Ahad, 10 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Rakyat Sarawak Bersedia Menuntut Perubahan, Lebih 5,000 Orang Telah Hadir Ke Ceramah Lim Kit Siang Dekat "Kota Sentosa" Malam Semalam !

Posted: 09 Apr 2011 10:05 PM PDT

KUCHING, 10 April - Tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak kini masuk hari yang keempat. Bahang kian terasa dan gelombang kebangkitan rakyat ke arah perubahan kini semakin tiba. Ternyata rakyat Sarawak sudah tidak mahu lagi dijadikan "talian hayat BN" buat selama-lamanya. Mereka sudah mencongak harapan baru untuk kehidupan yang lebih aman, selesa, adil dan berkebajikan. Semua itu mungkin tidak akan diperolehi selagi Sarawak diperintah oleh Barisan Nasional. Tambah parah lagi, bila Ketua Menteri "Taib Mahmud" yang susah sewajarnya mengundur diri itu tiba-tiba masih lagi mahu meneruskan cengkaman kuasanya. Senario ini amat dibenci oleh rakyat sekarang, ditambah pula dengan tempoh pemerintahan Taib Mahmud yang sudah melebihi 30 tahun itu. Satu tempoh yang tidak sewajarnya dipertahankan lagi oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku di Mesir, Yaman, Libya dan yang lainnya haruslah dijadikan tauladan. Soalnya, kenapa Taib Mahmud masih berselera untuk berkuasa, sedangkan sudah ratusann juta hasil mahsul rakyat dimonopoli oleh beliau dan anggota keluarganya. Dalam masa yang sama rakyat terus dibelenggu dengan masalah kehidupan yang semakin menghimpit dikala Taib sibuk mengumpul harta. Inilah yang dibenci oleh rakyat sebenarnya. Maka itulah, mereka akan melakukan perubahan besar dalam pilihanraya negeri kali ini. Inilah juga yang menakutkan pemimpin UMNO BN. Sokongan rakyat rerhadap ceramah-ceramah pembangkang terus mendapat sambutan. Terbaru ceramah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Kota Sentosa dekat sini semalam telah dihadiri oleh lebih 5,000 rakyat.

[Dalam ceramahnya Lim mencabar Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Lim Kit Siang (foto) sebelum itu disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Rakyat Sarawak seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi dalam hal ini. Kerajaan UMNO BN perlu ditumbangkan segera jika mereka mahu melihat nasib anak cucu dan generasi akan datang lebih terbela. Sikap pemimpin BN yang mula membawa projek "mee segera" ke Sarawak sekarang ini jelas membuktikan mereka telah dinafikan hak pembangunan sejak sekian lama. Maka itu rakyat perlu faham dan bijak menilai. Semakin banyak kemewahan yang dilambakkan jelas sebagai bukti bahawa selama ini mereka memang tidak pedulikan nasib rakyat itu sendiri. Oleh itu, langkah terbaik ialah membuat perubahan segera untuk masa depan].

Gara-Gara Mahu Yakinkan Rakyat Tentang Video Anwar, Akhirnya Bekas Pemimpin PKR Di Tatang Bagai Minyak Yang Penuh Oleh 'Media Perdana' !

Posted: 09 Apr 2011 09:09 PM PDT

Nampaknya, pencacai-pencacai UMNO bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula memainkan peranan untuk menyerang Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masing-masing seolah-olah diberikan lesen khas oleh Kerajaan UMNO BN untuk menyerang pemimpin pembangkang itu dengan hasrat bagi menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin terbabit. Maka, individu seperti Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong (foto) dan yang lainnya mula mengambil tugasan itu dengan cemerlang sekarang ini. Saban hari kenyataan mereka disiarkan oleh media arus perdana. Malahan, tulisan dalam blog masing-masing juga dijadikan bahan artikel mereka. Terbaru kenyataannya jika video seks membabitkan pemimpin politik bukan isu nasional, kenapa Karpal Singh sibuk menuntut penubuhan suruhanjaya diraja ketika mengaitkannya dengan pemimpin kanan MIC, Datuk D.P. Vijandran, 22 tahun lalu? Beliau berkjata demikian bagi mempersoalkan justifikasi yang diambil oleh peguam tersohor itu apabila mengambil pendirian berbeza ketika isu sama kini dikaitkan pula dengan Anwar Ibrahim. Sedangkan, katanya, kedua-dua video seks itu berkait dengan masalah moral pemimpin masyarakat, cuma yang membezakan kes Vijandran dengan skandal rakaman video seks terbaru ialah 'pelakonnya' sahaja. "Jika video seks yang dikaitkan dengan Anwar bukan isu nasional, mengapa Karpal sanggup meninggalkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semata-mata untuk menghadiri sidang akhbar dan menggesa video itu ditayangkan di Parlimen. "Saya sedar Karpal cuba bermain politik, tetapi berpolitik pun perlu ada batas. Jangan jadi dwi standard dengan hanya bersetuju penubuhan suruhanjaya diraja jika ia memberi kepentingan politik kepada pembangkang," katanya. Begitulah antara ucapan yang dipetik oleh media dari laman blog beliau. Persoalannya, jika benar Suruhanjaya DiRaja mahu ditubuhkan, kenapa dalam isu Chua Soi Lek ia tidak berlaku?. Bukankah jika kes yang ada "bukti kukuh dan relevan" sahaja perlu ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Namun, apa yang berlaku dalam kes video seks terbaru ini ternyata dinafikan oleh Ketua Pembangkang itu. Maka, apakah perlu Suruhanjaya DiRaja untuk mengkajinya?. Bukankah sudah cukup dengan siasatan pihak polis untuk merungkai siapakah dalang disebalik penayangan dan pendedahan isu video seks tersebut sebenarnya.

[Apa yang lebih menarik tidak cukup dengan itu, kini bekas pembantu peribadi Anwar yang juga anak kepada seorang pemimpin PKR yang masih aktif sekarang, Rahimi Osman (foto) juga sudah mula bersuara. Terbaru beliau tampil mengesahkan yang fizikal bekas bosnya (Anwar) itu memang agak berisi. Ia bagi menolak dakwaan Wan Azizah yang dipercayai menafikan lelaki dalam rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini suaminya dengan alasan susuk tubuh Anwar Ibrahim lebih tegap. Maknanya, kini semua pihak digunakan oleh "musuh Anwar" untuk membolehkan rakyat mempercayainya. Namun, sekali terkena tidak mungkin selama-lamanya akan terjatuh dalam lubang yang sama. Isu video seks ini menyebabkan rakyat kembali bersatu dalam usahan menjatuhkan Kerajaan UMNO BN yang sudah semakin "meracau" sekarang ini. Isu seks dimainkan seolah-olah mereka itu baik sangat dan bebas daripada skandal seks tersebut. Padahal, umum lebih mengetahui perangai pemimpin UMNO yang lebih teruk malah lebih dasyat raipada itu sebenarnya. Cuma, mereka menunggu masa untuk mendedahkannya. Oleh itu, usahlah pemimpin UMNO merasa mereka terlalu "baik dan hebat" untuk menuduh orang lain, sedangkan mereka sendiri mengamalkannya].

Isu Pahang: "Taklimat Lynas", Fuziah Perjelaskan Projek Tersebut Bagi Untung RM8 Bilion Setahun Kepada Australia Tetapi Rakyat Hanya Dapat Bala

Posted: 09 Apr 2011 10:41 AM PDT

KUANTAN, 10 April - Taklimat penerangan tentang bahaya sisa radioaktif "rare earth" kilang Lynas di Gebeng telah berjaya diadakan di Perkarangan KAFA, Al-Makmur, Masjid Balok Makmur dekat sini malam tadi. Program anjuran Jawatankuasa Bertindak Bantah Radioaktif itu telah menampilkan penceramah yang terdiri daripada YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Syed Mohamad Syed Lonik (ADUN Beserah) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang). Majlis dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut hadir dalam program malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa pemimpin lain dari Pakatan Rakyat. Disamping taklimat penerangan menggunakan "slide projector" itu, borang memorandum bantahan Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Difahamkan setakat ini sudah lebih dari 21 ribu rakyat Kuantan telah menandatangani memorandum tersebut. Dalam ucapannya, Fuziah Salleh (foto) menyatakan kepada hadirin kenapa beliau telah membantah projek ini sejak tahun 2008 lagi, iaitu ketika Kilang Lynas belum pun di bina. "Kenapa saya gelisah sangat projek ini daripada awal, pertamanya kerana Lynas Corporation ini adalah milik syarikat Australia sepenuhnya (100%), maksudnya RM8 bilion setahun yang bakal diperolehi hasil keuntungan projek ini adalah milik rakyat Australia", katanya.


Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)

Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah

Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif
Fuziah juga menegaskan yang beliau hairan kenapa Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia. "Lynas mendapat status "Strategic Pioner Status" oleh MITI, Saya tanya menteri kenapa beri, kenapa beri ni tak payah bayar cukai? Dia kata faedah insentif kerana kita nak menarik pelabur asing, maka diberi imbuhan 12 tahun tak payah bayar cukai... RM8 bilion tu untung kat dia jer lah; kemudian, dia kata akan beri kita peluang pekerjaan. Maklumat terkini, Lynas loji ni akan mengambil 450 pekerja maksudnya mana peluang pekerjaan? Tak ada, apa yang kita dapat?, kita dapat bala .. kita dapat bala .. Australia dapat untung RM8 bilion setahun dan dikecualikan bayar cukai, 100% milik Australia. Kita mendapat penghormatan untuk menjadi tapak sisa buangan radioaktif seluruh dunia", katanya.

[Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" Lynas Corporation Ltd semakin memuncak sekarang ini. Susulan daripada itu, difahamkan pihak Kerajaan Negeri Pahang mula membuat kawalan ketat kepada orang ramai yang mahu hadir ke sesi taklimat awam di Komplek Dagangan Indera Mahkota pada 12 April ini. Soalnya, kenapa mereka takut berhadapan dengan kenyataan. Mereka mahu rakyat menerima takdir bahawa projek itu wajib dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Soalnya sekarang "rakyat mana yang penting?" sedangkan terbukti Lynas dikecualikan daripada membayar cukai selama 12 tahun. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa hasil selama tempoh tersebut. Jika 11 tahun yang lalu Bajet Defisit sering dibentangkan oleh Kerajaan Negeri, maka apakah 12 tahun akan datang benda yang sama akan berlaku. Apa hasil yang akan diperolehi daripada Lynas melainkan "bala"].

Tiada ulasan: