Khamis, 28 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Posted: 28 Apr 2011 09:26 AM PDT

Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama,
Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-12

Pada 29 April 2011
Jam 8.30 pagi
di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Persidangan akan diadakan pada 3 - 5 Mei 2011 dan 9 - 11 Mei 2011.
Ikuti siaran langsung Sidang DUN melalui http://www.vttv.tv/dunpenang/index.html

Bukit Merah bakal berdepan musibah usahasama nadir bumi

Posted: 27 Apr 2011 04:47 PM PDT

Nampak gayanya, orang Perak akan menghadapi masa depan yang malang, ekoran sikap Kerajaan Negeri itu merestui usaha melombong nadir bumi di Bukit Merah. Sekali lagi Bukit Merah akan berdepan dengan tragedi.

Bantahan kilang nadir bumi di Gebeng atau 'rare earth plant'Usahasama antara firma Hong Kong dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak itu telahpun dimeterai melalui satu perjanjian.

Kemana perginya suara-suara lantang di Perak.

Anehnya DS Zambry Abd Kadir mengatakan dia tak tahu ada perjanjian seumpama itu. Khabarnya terkejut beruk dengan exco-exconya. Satu jawapan yang tak masuk akal langsung.

MB Perak itu berkatakan, dia baru nak minta penjelasan daripada sayap PKNK ekoran laporan mengenai  usahasama menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merak itu.

Katanya, ia sekadar satu memorandum persefahaman antara PKNP dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

PKNP tidak memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai. Kena mainlah...

"PKNP sewajarnya  memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

Syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng Pahang Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham. 

Tiada ulasan: