Jumaat, 8 April 2011

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Taib Mahmud antara punca imej SPRM rosak

Posted: 07 Apr 2011 03:40 PM PDT

"Kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap "double-standard" badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud"

KUALA LUMPUR, 7 April: DAP melihat usaha Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),  Datuk Seri Abu Kassim untuk memulihkan badan itu dilihat kurang berjaya kerana kegagalan badan itu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap "double-standard" badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun, tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim selama ini yang inginkan kelainan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.

Selain itu, beliau juga mencadangkan, dua lagi pendekatan baru diperlukan bagi memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu.
"Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi
menyiasat kematian tragis masa kini.

"Keduanya ialah merombak semula operasi dan kaedah SPRM oleh "Transparency International" dengan kuasa penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi  menjadikannya sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional," katanya.

Taib enggan undur
Sementara itu, berita terus tersebar kepada pelbagai pihak kononnya pemimpin utama BN iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin gagal memujuk Taib berundur menjelang pilihan raya Sarawak ini.

Padahal sehari sebelum itu, media termasuk antarabangsa, dimaklumkan akan ada pengumuman penting dibuat menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Antara yang dijangkakan adalah pengumuman Taib untuk tidak bertanding dalam pilihan raya pilihan raya Sarawak kali ini.

Namun, selepas Najib dan Muhyidin bertemu Taib, tidak ada sebarang pengumuman penting dibuat.

Menurut sumber, Taib enggan berundur jika syarat-syarat yang dimintanya gagal dipenuhi BN termasuklah kepentingan diri dan keluarganya.

Siasat pembunuhan Altantuya dulu, kata Anwar

Posted: 07 Apr 2011 03:26 PM PDT

Buat Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk kes Altantuya dahulu sebelum selesai RCI untuk video terkini.

anwar nangka 050411Oleh Joseph Sipalan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.

Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.

"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.

altantuya razak baginda crime scene 180707 policeKematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.

Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan.

"RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya," katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

- Malaysiakini

Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC

Posted: 07 Apr 2011 03:19 PM PDT

"Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC,"

KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini.

Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC," kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.
"Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006," kata Kua lagi.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu.

Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut.

"IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud.

"Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan," kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis.

"Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu," katanya lagi.

Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88).

Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007.

"Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan," katanya.

"Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa.

"Di bawah sistem semasa, mahkamah koroner mempunyai keberkesanan terhad disebabkan kualiti hasil siasatan dan bukti yang diketengahkan," katanya lagi.

Kata Kua, sekiranya kerajaan tiada kekuatan politik untuk menangani masalah semasa ini bagaimana pihak berkenaan boleh bercakap mengenai transformasi.

Kua melahirkan pandangan ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan di Sarawak bahawa pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.
Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai Kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B dijalankan SPRM sejak awal minggu lalu.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, SPRM berkata ia telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden kematian pegawai Kastam di premis pejabat agensi itu pagi semalam.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.
Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM.

- MalaysianInsider

DAP Beri Amaran Kepada Parti Lawan

Posted: 07 Apr 2011 03:11 PM PDT




KUCHING: DAP memberi amaran kepada parti lawan supaya tidak bermain taktik kotor dan mensabotaj peralatan serta program parti itu sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Menurut calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen, mereka akan membuat laporan polis dan memaklumkan perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diambil tindakan segera.

"Peralatan kempen seperti bendera yang dikibarkan sejak tiga hari lalu di pusat operasi DAP Batu 10 rosak teruk. Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu tertentu," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Jelas beliau, perbuatan itu bukan saja membuktikan kelemahan lawan tetapi memberi gambaran awal bahawa mereka tidak yakin dapat menang pada pilihan raya negeri ke-10.

"Anda akan cuba melakukan apa saja untuk menghentikan program lawan jika tidak yakin dengan kemampuan parti sendiri. Oleh itu, saya mengingatkan kumpulan itu supaya tidak mensabotaj kempen parti lain," tegasnya.

Chieng Jen berkata, perkara seperti itu pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana petugas sistem audionya digertak sekumpulan samseng yang diupah individu tertentu untuk menjejaskan program mereka.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng amat berpuas hati dengan jumlah penonton yang hadir pada ceramah mereka walaupun kempen baru saja bermula semalam.

"Jumlah pada hari pertama kempen itu diluar jangkaan kami. Itu permulaan baik untuk parti. Jadi kita perlu menggandakan usaha dan mengharapkan yang terbaik pada pilihan raya negeri ini," katanya.

Tiada ulasan: