Jumaat, 8 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib tak mampu selamat Imej Buruk Taib kerana imejnya sendiri buruk..

Posted: 08 Apr 2011 03:19 AM PDT

MIRI 8 APRIL : Barisan Nasional Sarawak terpaksa bergelut dengan krisis imej Ketua Menterinya yang dianggap sebagai liabiliti terbesar untuk menjamin kemenangan BN pada pilihanraya negeri 16 April ini.

Tambah parah apabila Perdana Menteri dan BN Pusat juga dilihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan imej buruk Tan Sri Taib Mahmud di mata rakyat.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam temubual bersama TV Selangor berkata, imej buruk Ketua Menteri telah menjadi satu beban yang terpaksa digalas oleh pimpinan BN Sarawak sekali gus menyukarkan laluan BN untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya pada 16 April depan.


Ini dibuktikan dengan ketiadaan langsung pemimpin BN Pusat ketika majlis pelancaran manifesto BN Sarawak oleh Taib Mahmud di Sibu petang semalam.

"Tidak syak lagi dilema Barisan Nasional ialah bagaimana menguruskan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Adakah dia menjadi satu beban atau liabiliti kepada peluang dan harapan Barisan Nasional mengekalkan kuasa, bila soalan itu ditanya saya percaya pimpinan Barisan Nasional dari Kuala Lumpur sudahpun terang jawapannya.

"Tetapi Perdana Menteri Najib tidak ada keupayaan untuk berterus terang dengan Ketua Menteri Taib Mahmud kerana segala macam karenah selama 30 tahun tidak memungkinkan lagi popularitinya boleh menjamin Barisan Nasional mengekalkan kuasa.. tetapi dek kerana ketidakupayaan dan kelemahan pemimpin Barisan Nasional Kuala Lumpur dan Perdana Menteri Najib, maka Barisan Nasional Sarawak terpaksa menguruskan beban ini," jelas Saifuddun.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat menambah, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu.

Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu.

Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat. " Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak.

Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.


TVS News

Sarawak : Bukti, Rampasan Tanah oleh Taib (Video)

Posted: 08 Apr 2011 02:56 AM PDT



Tak cukup jentera : Jin dan Bomoh dikerah Taib..

Posted: 08 Apr 2011 12:38 AM PDT


Ketika berlangsung penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pada 6 April lalu, telah tercetus kekecohan di Pusat penamaan calon N51 Dun Balingian..

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.


Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.

Wanita yang berambut perang itu telah melarikan diri dan diselamatkan oleh sekumpulan petugas BN. Lihat gambar di SINI.

Sungguhpun bagi kita ramai yang sudah tidak mempercayai bomoh tetapi ianya adalah berbeza dengan Sawarak.

Menurut YB Nizar yang berkampung di Sarawak seperti yang dicatatkan oleh perakkite Amalan sihir masih ketara di sini kerana YB Nizar sendiri telah melihat kejadian itu berlaku kepada calon PAS yang dikunci mulutnya dari menyampaikan ucapan.

Calon wanita PAS bagi Muara Tuang yang menentang adik Taib Mahmud sendiri iaitu Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, hanya sekadar mampu memberi salam dan kemudian mulut terkumat kamit tak mampu dibuka.

Bagaimanapun menurut Al-Banjari 2-3 orang Ustaz terpaksa 'kerja keras' apabila berhadapan situasi sperti itu apabila dipulihkan, seorang demi seorang nama 'tukang kunci' mulutnya disebut.

Tapi dari apa yang aku lihat dari videoclip yang aku jumpa di blog milosuam dibawah ini, bukannya seorang saja bomoh yang Taib Mahmud dapatkan perkhidmatannya tetapi tiga orang semuanya..





Nazri.. Tak mahu bersihkan nama BN dah ke?

Posted: 07 Apr 2011 11:58 PM PDT

Dua hari lepas iaitu 6 April Nazri Aziz beria –ia berkata beliau akan mengesyorkan kepada Kabinet agar suruhanjaya diraja dibentuk bagi 'membersihkan' isu semasa sama ada lelaki aksi seks dalam video didedahkan "Datuk T" adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya lagi iannya perlu bagi membersihkan nama Barisan Nasional (BN) selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - isteri Anwar dan Presiden PKR telah menafikan lelaki terbabit adalah suaminya.

Bagaimanapun setelah Anwar menjawab "Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," lain pula jadinya..


Terkejut dengan jawapan Anwar itu dan sedar Suruhanjaya Diraja itu juga bakal menyusahkan Najib..

Hari ini Nazri sudah menukar kenyataannya dan membuktikan kepada kita semua bahawa beliau memang seorang pencacai setia kepada Najib..

RCI hanya selepas lelaki video seks dikenalpasti

Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.

"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.

Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa. "Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," katanya.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Malaysiakini

Tahniah SPRM!! Mai lah jenguk Penang sama...

Posted: 07 Apr 2011 09:54 PM PDT

Ini berita sebahagian berita dari Selangor.. "Seorang pemimpin PKR negeri dan seorang wanita dikenakan tuduhan menerima RM50,000 sebagai rasuah untuk membolehkan seorang lelaki dikurniakan pingat negeri Kelantan yang membawa gelaran "Datuk"."

Tahniah buat SPRM.. aku cadangkan jenguk-jenguklah di Pulau Pinang sama.. bersihkanlah semua yang cuba mengUMNOkan PKR di Pulau Pinang..

Cuba cari ada tak beberapa pemimpin PKR Pulau Pinang yang menyalahguna kuasa dengan menyalurkan hampir kesemua projek kepada syarikat miliknya atau milik isterinya..

Cuba cari juga samada ada atau tidak pemimpin PKR yang telah termakan budi sehingga bertindak membelakangi kerajaan negeri dalam membuat sebarang keputusan..


Cari juga pemimpin yang menjadikan harta kerajaan negeri sebagai harta sendiri..

Bak kata pepatah.. pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angina melainkan ada beruk diatasnya atau sedang ditolak oleh jentolak..

Tolong cari dan bersihkan.. Kami tak perlukan pemimpin PKR yang berjiwa UMNO dan kami juga tidak mahu PKR diUMNOkan oleh segelintir mereka..


Ketua cabang PKR didakwa terima RM50,000 dapatkan Datuk

KUALA LUMPUR, 8 April — Seorang pemimpin PKR negeri dan seorang wanita dikenakan tuduhan menerima RM50,000 sebagai rasuah untuk membolehkan seorang lelaki dikurniakan pingat negeri Kelantan yang membawa gelaran "Datuk".

Ketua cabang Rantau Panjang Datuk Mohammad Agos Mohd Noor dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Nor Azimah Jamaludin pula dicaj di bawah Seksyen 16(a)(A) akta yang sama.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa kedua-dua tertuduh menerima RM50,000 sebagai bayaran untuk membolehkan lelaki terbabit dikurniakan Dato' D'Raja daripada Persatuan Kerabat D'Raja DYMM Long Yunus, Kelantan.


The Malaysian Insider

Peringatan Mufti Untuk Pengamal Media

Posted: 07 Apr 2011 08:59 PM PDT

SHAH ALAM 8 APRIL : Kesimpulan yang tuntas dibuat Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid bahawasanya penjaja fitnah adalah manusia yang rendah moralnya. Dalam hubungan ini, adalah jelas beliau bukan menuding jari kepada mana-mana individu tetapi menegur pengamal industri maklumat umumnya.

Pengamatan beliau sangat tepat pada waktunya. Rakyat Malaysia umumnya, kini dibelit kecelaruan pemikiran dek diasak oleh industri media yang semakin hilang pedoman kemanusiaan, kesusilaan, dan akhlaknya.

Media hari ini, tamsil beliau, telah tercerai daripada fungsi dan matlamat asalnya untuk memaklumatkan insan lantas menjadikan mereka lebih mulia.


Ibarat ini dapat diserap daripada mesej khusus daripada Allah S.W.T: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya" (Ayat 4-5 Surah At Tin).

Betapa tidaknya, saban hari terlalu banyak maklumat yang bersilang datang dari pelbagai sumber. Setiap sumber bermatlamat untuk mempengaruhi pemikiran dan membentuk persepsi manusia menurut kemahuan sumber. Usaha ini dilakukan secara sedar dan sengaja kerana ganjarannya laba yang amat besar dan memenuhi nafsu duniawi.

Tidak kira dari mana sumber maklumat itu datang sama ada dari benak peribadi ataupun berstruktur dalam bentuk media formal dan tidak formal seperti internet natijah lambakan maklumat ini bukan sahaja mengelirukan malah boleh menyesatkan.

Sebab itu, manusia perlu kepada sumber yang bersih, luhur dan mulia. Maka, apakah ada sumber maklumat yang lebih mulia daripada Al-Quranul karim? Ia adalah panduan, pedoman dan arahan mutlak daripada Allah azza wa jalla.

Alhamdulillah, maka tampillah ulama seperti Datuk Tamyes. Media berstruktur yang sering dipanggil arus perdana harus diinsafkan akan tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Kesan dan akibat kegiatan industri media amat besar. Maka amat bersesuaianlah bagi penggiatnya diperingatkan dengan firman Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong adalah daripada golongan kalian (juga). Janganlah kalian mengira berita itu buruk bagi kalian, bahkan itu baik bagi kalian. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barangsiapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)" (Ayat 11 Surah Annuur)

Meskipun asbabunuzul ayat ini bersangkut terus dengan kisah fitnah terhadap isteri Rasulullah s.a.w., Saidatina Aisyah r.a., pemakaiannya sebagai peringatan kepada mereka yang menyebar khabar bohong dan fitnah adalah amat releven, terutama mereka yang mengusahakan industri maklumat.

Dalam soal aktiviti menggunakan media untuk menyebar khabar bohong bertujuan mengaibkan sesuatu pihak ini, Allah memberi perincian bagaimana menanganinya. Bagi khalayak pembaca akhbar, majalah, penonton televisyen dan pelayar internet, Allah mengarahkan mereka mengambil sikap sebegini:

"Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kalian mendengar berita bohong itu dan berkata, "ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata." (Ayat 12 Surah Annuur)

Pengarahan ini diberikan Allah kerana memang sudah diwajibkan setiap orang beriman supaya mematuhi prosedur penghakiman kes-kes berita bohong lagi fitnah ini. Ini berpandukan ayat berikut:

"Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang berdusta. " (Ayat 13 Surah Annuur).

Lantas Datuk Tamyes sebagai ulama yang bertanggungjawab tampil untuk menegaskan, bahawa prosedur pengadilan jenayah fitnah berkait tuduhan zina mesti ada saksi. Barang bukti yang mati, termasuk video (sama ada diperolehi secara sah atau tidak) tidak boleh diketengahkan sebagai bukti. Ini ketetapan Allah.

Beliau menyifatkan dalang yang menyebarkan fitnah mengenai video lucah yang kebelakangan ini mengisi dada akhbar dan televisyen di negara ini sebagai orang yang "moralnya terlalu rendah" dan tidak tahu membezakan fitnah ataupun bukan.

"Benda yang dikutuk oleh Allah dimain-mainkan. Sebab apa? Orang yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh boleh dihukum qazaf. Sekarang ini benda fitnah sudah jadi lumrah," kata beliau.

Menurut Datuk Tamyes, mereka yang membuat pertuduhan seharusnya membuktikan dakwaan mereka dan bukan sebaliknya.

"Kalau ada bukti yang jelas, lainlah. Ini hanya video,dan video tak boleh dijadikan bukti sebenarnya. Dalam hukum fiqah, bukti (yang harus dibawa) si penuduh adalah saksi. Benda mati tak boleh jadi saksi. Kemudian orang yang dituduh boleh bersumpah . Ini orang yang menuduh bersumpah, orang yang didakwa (pula) kena cari bukti. Ini dah terbalik," ulas Mufti itu lagi.

Datuk Tamyes turut membidas media yang memainkan isu berkenaan bagi kepentingan pihak tertentu dan keuntungan sementara walaupun ia salah dari segi moral dan agama.

"Kita jangan mewar-warkan benda bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan. Perlakuan fitnah haruslah dielakkan," tegas beliau.

Datuk Tamyes berkata, media massa tidak patut berfikir untuk melariskan perniagaan semata-mata tetapi harus arif dalam hukum-ahkam Islam supaya dosa fitnah tidak terpalit kepada mereka.

"Sebab kita yang mewar-warkan juga dapat 'saham' dosa," kata beliau.

Sebab itu, bagi mereka yang berilmu, akan segera nampak dan insaf perihal cara untuk meleraikan kesan dan cengkaman maklumat yang bersilang, songsang dan berbaur hasad ini. Sememangnya berbekalkan latihan rohani yang tinggi sebegini agak mudah bagi orang berilmu membedakan di antara hak dan bathil.

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kalian tidak mengetahui." (Ayat 19 Surah Annuur). Masih belum terlambat. Ada masa untuk bertaubat. Bertindak sekarang.


TVS News

Video Lucah : Najib juga harus lulus ujian RCI..

Posted: 07 Apr 2011 08:23 PM PDT



Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.

Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus "lulus" penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu.


Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri!

Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan "syarat" Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya Diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI?

Yang bersih

Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang "bersih" menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Hukuman gantung

Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan.

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

Kenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar.

Bukan mencari kebenaran

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

Namun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.


Malaysiakini

Bakun : Video Dokumentari yang diharamkan RTM..

Posted: 07 Apr 2011 09:02 AM PDT

Siaran ulangan sempena PRN Sarawak... Tiga dari lima siri Dokumentari mengenai Bakun ini telah dibatalkan penyiarannya oleh TV2 RTM pada 26 April 2010 kerana dikatakan mengandungi elemen yang sensitif..

Menurut penerbit dokumentari ini, Chou Z Lam , siaran tiga baki siri tersebut dibatalkan atas arahan langsung daripada ketua pengarah penyiaran Datuk Ibrahim Yahya. menurut Chou lagi , dua episod asal dokumentari tersebut telah ditapis oleh bahagian hal ehwal program Galeri Mandarin Nasional, sebelum episod seterusnya dibatalkan.

Siri ini memaparkan masalah asas yang dialami kira-kira 10,000 anggota masyarakat orang asal di Hulu Sungai Balui sejak lebih satu dekad.

Antara masaalah mereka ialah tanah yang diberikan kepada mereka, tidak cukup besar dan tidak subur untuk pertanian.,dan ianya terletak hampir dua jam perjalanan dari lokasi rumah panjang baru mereka dan ramai yang tidak mampu membeli kenderaan.


Kerajaan negeri Sarawak hanya menyediakan tiga pegawai pertanian di sebuah pejabat sementara yang mana ianya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan 10,000 penduduk yang hanya bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan mereka.

Dokumentari ini turut memaparkan kekurangan kemudahan asas untuk anak-anak mereka yang kebanyakannya tidak bersekolah.

Masyarakat tersebut juga berdepan dengan masalah kekurangan bekalan perubatan dan kemudahan pengangkutan.

Saksikan….


Road to Bakun
Bayangkan kita berada didalam pacuan 4 roda ini..



Documentary Series On Bakun Dam (1) / 巴贡水坝专题2/1



Documentary Series On Bakun Dam (2) / 巴贡水坝专题2/2



Documentary Series On Bakun Dam (3) / 巴贡水坝专题3



Documentary Series On Bakun Dam (4) / 巴贡水坝专题4



Documentary Series On Bakun Dam (5) / 巴贡水坝专题5

Tiada ulasan: