Pahang Daily Online |
- Isu Video Seks: Memalukan, Ada Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan Benarkan Pihak TV3 Siarkan Aksi Lucah Untuk Tontonan Orang Awam
- Isu Video Seks: Anwar Buat Dua Laporan Polis Di IPD Dang Wangi, Datuk Eskay Pula Cabar Beliau Bersumpah 'Mubahalah' Di Masjid Petang Esok !!
- Eksklusif: Pendedahan 'Episod Kedua' Video Seks Membuktikan Individu Mirip Ketua Pembangkang Itu Sah Bukanlah "Anwar Ibrahim" Sebenarnya !!
- Isu Lynas: "Peguam Pahang" Sedia Beri Khidmat Guaman Kepada Rakyat Untuk Memperjuangkan Isu Pembinaan Kilang Rare Earth Di Gebeng Itu !!
Posted: 28 Apr 2011 02:51 AM PDT PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. "Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan. "Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. "Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya." "Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. "Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya," tegasnya. [Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini]. |
Posted: 28 Apr 2011 01:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 April - Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini membuat dua laporan polis berkaitan isu "video seks" di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Beliau hadir di balai polis terbabit tepat jam 2.50 petang tadi dengan beberapa orang penyokongnya. Dalam laporan tersebut beliau menafikan dia merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan mahu pihak polis menyiasat penyebaran video terbabit di internet semalam. Sementara itu, satu lagi laporan dibuat terhadap ugutan yang diterima daripada salah seorang "Trio Datuk T" iaitu Datuk Syazryl Eskay Abdullah supaya beliau meletak jawatannya daripada politik. Sementara Datuk Eskay hari ini telah bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar. Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. Sementara itu polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam. [Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet. "Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya. Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan. "Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan.Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya. Soalnya sekarang, individu yang memuat naik aksi seks pertama dulu pun pihak polis masih gagal mengesannya maka bagaimana mahu mencari pula suspek yang terbaru ini?. Alangkah "Ayah Pin" sehingga ke hari ini mereka masih gagal menjejakinya, maka bagaimana pula yang ini. Semua ini adalah satu kenyataan yang mahu menggembirakan seluruh rakyat kononnya merek melakukan tugas tersebut. Padahal, akhirnya Anwar Ibrahim yang bakal disiasat dan menerima akibatnya kemudian hari]. |
Posted: 27 Apr 2011 08:43 PM PDT Serangan politik terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin agreasif sekarang ini. Di saat beliau sedang berhadapan dengan kes liwat II terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan , isu video seks terus dimainkan oleh musuh-musuhnya. Anwar yang diarahkan membela diri atas kes liwatnya pada 16 Mei ini, kian menjadi "tekanan" buat Kerajaan UMNO BN untuk meneruskan kekuasaan mereka selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itulah apa saja kaedah perlu dilakukan bagi membuktikan beliau adalah individu tidak bermoral serta tidak layak diangkat sebagai pemimpin agung. Apa yang dilakukan terhadap Anwar sekarang seolah-olah mahu membuktikan yang dia memang terlibat dengan dakwaan yang dibuat. Alasan mantan TPM itu tidak mahu bersumpah terus dijaja, bagi menguatkan lagi hujjah kononnya dia memang terlibat dalam pendedahan yang dibuat. "Sumpah dan DNA" terus jadi mainkan mereka tanpa merujuk kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh syariat Islam itu sendiri. Semalam, satu lagi berita menggemparkan telah berlaku apabila video seks bahagian kedua yang dikatakan melibatkan Anwar dengan seorang perempuan Cina telah didedahkan. Namun, apakah rakyat boleh semudah itu untuk percaya pelakon video tersebut adalah Anwar Ibrahim?. Inilah yang membingungkan musuhnya sekarang, semakin didedah semakin terserlah pula berbagai kepincangan yang terkadang mereka sendiri tidak dapat menduganya. Malah, rakyat semakin dilihat begitu benci dengan permainan kotor "politik lucah" yang digunakan mereka mutakhir ini. Polis Sahkan Video Seks Tulen Tapi Jelas Berbeza Kita pernah dikejutkan sebelum ini apabila rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar (foto). Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan. Persoalannya sekarang, jika benar video yang asal itu tulen maka kenapa versinya berbeza-beza?. Malah bagaimana video tulen yang sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis boleh terlepas kepada orang awam untuk disiarkan di laman Youtube. Anehnya ia dibuat secara tergesa-gesa dalam masa tidak sampai pun 24 jam. Selepas media arus perdana berjaya menyiarkan berita tentang video berkenaan, maka pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut mengeluarkannya semula dari Youtube. Bukankah ini sesuatu yang amat memusykilkan kita. Bagaimana video tulen itu boleh terlepas?. Persoalan keduanya pula, kenapa versi satu dan versi dua berbeza?. Versi satu pada skrin terdapat tulisan "Thailand" tercatat, tetapi pada versi yang kedua ia sudah hilang. Malahan pada versi satu tiada pun paparan catatan masa video tersebut, tetapi pada versi dua sudahh ada ia tertera di sebelah kanan video berkenaan. Kenapa ia berbeza-beza dan kenapa pula pihak polis boleh mengatakan mereka mengesahkan ia tulen?. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya. Terdapat satu muslihat di sebalik semua ini. Video Seks Dua Jelaskan Bukti Itu Bukan Anwar Terdapat dua bukti kukuh yang telah didedahkan sekarang ini berkaitan dengan lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu. Bukti tersebut yang kini menjadi kemusykilan rakyat. Ini kerana lelaki dalam video berkenaan tidak "berjanggut" dan mempunyai rambut yang nipis di kiri kanan atas telinganya (ala komando). Sedangkan Anwar Ibrahim dilihat tidak pernah muncul dengan wajah yang sedemikian rupa. Maka, bagaimanakah lelaki tersebut boleh dikaitkan dengan beliau. Tambahan pula pada ketika video seks itu didedahkan kelihatan jelas perwatakan lelaki berkenaan dengan perut yang buncit (boroi) dan langsung tidak mencerminkan keperibadian Anwar Ibrahim itu sendiri sebenarnya. Malah, pada 21 Februari iaitu ketika video tersebut dirakamkan lelaki itu tidak berjanggut dan rambutnnya nipis. Anehnya pada 22 Februari ketika Anwar hadir ke perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas kelihatan imej Anwar berjanggut dan rambutnya tebal. Oleh itu, jelaslah semua ini ternyata satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu menjatuhkan karier politik beliau sebenarnya. Itulah motif mereka. Kemusykilan Lelaki Ketiga Pada Video Seks Kedua Berdasarkan kepada kenyataan yang ditulis oleh Blogger Milo Suam didalam blognya jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu. Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar]. Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2]. Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. sila rujuk gambar-gambar di bawah ini buktinya. Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu. Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air. Jelas sekali memang ada seseorang sedang saksikan adengan seks berlaku Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama. Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat. Sila saksikan video tersebut di bawah ini; [Ramai juga dikalangan mereka yang selama ini sudah percaya memang Anwar terlibat dengan kes liwat Saiful kini mula "hilang kepercayaan" terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka menjadi "muak dan benci" terhadap kerajan apaath lagi UMNO itu sendiri. Masing-masing kini mula sedar yang diri mereka telah diperalatkan untuk menerima apa saja permainan politik murahan seperti ini. Maka itu, sebagai protes sebahagian besar dari kalangan mereka khabarnya akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang, biar pun jasad mereka masih berada dalam parti karat itu. Inilah yang menakutkan pemimpin UMNO, namun dek kerana mahu "melempiaskan nafsu dendam kesumat" pihak tertentu terhadap Anwar maka adengan memualkan seperti ini terus dimainkan. Malah terdapat banyak pihak yang selama ini tidak sokong mana-mana parti politik (atas pagar) kini mula yakin bahawa memang Anwar Ibrahim adalah mangsa "konspirasi" politik jahat musuh-musuhnya. Adengan demi adengan yang ditunjukkan akhirnya menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dan hilang keyakinan kepada Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Itulah hikmah disebalik semua yang berlaku sekarang ini. Oleh itu, mereka tidak perlu terlalu seronok kononnya sudah berjaya untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Anwar. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat semakin bersemangat dan terus memberikan sokongan padu kepada mantan TPM itu. Senario inilah yang amat ditakuti oleh mereka sekarang. Lantaran itu juga, langkah terbaik ialah memenjatakan Ketua Umum PKR itu agar kelibatnya tidak lagi dapat dilihat di mana-mana. Soalnya, apakah itu akan selesaikan masalah?. Apa yang pasti ini petanda Kerajaan BN bakal tumbang dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang]. |
Posted: 27 Apr 2011 10:46 AM PDT KUANTAN, 28 April - Susulan bantahan rakyat berhubung dengan isu Lynas yang semakin memuncak sekarang ini, maka satu sesi taklimat dan dialog dengan badan yang mewakili Peguam Pahang telah diadakan di Putra Balok, dekat sini malam tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup itu telah dihadiri hyga okeh orang awam dan beberapa orang peguam. Menurut Pengerusinya, Hon Kai Ping (foto), inilah kali pertama dalam sejarah Peguam Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu rakyat seperti ini. "Kami melihat, banyak persoalan yang masih belum dijawab oleh kerajaan dalam isu ini. Ia membuatkan rakyat marah dan tidak berpuas hati. Kami nampak jelas dalam sesi dialog yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang di Indera Mahkota dan Beserah baru-baru ini, rakyat tidak mahu kilang yang berisiko itu berada di kawasan ini", katanya. Malah, tindakan kerajaan mahu menubuhkan panel khas untuk mengkaji projek itu juga tidak kena pada waktunya. Sementara itu pihak Peguam Pahang juga katanya akan membantu rakyat untuk membawa perkara itu ke atas termasuklah dengan pihak istana sendiri. "Kenapa baru sekarang mahu tubuh panel khas untuk mengkaji. Atas alasan apa yang menyebabkan kerajaan sebelum ini mengatakan projek itu selamat, jika pakar-pakar luar negara baru hendak dibawa untuk mengkaji?. Bukankah ini sesuatu yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, pakar-pakar itu bukannya menetap di kawasan yang terlibat. Apakah mereka akan bertanggungjawab jika sesuatu kes berlaku selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi?. Akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa","Kami akan melakukan sedaya upaya yang mungkin demi keselamatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang"katanya. Peguam Pahang Mahu Masa Setahun Kaji Lynas Sebelum ini peguam Pahang juga ada menggesa kerajaan melanjutkan tempoh sebulan untuk kajian ke atas loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation sehingga setahun bagi mengadakan pemeriksaan terperinci berhubung keselamatan dan kesihatan awam akibat kesan radioaktif. Gesaan badan itu kemungkinan menjejaskan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan tetapi menekankan, Putrajaya tidak seharusnya tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu keselamatan dan kesihatan rakyat. Peguam Pahang berpandangan penelitian yang berhati-hati dan mendalam berhubung operasi nadir bumi sangat diperlukan dan keputusan tidak seharusnya diambil secara tergesa-gesa jika kerajaan serius berhubung kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia. Mereka juga mahukan terma rujuan IP diperluaskan merangkumi aspek kadar torium bijih yang akan diimport, impak ke atas persekitaran dan industri pelancongan, jumlah kajian asas yang dikendalikan dan rumusan masing-masing, syarat-syarat ditetapkan oleh AELB, bukti proses seiringan bagi memastikan simpanan di Gebeng hanya bersifat sementara. Malah mereka meminta kesemua dokumen, kerajaan dan yang dikemukakan oleh Lynas ditunjukkan kepada orang awam dan pakar-pakar bebas yang dilantik oleh wakil penduduk Kuantan dan kumpulan lain panel berkenaan. Ia bagi membolehkan aspek-aspek berkenaan dikaji tempoh yang diperlukan ialah selama 12 bulan (1 tahun). [Selepas majlis dialog, pihak peguam terbabit telah mengedarkan borang untuk diisi oleh rakyat terutamanya di sekitar kawasan yang berisiko besar hadapi ancaman radioaktif yang bakal dikeluarkan oleh kilang tersebut. Borang yang diedarkan telah habis sekelip mata dan terpaksa dicetak semula oleh pihak berkenaan. Sesungguhnya, rakyat tetap mahu memastikan Lynas dinyah keluar dari bumi Kuantan buat selama-lamanya. Dalam pada itu, kita juga terkejut apabila pihak peguam terbabit melaporkan mereka kecewa dengan tindakan media arus perdana terutamanya yang berbahasa Melayu gara-gara tidak menyiarkan kenyataan media yang dibuat oleh pihaknya ketika mesyuarat khas baru-baru ini. Satu resolusi telah dibentuk untuk membantu rakyat dalam menangani isu tersebut. Difahamkan hanya akhbar Sinar Harian, akhbar berbahasa Cina dan Inggeris sahaja yang menyiarkan kenyataan media itu. Turut hadir ialah Ustaz Nasron (YDP PAS Indera Mahkota), Andansura (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota), Ustaz Suhaimi (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan beberapa lagi yang lain]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan