ALHUSSEYN |
- Cucu Saya - Mohamad Raqib
- Tiada bukti sahih mengenai dakwaan Harusani
- Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan
- MB: Selangor tidak akan ikuti jika Parlimen dibubarkan
- KPN tidak mampu mengesahkan pelakun video seks itu adalah Anwar Ibrahim
Posted: 02 Apr 2011 08:58 AM PDT Itulah telatah cucu saya yang pertama - Muhammad Raqib yang baru berumur satu tahun tiga bulan.Saya sangat seronok bermain dengannya.Sangat aktif bermain melainkan bila dia tidur. Ibunya kini menyambung pelajarannya di Mansurah, Mesir.Semoga ibunya dapat melihat tetalah anaknya melalui blog ini. |
Tiada bukti sahih mengenai dakwaan Harusani Posted: 02 Apr 2011 03:12 AM PDT Perlis tidak mahu terburu-buru memutuskan pengharaman poco-poco, sebaliknya akan meneliti terlebih dulu kesahihan dakwaan yang mengaitkan tarian itu dengan upacara keagamaan Kristian. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata selagi tiada bukti sahih mengenai dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utamanya sekadar untuk bersenam dan menyihatkan badan. Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. "Apa pun Perlis akan meneliti laporan mengenai pengharaman poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, untuk mendapatkan kepastian termasuk kesahihan sumber yang dirujuk sebelum keputusan itu dibuat. "Bagi saya, untuk kaitkan poco-poco dengan mana-mana anutan atau upacara keagamaan, sewajarnya pihak terbabit perlu bertanya atau rujuk terlebih dulu kepada agama berkenaan untuk mendapatkan pengesahan. "Ini penting untuk pastikan kredibiliti sumber yang dirujuk, selain mengelak menimbulkan spekulasi yang kurang sihat," katanya di sini |
Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan Posted: 02 Apr 2011 12:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat. Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan. "Antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri Besar kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera China telah bersetuju untuk membenarkan loji pemprosesan nadir bumi dibina di negara mereka sejak tiga dekad kebelakangan ini," kata beliau dalam surat dihantar kepada Adnan, semalam. Salinan surat turut diedarkan kepada media. Selain itu kata Fuziah, Adnan juga harus bertanya kepada negeri jiran Terengganu yang telah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada 2007. "YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan torium — bagaimanakah ia akan diuruskan dan peraturan apakah yang akan diguna pakai oleh Lynas. "Adakah Solid Radiactive Waste Management yang akan diamalkan oleh Lynas apabila mula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?" kata Fuziah, yang juga Naib Presiden PKR, dalam surat tersebut. Fuziah berkata, Menteri Besar juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yang mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan memandangkan Sungai Balok berada di kawasan Gebeng. "YAB MB juga harus meminta kaji selidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Sama ada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah loji pemprosesan nadir bumi? "Memandangkan loji pemprosesan ini nanti akan menjadi loji terbesar di dunia selain yang ada di China, persoalan di atas adalah amat penting," katanya lagi. Fuziah mendakwa Menteri Besar hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan daripada kesemua persoalan-persoalan tersebut. "Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab," katanya lagi. Rabu lalu, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia itu. Kumpulan itu bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak. |
MB: Selangor tidak akan ikuti jika Parlimen dibubarkan Posted: 01 Apr 2011 09:00 PM PDT Shah Alam, April 1 - Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun jika Parlimen Malaysia dibubarkan tahun ini untuk pilihan raya umum seterusnya, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata hari ini. Beliau berkata mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada 2013, dan beliau hanya akan memutuskan sama ada akan membubarkan DUN selepas Mac 2012. "Ada cakap-cakap bahawa kerajaan persekutuan sedang mempertimbangkan membubarkan parlimen lebih awal untuk membuka jalan bagi pilihanraya umum 13," katanya dalam sidang akhbar di sini Beliau berkata bahawa beliau tidak akan menurut jadual pemilihan kerajaan persekutuan kerana kerajaan negeri dibenarkan untuk menentukan bila untuk membubarkan Dewan Perundangan seperti yang berlaku di Sarawak. |
KPN tidak mampu mengesahkan pelakun video seks itu adalah Anwar Ibrahim Posted: 01 Apr 2011 06:34 PM PDT Utusan melaporkan : KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing. (Satu lagi kerja bodoh polis!) Kenyataan tersebut cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang tidak pernah mempersoalkan tentang ketulenan video tersebut. Persoalannya bukan 'rakaman' itu tulen atau palsu.Tetapi orang ramai mempersoalkan 'pelakun' yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang itu tulen atau palsu. Polis sepatutnya mereman dan mengambil kenyataan daripada Tiga Datuk Tolol yang bertanggung jawab keatas pendedahan video tersebut yang mendakwa kononnya pelakun terlibat adalah Anwar Ibrahim. Polis seharusnya mengesahkan samada dakwaan Tiga Datuk Tolol tersebut itu benar-benar melibatkan pemimpin tersebut atau fitnah semata-mata. Pihak polis dan media perdana tidak harus turut sama dalam penyibarkan fitnah dan mengkaburi persepsi rakyat berkaitan video seks tersebut. Polis dilihat seolah-olah cuba melindungi perbuatan khianat Tiga Datuk Tolol tersebut kerana siasatannya tidak menjurus kepada isu yang sebenarnya iaitu ketulenan pelakun yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Dua minggu lalu, Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik bersama ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA),Shuib Lazim mengaku mereka adalah trio (baca Tiga Tolol) yang menggelarkan diri sebagai Datuk T (baca datuk Tolol)dan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video dan menayangkannya kepada media, di Carcosa Seri Negara sebelum diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan