleh Li Fook Gao.

PAS ucap takziah kepada Kapten Sahimi

Posted: 12 Apr 2011 07:40 AM PDT

Aziz Muda

KUCHING: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kapten Sahimi Ghazali juruterbang helikopter yang ditimpa kemalangan sejurus selepas mendarat di Dataran Perbandaran Sibu petang semalam.

"Kematian dan kehidupan adalah ujian besar dari Allah, semoga keluarga beliau sentiasa dirahmati Allah dan bersabar di atas musibah tersebut," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya, ingin mengingatkan kerajaan BN agar tidak mengambil kesempatan dengan pilihanraya untuk menikmati kemudahan menggunakan helikopter dalam jarak perjalanan sejam ke dua jam.

Lebih mengejutkan bilamana helikopter tersebut baru selesai menurunkan tiga orang anggota rombongan yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian helikopter yang membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri yang terhempas di Sibu petang semalam, sehingga juruterbangnya, Sahimi Ghazali meninggal dunia di Hospital Sibu, malam tadi.

Allahyarham ditimpa nasib malang apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus dikejarkan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Menurut laporan Bernama Online, Ketua Polis Daerah Sibu, Shafie Ismail dipetik berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam tadi.

Shafie dilaporkan berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei itu merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, katanya, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu, tetapi tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh.

"Juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya. 4 orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu. Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan hari ini," katanya.

Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan itu, Hafiz Abdul Halim pula berkata, beliau sedang berjalan kaki menuju RH Hotel, kira-kira 100 meter dari padang itu ketika kejadian berlaku.

"Tidak ada apa-apa masalah dengan helikopter itu bila kami pulang dari Bintangor atau pusing-pusing. Saya sedang berjalan ke hotel ketika kemalangan itu berlaku," kata Hafis yang bersama-sama dengan dua pegawai keselamatan yang naik helikopter itu sebelumnya.

Kejadian ini sekaligus membuktikan betapa BN sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat dalam menghadapi kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, kata Tuan Ibrahim.

"Seharusnya mereka belajar dari kegigihan pimpinan Pakatan Rakyat yang sanggup menggunakan kereta bergerak dan tidur bersama petugas sepanjang pilihan raya ini," kata Tuan Ibrahim (gambar kanan).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam Twitternya menulis, Muhyidin sepatutnya pergi berkempen ke seluruh Sarawak dengan tidak menaiki helikopter bagi membolehkan beliau menilai sendiri kualiti jalan raya di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar kiri) pula berkata, kejadian yang amat menyedihkan itu tidak mungkin berlaku jika pihak BN tidak terlalu gelojoh untuk mencapai matlamatnya.

Menurut beliau, sempena kempen pilihanraya, parti-parti yang bertanding sepatutnya tidak menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan helikopter dan sebagainya.

Ia berbeza dengan pihak PAS yang menggunakan kenderaan darat. "Mungkin orang kata kerana kita tidak ada helikopter."

"Jadi pihak BN kenalah berfikir lebih jauh dalam hal ini. Janganlah kerana nak capai matlamat dan kemenangan dalam pilihanraya, nyawa manusia pula yang menjadi korbannya hanya disebabkan perjuangannya yang bukan pun atas dasar Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa berharap kematian Allahyarham tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pihak BN, tetapi dibela dengan ganjaran atau pampasan yang sepatutnya kepada keluarganya.

"Dah mereka gelojoh sangat nak capai matlamat sehingga nyawa orang terkorban, janganlah pula keluarga Allahyarham dibiarkan begitu sahaja. Berilah ganjaran atau pampasan yang sepatutnya kepada keluarga Allahyarham," katanya.

Abang Eddy menyanyi bersama anak muda

Posted: 12 Apr 2011 07:38 AM PDT

Nazri Abdullah

SADONG JAYA: Selain kempen rumah ke rumah, apa sahaja bakat atau kelebihan yang ada tentunya akan digunakan oleh calon yang bertanding pilihan raya untuk menarik sokongan rakyat.

Begitu juga calon muda PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Eddy, 34, menggunakan kebolehan bermain alat muzik dan menyanyi untuk mendampingi rakyat di sini.

Dalam kempennya di pekan Sadong Jaya hari ini, beliau turut mempamerkan kehebatannya itu.

Dengan memetik gitar di tangan, beliau turut menghadiahkan lagu 'Kau Ilhamku' yang dipopularkan artis polular 90an, Man Bai untuk penduduk kawasan itu khasnya anak muda.

"Jom kita nyanyi sama-sama,"katanya kepada anak-anak muda yang di mengerumuni untuk melihat kebolehan beliau.

"Maafkanlah oh...Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu...

"Kau senyumlah oh...Sekadar memori kita di arena ini...Kau ilhamku...",
antara bait lagu 'ever green' yang dinyanyikan itu.

Biarpun pendekatan itu agak baru bagi PAS, namun ianya dilihat cukup memberi kesan untuk mempengaruhi dan mendampingi masyarakat di sini yang sememangnya meminati muzik.

Di akhir persembahan itu, beliau turut berucap dan menggesa belia membuat perubahan untuk bersama PAS pada pilihan raya kali ini.

"InsayaAllah, pada 16 April ini kita semua pakat beri undi kepada PAS.

"Kita dari PAS berjanji akan membela nasib rakyat semua kaum di sini,"katanya.

Turut serta bersama calon dalam siri kempenya hari ini, artis dan komposer terkenal, Shafie Ahmad atau lebih popular dengan nama Pak Long.

Pak Long sebelum ini popular dengan lagu Cinta Pantai Merdeka yang dihasilkan untuk kumpulan Jinbara, manakala sekarang dengan lagu 'Selagi Ada Waktu.'

Difahamkan, setakat kempen yang masuk hari keenam hari ini, penerimaan masyarakat terhadap Abang Eddy cukup memberangsangkan.

Sadong Jaya dikatakan antara tiga Dun yang menjadi sasaran PAS untuk menang selain Beting Maro dan Sebuyau.

Abang Eddy ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab.

Ke Mana Proton Selepas AFTA 2015?

Posted: 12 Apr 2011 07:33 AM PDT

Ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Sekali lagi persoalan keisiapsagaan negara khususnya kereta nasional Proton dan Perodua menjadi satu yang dipertikaikan. Persoalan besar rakyat yang menantikan jawapan dari kerajaan masih tidak lagi terjawab.

Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan sehingga harga kereta-kereta impot termasuk kereta nasional kita contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia.

Perlindungan itu juga datang dalam bentuk grant R&D dari kerajaan. Tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun mutakhir PROTON mendapati bahawa andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka PROTON akan berada dalam defisit dan kerugian (in the red).

Dalam tahun 2008, laporan tahunan menyebutkan keuntungan bersih (nett profit) sebanyak RM184.5 juta tetapi melaporkan juga tentang grant R&D dari kerajaan sebanyak RM193.7juta. Kalau tidak tentunya rugi sebanyak RM9.2 juta.

Tahun 2009 melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM301.8 juta. Gran R&D diberikan sebanyak RM80.7 juta. Tahun 2010 melaporkan keuntungan bersih RM289 juta tetapi dalam waktu yang sama mendapat gran R&D sebanyak RM143 juta yakni setengah dari keuntungan bersihnya.

Kerajaan diingatkan bahawa negara-negara jiran telah pun besiap dengan pelbagai pendekatan. Malaysia sehingga kini masih belum nampak bersedia.

Thailand contohnya, akan meningkatkan dan bakal mengeluarkan sebanyak 3 juta unit kereta dalam tahun 2015. 2 juta adalah keperluan ekspot dan 1 juta unutk keperluan domestik. Terdapat 7 syarikat antarabangsa - 2 dari Amerika Syarikat (Ford dan General Motor) dan 5 dari Jepun (Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda dan Isuzu). Mereka jelas memilikki dayasaing dan berjaya mendapat penglibatan pengeluar-pengeluar besar automobil antarabangsa.

Begitu juga Indonesia yang telah merangka langkah-langkah konkrit untuk berdepan dengan persaingan yang lebih sengit selepas penguatkuasaan AFTA nanti. Indonesia akan meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 2 juta unit - 1juta untuk ekspot dan 1juta untuk keperluan domestik.

Perlu diketahui bahawa peningkatan ini dipacu sebagai pemangkin utamanya oleh SMEs dari negara Jepun dan bukan syarikat-syarikat besarnya seperti yang disebut tadi. Jelasnya Indonesia juga telah berjaya mengamit pelaburan dari SMEs dari Jepun sekaligus membuktikan bahawa mereka lebih 'kompetitif' atau berdaya saing berbanding kita sendiri.

Persoalan besar dan strategik yang menjadi kritikal kepada kereta nasional sekarang ini adalah tergantung kepada faktor 'economy of scale' atau faktor 'skala ekonomi'. Persaingan selepas penguatkuasaan AFTA pada tahun 2015 tidak lagi akan mengizinkan kereta nasional dilindungi dengan dasar "Protectionism" samada dengan kaedah Tariff dan Eksais mahupun pemeberian gran termasuk pelbagai lagi cara.

Saya juga menyedari akan usaha kerajaan meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.

Namun persoalan besar sehingga kini adalah kegagalan Proton mendapatkan rakan strategik yang sekaligus akan mampu melonjakkan sektor automobil ini menjana 'skala ekonomi' atau economy of scale' dengan memenafaatkan keupayaan teknologi 'niche' rakan strategiknya seperti kereta elektrik contohnya, serta rangkaian pasaran yang lebih luas dan 'branding' global rakan berkenaan..

Malaysia diingatakan bahawa kita hanya mampu menjual sejumalah 620,000 unit tahun lalu. Tuntutan 'economy of scale' menuntut supaya kita mengeluarkan paling tidaknya 10,000 unit sebulan. Kalau benar-benar kita mahu mendayasaingkan kereta nasional kita selepas AFTA 2015, maka tidak ada caranya untuk kita lakukan kecuali dengan mendapatkan rakan strategikyang hebat sekaligus menyelamatkan 250 syarikat vendor dan 'dealers' dalam sektor automobil nasional ini.

Berdepan dengan penguatkuasaan AFTA, saya dari PAS dan Pakatan Rakyat, tidak nampak kerajaan mengambil langkah-langkah konkrit ke arah mendepani cabaran AFTA-2015 dan menggesa kerajaan supaya memberi fokas kepada penyelesaian ini termasuk menganjurkan kaedah "Merger dan Acquisition" samada di antara Proton dan Perodua serta juag di antara syarikat vendors dan dealers bagi meningkatkan dayasaing dalam matlamat rasionalisasi dan konsolidasi.

Dr Dzulkefly Ahmad ,Ahli Parlimen Kuala Selangor

PAS : Hanya Bahasa Undi Akan Kejutkan Pemimpin BN

Posted: 12 Apr 2011 07:31 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

"Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April ini, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Portal Malaysiakini melaporkan Idris sebagai berkata, hanya setelah ditolak rakyat baru pemimpin BN akan sudi turun meninjau kesempitan rakyat sedangkan sewaktu berkuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak. BN kini diberi tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April lalu.

Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan, calon BN akan menang beberapa kerusi tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

"Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak.

"Kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi," katanya.

Justeru, kata Idris, peruntukkan jarang sekali sampai ke sasaran agar ia dapat dijadikan modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

"PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

"Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lima tahun.

"Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah," katanya.

Menurut Idris dalam pembentangan RMK-10, perdana menteri juga mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

"Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu daif.

"Persoalannya kenapa jadi begini?

"Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat," soalnya.

Mesej Khalid Kepada BN : Berpolitiklah Dengan Cara Lebih Matang

Posted: 12 Apr 2011 07:29 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Kejayaan negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang menambat hati pengundi Sarawak menjadikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim antara sasaran utama fitnah Barisan Nasional yang cuba meraih sokongan pengundi di negeri itu.

Khalid yang ditemui Tv Selangor hari ini melahirkan kekecewaannya dengan taktik BN itu yang sanggup menabur pelbagai fitnah mengenai kepimpinannya semata-mata untuk memastikan kelangsungan politik pemerintah.

"Itu adalah satu tindakan terdesak iaitu memburuk-burukkan (kita) tanpa asas dan fakta yang benar. Di Selangor kita lebih matang dengan perkara ini. Jadi kita harus mengambil pengajaran dan memastikan (kempen) seperti ini tidak harus digunapakai di Selangor dan Malaysia amnya,"kata beliau.

Dalam sesi dialog Bersama Masyarakat Kristian di Kuching semalam, Exco Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam mendedahkan pelbagai bentuk fitnah yang direka cipta Barisan Nasional untuk memburukkan pentadbiran Pakatan di Selangor.

Ini dilakukan menerusi poster-poster yang dipasang khususnya di kawasan bandar dan ruang iklan dalam suratkhabar berbahasan Cina.

Antara fitnah yang ditaburkan adalah kerajaan Selangor kononnya menaikkan harga lesen penjaja di pasar dan wujudnya larangan penjualan arak di negeri ini.

Sambil tegas menolak fitnah sedemikian, Khalid berkata BN sepatutnya mencorakkan kempennya berasaskan isu yang disokong dengan fakta dan bukanya fitnah.

"Dari segi politik, sudah tentulah kita berpendapat, semua pihak akan bertanding dan pertandingan kita mestilah atas dasar bagaimana ingin membawa pembangunan yang terbaik untuk rakyat. Jadi sebab itu apa yang kami mahu tunjukan di Sarawak ialah sejauh mana usaha kita membangunkan Selangor (berhasil) jika dibandingkan dengan pemerintahan di Sarawak yang sudah lebih 40 tahun,"katanya lagi.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di SUK Shah Alam hari ini.

Turut Hadir, Exco Pelaburan, perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Halimah Ali.

Teresa Kok juga turut menyeru BN berkempen dengan cara yang lebih matang dan tidak memutarbelitkan fakta untuk mengaburi mata pengundi.

"Saya ingin menyeru pihak BN agar berkempen khususnya di Sarawak kini, dengan cara yang lebih matang, bercakap benar dan bukannya melaporkan perkara yang salah untuk kepentingan politik berkempen kerana ia jelas satu tipu helah,"katanya.

Khalid yang berada di Sarawak sepanjang minggu lalu, berkata rakyat Sarawak amat kagum dengan corak pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Sangat baik, rakyat Sarawak tertarik dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mana menerusi konsep MES ini kerajaan negeri memberi harapan kepada rakyat bahawa sumber kekayaan negeri akan mengalir terus kepada rakyat dan mereka juga memang menerima baik konsep 'Hasil Negeri Untuk Rakyat' .

"Apabila saya berada di Sarawak dan menerangkan konsep ini mereka berharapkan konsep seumpama ini dapat dijalankan apabila pemerintahan baru berjaya ditubuhkan di Sarawak, dan untuk melaksanakannya, rakyat Sarawak perlu memlilih Pakatan Rakyat,"tambah Khalid lagi.

Exco S'gor Kesal Tindakan 'Ugut' Muhyiddin Demi Raih Undi

Posted: 12 Apr 2011 07:27 AM PDT

Ditulis oleh Naem Raffi



SHAH ALAM : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyifatkan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April ini sebagai terdesak dalam memastikan mereka terus kekal berkuasa di Bumi Kenyalang.

Dr Halimah Ali berkata, kerajaan Selangor juga berasa kecewa dengan kenyataan itu yang dilihat seolah-olah mengugut guru di Sarawak untuk turut sama bersekongkol dengan Barisan Nasional sekali gus menafikan prinsip demokrasi di negara ini.

"Sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, kepimpinan Umno-Barisan Nasional khususnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya memperlihatkan tindakan terdesak mereka yang mahu menyelamatkan BN dari terus jatuh ke tangan Pembangkang,"katanya.

"Ini kerana guru-guru mempunyai hak asasi sama seperti rakyat lain. Justeru itu, mereka berhak untuk menentukan siapa sahaja yang mereka mahu untuk dijadikan wakil rakyat."

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu ini.

"Saya menggesa semua pihak membantu memastikan BN menang besar di Sarawak. Sila pangkah X bersebelahan petak BN (diatas kertas undi), Muhyiddin dipetik berkata oleh Malaysiakini.

"Pembangkang akan berkata kita berkempen menerusi guru tetapi ini hanya peringatan secara lembut namun peringatan yang penting," tambah Muhyiddin.

Muhyiddn yang juga Timbalan Pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang tadi.

Mengulas lanjut kenyataan dan tindak tanduk Timbalan Pengerusi Umno itu, Dr Halimah mengingatkan Muhyiddin supaya belajar untuk menghormati hak para pendidik seluruh Malaysia serta menghentikan amalan politik kotor yang jelas tindakan menghalalkan cara.

"Saya ingin mengingatkan Muhyiddin agar menghormati guru-guru di seluruh Malaysia sebagai golongan intelek yang bebas bersuara dan bukan untuk dikongkong oleh Menteri Pelajaran,"

"Saya juga menyeru guru-guru bangun mempertahankan diri daripada terus ditekan dan diperkotak-katikkan oleh kerajaan BN"

BN Didakwa Guna Provokasi Agama Di Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 07:26 AM PDT

Ditulis oleh Zainulfaqar Yaacob

KUCHING : Barisan Nasional dikatakan mula membakar sentimen perkauman dan keagamaan rakyat Sarawak dalam cubaan terdesak mencari sokongan dengan kempen pilihanraya negeri yang cuma tinggal empat hari lagi.

Kain rentang tertera "Kalau undi PKR bermakna undi negara Islam" dan "Mengundi PKR adalah mewujudkan negara Kristian" dilaporkan kelihatan di beberapa tempat di sekitar Sarawak untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa BN untuk menghentikan kempen provokasi sedemikian kerana ia adalah "taktik murahan yang membahayakan rakyat Sarawak sendiri."

"Jika BN ikhlas tidak mahu rakyat tunduk kepada sebarang provokasi, maka BN sendiri harus berhenti menggunakan agama dan kaum untuk menakut-nakutkan mereka,' tegas beliau.

Rafizi berkata PKR akan terus berkempen seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.

Pada masa sama, ceramah penerangan juga terus memberi fokus kepada kepincangan Sarawak akibat 30 tahun pemerintahan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Rafizi berkata Taib yang menegaskan beliau akan terus memerintah Sarawak untuk jangka masa terdekat, jelas tidak mahu melepaskan kerusi Ketua Menteri walaupun menerima isyarat daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Pendirian bercanggah yang dibuat oleh dua pemimpin itu menimbulkan persoalan siapa yang memimpin kempen BN di Sarawak.

"Dia (Taib) kata: dia memerlukan dua sehingga tiga tahun untuk berundur."Kita (PKR) dari awal-awal lagi menganggap Taib tidak akan berundur kecuali rakyat mengubah pemerintah,' kata Rafizi.

Rafizi berkata jika ikhlas, Taib harus mengumumkan tarikh baru beliau akan berundur setelah gagal melaksanakan janji untuk meletak jawatan pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Rafizi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berani menyiasat BN bersabit perbelanjaan parti itu pada pilihanraya negeri ini.

"Dah terlalu banyak (perbelanjaan Barisan Nasioanl) sehingga tidak terhitung oleh kami. Rakyat boleh menilai sendiri. Kalau layak untuk masuk ke Malaysia Book's of Record, harap Barisan Nasional boleh usahakan, kata beliau.

Selain itu, Rafizi turut mempersoal peranan pasukan Taib dalam menggodam Free Radio Sarawak dan sesawang Sarawak report yang menjadi sumber bertia alternatif bagi rakyat negeri ini.

Beliau membidas BN kerana mengekang sumber-sumber maklumat yang memerinchi dasar-dasar BN di bawah Taib untuk Sarawak.

"Apakah mereka (pentadbiran Taib) bertanggungjawab atas serangan sehingga melumpuhkan radio Sarawak dan sesawang Sarawak Report," tanya beliau lagi.

"Jangan mengambil tindakan keras dengan halang media-media ini," beliau menambah.

Sidang DUN Perak Sekali Lagi Dicemari 'Aksi' Polis

Posted: 12 Apr 2011 07:16 AM PDT

Ditulis oleh Jasbant Singh



IPOH : Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN pembangkang.

ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa ADUN Pakatan lain, walau bagaimanapun gagal menjelaskan apabila ditanya dari mana datangnya arahan berbuat demikian.

" Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh 3 orang polis dan mereka nak 'scan' kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja. Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa?

"Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai.Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Walaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar Bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat mencemarkan kemuliaan Dewan.

Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.

" Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku,"jelasnya lagi.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, ADUN juga bukanlah budak sekolah apabila diwajibkan memakai tanda nama untuk memasuk ke dalam Dewan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Menjelaskan mengenai spekulasi bahawa ada ADUN dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan kali ini, Nizar berkata ini kerana ada ADUN yang membantu kempen gagasan itu untuk pilihanraya negeri Sarawak.

" Kalau sebelum ini ada dengar desas desus kata kami tak hadir dan tak penuh, tapi hari ini semua hadir. Kita merasakan apa yang Tuanku sebut tadi mengenai titah itu merupakan ciri-ciri yang didokong Pakatan Rakyat. Segala-gala yang dinyatakan itu berkenaan dengan beberapa perkara seperti konsep keadilan, tiada diskriminasi, ketelusan, semua itu adalah menunjukkan ciri-ciri Pakatan Rakyat.

" Sepatutnya sebahagian besar dari kami berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu tapi oleh kerana mesyuarat awal 5 April telah ditunda oleh Zambry (Menteri Besar Perak) dan speaker, maka kami tak dapat nak hadir. Cuma saya terpaksa beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya selepas sahaja perasmian walaupun dua,tiga dari kami berada di Kuching tapi mereka terpaksa balik juga malam tadi sampai untuk menghadiri persidangan perasmian hari ini,"tambahnya lagi.

Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis.

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

Posted: 12 Apr 2011 07:09 AM PDT


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.

Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.

"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

"PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

"Kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.

"Sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Laporan semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun kata Azman Shapawi, kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan termasuk presiden kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat.

"Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.

"Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS," katanya.

Pada mesyuarat itu, Kawasan PAS Bukit Bintang turut mencalonkan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain mencalonkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi jawatan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden, bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu menolak pencalonan tersebut.

Tujuh posmen palsukan kad kredit dibuang kerja

Posted: 12 Apr 2011 07:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Tujuh posmen yang dilapor ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Syed Faisal Albar.

Beliau yang juga Pengarah Urusannya berkata Pos Malaysia kesal dan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun ia merupakan kes terpencil.

"Pos Malaysia Bhd sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kes-kes dan perbuatan salah laku atau merosakkan surat-surat dan item mel dan tidak memaafkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab di kalangan kakitangan pos," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Polis dilapor menahan 13 individu termasuk tujuh posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial ibu pejabat polis daerah Cheras secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu.

Syed Faisal berkata, Pos Malaysia telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan terus membantu dalam siasatan mereka.

Kata beliau, Pos Malaysia akan meningkatkan usaha dalam memantau operasi pengendalian dan penghantaran surat secara berterusan serta meningkatkan langkah keselamatan bagi memastikan surat dihantar dengan selamat.

"Kami ingin meyakinkan masyarakat bahawa majoriti kakitangan posmen memiliki sifat taat serta berdedikasi dan menjalankan tugas dengan amanah," katanya.

Najib temu gereja Sarawak esok, dijangka sentuh isu Alkitab

Posted: 12 Apr 2011 07:07 AM PDT


KUCHING – Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja Sarawak di sini esok – dilihat sebagai usaha Perdana Menteri untuk meredakan masyarakat Kristian berhubung isu Alkitab menjelang hari penentuan pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengesahkan kepada pemberita perkara ini petang ini selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Gereja Sarawak bagi membincangkan isu Alkitab.

"Perdana Menteri (gambar) akan bertemu dengan mereka esok, jadi anda boleh tanya beliau soalan-soalan anda," kata Taib kepada pemberita di Hotel Pullman di sini.

Pengerusi persatuan Rt Reverend Datuk Bolly Lapok kemudian memberitahu pemberita bahawa pertemuan itu akan diadakan di Hotel Hilton di sini, pukul 3.30 petang.

Ketika ditanya isu-isu yang akan dibangkitkan esok, Bolly berkata beliau tidak tahu tujuan pertemuan tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan tetapi beliau menjemput kami untuk datang dan kami akan berada di sana esok," katanya.

Esok, adalah hari keempat Najib mengetuai kempen BN Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 yang dilihat sengit ini.

Najib dijadual untuk berada di Sarawak sehingga Jumaat ini.

BN pimpinan Najib berhadapan dengan tekanan besar khususnya daripada kalangan masyarakat Cina yang merangkumi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 979,796 pengundi berdaftar.

Pada pertemuan dengan persatuan itu hari ini, Taib dilaporkan memberitahu pemimpin-pemimoin gereja bahawa soal politik dan agama seharusnya ditangani secara berasingan.

Beliau berkata pertikaian berkaitan dengan Alkitab juga dianggap sudah selesai ekoran penyelesaian 10 formula yang diumumkan 2 April lalu dan melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia itu yang ditahan Kementerian Dalam Negeri.

Posted: 12 Apr 2011 07:05 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH– Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut.

"Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini," kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan," kata beliau lagi.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri.

Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan KDRM.

Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira pukul 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri.

Seorang lagi peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh Gill berkata, dakwaan dalam laporan media kononnya Allahyarham mempunyai kekayaan luar biasa adalah tidak benar.

Katanya, keluarganya juga meminta media tidak membuat spekulasi bukan-bukan.

Awal petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa di sebalik kematian mengejut itu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu individu yang menyebabkan kematiannya didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

Sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, tidak mungkin penolong pengarah KDRM itu akan "membunuh diri" seperti mana yang didakwa pihak tertentu termasuk laporan media.

"Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat," katanya.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B.

Kematiannya adalah kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini "membunuh diri" telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya.

Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah "membunuh diri".

Kesatuan Kastam mengalah, setuju biar polis dan SPRM siasat kes Sarbaini

Posted: 12 Apr 2011 07:03 AM PDT

TERKINI

PUTRAJAYA– Pegawai-pegawai Kastam mengambil pendirian kelihatan mengalah dalam kontroversi berkaitan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed - hari ini mereka bersetuju dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membiarkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan.

Pada satu sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, biar polis dan siasatan dalamannya "meneruskan siasatan secara profesional."

"Kami semua bersetuju agar pihak berkuasa melakukan kerja mereka dan mencari kebenaran," kata beliau pada sidang media bersama Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad.

Ibrahim berkata pihaknya berpuas hati dengan mesyuarat itu selepas SPRM "membersihkan kami daripada dakwaan (punca kepada kehilangan hasil negara RM108 bilion, yang kini membersihkan nama kami."

Angka itu merujuk kepada jumlah besar wang yang dikaitkan dengan Operasi 3B, di mana turut disiasat ialah Ahmad Sarbaini, penolong pengarah kastam dari Selangor.

Jumaat lalu, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga berkata pihaknya mahu SPRM membersihkan nama Ahmad Sarbaini (gambar) ketika banyak pihak mengaitkan kes itu dengan tindakan membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.

"Kami berharap nama (Ahmad) Sarbaini dibersihkan dari dakwaan bunuh diri," kata Ibrahim.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan Kastam Diraja Malaysia.

Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri.

Abu Kassim juga berkata KDRM yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram melebihi RM3 bilion yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan.

Beliau mengesahkan RM108 bilion adalah satu angka aliran wang haram keluar negeri dari Kementerian Kewangan dan bukannya disebabkan penyalahgunaan kuasa kakitangan KDRM.

Media, SPR dan SPRM digesa pantau kempen PM

Posted: 12 Apr 2011 12:30 AM PDT

Harakahdaily

KUCHING: Pakatan Rakyat menggesa media alternatif, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memantau sepenuhnya tindakan Perdana Menteri yang berkempen sepenuhnya di Sarawak.

Anggota Parlimen Balik Pulau, Ysumadi Yusof (gambar) dalam kenyataannya berkata, beliau dan jentera PKR akan memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

Beliau berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran dengan mengundi untuk menukar kerajaan BN.

Media melaporkan, Najib telah mengambil keputusan untuk terusan berkempen di Sarawak hingga hari pilihan raya pada 16 April 2011.

Perkara ini, kalau diteliti, adalah sesuatu yang menghairankan kerana ini adalah kali pertama Perdana Menteri terlibat secara langsung di dalam kempen pilihanraya peringkat negeri.

Sebelum ini, kata Yusmadi, secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri akan menggalas cabaran di pilihanraya negeri bagi pihak Barisan Nasional.

"Ini menunjukkan bahawa PM akur dengan kewibawaan Pakatan Rakyat di dalam kempen mereka untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini," katanya.

Sejarah telah membuktikan bahawa, jika BN berada di dalam keadaan yang meruncing, mereka akan menggunakan segala macam taktik dan cara untuk memenangkan calon-calon mereka, katanya.

"Sejarah juga telah mengingatkan kita bahawa pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu di bulan Mei 2010, Perdana Menteri telah menawarkan untuk memberi RM5 juta kepada pengundi untuk memperbaiki saliran Sungai Rajang jika mereka memilih calon BN, Robert Lau sebagai Ahli Parlimen Sibu.

"Insiden seperti ini dijangka akan berlaku lagi kerana dilihat saingan di Sarawak menjadi semakin sengit," dakwa beliau.

Pada 31 March 2011, Yusmadi berserta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain termasuk, Nurul Izzah, Azan Ismail, Loh Gwo-Burne dan Abdullah Sani telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya.

Laporan ini dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) yang menyatakan bahawa rasuah politik merupakan suatu bentuk rasuah yang paling teruk, katanya.

Kerana sebatang tiang, Beting Maro bergelap

Posted: 12 Apr 2011 12:27 AM PDT

Nazri Abdullah


BETING MAROl: Akibat sebatang tiang elektrik terbalik, hampir keseluruhan penduduk kawasan di Dun Beting Maro terpaksa bergelap malam tadi.

Tiang elektrik tersebut patah dua selepas dilanggar van yang dinaiki Ketua JKK Kg Tambak, HAjI Sulaiman Zahari yang juga orang kuat PBB di salah satu ranting di Sitok.

(Gambar: Abang Mat melawat mangsa yang cedera)

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila van yang dinaiki Sulaiman bersama anak saudaranya Bihai HajAi Din hilang kawalan sehingga kenderaan tersebut terbalik dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam parit.

Dalam kemalangan itu, Sulaiman (gambar bawah) terseliuh leher manakala anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dirawat di Klinik Kesihatan Pusa.

Kemalangan itu juga mengakibatkan 2/3 kawasan DUN Beting Maro putus bekalan elektrik sehingga jam 12.49 pagi.

Selepas menerima berita kemalangan itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdi Masagus turut melawat mangsa yang kemudiannya dirawat di klinik berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abang Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan 'handsome boy' dalam kempen kali ini berkata, ini lah gambaran tahap kemudahan asas di negeri ini.

"Satu tiang elektrik patah, seluruh Beting Maro bergelap," katanya ringkas.

Dalam pada itu kempen Abang Mat di Beting Maro terpaksa mengharungi pelbagai halangan khususnya untuk menuju ke kawasan pedalaman.

Beliau terpaksa menaiki sampan untuk menuju ke kebanyakan kawasan penempatan rumah panjang yang mengambil masa 2 ke 3 jam.

Bagaimanapun ianya tidak menghalang usaha Abang Mat bertemu dengan seluruh masyarakat di sini apatah lagi kehadiran beliau disambut penuh makna pengundi yang mahukan perubahan di sini.

Penduduk Iban luah kemarahan di depan calon PAS

Posted: 12 Apr 2011 12:20 AM PDT

Hazayani Zakaria


TANJONG DATU: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu.

(Gambar: Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi)

AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka.

Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai.

"Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya.

Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

"Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami.

"Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu.

"Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai.

"Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan.

"Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak.

Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi.

Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat.

Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak.

"Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk.

Namakan bakal Ketua Menteri Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 12:18 AM PDT

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menamakan bakal Ketua Menteri (KM) bagi mengantikan KM yang ada sekarang ini jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya BN Sarawak serius untuk mencari penganti KM Sarawak, parti berkenaan perlu menamakannya sewaktu PRN 2006 lagi.

"Kenyataan Perdana Menteri(PM), Datuk Seri Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak tahun ini mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.

(Gambar: Perbincangan yang tidak selesai antara Taib dan Najib. Najib kata lepas pilihan raya, Taib kata beberapa tahun lagi.)

"Jika PM benar-benar serius dalam perkara ini, beliau harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib Mahmud untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya," ujarnya dalam kenyataan media beliau.

Tambahnya lagi, sekarang ini janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

Semasa berucap di Kuching baru-baru ini, Najib berkata, Taib Mahmud bersetuju untuk berundur selepas pilihan raya negeri ini. Namun beliau tidak menyebut bilakah tarikh tersebut.

Selepas majlis itu, Taib dalam satu majlis berkata, beliau akan berundur beberapa tahun lagi yang menyebabkan semua pihak faham , lambat lagi Taib akan berundur.

Beberapa hari menjelang penamaan calon 6 April lepas, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan berbincang dengan Taib agar beliau boleh meletakkan jawatan dan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri kali inii. Namun keputusan gagal dicapai kerana kedua-duanya tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan Taib.

"KM yang ada kini sudah terlalu lama memerintah. Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam," katanya

Katanya lagi, walaupun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib Mahmud yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah.

Oleh itu, dengan pengunduran Taib Mahmud ianya adalah untuk perubahan Sarawak dan rakyat negeri itu secara khususnya.

"PM dilihat memberikan restu untuk Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula," tambahnya lagi.

Bagi beliau, Najib telah bersekongkol apabila mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat negeri itu dengan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat Bumi Kenyalang itu.

Jawapan Taib

Sementara itu, Taib Mahmud ketika mengulas permintaan ini berkata, beliau tidak akan terperangkap dengan kehendak Pakatan Rakyat.

"Pembangkang tidak akan berjaya perangkap saya. Kami bukannya begitu naif. Kita akan buat dengan cara yang baik," katanya di Kucing hari ini.

Kedudukan BN Sarawak Tergugat, Paksa PM Berkampung Di Bumi Kenyalang

Posted: 12 Apr 2011 12:16 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerisauan yang tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa berkampung di bumi Sarawak sepanjang kempen pilihanraya negeri itu.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kepimpinan rakus Taib Mahmud mengakibatkan Najib khuatir bakal kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya negeri hujung minggu ini akibat dari kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Taib.

" Setelah sekian lama, di bawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat, maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka.

" Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'," kata Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan media hari ini.

Taib semalam sekali lagi membayangkan bahawa beliau akan bersara, namun menegaskan ia hanya akan berlaku dalam "tempoh beberapa tahun lagi".

Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pengumuman Najib kelmarin yang mengumumkan akan berlaku peralihan kepimpinan dalam masa terdekat.

" Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib, jentera BN akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihanraya negeri kali ini, maka Najib bersetuju Taib terajui jentera pilihanraya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.

" Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak," katanya lagi.

" Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen BN jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program-program kempen Pakatan Rakyat. BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib," tambahnya lagi.

Namun ujar Chegu Bard satu kesimpulan boleh dibuat dari situasi itu, iaitu " Najib sendiri gagal mengundurkan Taib (kerana) dia sudah terlalu berkuasa".

Tiada ulasan: