Anak Sungai Derhaka |
- Video Lucah : Fakta yang dikata Auta oleh pencacai UMNO.. (Video Inside)
- Video Lucah : Anwar beri keterangan (Video Inside)
- MEMALUKAN!! TV3 dikecam Biskop Gereja Katholik...
- Video Lucah : Eskay mahu buat sumpah laknat esok
- BN hanya kejar keuntungan
- Video Lucah : Strategi terdesak UMNO/BN
- Video Lucah : Papagomo direstui Polis?
- Video Lucah : Adakah Polis bekerja untuk UMNO?
- Video Lucah : Anwar kah?? kah.. kah.. kah..
Video Lucah : Fakta yang dikata Auta oleh pencacai UMNO.. (Video Inside) Posted: 28 Apr 2011 05:04 AM PDT Analisa dalam bentuk video ini telah dilakukan oleh 'Malaysiasejati'. Baik Video lucah bahagian pertama mahupun kedua yang berjudul 'papa Nurul Izzah' ianya adalah dari satu video yang sama menurut para penyokong UMNO, berikut adalah satu analisa tentang video pertama yang telah keudara pada 4 April 2011.. Bagaimanapun ada pencacai UMNO yang mengatakan analisa ini wajar dibakul sampahkan kerana analisa hanya dibuat pada sedutan video 1:47 minit sahaja sedangkan panjangnya masa tayangan video lucah tersebut ialah 20 minit dan ianya dirakamkan dari empat sudut.. Perlu dibakulsampahkan kerana ianya tidak memihak kepada UMNO tetapi mendedahkan banyak kelemahan yang boleh dipertikaikan.. Kerana menyedari bahawa terlalu banyak kelemahan yang jelas boleh dipertikaikan para pencacai UMNO bermati-matian mengatakan fakta yang kelihatan dan diperjelaskan oleh 'Malaysiasejati' ini adalah auta |
Video Lucah : Anwar beri keterangan (Video Inside) Posted: 28 Apr 2011 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan kepada polis berkenaan siasatan video fitnah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 2.30 petang ini. Ia susulan laporan polis yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu, berhubung video lucah tersebut yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. Semalam, KEADILAN memaklukan sepasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah memohon untuk merakamkan kenyataan tambahan daripada Anwar berhubung video tersebut yang ditayangkan Trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. Individu-individu ini juga telah mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik. Difahamkan kenyataan tersebut akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy dan Anwar dijangka mengadakan satu sidang media sebaik kenyataan beliau selesai dirakamkan. Semalam, blogger Pro Umno-BN menayang sedutan kedua rakaman video fitnah berkenaan di internet. Sebelum ini, terdapat percanggahan kenyataan yang dikeluarkan pihak polis dan Eskay, salah seorang trio yang menayangkan video lucah berkenaan. Eskay menyatakan wanita di dalam video itu adalah seorang pelacur warga negara China, dan kejadian seks itu dirakam di sebuah hotel di ibu negara. Manakala pihak Polis pula menyatakan video tersebut dirakam di sebuah kondominium melibatkan seorang pelajar wanita dari sebuah kolej swasta di ibu negara. |
MEMALUKAN!! TV3 dikecam Biskop Gereja Katholik... Posted: 28 Apr 2011 03:04 AM PDT Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3. Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Sungguh memalukan.. Bukan Islam pun tahu implikasi buruk yang akan menimpa masyarakat berikutan siaran oleh TV3 itu yang kita tahu adalah Media yang dikuasai oleh UMNO.. Malangnya umat Islam sendiri bersungguh-sungguh mahu menayangkannya demi untuk menjatuhkan maruah seorang umat Islam hanya kerana dendam yang tak kesudah.. Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3. Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. "Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan. "Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. "Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya." "Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. "Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya," tegasnya. Terjemahan oleh Greenboc bersumberkan Malaysiakini |
Video Lucah : Eskay mahu buat sumpah laknat esok Posted: 28 Apr 2011 01:10 AM PDT Ehh.. masa buat tayangan video lucah tak teringat pulak hukum Allah.. tiba-tiba nak bersumpah?? Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah salah seorang "Datuk T" yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan sumpah laknat esok. Justeru itu beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu. Kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria "Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau." Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi. "Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah. – sepenuhnya si (SINI) Jadi kata siapakah yang Anwar sepatutnya dengar?? Kata-kata Tan Sri Harussani Zakaria yang sudah semestinya memahami hukum-hukum Islam atau kata-kata seorang Siam muallaf yang jelas tidak faham Agama Islam.. Eskay sedia sumpah laknat bersama AnwarJimadie Shah Othman Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya. Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok. "Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya. Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog. Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet. Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan menggelarkan kumpulalan mereka sebagai "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio". Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya. Malaysiakini |
Posted: 27 Apr 2011 11:49 PM PDT Kenyataan Media dari Ketua Menteri Pulau Pinang KUALA LUMPUR, 28 April — DAP mendakwa laporan perlombongan nadir bumi bakal dimajukan di Bukit Merah dekat Ipoh ketika isu loji Lynas Corporation masih panas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat negeri ataupun pusat hanya "mengejar keuntungan" dengan sanggup mengetepikan keselamatan publik. Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya kerajaan yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi di Pulau Pinang. "Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan loji Lynas di Gebeng, Pahang," kata beliau. Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng 28 April 2011 di Komtar, George Town. Hanya Pakatan Rakyat (PR) yang akan menjamin kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat dengan memastikan tiada kemudahan loji nuklear atau perlombongan nadir bumi (rare earth) di Pulau Pinang Hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu- satunya yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi (rare earths) di Pulau Pinang. Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, Pahang. Dalam laporannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 Mei, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangi bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek tersebut di Bukit Merah, Ipoh. Syarikat Hong Kong tersebut melalui anak syarikat tempatan, CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon lesen kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri bagi membolehkan mereka meneroka kawasan yang dijangka meliputi 250 hektar bagi melombong nadir bumi. Bukit Merah juga merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pelupusan sisa radioaktif yang berjumlah RM300 juta. Sebaik memperolehi lesen, CVM Mineral dan PKNP akan menandatangani perjanjian bagi menetapkan terma dan syarikat dalam melaksanakan projek tersebut. Menurut sumber, CVM Mineral akan menjadi pemegang saham utama sementara PKNP akan menguruskan 135, 300, 000 saham CVM iaitu kira- kira 4.73 peratus dari keseluruhan saham syarikat itu. Aktivis alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth Milk yang dikaitkan dengan lapan kes leukimia termasuk tujuh kematian. Baru- baru ini kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa laporan lengkap sebulan dari Lynas hampir siap dan diikuti dengan peraturan dan langkah- langkah keselamatan. Bukan hanya rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia menentang keputusan yang pendek fikiran ini. Jelas Barisan Nasional (BN) terlalu mengejar keuntungan sehingga buta dalam mengutamakan masalah lingkungan hidup, keselamatan dan kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Rakyat Perak harus bangkit semula bagi mengembalikan kerajaan PR di bawah pimpinan Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengelakkan projek pelombongan nadir bumi terus beroperasi di Perak. Pada mulanya Pahang dan sekarang Perak. Pelombongan nadir bumi ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan tanpa mengadakan rundingan yang sewajajarnya kerana risiko yang bakal ditanggung amat tinggi. Hanya negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap tegas dan tanpa berkrompomi menentang pemprosesan dan pelombongan nadir bumi ini. Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang telah berlengah telah bertindak lebih maju dengan terlebih dahulu menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk menentang setiap kemudahan loji nuklear untuk ditempatkan di negeri ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,Dato' Sri Peter Chin pada 21 Mac 2011 sebagai bantahan terhadap pembangunan kilang nuklear di Malaysia. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menyatakan pendirian kerajaan negeri untuk tidak membenarkan sebarang kemudahan seperti itu di Pulau Pinang. Selepas berlakunya bencana nuklear di negara secanggih Jepun, kerajaan BN seharusnya menghentikan projek tersebut. Bagaimana BN boleh memastikan tiada risiko berbahaya sejurus pembinaan loji nuklear kepada kesihatan dan keselamatan awam ketika kerajaan BN tidak boleh membina bumbung stadium tanpa runtuh dan memastikan atap Parlimen tidak bocor? Melalui surat yang dibalas kepasa saya pada 20 April 2011, Dato Peter Chin mengatakan bahawa adalah mustahil untuk membina loji nuklear di Pulau Pinang kerana kepadatan penduduknya yang tinggi. Namun tekad kerajaan BN adalah untuk meneruskan pembangunan loji nuklear menjelang 2020 di kawasan lain di Malaysia. Rakyat Pulau Pinang boleh tidur dengan aman dan yakin tentang keselamatan anak- anak mereka selagi PR memerintah. Malangnya kepada mereka yang tinggal di negeri- negeri di bawah pemerintahan BN kerana negeri tersebut berkemungkinan mempunyai loji nuklear menjelang tahun 2020. Jelas BN telah memperjudikan kesihatan dan keselamatan rakyat. Hanya negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang tidak sanggup menanggung risiko tersebut. Atas alasan ini jugalah rakyat Perak, Pahang serta negeri- negeri BN lain harus belajar bahawa hanya kerajaan pemerintahan PR dapat memastikan bahawa projek pemprosesan nadir bumi serta sebarang pembinaan loji nuklear dibina yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan keluarga mereka. LIM GUAN ENG |
Video Lucah : Strategi terdesak UMNO/BN Posted: 27 Apr 2011 10:01 PM PDT Oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Politik kotor dan kolot Umno-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib Tun Razak tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan. Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib. Gambar Ku Li memakai tengkolok Salib ini menjadi bahan kempen utama di dalam menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46. Begitu juga seperti yang diketahui umum Umno-Barisan Nasional pada tahun 1998 memecat Anwar Ibrahim daripada Umno dan Jemaah Menteri kerana mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada beliau sehingga Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau bukan sahaja difitnah, malah, diracun, ditumbuk, dan dipenjarakan. Dalam hal ini adalah pelik jika dibandingkan dengan kes rogol remaja bawah umur yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik. Beliau bukan sahaja tidak dipecat daripada Umno, malah dibela oleh pimpinan Mahathir dan didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Dalam kes ini yang bersalah adalah pimpinan pembangkang, Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana usaha beliau membela anak remaja perempuan Melayu yang dirogol. Hasil tekanan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka. Pilihanraya 1999 membuka sejarah besar dalam politik Malaysia apabila pakatan pembangkang diperkukuhkan hasil daripada konspirasi politik pertama Anwar dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan semua parti pembangkang dan pertandingan satu lawan satu sewaktu PRU ke-10. Hasil daripada pakatan ini Barisan Alternatif memenangi 42 kerusi, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu. Barisan Alternatif tidak kekal antara sebab utamanya adalah kerana Anwar dipenjarakan. Selepas konspirasi politik Anwar yang pertama, pembangkang mara lebih jauh apabila Anwar dibebaskan pada tahun 2006 dan pemuafakatan semua parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat. Pembangkang sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan memenangi 5 negeri menerusi Pakatan Rakyat. Bagi menyekat kemaraan ini, Umno-Barisan Nasional merangka strategi Fitnah ke-2 dengan kes liwat Saiful Bukhari. Setelah lebih dua tahun perbicaraan Fitnah ke-2 ini, kelihatan Umno-BN hilang modal dan bakal kalah dalam perbicaraan. Lebih merisaukan Umno-BN Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menjadi testamen, manifesto tawaran Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Tidak cukup dengan Fitnah 2, pihak Umno-Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib dan Rosmah Mansor melancarkan fitnah 3 yang melibatkan video seks oleh Datuk T, Rahim Tamby Chik dan Shazyl Eskey Abdullah. Fitnah terbaru ini, dengan perancangan konspirasi yang penuh kelompongan membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional terdesak melemahkan Pakatan Rakyat dengan mengaibkan imej pimpinannya, Anwar Ibrahim. Kemerosotan peratus undi yang diperoleh sewaktu Pilihanraya negeri membuatkan Umno-Barisan Nasional lebih terdesak. Undi popular Pakatan Rakyat yang mencecah hampir 45% amat menggusarkan mereka. Lebih merisaukan adalah apabila perkiraan sokongan rakyat dan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak dalam pilihanraya negeri mampu memberikan lapan kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat di kawasan Bandar di Sarawak. Rakyat Malaysia telah matang dengan segala politik fitnah yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional. Rakyat tidak akan berganjak dari menuntut perubahan dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Bangkit, Selamatkan Malaysia! Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan Selangor |
Video Lucah : Papagomo direstui Polis? Posted: 27 Apr 2011 08:58 PM PDT Desakan demi desakan terus dibuat oleh Kedailan terhadap pihak polis untuk bertindak namun ianya terus dipandang sepi.. adakah Ahli-ahli Keadilan ini bukan rakyat Malaysia? Sedangkan mereka juga termasuk aku sendiri membayar cukai pendapatan untuk digunakan oleh pihak kerajaan UMNO/BN untuk membiayai seluruh jentera kerajaan.. Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. "Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?," "Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis. "Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya. Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim. "Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya? "Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan. "Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran. http://www.keadilandaily.com/?p=12398 |
Video Lucah : Adakah Polis bekerja untuk UMNO? Posted: 27 Apr 2011 07:21 PM PDT KUALA LUMPUR, April 27 - Lim Kit Siang mengecam Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini kerana mengancam untuk "mendedahkan pelaku" dalam sebuah video seks baru-baru ini dan bukan mendakwa trio 'DatukT' disebalik rakaman yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli parlimen DAP itu juga mengatakan kegagalan untuk mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Cik, pengusaha Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim menimbulkan kecurigaan penglibatan pihak polis. "Adakah polis [bekerja] 'secara rahsia' dengan UMNO / Barisan Nasional (BN) untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat (PR) dengan cara khusus menumpukan kepada Anwar untuk menghancurkan dia sebagai penentang utama bagi pemerintahan BN berterusan di Putrajaya?" katanya dalam satu kenyataannya hari ini. Khalid kelmarin berkata bahawa polis tidak akan ragu-ragu untuk mendedahkan "Pelaku" dalam video seks "bila waktunya tiba." "Datuk T" Trio telah menayangkan video seks untuk editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara pada tarikh 21 Mac untuk menunjukkan bahawa Pemimpin Pembangkang Anwar tidak sesuai untuk memimpin negara ini. Namun bekas timbalan perdana Menteri itu, telah membantah tuduhan dan menuduh UMNO berpolitik kotor itu. Lim juga berkata hari ini bahawa "ada elemen UMNO / BN yang ingin bermain 'permainan politik' dengan rakaman seks Carcosa itu tetapi mengapa harus pihak polis berkompromi dan menjatuhkan reputasinya hingga begitu rendah untuk jadi pelakon tambahan dalam sandiwara UMNO / BN terhadap PR dan Anwar? " Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata bahawa "masyarakat Malaysia marah dan terkejut bahawa setelah lebih dari sebulan" sejak pengakuan trio itu, " isu yang paling serius dalam fikiran polis adalah untuk mendedahkan pelakon video seks tersebut." Beliau mengatakan bahawa kegagalan untuk mendakwa " Datuk T" di bawah Perkara 292 kanun kesiksaan kerana " mempamerkan pelbagai bahan lucah atau porno kepada awam" atau Bahagian 5 (1) dari Undang-Undang Sensor Film menyatakan bahawa "trio tersebut menikmati kekebalan dan impunitas bagi kesalahan undang-undang dan tindakan yang telah membawa Negara malu ke seluruh dunia. " Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, baru-baru ini berkata rakaman seks Anwar seperti itu telah muncul 12 tahun yang lalu pada tahun 1999. Mat Zain telah meminta polis untuk menyiasat kemungkinan kaitan antara dua kaset tersebut dan apakah Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas-tugasnya secara profesional kerana penglibatan masa lalunya dalam episod anti-Anwar yang pelbagai . "Mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalannya senyap sepi dalam 10 hari terakhir terhadap surat terbuka Mat Zain terhadap KPN yang bertarikh 18 April ketika kedua-duanya begitu bersedia untuk berkata berbagai hal? "tambah Lim. Polisi sedang menyiasat trio tersebut mengikut Perkara 292 kanun kesiksaan untuk penapisan bahan-bahan pornografi tetapi belum mengenakan apa-apa pertuduhan terhadap mereka. Shazryl telah memberikan sampel DNA-nya kepada polis hari ini sementara Abdul Rahim berkata dia tidak akan cuba untuk mengelak pendakwaan kerana memaparkan video seks itu, tetapi menafikan ia terlibat dalam pembuatannya. |
Video Lucah : Anwar kah?? kah.. kah.. kah.. Posted: 27 Apr 2011 10:15 AM PDT Perhatikan kedua-dua gambar diatas, satu gambar dari video lucah "Papa Nurul Izzah part 11" yang dirakamkan pada 21 Feb 2011 dan satu lagi gambar dari video yang dirakamkan pada 22 Feb 2011 oleh TV Selangor " Anwar di Mahkamah". Selain janggut seperti yang aku telah pertikaikannya di ( SINI ).. rambut juga telah panjang dengan terlalu cepat.. cadangan aku pencacai UMNO sepatutnya mengarahkan lelaki itu memakai rambut palsu.. Menurut Datuk "Three Stooges" video aksi seks entah apek mana yang dikatakan Anwar oleh mereka itu telah dirakamkan disebuah hotel ditengah-tengah ibu kota pada 21 Februari 2011 yang lalu. Sedangkan diawal video tersebut terpapar tulisan Siam yang membawa maksud Phaholyothin Road Bangkok. Aksi tersebut telah dilakukan oleh seorang yang difitnah oleh mereka sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim bersama seorang pelacur dari Cina. Bagaimanapun hasil dari siasatan polis mereka telah mengenalpasti identity wanita di dalam video tersebut, wanita tersebut seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. Bagaimana polis mengenalpasti tu.. tak tahulah pulak aku.. mungkin pelajar dari luar Negara yang masuk ke Malaysia dan melacur untuk menyara hidup perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu jadi oleh sebab itu mudah untuk pihak polis menjejakinya.. Dari hasil soalsiasat pula wanita tersebut telah mendedahkan lokasi rakaman itu dilakukan iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibukota bukannya ditengah-tengah ibu kota sebagaimana yang didakwa oleh "Three Stooges" itu.. – berita penuh sila baca di SINI Dengan tersiarnya video lucah bahagian kedua pula.. pencacai-pencacai UMNO/BN semakin yakin bahawa lelaki itu adalah Anwar sedangkan kedua-dua gambar diatas jelas menunjukkan betapa fitnah yang diusahakan mereka telah gagal.. tetapi disebabkan kebebalan mereka yang semakin menebal mereka tetep mengatakan ianya Anwar. Video Part 1 dan video dari TV Selangor itu sila lihat di SINI Komen seorang pembaca.. aku dh cakap dan ulang, video ini jelas dan terang-terangan diada-adakan untuk memfitnah DSAI. Selain dari segala dalil2 dan bukti2 yg kebanyakkan orang dah tahu, ada 1 perkara lagi yg aku tak pernah nampak atau terbaca di mana2 blog mengenai dalil2 atau bukti2 yg menunjukkan bahawa video ini adalah video fitnah. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan