BRIGED MP SEGAMBUT |
- SAYANGNYA KEPANDAIAN KJ TIDAK DIPERLUKAN ...
- inilah cara mereka:ASIK NAK BELIA AJER..
- SERANGAN HENDAP DARI SNAP
- AGEN 007:MUSNAHKAN UMNO
| SAYANGNYA KEPANDAIAN KJ TIDAK DIPERLUKAN ... Posted: 10 Apr 2011 07:22 AM PDT April 10, 2011 BUTTERWORTH, 10 April — Pemuda Barisan Nasional (BN) harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.Menurut Khairy (gambar), ini kerana kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat. Dipetik Bernama Online, Khairy berkata, Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini. "Justeru kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang membawa makna yang besar," kata beliau pada majlis perasmian program 'Jom Jelajah One Malaysia' peringkat Pulau Pinang malam tadi. Ketua Pemuda Umno ini berkata, kunci kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 terletak di tangan pengundi muda dan Pemuda BN harus memastikan parti itu menerima sokongan golongan tersebut. Katanya, kaedah terbaik mendekati golongan itu ialah menerusi program turun padang yang melibatkan penyertaan pemimpin Pemuda secara langsung dalam menangani masalah rakyat. "Kita juga tidak boleh menumpukan pada satu-satu kawasan saja dan bersandarkan pada kekuatan satu parti komponen saja, tetapi BN memerlukan semua parti komponen berganding bahu mendapatkan sokongan rakyat tanpa mengira kaum," kata beliau. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, menerusi cara itu juga BN menunjukkan kesepakatan dalam memastikan kebajikan semua kaum terjamin. | ||
| inilah cara mereka:ASIK NAK BELIA AJER.. Posted: 10 Apr 2011 02:07 AM PDT Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut
| ||
| Posted: 10 Apr 2011 12:00 AM PDT Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya. Begitu ibaratnya kempen Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di kesemua 26 kawasan Dayak yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri kali ini. Berbeza dengan pendekatan BN dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, SNAP memilih tidak terlibat dalam perang psikologi melalui pemasangan poster, bendera parti dan kain pemidang di kawasan-kawasan awam. Bagaimanapun, sebagai parti tertua bangsa Dayak yang ditubuhkan pada tahun 1961, pengalaman mengajarnya cara mendapatkan undi dengan cara yang paling murah, namun dianggap paling berkesan. "Dengan duit, kita tidak boleh lawan BN. Kita tidak ada duit sebanyak BN (untuk berkempen). Jadi, yang kita ada hanyalah masa (sebagai modal). Ini yang tidak ada pada parti-parti lain," kata perancang kempennya yang enggan namanya dinyatakan.Menurutnya beliau, menyedari tempoh kempen 11 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memadai, mereka mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal, lebih-lebih menyedari rundingan pembahagian kerusi dengan PKR mengambil masa terlalu lama. "Jadi dengan itu kita ada lebih masa berkempen. Dengan cara ini, masuk sahaja hari berkempen, sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi sudah kita temui," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini semalam. Parti itu percaya, bertemu dan bermesra dengan pengundi secara langsung merupakan strategi yang terbaik bagi memenangi hati pengundi. Bagi beberapa calon-calonnya, pendekatan unik itu dinamakan sebagai "silent killer" (pembunuh senyap). Manakala ada juga yang secara berjenaka merujuknya sebagai "taktik lipas". 'Ejen' di rumah panjang "Malam-malam baru kita keluar gempur rumah-rumah panjang. Macam lepeh (lipas)," kata Abang Osman Abang Gom yang bertanding kali ketiga untuk merampas kerusi Lingga, berdekatan bandar Sri Aman.Di rumah panjang yang tidak dapat ditembusi calon, SNAP akan memastikan terdapat "ejen" mereka di kalangan penduduk setempat berkempen dalam diam-diam, tambah Abang Osman – calon Melayu tunggal dalam parti yang didominasi Iban itu. Sementara itu, walaupun di simpang-simpang jalan hampir tidak kelihatan langsung bendera kuning SNAP berkibar, mereka bagaimanapun tidak mengabaikannya di rumah-rumah panjang - tempat pengundi menginap. Malah, poster yang dibekalkan amat besar kira-kira dua kali ganda saiz akhbar. Parti pimpinan Edwin Dundang Bugak itu juga memastikan setiap pengundi yang ditemui mendapat poskad kuning memaparkan nama dan wajah calon serta slogan SNAP sebagai "parti asal bangsa Sarawak". Ditanya adakah bahan kempen parti itu tidak akan dipasang langsung sehinggalah pilihan raya berlangsung pada 16 April ini, sumber itu mengiyakannya."Kalau kita pasang bendera. BN banyak, kita sikit. Jadi kita nampak lemah," jelasnya. Tinjauan Malaysiakini di beberapa kawasan yang ditandingi SNAP – meliputi Lingga, Bukit Begunan, Engkelili, Layar, Bukit Saban dan Krian – mendapati strategi ini betul-betul dilaksanakan seperti yang dirancang. Bagaimanapun di Bukit Saban yang mana ketua Pemudanya Dayrell Walter Entrie sendiri bertanding kelihatan agak berbeza apabila kain pemidangnya kelihatan di tempat-tempat strategik dalam DUN itu. Empat 'kawasan A' Bukit Saban antara "kawasan A" bagi SNAP yang mana mereka yakin menang selain Pakan, Machan dan Lambir. Manakala kawasan yang dianggap berpotensi besar antaranya Lingga, Bukit Begunan, Bekenu, Engkelili, Telang Usan dan Tarat. Difahamkan senarai tersebut diperoleh dengan mengambil kira faktor calon, petugas dan penyokong tegar di tempat masing-masing. Sementara calon-calon di beberapa di DUN sepanjang jalan Sri Aman-Sarikei (kira-kira 200km) ketika ditemui rata-rata mengaku sebagai calon underdog atau bukan pilihan. Di Bukit Saban, Dayrell masih risau sama ada pengundi yang berhijrah ke bandar besar untuk bekerja – dianggarkannya 30 peratus daripada keseluruhan 7,657 pengundi – dapat pulang menunaikan tanggungjawab di DUN itu. Manakala Marudi @ Barudi Mawang (Engkelili) pula mengambil memberi perhatian kepada jentera BN dengan kekuataan kewangan yang disifatkannya mempunyai sumber kewangan "umpama padi di tangkai". Kebimbangan itu turut dikongsi Joe Unggang di Layar. Di Krian pula keadaan berbeza apabila calon PKR Ali Biju, seorang ahli perniagaan dilihat jauh di depan, termasuk berbanding calon BN sendiri. Kempen SNAP memfokuskan lima isu utama, meliputi tanah adat (NCR), isu kalimah Allah dan Alkitab berbahasa Melayu, isu kemajuan negeri, Perjanjian 18 Perkara Tanah Melayu dan Sarawak serta pemeritahan 30 tahun Tan Sri Taib Mahmud sebagai ketua menteri. SNAP bertanding di 26 kawasan majoriti Dayak dalam pilihan raya negeri kali ini dan bertembung dengan PKR di 25 tempat ekoran kegagalan rundingan awal. | ||
| Posted: 09 Apr 2011 07:27 PM PDT : Mulai sekarang semua rakyat boleh memanggil Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Anwar007 kerana pelbagai jenis agen yang dituduh ke atas beliau. Dengan gelaran ini diharapkan Anwar akan berada dalam keadaan tersepit dan akan dipandang hina oleh rakyat terutamanya pengundi. Perkara ini diucapkan sendiri oleh Anwar dalam satu ceramah anjuran Keadilan Senadin yang turut disertai ramai pemimpin PR. (Gambar: Anwar sedang menceritakan bagaimana beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin BN dan media mereka termasuk pelbagai jenis agen asing. Jadi nama beliau sekarang adalah Anwar007 sebagaimana agen James Bond dalam filem Ingggeris) "Dulu mereka tuduh saya agen Amerika, Yahudi, Israel, Kristian, Arab dan Cina," tegasnya. Lokasi program di Morsjaya, dekat sini menjadi sesak dengan kehadiran ribuan rakyat berbagai kaum terutama Cina. Antara pimpinan turut berucap adalah Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan YDP PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie. Calon Pakatan, Dr Teo Yu Kheng, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke turut hadir. Dalam masa sekitar satu jam itu, Anwar menjelaskan keperluan Sarawak untuk berani membuat perubahan terutama di dalam pilihan raya 16 April ini. "Kita berharap kesediaan rakyat berubah dari BN dengan memilih PR pada kali ini akan membuahkan hasil yang baik. "Malah kita juga amat berharap dengan perubahan yang dimulai dengan Sarawak menjadi laluan PR untuk merampas Putrajaya," tegasnya. Sementara itu, Lim mendedahkan kedudukan Malaysia berada di tempat kelima antara negara seluruh dunia yang terlibat di dalam rasuah. Negara ini, jelas Lim, terrlibat di dalam rasuah dengan jumlah wang sebanyak RM888 bilion seperti didedahkan sebuah majalah Amerika. Dikatakan dalam masa sama, kehadiran rakyat di dalam ceramah yang diadakan serentak di hadapan klinik Dr Teo berhadapan BSN, dekat sini melebihi lima ribu hadirin. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
BUTTERWORTH, 10 April — Pemuda Barisan Nasional (BN) harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.
SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.
Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Dengan duit, kita tidak boleh lawan BN. Kita tidak ada duit sebanyak BN (untuk berkempen). Jadi, yang kita ada hanyalah masa (sebagai modal). Ini yang tidak ada pada parti-parti lain," kata perancang kempennya yang enggan namanya dinyatakan.
"Malam-malam baru kita keluar gempur rumah-rumah panjang. Macam lepeh (lipas)," kata Abang Osman Abang Gom yang bertanding kali ketiga untuk merampas kerusi Lingga, berdekatan bandar Sri Aman.
Ditanya adakah bahan kempen parti itu tidak akan dipasang langsung sehinggalah pilihan raya berlangsung pada 16 April ini, sumber itu mengiyakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan