Anak Sungai Derhaka |
- Pemerintahan Penyangak di Bumi Sarawak.
- Sarawak : Muhyiddin Gagal! Najib Ambil Alih..
- Sarawak : 30 Tahun Taib perintah masih tiada Air Bersih
- Sarawak : Lebih 10,000 di Miri semalam (Video Inside)
- Tawan Penang : Bermimpikah Khairy?
- Sarawak : BN sudah mula panas...
- 54 Tahun dibawah UMNO/BN : Ratu Maknyah pun sudah ada.. (Video Inside)
| Pemerintahan Penyangak di Bumi Sarawak. Posted: 10 Apr 2011 07:19 AM PDT Kisah masyarakat Orang Asal seperti pengalaman pahit Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat dalam mempertahankan tanah adat milik mereka telah meyakinkan banyak pihak bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan.Biarpun samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, tetapi Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa. Begitu juga, meskipun laporan pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan Taib Mahmud dan keluarganya, dan pendedahan satu per satu dilaporkan dalam Sarawak Report berhubung skandal yang melibatkan Taib Mahmud, Kerajaan BN pimpinan Najib Razak juga berpura-pura menganggap tidak perlu diambil tindakan. PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak. Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka. Minggat telah ditinggalkan nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang. Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu. Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali ramai. Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri. Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perlakuan pihak-pihak yang memerintah. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif: "Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini" Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu. Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu. Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari. Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan. Kegagalan pihak polis Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat. Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu. Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa. Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi. Pemerintahan gerombolan penyangak Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan. Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa. Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan. Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ. Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain. Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat? Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak. Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya. Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi. Akhirnya mereka membalas serangan Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu. Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya. Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud. Sarawak Report |
| Sarawak : Muhyiddin Gagal! Najib Ambil Alih.. Posted: 10 Apr 2011 03:11 AM PDT KUCHING 10 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tugas Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berkempen bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sebagai tindakan mendokong dan bersekongkol dengan kepimpinan korup serta bergelumang dengan rasuah. Menurut Anwar, ini juga jelas menunjukkan Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terdesak untuk terus berkuasa di Bumi Kenyalang. Katanya, tindakan panik Najib membawa keseluruhan Kabinet serta jentera kerajaan untuk membantu kempen pilihan raya negeri merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. "Najib datang ke Sarawak untuk mendokong satu kepimpinan yang korup dan semakin ditolak oleh rakyat. Amat jelas langkah Najib membawa seluruh Kabinet dan jentera kerajaan pusat menunjukkan kegagalan jentera pilihan raya Ketua Taib Menteri Taib Mahmud. "Najib gagal untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan rampasan tanah rakyat dan rompakan balak secara besar-besaran yang dilakukan oleh pimpinan Taib selama 30 tahun," kata Anwar pada sidang media di sebiah hotel di sini tengahari tadi. Beliau juga membidas Suruhanjaya Pilihan Raya yang secara sedar menutup mata terhadap apa yang dilakukan oleh Najib sebagai Pengerusi BN yang menyalah gunakan jentera pentadbiran kerajaan. "Saya diberitahu oleh calon kita (Parti Keadilan Rakyat) di Belaga bahawa keseluruhan jentera dan pentadbiran kementerian (Datuk Seri) Sharizat (Jalil) diturunkan di kawasan beliau untuk berkempen. Perkara ini jelas menunjukkan SPR bertoleransi terhadap salah guna secara terang-terangan ini. Mengulas mengenai manifesto BN, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN menegaskan apa yang ditawarkan oleh Taib pada pilihan raya kali ini hanyalah kitaran kepada apa yang dijanjikan selama 50 tahun tahun. "BN mengitar isu pembangunan untuk rakyat yang mereka gagal tunaikan sejak 50 tahun dahulu. BN gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat yang dipinggirkan dan bagaimana kekayaaan negeri di ambil untuk memperkayakan segelintir kecil pemimpin serta kroni mereka," ujar beliau. TVS News |
| Sarawak : 30 Tahun Taib perintah masih tiada Air Bersih Posted: 10 Apr 2011 02:43 AM PDT 30 Tahun Taib dan BN memerintah Sarawak, masih ada rakyat yang tiada kemudahan air bersih dan paling teruk masih ada yang mengharapkan air hujan semata-mata sebagai sumber air bersih minuman mereka.. 30 Tahun sebagai Ketua Menteri, Taib berjaya menjadikan dirinya dan kroninya kaya raya.. manakala rakyat Sarawak 70% masih melarat hidupnya.. Tiada air bersih meskipun dibayangi empangan Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan. Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan. Sesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands. Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka. "Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat," kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air. "Macam kencing tikus." kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya. Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup. Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup. Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah. Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan. Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut. Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh. "Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan," kata petani itu. Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu. Malaysiakini |
| Sarawak : Lebih 10,000 di Miri semalam (Video Inside) Posted: 09 Apr 2011 10:06 PM PDT MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi. Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah. "Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi. Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke. Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini. Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh. Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat. Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak. |
| Tawan Penang : Bermimpikah Khairy? Posted: 09 Apr 2011 09:49 PM PDT BUTTERWORTH, 10 April — Pemuda Barisan Nasional (BN) harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.Menurut Khairy (gambar), ini kerana kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat. Dipetik Bernama Online, Khairy berkata, Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini. "Justeru kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang membawa makna yang besar," kata beliau pada majlis perasmian program 'Jom Jelajah One Malaysia' peringkat Pulau Pinang malam tadi. Ketua Pemuda Umno ini berkata, kunci kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 terletak di tangan pengundi muda dan Pemuda BN harus memastikan parti itu menerima sokongan golongan tersebut. Katanya, kaedah terbaik mendekati golongan itu ialah menerusi program turun padang yang melibatkan penyertaan pemimpin Pemuda secara langsung dalam menangani masalah rakyat. "Kita juga tidak boleh menumpukan pada satu-satu kawasan saja dan bersandarkan pada kekuatan satu parti komponen saja, tetapi BN memerlukan semua parti komponen berganding bahu mendapatkan sokongan rakyat tanpa mengira kaum," kata beliau. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, menerusi cara itu juga BN menunjukkan kesepakatan dalam memastikan kebajikan semua kaum terjamin. The Malaysian Insider |
| Sarawak : BN sudah mula panas... Posted: 09 Apr 2011 09:25 PM PDT Jika BN hilang majoriti di DUN Sarawak, ini bermakna mereka juga kehilangan sumber pendapatan bagi membiayai jentera pilihanraya mereka pada PRU13 nanti, jika ini berlaku ianya adalah satu malapetaka buat UMNO/BN.. Malapetaka kerana mereka bakal menyaksikan pencacai-pencacai upahan mereka lari meninggalkan mereka.. SUPP ceramah at Stutong C121. Ceramah anjuran SUPP di kawasan Stutong malam tadi. KUCHING, 10 April — Datuk Seri Najib Razak akan menjelajah seluruh Sarawak bagi membantu Barisan Nasional (BN) sepanjang baki enam hari akan datang sehingga Jumaat ini petanda jelas perikatan yang memerintah ini sudah mula merasai kehangatan kempen pilihan raya dalam usaha mengekalkan negeri yang selama ini dianggap sebagai deposit hayat mereka. BN dilihat berhadapan dengan tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat (PR) khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina di mana pengundi-pengundi dilihat sudah mula menerima agenda "undi untuk perubahan" yang dibawa PR. Di Kuching, Sibu dan Miri, ceramah-ceramah kendalian DAP menarik ribuan hadirin - keadaan yang jarang dilihat di Sarawak di mana pengundi-pengundi lazimnya dianggap sebagai berhati-hati dan konservatif dalam menunjukkan sikap mereka. Di pihak lain, PKR — satu lagi komponen PR, kelihatan yakin akan menerokai laluan lebih baik di sekurang-kurangnya 12 kerusi khususnya Batu Lintang, Saribas, Ba'kelalan, Layar, Krian, Opar, Bengoh, Tarat, Batang Ai, Engkilili, Senadin dan Batu Danau. Di sebalik taktik kempen pembangkang yang membadai kali ini, parti-parti Sarawak kelihatan memulakan kempen yang agak menjemukan dalam usaha mempertahankan pentadbirna negeri, menggunakan cara lama — mengadakan majlis bertemu rakyat yang formal dan pertemuan yang diserikan dengan kehadiran menteri-menteri persekutuan. Malah, kempen BN juga dikatakan dibayangi laporan-laporan dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud — ketua menteri Sarawak paling lama memegang jawatan. Pemandangan di sebuah pasar harian di kawasan Tasik Biru. Foto oleh Choo Choy May Tinjauan di beberapa kawasan perkampungan yang dikatakan sebagai kubu kuat Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), komponen BN — di Tasik Biru, menunjukkan pembangkang telah berjaya mengembangkan pengaruh dengan cepat dan mendapat sokongan positif. Ramai pengundi yang ditemui kelihatan berhati-hati apabila ditanya siapa yang mereka akan menyokong Sabtu ini. Berbanding dengan laungan "BN" yang sering didengar, mereka kelihatan 'membisu' kali ini mengenai pilihan mereka. DIfahamkan pendirian ini satu petanda jelas pembangkang telah berjaya memikat pengundi-pengundi di kawasan kubu kuat BN. Perdana Menteri yang berada di sini Khamis lalu akan mengetuai kempen di Sarawak dengan jadual yang ketat mulai hari. Beliau dijadual akan berada di kawasan-kawasan yang dilihat panas seperti Kuching, Miri dan Sibu. Pengerusi BN ini akan tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching di sini pada pukul 7.40 petang ini sebelum mengadakan pertemuan dengan para pemimpin di Majlis Perbandaran Kuching Selatan pada pukul 8.30 malam. Esok, presiden Umno ini akan menghadiri majlis gotong-royong di Pasar Rakyat Stutong pada pukul 8.10 pagi sebelum bergerak ke Pekan Saratok di Betong, pukul 9.15 pagi dan kemudian menghadiri majlis bertemu rakyat di Masjid Kampung Beladin dan majlis seterusnya di Betong, Bandar Sri Aman dan Lubok Antu. Najib akan kembali ke Kuching untuk menghadiri majlis makan malam 1 Malaysia dan kembali ke ibu negara pada pukul 10 malam. Beliau akan kembali ke Kuching pada Selasa. Rabu ini, Najib akan memulakan lawatan pada pukul 8.30 pagi di Engkili dan disusuli dengan kunjungan ke Sebuyau, Sadong Jaya, bandar Bau di Tasik Biru, KMC Flats di Kuching, dan menghadiri solat dan makan malam di Masjid Darul Farhanah dan kemudian menghadiri majlis Lembaga Pembangunan 1 Malaysia di SK Merpati Jepang sebelum bertolak ke Miri pada pukul 10 malam. Keesokan hari, Najib akan melancarkan klinik bergerak bot 1 Malaysia di Sungai Baram, Marudi seawal 8.15 pagi dan kemudian bergerak ke Bario, Ba'Kelalan, Lawas, Limbang dan menghadiri majlis makan malam di Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya di Miri dan seterusnya terbang ke Sibu pada pukul 10 malam. Sehari sebelum pengundian, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kapit pada pukul 9.30 pagi dan kemudian menyertai majlis di Masjid Nurul Islam, Song. Mengulas jadual ketat Najib yang sanggup menghabiskan enam hari di Sarawak menjelang hari pengundian 16 April, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, ia petanda jelas BN makin terdesak untuk mengekalkan kubu kuatnya di Sarawak. Bagaimanapun beliau bimbang BN akan menggunakan apa jua cara untuk memastikan ia dapat mengekalkan negeri Sarawak, Sabtu ini. "Ia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ia dapat kekal meneruskan kuasa di Sarawak. Saya berharap ia tidak akan menjejaskan pengundian dan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih," kata Pua yang juga anggota Parlimen. |
| 54 Tahun dibawah UMNO/BN : Ratu Maknyah pun sudah ada.. (Video Inside) Posted: 09 Apr 2011 09:05 PM PDT Berbanggakah kita??.. setelah 54 tahun diperintah oleh UMNO/BN agama Islam semakin dipinggirkan, jika Pertandingan Ratu Cantik Pondanpun sudah dibenarkan suatu hari nanti kita pasti akan melihat kawasan pelacuran terbuka pula akan dibangunkan menjadikan kita sebagai pencabar ekonomi Thailand.. Fikirkanlah.... Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu. Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu. Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan. Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon. "Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik," katanya. Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing. Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran. Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an. Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan 'catwalk' persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air. Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya 'Rozita Che Wan' dan 'Tiz Zakiah'. Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara 'miming' sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan. Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit. Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara. Harian Metro |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan