Rabu, 6 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Apa kita perlu buat dengan Utusan Malaysia yang celaka itu?

Posted: 06 Apr 2011 08:00 AM PDT



Oleh MELAYU DERHAKA

Saya terkejut tengok muka depan Utusan Malaysia hari ini (semalam). Cukup kurang ajar. Cukup lucah. Cukup melampau. Cukup menjijikkan. Cukup memualkan. Tapi apa yang boleh saya buat? Kalau setakat pulau, memang bos-bos Utusan itu tidak mengerti apa-apa; mereka buat tak kisah saja. Jadi, apa harus saya buat dengan suratkhabar Utusan yang siarkan di muka depan dan ditambah gambar-gambar porno di muka dalam.

Memanglah Utusan Malaysia itu akhbar Umno, yang akan promote apa saja demi kepentingan Umno/BN dan akan melawan Pakatan Rakyat, terutama Anwar Ibrahim, menggunakan apa jua.

Kempenlah untuk Umno seperti Harakah kempen untuk PAS. Itu biasa. Tapi janganlah benda-benda aib seperti video lucah pun nak disiarkan secara terbuka macam itu. Ini sudah melampau. Darah saya sudah terbakar. Saya bukannya penyokong kuat Anwar tapi saya tak boleh terima seorang manusia nak dimalukan sebegitu rupa.

Jadi, saya nak bertanya, apa yang perlu kita buat dengan Utusan, dengan bos-bosnya, dengan pengarang dan wartawannya? Kita perlu sampaikan mesej agar orang di Utusan sana tahu apa perasaan umat Islam tengok muka depan akhbar terkutuk itu hari ini.

Saya minta pandangan tuan-tuan, apa yang saya boleh buat kepada Utusan, selain membakar akhbar celaka itu, atau kempen memulaunya? Saya tidak akan tenang jika pihak Utusan yang celaka itu tak diberi pengajaran sewajarnya.DD





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Posted: 06 Apr 2011 05:00 AM PDT

Youtube tonjol "Kelemahan" video aibkan Anwar

Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli’ kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

- Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu’ untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir. - Wira Arjuna


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN..
(Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)


Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya..
21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi
22 Feb 2011.. janggut Anwar sudah panjang..
atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari? -darisungaiderhaka










greenboc

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Utusan Aibkan Anwar Untuk Politik Umno

Posted: 06 Apr 2011 03:00 AM PDT


SHAH ALAM 5 APRIL : Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari membidas laporan media arus perdana yang ghairah menyiarkan gambar dan menayangkan klip video seks semata-mata untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau menyifatkan tindakan Utusan Malaysia dan TV3 serta media lain sebagai tidak beretika dan melanggar prinsip asas kewartawanan semata-mata untuk memenuhi agenda politik majikan mereka. 
"Cerita- cerita seperti itu, video dan gambar- gambar seperti itu langsung tidak usah dipakai. Sepatutnya pengarang tidak perlu menggunakannya,  tak perlu siarkan kerana apa faedahnya kepada  pembaca, apa yang dipelajari mereka,” kata beliau kepada TVSelangor/  


Said  berkata media yang beretika tidak akan melaporkan sesuatu yang belum terbukti kesahihannya serta tidak cuba untuk mendorong pembaca agar mempercayai setiap apa yang dipaparkan mereka.
Said menjelaskan peranan akhbar adalah menyebarkan menyampaikan berita, maklumat dan mencerminkan pemikiran rakyat kearah kebaikan.
Namun mutakhir ini, surat khabar secara rasmi diangkat menjadi lidah rasmi bagi parti pemerintah. 
Said berkata, hakikatnya pembaca membeli surat khabar untuk mendapatkan berita yang sahih dan memberi 1001 maklumat yang berguna bukannya fitnah politik semata- mata. 
"Pembaca bukan hendak benda yang macam itu pun. Tapi oleh kerana mereka nak jual surat khabar, mereka gunakan itu sebagai penarik kepada pembaca."  
Beliau menyifatkan Utusan Malaysia dengan sengaja mahu mendorong pembaca untuk mempercayai bahawa Anwar adalah individu dalam video seks yang didalangi Datuk T. 
"Lebih mendukacitakan , ia (Utusan Malaysia)  digunakan untuk menuduh seseorang dalam kes ini yang saya ingat dia sebutkan Anwar walaupun sudah terbukti bukan Anwar dalam video itu dan gambar itu terbukti bukan Anwar," tambah beliau. 
"Namun Utusan secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang itu adalah Anwar. disini terletaknya politik (Utusan Malaysia dan Umno)."  
Said mengingatkan warga media agar kembali berpegang kepada etika kewartawanan demi memartabatkan industri ini dikata mata rakyat.
"Pengarang, pemberita, wartawan, editor surat khabar harus berhati- hati dalam soal seperti ini sebab tiada faedahnya untuk pembaca."  tegas s beliau.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

"Tulen tak tulen bukan isu...": Itu bukan Anwar, tegas Azizah

Posted: 06 Apr 2011 01:00 AM PDT


Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tampil untuk mempertahankan suaminya sekali lagi, menegaskan bahawa pelaku dalam video yang disiarkan melalui youtube semalam bukanlah Anwar Ibrahim, setelah beliau menonton dengan sendiri video tersebut.
Malah, Wan Azizah (gambar kanan, kanan) dihujani soalan ketulenan video, yang juga dikesahkan Ketua Polis Negara - akhirnya meninggikan nada dan menegaskan bahawa, "Tulen tak tulen bukan isu..., (isunya) Itu bukan Anwar!  Anwar bukan lelaki dalam video tersebut!"  Kenyataan tersebut disambut tepukan penyokongnya yang tampil menghadiri sidang media pada 10.30 pagi, tadi.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut kelihatan terusik dengan soalan yang diajukan wartawan, sehingga menyindir tahap logik wartawan dengan mengumpamakan "kalau kita anggap satu rumah, ada pencuri.  Polis tahu rumah itu tulen, tak payahlah tangkap pencuri...", mencetuskan gelak ketawa dari kalangan wartawan.


Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengakui dirinya belum menonton video tersebut, mendesak agar polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk T yang telah mengakui dirinya pihak yang menayangkan video tersebut.  "Soalan ini (sama ada video disunting) tidak berbangkit, ia tetap jenayah (untuk menayangkannya), ia tetap video lucah!" tegas peguam ini.
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di kediaman Anwar Ibrahim adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah, yang juga anak sulung Anwar, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dan ahli keluarga Anwar, termasuklah bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kini berada di Sarawak untuk persediaan pilihan raya negeri yang bakal berlangsung dari 6 hingga 16 April 2011.
Wan Azizah: Cam sendiri
Ketika ditanya mengapa dirinya mengubah fikiran, kerana beliau sebelum ini menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menonton klip video tersebut, Azizah berkata, "Satunya saya diberitahu bahawa tak ada apa-apa..." Nurul Izzah yang berada di sisinya menjelaskan, "tiada adegan lucah" dalam video yang dipaparkan dalam laman internet Youtube
Sebagai seorang doktor, Wan Azizah berkata dirinya tidak bermasalah dengan tubuh badan manusia yang bogel.  "Dan ini saya tengok sendiri dan saya camkan.  Mereka kata tak tengok manalah Kak Wan (Azizah) tahu?  Jadi saya tengok sendiri...Saudara Anwar dalam penjara, apa lagi dia buat?  Dia exercise (bersenam).  Itu bukan beliau," kata Wan Azizah.
Wan Azizah diajukan soalan selepas membacakan kenyataan media, berkata tulisan ayat Siam yang terpapar dalam video membuatkan dirinya lebih yakin bahawa video tersebut adalah helah politik.  Beliau mengulangi bahawa UMNO-BN yang gusar dengan kebangkitan Anwar sebagai kuasa yang membawa perubahan dalam lanskap politik, melakukan apa yang boleh untuk menjatuhkannya.  Malah, realiti bahawa kes sodomi yang digunakan untuk memalit Anwar tidak berjaya ini turut diakui dalam kenyataan Datuk T, yang diedarkan di Carcosa, tambah Azizah.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata taktik musuh politik ini sebaliknya merangsang semula semangat penyokong PKR, melihat kepada suasana ceramah yang diadakan di Subang Jaya, dua hari lalu.
Khalid Ibrahim mengulangi bahawa taktik politik yang digunakan terhadap terlalu jijik, dan tidak bertamadun.  "Pada diri saya sendiri, yang sudah mengenali Anwar, lebih daripada tiga dekad, saya rasa perbuatan begini, akan memberikan rangsangan kepada rakyat Malaysia untuk membuat satu perubahan supaya perkara-perkara yang jijik ini dihentikan.  Bagi saya, pembangunan negara, bagaimana kita menyediakan kebajikan untuk masyarakat, bagaimana kita menjaga ekonomi, dan harta negara, adalah perkara yang sangat diutamakan.  Bukan membawa perkara-perkara yang begitu jijik ini untuk dituntut, ada kalanya diketawakan, ada kalanya merupakan satu kesedihan kepada kita semua," luahannya.
Reaksi keluarga
Ketika ditanya sejauh manakah kes ini memberi kesan kepada ahli keluarganya, Wan Azizah menyerahkan pembesar suara kepada bapanya, Wan Ismail Wan Mahmud (gambar kanan).  "Sebagai ahli keluarga, memang tidak ada apa-apa...," Wan Ismail berkata bahawa taktik tersebut adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tuduhan yang tidak berasas; malah menganggap mereka yang terlibat adalah desprado (kumpulan terdesak) yang mahu memusnahkan Anwar.
Karpal Singh menimbulkan sedikit riak dalam sidang media apabila mencadangkan "citizen arrest" terhadap Datuk T, dihujani soalan dari mana peruntukan undang-undang tersebut.  Beliau akhirnya memberi jawapan "common law", di mana apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah, rakyat boleh menangkap penjenayah itu sendiri dan menyerahkannya ke balai polis.  Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kita belum sampai ke peringkat tersebut, sambil mendesak agar polis mengambil tindakan.
Seorang wartawan turut mengajukan soalan sama ada "sumpah Islam" diperlukan ke atas Datuk T, lantas Khalid menjawab untuk Azizah, "tangkap dulu", sebelum Azizah menambah itu "sumpah UMNO".
Azizah mengakui bahawa "jam tangan Omega" Anwar masih disimpannya, setelah ditanya wartawan.  Seorang wartawan menyusul dengan permintaan untuk menunjukkannya, dan permintaan yang meletakkan beban pembuktian itu kepada orang yang dituduh, jelas mengusik Azizah, Nurul dan Khalid.
Nurul dengan nada tinggi berkata, "Kamu seriuskah? Mengapa kita disoal-siasat (Why are we been procecuted?)"
Khalid Ibrahim (gambar kiri) kemudiannya berkata, "Saya mendapati ini adalah menjijikkan (disgusting).  Saya rasa soalan anda mencerminkan bahawa anda tidak menghayati keadilan."  Beliau menambah bahawa Malaysia telah memasuki satu situasi gutter (gutter situation), sehingga hal kecil seperti pakai seluar atau tidak menjadi perkara besar.
Yang berikut adalah kenyataan media daripada ahli keluarga Anwar Ibrahim:
Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.
Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998.  Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim.  Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim.  Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.
Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional.  Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.  Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.
Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."
Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya.  Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 - ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.  Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.
Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO SEKS: HANGPA INGAT ANWAR BODO MACAM HANGPA?

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT


MAMAT NI SIBUK SEMACAM
NAMPAK GAYA MACAM BAPAK AYAM
TAPI KALAU BAPAK AYAM PUN TAKKAN HANTAQ SAMPAI DALAM BILIK KOT
AGAK-AGAK LA ORANG NAK PROJEK
KAH! KAH! KAH!


KALAU TENGOK GAMBAQ KAT ATAS TU
BELIAU TENGAH REMOTE ALAT PERAKAM
BIASANYA REMOTE LA KALAU ADA LED INFRARED KAT DEPAN TU
TAKKAN LA HANDPHONE BLACKBERRY KOT
ADA KA BAPAK AYAM MASUK BILIK TOLONG MAIN REMOTE CONTROL?
KAH! KAH! KAH!

LOGIK KA KALAU HANG PA NAK PROJEK ADA KUTU LAIN MASUK BILIK?
LEPAS TU BUAT SIBUK KE HULU KE HILIR APA ENTAH
TAK KA LAWAK BAGHAL TU
ANAK KELDAI UMUQ SEBULAN PUN SUSAH NAK PERCAYA
KAH! KAH! KAH!
KAH! KAH! KAH!


DAH TAU PERUT BUNCIT AWAT DOK PI TAYANG KAT DEPAN KAMERA?
KANTOI LA LU MAT,TAK BLEH BLAH LANGSUNG
KAH! KAH! KAH!


KANTOI LAGI PASAI TAKDAK JANGGUT..
SEBAB KEESOKAN HARINYA "ANWAR" NI BERJANGGUT KAT MAHKAMAH
TAKKAN DIA SIMPAN JANGGUT DALAM LACI SEBELUM PROJEK?
BUATNYA TERTINGGAL MACAM JAM OMEGA LAGI LA ADA BUKTI DNA
KAH! KAH! KAH!


INIKAH YANG DIKATAKAN ESKAY ,DIA KATA ADA DALAM VIDEO ITU?
NAMPAK MUKA MACAM DIA
KALAU ANWAR MASUK PERANGKAP,APA MAKNA SEMUA NI?
PASAI PA TAK PANGGIL JAWI ATAU JAIS?
PANGGIL SEKALI TV3SUKU PUNYA 999 TU
KAH! KAH! KAH!
BUAT PA NAK SUSAH PAYAH RAKAM
GAMBAQ TAK BERAPA CLEAR POTONG STIM
KAH! KAH! KAH!

WAHAI UMPORNO HARUM SUNDAL MALAM
TAK SUDAH-SUDAH DENGAN POLITIK SELUAR DALAM
HANGPA INGAT ANWAR BODO MACAM HANGPA?
TAK MASUK AKAL LANGSUNG
KAMERA PUN LETAK ATAS MEJA
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Anwar Ibrahim... lu memang hebat bro....!!!!

Posted: 05 Apr 2011 06:00 PM PDT



Gua pernah cerita dengan lu orang, kisah gua kena kejar dengan polis di sini.



Kalau macam tu punya pecut... Evo 10 gua boleh jejak Ipoh dalam masa 1 jam..., dan dengan pecutan yang konsisten cecah 320km/j... lu orang agak2 gua boleh sampai Thailand dalam masa berapa jam... cepat2 cari calculator buat kiraan jam... hahaha...



Walau apa pun gua masih tak boleh lawan kehandalan makhluk "Anugerah Tuhan" iaitu Bro. Anwar Ibrahim... wa cakap lu.... dia memang cekap beb... ntah ilmu apa dia pakai pun gua tak tau...., cuba lu orang bayangkan... jeng..jeng..jeng...!!!!



Opppsss... sori.. tapi sebelum tu gua nak bagitau, puak2 pencacai umnoapco Porno dan akhbar pencacai mereka seperti utusan meloya.. bernama.. dan ntah apa2 lagi laaaa... ada mempersoalkan di manakah Anwar Ibrahim dari jam 10.?? malam hingga jam 11.?? malam kerana twitternya tidak dikemaskini dalam tempoh tersebut, isu itu juga di bangkitkan oleh blogger pro-bn/umnoPorno yang berketurunan Indonesia... muakakakakaaaaa....



Ok.. sekarang lu orang dah boleh bayangkan dalam tempoh 1 jam tersebut Bro Anwar telah memecut kereta supersoniknya dengan kelajuan March 4 pergi ke Thailand menutuh dengan amoi siam/china doll dengan 2 kali pancut... hahaha... kemudian pecut kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur untuk update twitternya... kah..kah..kah... (ini berdasarkan bukti rakaman video yang terpampang alamat hotel di thailand)



Sawadikap... Bro. Anwar Ibrahim... kasi ajar laaaa... sama gua dan geng2 blogger Pakatan Rakyat semua.. apa ilmu yang lu pakai bro.... supaya senang kami nak penerajang umnoPorno masuk Laut China Selatan... muakakaaaaaaa....





Anwar Ibrahim... lu memang hebat bro....!!!! Wa caya sama luuuu....!!!!
Member sebelah tu pulak... pecut kereta kat Port Dickson jelah... 
balik hari beb... kah..kah...kah...



ikutsukaakuisa

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: