Rabu, 6 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bila dan Di Mana Panggilan Telefon Bimbit Pertama Kali Dibuat?

Posted: 06 Apr 2011 08:30 AM PDT

MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia 38 tahun lalu .

Berita Agensi melaporkan panggilan telefon bimbit pertama di dunia telah dibuat oleh pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper  seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).

Rakam Imej Hantu Guna Telefon Bimbit

Posted: 06 Apr 2011 07:30 AM PDT


Berita Agensi melaporkan seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh, dari Redhill Britain, didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut akhbar itu, gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera.

"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru.

"Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.

Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut. Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus. Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.


Mustahil Sarbani (Pegawai Kastam) Bunuh Diri, Kata Rakan (Jeng..jeng...jeng!)

Posted: 06 Apr 2011 05:49 AM PDT

Sarbani

Ada pengunjung blog ini mendakwa Sarbani ke SPRM kerana menukar pengakuan daripada bersalah kepada tidak bersalah. Tindakan itu membuatkan pegawai SPRM menjadi berang. Benarkah begitu?

TMI pula melaporkan bahawa rakan-rakan Sarbani yang terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu yang berusia 56 tahun itu mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
 
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media. Saudara-mara juga  enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Laporan penuh TMI boleh dibaca di sini.

P/s: Anda tidak terhidu sesuatu yang tidak kena dengan kes ini?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRM Disiasat Mati Mengejut. Mudahnya Tanggapan?

Posted: 06 Apr 2011 02:00 AM PDT


Saya petik:
[MK] Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.
Tambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badminton pada jam 10.15 pagi.Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

P/s: Si mati disiasat membabitkan kes cukai tidak dibayar. Jumlah wang yang terlibat dalam kes ini bukannya sedikit, tetapi mencecah nilai bilion. Pegawai Kastam ini dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, datang semula ke Bangunan SPRM kerana mahu berjumpa seseorang, kemudian bertindak membunuh diri (atau mungkin terjatuh)? Saya terhidu sesuatu, ada yang tidak kena, tetapi polis hanya menganggap kes ini mati mengejut yang membawa maksud kematian pegawai Kastam ini tiada melibatkan unsur jenayah. Mudahnya?!!

Di TV Pengarah Siasatan SPRM kelihatan gementar memberikan kenyataan!!! Mengapa??? Mungkin ada maklumat yang mengejutkan berkaitan dengan kes ini akan terdedah nanti. Tunggu dan lihat!!!




[PANAS] Kemenangan Pertama Calon Pakatan Rakyat di Sarawak Dinafikan oleh SPR???

Posted: 06 Apr 2011 12:07 AM PDT


Menurut maklumat yang diterima oleh Tulang Besi, pegawai SPR didakwa enggan mengisytiharkan kemenangan kepada calon PAS di  N15 Muara Tuang kerana calon BN, Ali Taib Mahmud didakwa gagal menyertakan laporan kewangan sewaktu menyerahkan borang pencalonannya. Berdasarkan undang-undang SPR, borang pencalonan Ali Taib Mahmud itu secara automatiknya dikira tidak sah dan calon PAS seharusnya memenangi kerusi DUN tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Edyes, SPR telah menerima pencalonan daripada calon BN dan sekaligus menafikan kemenangan calon PAS. Sekitar 1.20 petang SPR mengumumkan pertandingan antara 2 penjuru antara PAS dengan BN.

Siapa Ali Taib Mahmud? Siapa lagi kalau bukan adik Taib Mahmud!


P/s: LAHANAT!!!

[PANAS] Pegawai Kastam yang Disiasat Mati Jatuh Bangunan SPRM

Posted: 05 Apr 2011 10:50 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[MK] Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah pada jam 10.15 pagi.

P/s: Apa sudah jadi?!!!!

[Video] Miss Malaysia Pondan! Ada yang Mengaku Sudah "Bersuami". Apa Kejadahnya??

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT


Seorang pembaca blog ini, SL telah memberikan satu pautan di Youtube dengan judul "Miss Malaysia Pahang 2010".  Ingatkan pertandingan ratu cantik untuk wanita, rupa-rupanya pertandingan ini khusus untuk golongan pondan.

Pertandingan ini diadakan di sebuah hotel berdasarkan latar sekelilingnya. Banyak tetamu yang hadir dan mengejutkan seorang artis wanita yang sinonim dengan irama Malaysia turut memberikan persembahan dalam pertandingan itu. Malah dalam video di bawah ini, artis itu turut memberikan komen berkaitan dengan peserta.

Selain beraksi dan bergaya songsang serta mengubah "ciptaan Tuhan", ada peserta ratu pondan ini mengaku keturunan terakhir Mahsuri, namun lebih mengejutkan pemenang pertandingan ini ketika menjawab temu ramah tanpa segan silu mengucapkan terima kasih kepada "suami tersayang". Pondan ada "suami"?

Kita tahu Tuhan menguji kita dalam pelbagai perkara termasuklah diuji dalam hal sebegini. Namun harus kita ingat, ada kalangan lelaki yang memilih untuk mengubah dirinya menjadi "wanita", walaupun dilahirkan dengan sifat seorang lelaki yang sempurna. Pintu taubat sentiasa terbuka. Oleh itu, bertindak sebelum terlewat.

Video:


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

"...Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu” -TG Datuk Nik Aziz Nik Mat

Posted: 05 Apr 2011 08:01 PM PDT


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video salah laku seks yang menjadi isu hangat sekarang.

Nik Aziz berkata beliau difahamkan daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang menontonnya, video itu tidak memaparkan dengan jelas wajah lelaki dalam video yang dikatakan Anwar itu.

"Kenapa muka tak nampak jelas? Tidak ada fokus ke muka lelaki ini, ini kerja menipu dan Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu," katanya di Kota Baru semalam.

"Video itu sengaja nak dedah aurat orang lain ke seluruh dunia, langsung tidak bermoral," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Sinar Harian.

Nik Aziz berkata rakyat negara ini diminta mengelak daripada media yang menyiarkan atau menayangkan gambar atau video yang mendedahkan keaiban.

Menurutnya, Islam mengajar supaya mengelak daripada gangguan syaitan ketika memasuki tandas atau ketika bersetubuh suami isteri.

"Begitu sekali Islam menjaga kita dengan meminta kita sendiri memohon Allah melindungi kita dari syaitan termasuk ketika kita mendedahkan aurat," katanya.

"Tiba-tiba video yang mendedahkan aurat ini disebarkan ke seluruh dunia," katanya lagi.

 P/s: Lahanat kepada mereka yang terlibat!!!
 

Budak 15 Tahun Diperkosa Bergilir-gilir

Posted: 05 Apr 2011 07:10 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang terlalu mudah mempercayai seorang lelaki yang juga jirannya akhirnya dirogol bergilir-gilir dalam satu kawasan semak di Batu Arang, Rawang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 15 tahun termakan pujuk rayu untuk mengikut lelaki terbabit yang berusia 26 tahun dengan alasan ingin dibawa bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang sebelum dipelawa untuk dihantar pulang ke rumahnya di Taman Aman, Sea Park, Petaling Jaya dengan menaiki motosikal jenis RXZ.

"Mangsa kemudian bersetuju dan tidak mengesyaki apa-apa yang buruk bakal berlaku kerana mereka tinggal berjiran.

"Sebaik menunggang motosikal, suspek kemudian memberitahu ingin singgah sebentar di kawasan Chow Kit bagi berjumpa rakannya," katanya.

P/s: Berita di atas ini kurang jelas. Namun, poinnya, jangan tiru perangai budak perempuan yang menjadi mangsa rogol dalam berita di atas. Sudah banyak kes seumpama ini berlaku, namun masih banyak lagi remaja yang mengambil mudah akan hal ini.

Jangan apabila putik kepala sudah ditebuk tupai miang baru mahu menyesal!!!


"Penjahat Empat Jahanam"

Posted: 05 Apr 2011 06:30 PM PDT

Wah, selamba habis!!!
Saya petik:
[Kosmo] AMPANG JAYA – Pembongkaran Kosmo! pada Januari tahun lalu mengenai kegiatan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang dan kapak yang menyamun sebuah klinik di pinggir ibu negara membuahkan hasil apabila tiga daripada suspek disumbat ke dalam penjara selama enam dan tujuh tahun. 
Mereka juga dihukum sebat.

Penyamun bergelar Penjahat Empat Jahanam itu amat ganas apabila mereka tanpa belas kasihan mengugut mangsa-mangsa di klinik tersebut sebelum melarikan barang-barang berharga. Mereka merompak pada 7 Disember 2009.

Kosmo! yang membuat pendedahan berterusan bermula pada 2 Januari 2010 dengan menyiarkan imej kejadian rompakan yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) di klinik tersebut membantu siasatan polis apabila seorang demi seorang suspek ditahan sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah.

Suspek pertama ditahan oleh polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Selangor pada 6 Januari 2010 di sebuah restoran di Jalan Klang Lama dekat sini manakala tiga lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan dua hari kemudian.

Keempat-empat suspek itu kemudian diserahkan kepada polis Ampang Jaya.

Selepas disiasat dan diserahkan kepada polis di beberapa daerah lain untuk tujuan membantu siasatan beberapa kes jenayah, tiga lelaki itu buat pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang pada 17 Mac 2010 namun seorang lagi suspek dibebaskan selepas polis mendapati dia tidak terlibat.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Reman Guru Sekolah Agama Disambung

Posted: 05 Apr 2011 05:50 PM PDT


Saya petik:

[HM] KANGAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menyambung tempoh reman ke atas seorang guru lelaki selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang murid berusia tujuh tahun akibat didera, Ahad lalu.

Perintah berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph terhadap suspek berusia 26 tahun bermula semalam hingga Isnin depan.

Guru terbabit yang bekerja sebagai penyelia asrama sekolah berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, di sini, bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, pekarangan Mahkamah Kangar dipenuhi wartawan dan rakan suspek sebelum lelaki itu yang memakai baju lokap warna ungu tiba dengan kenderaan polis kira-kira jam 9 pagi.

Lelaki terbabit meninggalkan mahkamah kira-kira jam 10.45 pagi.

Dalam kejadian Khamis lalu, guru terbabit bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi Ahad lalu....


Awas, 1 Panggilan Boleh Menjadikan Anda Muflis!

Posted: 05 Apr 2011 05:02 PM PDT


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

"Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan," katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. 

"Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet 
Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

"Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka," katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

"Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

"Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

"Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan," katanya.

Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.

"Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi," katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. 

"Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.

"Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri," katanya. 

Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga. - Asmah




Tiada ulasan: