Selasa, 12 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Macam-macam gila....

Posted: 12 Apr 2011 08:15 AM PDT


Jangan ikut gila komer. Bersyukurler dengan apa yang Allah SWT dah berikan. Gila kapior-kapior di Barat tu, jangan jadikan ikutan. Tak der paedahnya. Na'uzubillah.... Na'uzubillah....

New trend: elf ear surgery

A new trend is emerging in the U.S. among youngsters: pointed ear surgery.

According to ABC news, trendy young people who are fans of movies such as The Lord of the Rings and Star Trek, like to copy the looks of elfin characters in these movies, especially their distinguishing pointed ears.

The surgery is painful and dangerous.

Unlike some tattoos and piercings, the ear surgery is expensive and not reversible.

The surgeon has to cut the cartilage and sew it back to join the ears.

Most surgeons and experts warned that the procedure is dangerous and may cause inflammation of the ears.

Source: Korea Herald/ANN
Published April 12 2011

Tong biru di Tasik Blue

Posted: 12 Apr 2011 07:30 AM PDT


1Malaysia Tong biru diberi dahulu,

Tapi, you all sokong dan tolong kami tau??

You help me... I kasi you tong biru!!

Aaaawww!!! Desperatenya you!!

Kah... kah... kah...

Enough is enough. Just bury them!!

Posted: 12 Apr 2011 06:01 AM PDT


Mesej Khalid Kepada BN : Berpolitiklah Dengan Cara Lebih Matang

SHAH ALAM 12 APRIL : Kejayaan negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang menambat hati pengundi Sarawak menjadikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim antara sasaran utama fitnah Barisan Nasional yang cuba meraih sokongan pengundi di negeri itu.

Khalid yang ditemui Tv Selangor hari ini melahirkan kekecewaannya dengan taktik BN itu yang sanggup menabur pelbagai fitnah mengenai kepimpinannya semata-mata untuk memastikan kelangsungan politik pemerintah.

"Itu adalah satu tindakan terdesak iaitu memburuk-burukkan (kita) tanpa asas dan fakta yang benar. Di Selangor kita lebih matang dengan perkara ini. Jadi kita harus mengambil pengajaran dan memastikan (kempen) seperti ini tidak harus digunapakai di Selangor dan Malaysia amnya,"kata beliau.

Dalam sesi dialog Bersama Masyarakat Kristian di Kuching semalam, Exco Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam mendedahkan pelbagai bentuk fitnah yang direka cipta Barisan Nasional untuk memburukkan pentadbiran Pakatan di Selangor. Ini dilakukan menerusi poster-poster yang dipasang khususnya di kawasan bandar dan ruang iklan dalam suratkhabar berbahasan Cina.

Antara fitnah yang ditaburkan adalah kerajaan Selangor kononnya menaikkan harga lesen penjaja di pasar dan wujudnya larangan penjualan arak di negeri ini.

Sambil tegas menolak fitnah sedemikian, Khalid berkata BN sepatutnya mencorakkan kempennya berasaskan isu yang disokong dengan fakta dan bukanya fitnah.

"Dari segi politik, sudah tentulah kita berpendapat, semua pihak akan bertanding dan pertandingan kita mestilah atas dasar bagaimana ingin membawa pembangunan yang terbaik untuk rakyat. Jadi sebab itu apa yang kami mahu tunjukan di Sarawak ialah sejauh mana usaha kita membangunkan Selangor (berhasil) jika dibandingkan dengan pemerintahan di Sarawak yang sudah lebih 40 tahun,"katanya lagi.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di SUK Shah Alam hari ini.

Turut Hadir, Exco Pelaburan, perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Halimah Ali.

Teresa Kok juga turut menyeru BN berkempen dengan cara yang lebih matang dan tidak memutarbelitkan fakta untuk mengaburi mata pengundi.

"Saya ingin menyeru pihak BN agar berkempen khususnya di Sarawak kini, dengan cara yang lebih matang, bercakap benar dan bukannya melaporkan perkara yang salah untuk kepentingan politik berkempen kerana ia jelas satu tipu helah,"katanya.

Khalid yang berada di Sarawak sepanjang minggu lalu, berkata rakyat Sarawak amat kagum dengan corak pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Sangat baik, rakyat Sarawak tertarik dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mana menerusi konsep MES ini kerajaan negeri memberi harapan kepada rakyat bahawa sumber kekayaan negeri akan mengalir terus kepada rakyat dan mereka juga memang menerima baik konsep 'Hasil Negeri Untuk Rakyat' .

"Apabila saya berada di Sarawak dan menerangkan konsep ini mereka berharapkan konsep seumpama ini dapat dijalankan apabila pemerintahan baru berjaya ditubuhkan di Sarawak, dan untuk melaksanakannya, rakyat Sarawak perlu memlilih Pakatan Rakyat,"tambah Khalid lagi.- TVS News

Puak-puak ni jenis tak makan saman. They'll never change. They don't have the will power to change. Sebab itu.... kita yang kena rentap-turun dan tukarkan mereka.

Rakyat Sarawak sudah terlalu lama memberi peluang kepada Barisan Nasional. Malangnya, para pemimpinnya semakin angkuh dan rakus. Kehidupan rakyat Sarawak pula, masih ditakuk lama. Pi mai... pi mai... dok tang jugak. Bak kata Anwar.... 'Yang kaya bertambah kaya... Yang miskin papa kedana'. Enough is enough!!

Negeri-negeri Pakatan Rakyat di Semenajung sudah set satu contoh pentadbiran yang cukup baik. Mengapa masih mahu kekalkan status quo BN si parti haprak?? Ubah selera. Try something yang lebih 'berkhasiat' dan 'lazat' untuk kesejahteraan Sarawak dan rakyatnya.

Ubah. Selamatkan Sarawak!!

Who's the boss??

Posted: 11 Apr 2011 11:30 PM PDT


Najib Altantunya al-Mubarak kata... Taib Mubarak al-Sarawak akan berundur dan letak jawatan.

Taib Mubarak al-Sarawal pulak kata.... Tak pasai!! Apa pasai pulak aku kena letak jawatan. sekarang. Aku akan letak jawatan but not now. Perhaps... beberapa tahun lagi. Paruh kenyalang bawak berniaga, menyuruh orang, awak bagaimana??

Kah... kah... kah... kah....

Fenin.... fenin... fenin kepala piem 1Malaysia dibuat si firaun Sarawak ni.

Ho... ho.. ho... Orang tua keteqaq sudah bikin Najib mengeletaq!!

Aha.... Who's the BOSS now??

Well..... nampak gayanya, Taib Mubarak al-Sarawak sudah berlagak macam BOSS and there's nothing Najib boleh buat. Telan jer lah ego sebagai Piem buat sementara waktu ini. Apa nak buat, Sarawak ialah talian hayat kepada survival UMporNO di Semenanjung Malaysia. No talian hayat... UMporNO akan terkubor!!

Ini pasti akan memulakan satu lagi episod tikam menikan dari belakang yang memang menjadi budaya dalam UMporNO dan BN.

Siapa akan tikam siapa, tunggu.....

[sumber]

Apa tunggu lagi....??

Posted: 11 Apr 2011 09:27 PM PDT




Gutter Politics!! UmporNO bikin malu Melayu saja. Politik porno tidak dapat diterima oleh rakyat. Natijahnya... UMporNO will soon become history. Oleh itu, ayuh Ku Li, melangkahlah ke barisan sebelah sini dan sama-sama kita berjuang dan melangkah menuju ke Putrajaya.

Sokong Mat Sabu

Posted: 11 Apr 2011 05:30 PM PDT


Tak mau yang dulu...
Mau yang baru....

Yaaahooo!!

Mat Sabu !! Timbalan Presiden baru!!

Ready... Get set....

Posted: 11 Apr 2011 09:15 AM PDT


Weh... PRU13 coming soon??

Dengor citer, kita akan beRAYA besor, some time antara Jun-Julai. Kata demer, sekolah-sekolah telah diberi notis agar mempercepat peperiksaan. Bulan Jun hingga Julai... jangan kacor. Semua dewan dan program sekolah mesti 'kosong' dan di'kosong'kan.

Notis itulah yang menguatkan tiupan angin, kononnya PRU 13 dan dekat. Wallahua'lam...


KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

"Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. [selanjutnya...]

Tiada ulasan: