Anak Sungai Derhaka |
- Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak?
- Umi wakili Parti Tupperware di Sarawak ?
- DDOS Attack!! Malaysiakini Down!!
- Taib Undur?.. Tunggulah hingga 'Babi boleh Terbang'
- Sarawak : Kerana Taib, hidup Kaum Penan Perit.. (Video)
- Sarawak : Undi Untuk Perubahan!! (Video)
- Dulu.. "You help me, I help you." Kini "Percayalah saya, percayalah saya,"
- Utusan menipu Pekerja sendiri?
- Sarawak : Undi BN = Undi Taib
- Taib Undur : 'Beberapa Tahun Lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat wahai Najib...
Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak? Posted: 12 Apr 2011 05:02 AM PDT Kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya. Kad pendaftaran jam?? Kebanyakkan barangan mewah yang dikeluarkan untuk pasaran biasanya mempunyai nombor siri yang dicetak dan biasanya ianya akan disertakan dengan warranty card dan pembeli juga akan diberikan kad pendaftaran barangan itu. Kad pendaftaran dan warranty card ini biasanya tidak diusung kehulu kehilir oleh pembeli barangan tersebut, biarpun barangan itu merupakan sebuah beg tangan hatta ianya Prada sekalipun takut nanti orang kata gila. Kad tersebut pasti akan ditinggalkan di rumah. Tapi berita dibawah ini menceritakan sebaliknya.. ianya menceritakan bahawa pemilik jam Omega yang dikatakan dicuri oleh China Doll itu seolah-olah membawa kad pendaftaran atau melekatkan kad pendaftaran tersebut pada jam yang dipakainya dan menayangkannya kehulu kehilir… apa cerita ni?? Adakah pemilik jam Omega itu memang gila kerana memakai Jam Omega itu bersama dengan kad pendaftarannya sehingga ianya ditemui oleh China doll itu? atau jam tersebut baru dibeli? Tapi hari tu Datuk 'T' kata dia telah menyerahkan hanya Video dan jam sahaja kepada polis.. dari mana datangnya kad pendaftaran ni? Jurucakap The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar jam Omega di negara ini menjelaskan setiap jam Omega mempunyai nombor siri yang dicetak pada jam sebagai jaminan untuk membolehkan pengguna menuntut ganti rugi sepanjang tempoh jaminan dua tahun. Katanya, nombor siri tidak direkodkan oleh syarikat pengedar berkenaan sebaliknya hanya direkodkan oleh penjual dalam kad jaminan. Tanya kawan aku MiloSuam - Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?- MiloSuam Identiti Pemilik Jam Omega Akan Diketahui KUALA LUMPUR, 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya. "Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan," katanya di sini hari ini. Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu. Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku. Dalam satu sidang akhbar sebelum ini, Anwar, yang ditanya mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Semalam pula, pada satu sidang akhbar di Kuching, ketika ditanya kenapa jam itu tidak diserahkan kepada polis, Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang minta. Acryl Sani, ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata: "Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan. "Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," katanya. Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu, beliau berkata ada beberapa perkara kecil perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut. "Ada beberapa perkara membabitkan keterangan perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telah diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan," katanya. Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes memuat naik video seks itu ke sebuah laman web, Acryl Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang memuat naik video itu. "Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sedang siasat," katanya. Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu, Acryl Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada. Police tracing the owner of Omega watch KUALA LUMPUR: Police are ascertaining the ownership of an Omega wristwatch which was handed over to the police in connection with the investigation into a sex video featuring a man resembling Opposition Leader Anwar Ibrahim. CID deputy director Acryl Sani Abdullah Sani said police had sent the luxury watch's registration card to the distributor to ascertain its ownership. "We have given the company two weeks to reply but have not received any yet," he told reporters here. Businessman Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik and ex-Perkasa treasurer Shuib Lazim, collectively known as the Datuk T trio, said they had handed over the watch, allegedly taken from the room where the sex act was recorded, to the police along with the sex video. At a news conference previously, Anwar, who was asked about his watch, said it was being kept by his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail. Yesterday at a news conference in Kuching, Anwar, who was asked why the watch was not handed over to the police, said the police had never asked for it. Acryl Sani, when asked whether the police would ask the opposition leader to produce his watch, said the police would have to establish the ownership of the watch that was handed over to them before making any further move. "Our priority is on the probe into the video, and then the watch and other matters," he said. He indicated that they might be able to establish the watch's ownership soon. - Bernama |
Umi wakili Parti Tupperware di Sarawak ? Posted: 12 Apr 2011 04:49 AM PDT UMporNo adalah sebuah parti yang telah diharamkan masuk ke Sarawak dulu kini dan selamanya. Jadi Najib cuba bawa parti Tupperware sebagai ganti. Umi Hafilda terus 'serang' Anwar di Sarawak PKR yang bertanding di kerusi paling banyak di Sarawak mempunyai jadual waktu yang cukup sibuk, khususnya di 25 kerusi yang kebanyakan pengundinya berbangsa Malay-Melanau. Bagi mendekati masyarakat tempatan dalam usaha menumbangkan BN Sarawak yang diterajui oleh PBB, tanggungjawab itu diserahkan kepada ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bermula dari kerusi Bengoh, kira-kira 70 kilometer dari barat daya Kuching - yang mempunyai majoriti penduduk Bidayuh, Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke lima kerusi lain sekitar pinggir bandaraya itu. Hanya sebuah, iaitu Batu Lintang adalah merupakan kawasan majoriti pengundi Cina, Kerusi lain adalah - Demak Laut, Tupong, Satok dan Muara Tuang (di mana PAS bertanding) - adalah kawasan majoriti pengundi Melayu yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Kuching. Namun, bukan hanya Anwar yang memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi berkenaan. Turut berbuat demikian ialah Umi Hafilda Ali,seorang saksi dalam perbicaraan kes liawat I. Mungkin takdir yang memisahkan kedua-dua mereka daripada bertembung di beberapa lokasi, termasuk di perkampungan nelayan, Kampung Seberang Bako dan kerusi Satok yang merupakan kubu kuat PBB yang hanya satu jam perjalanan. Mesej yang dibawa oleh Anwar adalah konsisten dan sama dengan perkara pokok yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat: " Kami mewakili semua bangsa dan agama serta menjamin memberi keadilan untuk semua. Kami bersatu menentang rasuah, khususnya ke atas musuh negeri, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud." Bagimanapun mereka yang mengikuti ceramahnya malam semalam akan mendapati Anwar turut menyelitkan beberapa petikan al-Quran dalam ucapannya. Beliau mengingatkan penduk Melayu / Melanau bahawa Islam menuntut keadilan dan amalan urus tadbir yang baik. Ia dikatakan berkesan kepada masyarakat Islam. Di Satok, ketika Anwar berceramah kepada kira-kira 1,00 hadirin, seorang daripadanya yang dikenali sebagai Fatimah Suyong, yang berusia lewat 50an memberitahu Malaysiakini bahawa 'kita mesti ingat yang kita akan dinilai selepas meningal dunia kelak'. "Selepas dikebumikan kita akan disoal oleh Allah. Justeru, kita mesti beribadat dan tidak mengamalkan rasuah," katanya. Dan ketika sebuah video yang memaparkan Taib dimainkan, Fatimah menuduhnya sebagai "malaun" sebaik melihat kelibat ketua menteri Sarawak itu. Dakwanya, tanahnya diramapas tidak lama dahulu. Oleh Aidila Razak - Malaysia Kini |
DDOS Attack!! Malaysiakini Down!! Posted: 12 Apr 2011 03:50 AM PDT Siapa yang takut sangat ni??? ha..ha..ha.. ni mesti sempena PRN Sarawak ni... Serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses kepada pembaca. Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi. Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring. Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'. Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak. Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook. Kami akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain. Kami memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter. http://www.facebook.com/home.php |
Taib Undur?.. Tunggulah hingga 'Babi boleh Terbang' Posted: 12 Apr 2011 01:09 AM PDT PM Najib cuba mengelak menjawab soalan bila Taib Mahmud akan berundur. Beliau hanya menyatakan perancangan peralihan kuasa itu memang ada tetapi akan diberitahu kemudian apabila waktu yang sesuai sampai. Bila kah waktu yang sesuai itu akan tiba tidak siapa yang tahu. Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada mengatakan yang penantian untuk Taib berhenti ini ibarat menunggu hari kiamat. Kiamat akan pasti tiba tetapi belum tentu bila masanya. Taib pula memberitahu yang beliau akan turun dalam 'beberapa tahun' lagi dan meminta anak-anak muda bersabar. Dari banyak-banyak isu yang ada di hadapan mata, isu bila Taib akan bersara adalah isu yang paling hangat. Isu lain sudah tenggelam dan semua pihak khususnya yang membangkang telah mendesak Taib supaya berhenti serta merta. Isu pilihanraya di Sarawak ini sudah menjadi kronik kerana tidak ada siapa yang mahukan Taib lagi. Rata-rata rakyat mahukan Taib berhenti secara terhormat untuk menyelamatkan BN dari terhempas berkecai. Sekarang ini seluruh pemimpin tertinggi UMNO dari Semenanjung berada di Sarawak, untuk menyambung mana yang putus dan menampal mana yang koyak. Saya khuatir kehadziran ramai pemimpin UMNO di Sarawak ibarat tikus membaiki labu. Keadaan yang berlaku di Sarawak adalah di sebabkan sikap 'arrogant' pemimpin-pemimpin BN sendiri. Seluruh ahli jemaah kabinet negara berada di Sarawak untuk membantu BN dan situasi kritikal ini tidak pernah di alami oleh Sarawak selama ini. Perasaan takut menghadapi kekalahan amat di rasakan. Walk-about yang di lakukan oleh Najib dan pemimpin lain jelas tidak berkesan lagi kerana denyutan nadi rakyat Sarawak yang inginkan perubahan. Sekarang tidak boleh di pastikan lagi samada wang yang berbillion untuk di gunakan bagi memancing undi itu dapat mengekang perasaan inginkan perubahan itu. Satu persoalannya sekarang; apa kah pelajaran yang kita perolehi dari apa yang sedang berlaku di Sarawak ini? Pertamanya, ialah pemimpin tidak dibenarkan lagi berkuasa terlalu lama. Taib telah duduk di puncak kuasa selama 3 dekad sehingga beliau telah sampai ketahap seorang yang buta mata hatinya. Taib sedang begitu berang kerana desakan terhadap beliau untuk meletakan jawatan datang dari senua pihak termasuk di kalangan pimpinan PBB sendiri secara senyap-senyap. Dalam tempoh 24 jam selepas Najib mengatakan yang proses peralihan kuasa akan datang, Taib telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan meletakan jawatan dalam masa beberapa tahun lagi. Jika 'beberapa tahun' yang dimaksudkannya itu ialah 5 tahun, ianya bermakna yang beliau akan hanya berhenti semasa pilihanraya 2016. Kedua-dua kenyataan dari Najib dan Taib itu tidak ada kepastian tentang bila peralihan kuasa itu akan berlaku. Ini membosankan rakyat yang mendengarnya. Kita pasti boleh belajar dari keterlanjuran Taib mentadbir negeri sebegitu lama telah membina satu sikap berani melakukan rasuah dan salah guna kuasa secara terang-terangan. Bagi Taib yang penting beliau berkuasa dan apa sahaja yang di lakukan oleh ahli kabinetnya tidak menjadi apa kepada beliau. Malahan di mana-mana negara sekali pun jika pucuk pimpinannya berkuasa terlalu lama, undang-undang dan etika tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan apa-apa kesalahan. Kita juga mendapat pelajaran yang wang dan harta yang bertimbun itu juga boleh membutakan mata hati pucuk pimpinan. Taib memang mempunyai imej sebagai seorang yang kaya raya dengan harta yang bertimbun-tyimbun. Dengan wang itu lah beliau boleh mempengaruhi keadaan sehinggakan pucuk pimpinan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat pun tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap Taib. Sokongan dan dukongan dari pucuk pimpinan pun boleh diperolehi dengan harta yang bertimbun itu. Setakat ini sekuat mana pun badan penguat kuasa tidak berani melakukan penyiasatan ke atas Taib. Misalnya MACC tidak mengambil masa yang lama untuk menyiasat kes Teo Beng Hock, tetapi sehingga hari ini perlakuan Taib dan kabinetnya tidak pun di dekati oleh Suruhanjaya ini. Kepada Taib segala-galanya dia yang punya. DAP dan PAS mendapat banyak pelajaran dari apa yang berlaku di Sarawak serta negeri-negeri lain yang rasuah menjadi perkara dan fenomena biasa. Mereka memanfaatkan apa yang berlaku di negeri-negeri yang rasuah berluas luasa dengan memperbetulkan mereka sendiri. Mereka lebih serius dan menjaga kerajaan-kerajaan negeri yang mereka tadbir dengan lebih telus dan secara relatifnya lebih bersih. Di P Pinang yang ditadbir oleh DAP bersama rakan komponennya telah menunjukan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya. Jika berdekad-dekad yang lalu kerajaan-kerajaan tempatan di negeri itu sentiasa berada di dalam defisit sekarang ini kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang sangat memberansangkan dan ini merupakan bukti yang ketirisan perbelanjaan selama ini yang menyebabkan defisit itu. Di Kelantan dan Kedah jarang-jarang kita mendengar kes-kes rasuah yang melibatkan RM berbillion-billion. Dalam satu kes PKFZ sahaja kita mendengar yang penyalah gunaan kuasa dan rasuah telah melibatkan jumlah RM 12 billion. Itu baru satu kes sahaja. Bagaimana kes-kes yang lain? Ada di antara pemimpin seperti Menteri Besar (bekas) yang telah dikaitkan dengan Pembinaan rumah yang melebihi RM 20 juta. Ada pula pemimpin yang telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal yang melibatkan jumlah RM 1.5 billion. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai rasa malu dan mengambil wang rakyat dengan selamba sahaja. Dalam pada itu bercakap pula tentang bersih, cekap dan amanah. Entah mana letak cekapnya dan dimana bersihnya tidak siapa yang tahu. Yang sudah pasti, tindakan itu adalah tindakan yang tidak ada amanahnya. Bagaimana kita hendak menafikan yang contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan P Pinang itu patut dipuji. Bagaimana kita hendak menafikan yang pentadbiran Negeri Selangor lebih telus dan relatifnya lebih bersih dari pentadbiran dahulu? Mungkin kepada penggiat politik semborono akan marah kepada pandangan saya ini, tetapi sebenarnya pentadbiran seperti inilah yang kita mahu lihat dilakukan oleh BN. Untuk mendapatkan kualiti pentadbiran ini yang pasti perlu ialah pandangan yang berani, tetapi kepada mana-mana orang yang berpandangan berlainan itu akan di anggap sebagai pembangkang pula. Tetapi penokong BN tidak mahu menerima hakikat kebaikan pentadbiran P Pinang dan Selangor semata-mata kerana politik, malahan mereka tidak begitu gemar dengan pentadbiran yang baik itu. Mereka tercari-cari kesalahan pimpinan Selangor dan P Pinang seperti orang mencari kutu dalam rambut yang tebal. Yang pasti di Pulau Pinang khususnya jika kerajaan sekarang berjaya sekali lagi mendapat mandat dari rakyat negeri itu, mandat itu sudah semestinya di perolehi dari 'merit'nya sebagai kerajaan dan pentadbiran yang baik. Justru itu kita berharap agar kerajaan-kerajaan BN yang mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya jadikan cara DAP di P Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan serta PKR di Selangor sebagai contoh bagi memperbaiki diri kita sendiri. Jika kita boleh melakukannya maka kita akan terus mendapat mandat lagi selepas PRU nanti. Setelah mendengar kata-kata Taib Mahmud yang beliau akan berundur beberapa tahun lagi, teringat pula saya kepada Hosni Mubarak dari Mesir semasa beliau mendapat tekanan rakyat untuk berundur. Hosni meminta rakyat bersabar dan berjanji tidak akan bertanding lagi untuk menjadi Presiden Mesir, walaupun telah berkuasa selama 30 tahun. Akhirnya beliau tunduk dan meninggalkan Cairo serta Istana yang di diaminya selama tiga dekad itu. Taib patut mengambil tauladan Hosni ini; meninggalkan jawatan untuk kebaikan rakyat dan negara khususnya bagi keselamatan dan perpaduan rakyat Sarawak. Kalau rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, kenapa mesti dia mesti tunggu? Takkanlah 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Menang kalah di dalam pilihanraya itu adalah isu yang lain. Yang penting Taib telah gagal untuk membina 'spiritualism' yang baik bagi politik negari itu. Jika sesungguhnya Taib sayang kepada rakyat dan negerinya, berundur itu merupakan pengorbanan besar bagi Sarawak dan rakyatnya. Tajuk asal artikel Banyak juga dapat pelajaran dari politik Sarawak ditulis oleh Aspan Alias. Baca juga Isu Taib - Tiada beban batu digalas |
Sarawak : Kerana Taib, hidup Kaum Penan Perit.. (Video) Posted: 12 Apr 2011 01:00 AM PDT Suku kaum Penan di Sarawak telah beratus-ratus tahun mendiami hitan Sarawak, mereka hidup denganmemburu, menangkap ikan dan menggunakan pokok-pokok didalam hutan untuk dijadikan rumah dan juga untuk tujuan perubatan.. Kini setelah syarikat-syarikat pembalakan yang dikuasai Taib atau Kroninya membalak secara besar-besaran , cara hidup suku kaum itu turut dimusnahkan.. |
Sarawak : Undi Untuk Perubahan!! (Video) Posted: 12 Apr 2011 12:32 AM PDT |
Dulu.. "You help me, I help you." Kini "Percayalah saya, percayalah saya," Posted: 11 Apr 2011 11:29 PM PDT "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak. Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak). Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula. Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi. Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi. "Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita. "Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya. Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud. Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi. Harakahdaily |
Utusan menipu Pekerja sendiri? Posted: 11 Apr 2011 11:03 PM PDT Kalau pekerja sendiripun boleh ditipu oleh Lidah Rasmi UMNO ini.. pembacanya pula bagaimana? KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009. Utusan didakwa memindahkan lebih RM30 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama. Peguam mereka Ravindran Murugavell menyatakan tindakan ini ibarat memberi makan kepada anak angkat tetapi membiarkan anak sendiri kelaparan. Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini. Keputusan dijangka dikeluarkan sebulan kemudian. TVS News |
Posted: 11 Apr 2011 07:58 PM PDT Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak. Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga. Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak' Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak. Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib. Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program. Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ. Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa. Rakyat perlu disedarkan ~mengundi PBB beerti mengundi Taib ~mengundi SUPP beerti mengundi Taib ~mengundi SPDP beerti mengundi Taib ~mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN. http://chegubard.blogspot.com/ |
Taib Undur : 'Beberapa Tahun Lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat wahai Najib... Posted: 11 Apr 2011 09:12 AM PDT Berbanding dengan kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar bertarikh 7 November 1995 iaitu Taib berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam masa lima tahun dari tarikh tersebut. Hari ini Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak dialah yang berkuasa bukannya Najib apatah lagi Muhyiddin Yassin dengan berkata "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," Taib sama sekali tidak memberikan tarikh beliau akan meletakkan jawatan, ini secara tidak langsung menunjukkan kata-kata Najib semalam iaitu "Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," adalah satu janji atau gula-gula pilihanraya.. Taib juga menunjukkan kepada kita kata-kata Najib itu bukanlah satu perintah yang perlu diturutinya kerana "beberapa tahun lagi" pendirian yang ditegaskannya itu bukanlah satu waktu terdekat selepas pilihanraya negeri seperti yang dinyatakan Najib semalam. Jika benar Najib berkata telah ada perancangan untuk Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri itu sepatutnya bukanlah menjadi satu masaalah kepada Taib untuk menyebutkan tarikh atau jangkamasanya dikhalayak ramai. Bila tiada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Taib, jelas kata-kata Najib itu iaitu "Taib akan undur" hanyalah cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Sarawak terhadap Taib yang telah 30 tahun menjarah harta milik rakyat Sarawak. Secara tidak langsung Taib juga telah menunjukkan kepada kita tiada sebarang perancangan untuk beliau berundur sebagaimana dinyatakan Najib semalam iaitu dalam masa terdekat selepas pilihanraya, kerana perancangan tanpa tarikh bukanlah satu perancangan dan ia adalah satu omong kosong.. Taib juga membuktikan kepada kita semalam Najib telah berbohong kepada rakyat Sarawak kerana 'Beberapa tahun lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat.. Jadi jika Taib tidak meletakkan sebarang tarikh untuk meletakkan jawatan.. segalanya kini berada ditangan Rakyat Sarawak.. Tetapkan tarikh buat Taib pada 16 April ini atau biarkan dia terus menjarah hasil bumi Sarawak.. Taib Mahmud hanya berundur dalam 'beberapa tahun lagi' KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam "beberapa tahun lagi" - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri. Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini. Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya. Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak. Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan. "Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini. Najib juga hadir sama pada majlis malam ini. Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011. Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya. Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan. Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib. Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi. Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu. Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu. Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak. Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan