ALHUSSEYN |
- Zambry manusia yang tidak berpegang pada janji
- Bakal Presiden PAS - Husam Musa
- Kematian Saiful Syazani dimanupulasi media Umno/BN untuk memburukan PAS
Zambry manusia yang tidak berpegang pada janji Posted: 12 Apr 2011 05:26 AM PDT Kalau lembu dipegang pada talinya, kalau manusia dipegang pada janjinya.Tetapi manusia yang bernama Zambry ini tidak boleh dipegang pada janjinya.Entah jenis manusia apa dia nih? Begitulah apa yang terjadi pada perasmian persidangan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4 Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan yang berlangsung pagi tadi. "Kita dah beritahu, berilah kebebasan dalam persidangan ini supaya polis jangan ada, buat liputan, media dibenarkan masuk dan ada streamyx supaya orang all over the world boleh tengok persidangan. Kenapa nak takut (sampai) nak bawa polis? Kenapa tak hendak bubuh live …err streamyx? Kenapa tidak benarkan media masuk?" Demikian keluhan DS Nizar ketika sidang media diadakan di Wisma DAP disini tengahari tadi selepas perasmian sidang tersebut berlangsung. Adalah difahamkan bahawa beberapa media telah tidak dibenarkan masuk.Mereka diletakan didalam galeri.Ini merupakan satu penghinaan kepada media yang sepatutnya, mereka diletakan kalau dalam parlimen, di tempat khas dan mereka boleh melihat persidangan , mengambil gambar dan sebagainya. Nizar turut menyatakan rasa keciwanya kerana persidangan ini diubah tarikhnya daripada 5 kepada 12, hari ini. "Jadi untuk itu kita terpaksa adjustkan kami punya lawatan yang diamanahkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat peringkat pusat untuk kami terangkan kepada rakyat Sarawak apa yang dibuat oleh Barisan Nasional, merampas kerajaan rakyat negeri Perak.Tapi oleh kerana mereka ubah tarikh tersebut ke 12, kami tidak dapat nak terangkan." Kata Nizar. Menurut Nizar lagi, walaupun beliau berada di Sarawak dari 5 sampai 10,haribulan, tapi apa yang penting adalah pada tiga, empat hari yang akhir . "Oleh untuk itu, kami merasakan apa yang dibuat oleh 'speaker haram' itu dan apa yang dibenarkan oleh Zambry untuk sidang hari ini, tidak menepati kenapa tarikh itu diubah dari 5 kepada 12." Kata Nizar dengan rasa kecewa dan kesal. |
Bakal Presiden PAS - Husam Musa Posted: 11 Apr 2011 11:00 PM PDT Melalui mesyuarat agungnya Jumaat lalu PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini. Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.Kini Mohamad Sabu sudah layak bertanding jawatan tersebut setelah mendapat dua pencalonan, yang sebelum ini telah dicalonkan oleh kawasan Kubang Kerian, Kelantan. Pencalonan Husam ke jawatan Presiden PAS ini merupakan pencalonan pertama dan dijangka akan menerima penjalonan dari lain-lain kawasan memandangkan ramai dari kalangan peringkat grass root yang mahu melihat perubahan dalam struktur kepimpinan PAS bagi menghadapi dan menyaingi cabaran keadaan semasa. Mohd Radzi berkata pencalonan itu dibuat kerana Bukit Bintang percaya pemimpin berkenaan "boleh memimpin dalam suasana politik sekarang". Apa yang dapat dilihat melalui pencalonan tersebut adalah satu usaha pembaharuan bagi mendapatkan sokongan dari semua lapisan golongan tua dan muda bukan sahaja dari kalangan orang PAS sendiri , malah dari semua kaum bagi menghadapi BN. Husam memang layak menjawat jawatan tersebut jika dilihat dari segi reputasi beliau yang dapat berganding bahu , seiring sejalan dengan Tuan Guru Nik Aziz sejak mula PAS mentadbir Kelantan lagi. Langkah berani Pas Kawasan Bukit Bintang itu perlu disokong dalam usahanya menampilkan kepimpinan yang muda dan lebih berkeliber lagi progressif. Husam pastinya akan mampu memperkasakan PAS dengan gandingan Majlis Syura yang sedia ada kini bagi mewujudkan satu gabungan antara ulama dan profesional menjadi realiti dan dapat dimenfaatkan bagi menarik golongan muda dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Tanpa memperlekehkan Tuan Guru Haji Hadi, Mohd Radzi menyarankan agar Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura, untuk membantu Nik Aziz antaranya menasihati ahli supaya tidak melanggar disiplin parti. |
Kematian Saiful Syazani dimanupulasi media Umno/BN untuk memburukan PAS Posted: 11 Apr 2011 08:06 PM PDT Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman. Nashir berkata, kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tempoh tahanan reman guru berusia 26 tahun dilanjut tujuh hari lagi hingga Isnin depan. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian pelajar berkenaan di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti berkenaan. Insiden menimpa Saiful Syazani bukan mencerminkan wajah keseluruhan sekolah dikelolakan PAS, sebaliknya ia dianggap kes terpencil yang mengejutkan. Sudah tentu kita semua marah dan amat berasa kesal diatas kejadian tersebut.Tambahan pula tragedy tersebut ada kaitannya dengan PAS kerana sekolah tersebut dikelolakan oleh PAS Perlis. Tetapi apabila saya terbaca entri di sini, perasaan marah dan jengkel saya beralih kepada akhbar Harakah - akhbar kepunyaan parti PAS sendiri kerana gagal menyiasat dan mendapatkan sendiri berita sebenar mengenai kejadian tersebut. Payah sangatkah bagi Harakah untuk pergi ke Perlis menyiasat sendiri hal kejadian tersebut? Harakah selaku lidah rasmi perlu professional dalam liputannya terutama dalam soal atau isu yang ada kaitan dengan Parti. Kenyataan Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Perlis seperti mana yang disiarkan oleh berita diatas dan di sini adalah tidak perlu sekadar memohon maaf begitu sahaja. Beliau perlu mendapatkan laporan dan maklumat yang tepat dan benar tentang apa yang sebenarnya berlaku. PAS Perlis gagal menangani isu tersebut menyebabkan nama PAS dicemari dengan berita yang dimanupulasi oleh pihak musuh. Diharapkan, PAS Perlis segera mengeluarkan satu kenyataan resmi berhubung kejadian tersebut dan diharapkan pihak Harakah dapat menyiasat dan menyiarkan cerita yang sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan