AKU INGIN BEBAS |
- TERIMAKASIH UMNO, MINYAK NAIK LAGI
- KAMERA ALLAH LEBIH HEBAT DARIPADA KAMERA MILIK UMNO
- STANDARD CHARTERED DERMA RM1 LEWAT LAYAN PELANGGAN
TERIMAKASIH UMNO, MINYAK NAIK LAGI Posted: 01 Apr 2011 05:02 AM PDT Tahniah UMNO, kerana naikkan harga minyak. Haha!... Mari kita dengar pantun dari UMNO berkaitan kenaikkan harga minyak dan kita raikan bersama. Berakit-rakit kehulu Berenang-renang ketepian Minyak RON97 naik dahulu RON95 naik kemudian KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini. Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini. "Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu. Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. "Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu. Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa. |
KAMERA ALLAH LEBIH HEBAT DARIPADA KAMERA MILIK UMNO Posted: 31 Mar 2011 08:40 PM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa dua wajah dikesan dalam rakaman kamera tersembunyi yang diletakkan di pejabatnya Ogos lalu. Beliau berkata rakaman yang diperiksa oleh seorang penyiasat persendirian dan staf kerajaan negeri menunjukkan dua orang itu sedang menukar bateri kamera. "Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut 'Fais'," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di Shah Alam, petang senmalam. Abdul Khalid bagaimanapun berkata beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan. Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu. Pada Ogos 2010, Menteri Besar mendedahkan bahawa sebuah kamera ditemui tersembunyi di pejabatnya yang merakam aktivitinya. Beliau berkata beliau mengesan kamera Fuji itu pada belebas di balik tirai di pejabatnya bila baterinya lemah dan beliau mendengar suatu bunyi. Catatan: Kalau tanya UMNO, mesti puak-puak laknatullah tu tak akan mengaku yang merekalah memasang kamera tersembunyi itu. |
STANDARD CHARTERED DERMA RM1 LEWAT LAYAN PELANGGAN Posted: 31 Mar 2011 03:53 PM PDT TEMPOH menunggu hanya lapan minit. Itulah janji Standard Chartered Bank (M) Bhd kepada pelanggan dalam piagam perkhidmatannya, dan jika lewat ia akan mendermakan RM1 bagi setiap kelewatan kepada tabung kebajikan.Bercakap kepada media selepas melancarkan piagam pelanggan berkenaan, Pengarah Eksekutif Kumpulan bank itu, Steve Bertamini, berkata langkah berkenaan bertujuan menjadikan perkhidmatan bank itu lebih cekap, serta memastikan setiap pelanggan mendapat layanan serta khidmat yang lebih cemerlang. "Ia juga, katanya, bersifat serampang dua mata kerana turut meletakkan aspek kebajikan," katanya sambil berkata, Standard Chartered adalah bank pertama di negara ini memperkenalkan piagam sedemikian. Mengulas lanjut Bertmanini berkata, tempoh menunggu lapan minit itu dikira bermula daripada saat pelanggan menerima nombor giliran sehingga nombor giliran mereka dipaparkan di skrin LCD yang dipasang di setiap cawangan. "Sistem giliran itu secara automatik akan merekodkan tempoh menunggu setiap pelanggan dan seterusnya memaklumkan kepada petugas jika mereka telah melebihi tempoh lapan minit yang ditetapkan," katanya. Beliau berkata, hasil daripada kutipan bagi kelewatan itu akan disalurkan kepada empat program kebajikan global naungan bank terbabit iaitu 'Seeing Is Believing', 'Living with HIV', 'Environment' dan 'Financial Literacy Programme'. "Seeing Is Believing adalah dana yang dibentuk untuk menangani dan mencegah masalah cacat penglihatan, manakala 'Living with HIV' ialah program khas yang dibentuk untuk mengurangkan bilangan jangkitan HIV. "Environment pula ialah program pemuliharaan alam sekitar, manakala 'Financial Literacy Programme' ialah program yang disusun untuk menanamkan kesedaran mengenai pengurusan wang di kalangan pelajar sekolah," katanya. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan