BRIGED MP SEGAMBUT |
- VIDEO SEKS DAN SURUHANJAYA:NAJIB SEHARUSNYA INGAT KES ALTANTUYA?
- VIDEO SEKS KJ PENUH CABARAN..HRNTIKAN POLITIK SELAK KAIN..
- TUBUHKAN JUGA SURUHANJAYA KES ALTANTUYA?
- VIDEO SEKS KHARY TERSELAMAT:ADA JUGA VIDEO SEKS ISTERI PEMIMPIN UTAMA NEGARA? DAHSYATNI
- PENGARAH VIDEO SEKS? MUA HA HA
- Mufti Perlis: Video, klip tetap tak boleh dijadikan bukti syariah
- MUSNAHKAN UMNO DAHULU:ITU ADALAH PERJUANGAN YG PERLU DIUTAMAKAN
VIDEO SEKS DAN SURUHANJAYA:NAJIB SEHARUSNYA INGAT KES ALTANTUYA? Posted: 08 Apr 2011 07:24 AM PDT Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T. Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus "lulus" penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu. Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar. Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri! Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu. Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan "syarat" Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya Diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri. Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI? Yang bersih Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang "bersih" menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Sharibuu. Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya. Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib. Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan. Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu. Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu? Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya. Hukuman gantung Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan. Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu. Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara. Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit. Kenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu. Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar. Bukan mencari kebenaran Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya. Namun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara. Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan. Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI. Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian. http://www.malaysiakini.com/news/160941 | ||
VIDEO SEKS KJ PENUH CABARAN..HRNTIKAN POLITIK SELAK KAIN.. Posted: 08 Apr 2011 05:48 AM PDT Umno Rembau buat aduan polis, cabar Chegubard tunjuk bukti 'pita KJ' April 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 April — Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika pilihan raya umum 2008. Semalam, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu."Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah," kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah dipetik http://n9kini.com. Safariladira membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham di balai polis Chembong, Rembau lewat petang semalam. "Pemuda Umno Rembau mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini. Laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia serta menjaga nama baik Umno itu sendiri," kata Safariladira. Laman itu memetik sumber melaporkan video palsu yang pernah disiarkan Badrul Hisham adalah video yang langsung tidak berkait dengan Khairy. "Selain itu , Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin Umno. "Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) gagal membekalkan jam Omega pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara," katanya lagi. Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat. Badrul Hisham dalam kenyataannya semalam berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy. "... tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar," kata beliau dalam kenyataannya. Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar. "Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. "Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi. Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. "Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya. Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR, oleh "Datuk T". Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno. | ||
TUBUHKAN JUGA SURUHANJAYA KES ALTANTUYA? Posted: 08 Apr 2011 02:26 AM PDT NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYAAKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka. Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja. Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas? Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ? Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya. Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal./wfauzdin.blogspot.com | ||
VIDEO SEKS KHARY TERSELAMAT:ADA JUGA VIDEO SEKS ISTERI PEMIMPIN UTAMA NEGARA? DAHSYATNI Posted: 08 Apr 2011 12:15 AM PDT PANAS! VIDEO LUCAH KHAIRI JAMALUDDIN DAN ISTERI PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA? WarkahDaily – Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr Badrul Hisham Shaharin telah mendedah beliau telah didatangi orang tidak dikenali yang dipercayai orang Umno telah memberi kepadanya video lucah yang didakwa ada kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin. Peristiwa (pendedahan) itu berlaku ketika kempen pilihanraya umum 2008, kata Badrul Hisham atau terkenal dengan panggilan (Chegubard) itu dalam satu kenyataan dalam blognya (http://chegubard.blogspot.com/) hari ini. "Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin. "Tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua (video) dikutip dan dibakar, "jelas Chegubard. Beliau turut mengakui, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Dalam pada itu, Chegubard turut mendedahkan dalam kenyataan di blognya berkaitan skandal video seks isteri pemimpin tertinggi negara. "Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. "Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja, " jelas Chegubard. "Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan, " seru Chegubard. Berikut adalah kenyataan penuh Chegubard Kenyataan Terbuka SAMM 7 April 2011 Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak Tsunami Jepun), Kebangkitan rakyat ditumur tengah hingga Afrika, Krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan 'politik' berasaskan tuduhan seks dan video lucah. Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'. Ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea...Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat. Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah. Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ? Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut. Menteri seperti YB Nazri Abd Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai ? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini. SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang. Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain. Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja. Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan. che'GuBard Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia. http://tuntelanai.blogspot.com/2011/04/nah-najib-rasakan-orang-pun-boleh-buat.html | ||
PENGARAH VIDEO SEKS? MUA HA HA Posted: 07 Apr 2011 08:44 PM PDT
| ||
Mufti Perlis: Video, klip tetap tak boleh dijadikan bukti syariah Posted: 07 Apr 2011 08:04 PM PDT April 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh "Datuk T" yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.Sehubungan itu kata beliau, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainol Rijal Abu Bakar kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam. "Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung," kata beliau dalam satu kenyataan. Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi "hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku." "Ia umpama cincin masuk jari," kata Juanda merujuk kepada keperluan dan syarat membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah. Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat'ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup "syarat empat saksi." "Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah," katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat." Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan "keraguan" yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi. "Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan," kata beliau lagi. Katanya, kemungkinan rakaman video seks dan klip boleh digunakan di mahkamah konvensional tetapi bukan di mahkamah syariah. Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru. "Saya tidak sangka buruk dengan PPMM, tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat," katanya lagi. Dalam satu laporan akhbar tempatan, Zainol dipetik berkata, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Zainol berkata, ia dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Justeru kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zulfakar Ramlee juga dipetik berkata rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta'zir. Katanya, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina. Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah munasabah, berbeza dengan hukum hudud. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya. | ||
MUSNAHKAN UMNO DAHULU:ITU ADALAH PERJUANGAN YG PERLU DIUTAMAKAN Posted: 07 Apr 2011 07:06 PM PDT Ramai yang saya temui marah-marah dengan perbuatan terkutuk media-media kurang ajar dan berhati iblis yang menggambarkan Ahmad Sarbani Mohamed bunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Ada yang kata, "dia duduk tingkat tujuh. Kalau nak, baik dia bunuh diri kat rumah dia. Lagi tinggi". Tak tau la, tapi ada yang beritau bahawa Ahmad Sarbani juga imam di surau dekat rumah dia. Malah, ada orang kampungnya yang marah-marah berkata, "orang kampung kami bunuh diri tak de, bunuh orang ade le.." Salah seorang kawan berkata, "kalau satu kes (terbunuhnya Teoh Beng Hock di premis SPRM) boleh la nak kata kebetulan. Kalau dah dua kali memang betul-betul". Saya tak ingat dengan tepat, tetapi sekurang-kurang tiga orang yang saya temui menyebut "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia". Saya harap mereka tidak merujuk kepada SPRM walaupun apa yang depa sebut sebagai "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia" tu ringkasnya SPRM juga. Ada yang mahu tindakan diambil ke atas SPRM. Saya kata, tak boleh. "Mana boleh ambil tindakan sebab dari segi perlaksanaan undang-undang di Malaysia, kalau Umno yang buat atau alat perkakasnya yang buat, itu tak salah. Pijak dan kencing al-Quran pun tak salah di sisi perlaksanaan undang-undang di Malaysia asalkan Umno dan pak yet-pak yetnya yang buat". Nak kesian kat Umno pun tak patut. Tapi, malang sungguh nasib parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata dah jadi parti perasuah tu. Tengah sedap-sedap depa henjut isu video sex yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbul pula isu terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM. Terpaksalah Umno jerit kuat-kuat lagi isu video sex. Demi menggerhanakan kes terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM, perang isu video sex antara Umno dan Anwar dijangka akan berapi sakan. I wish all of them the very best of luck. Orang tanya lagi, macam mana kalau sungguh Anwarlah musibat dalam video tu? Lebih kurang saya jawab: "Ok, katakan memang sungguh Anwarlah musibat dalam video tu. Katakan juga, bukan setakat Anwar ja yang jahat. Katalah semuanya jahat, PAS, PKR, DAP semuanya jahat. Adakah hang nak sokong Umno kalau semua puak tu jahat. Adakah kerana puak tu semuanya jahat, hang nak sokong pulak bapak segala jahat? "Adakah sebab puak lain pun jahat jugak, taghut tak lagi menjadi taghut dan boleh pula disokong?! "Aku ambik satu contoh. Banyak orang dakwa PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) tu jahat dan banyak agen Israel dalam PLO. Itu orang dakwa. Ramai yang percaya. Terus terang, aku pun percaya. "Tapi, bila PLO bertembak dengan Yahudi Zionis Israel tu, adakah hati hang nak sokong Zionis laknat tu semata-mata sebab PLO pun jahat? Hang pikiaq sendiri la!" "Aku selalu tulis dalam blog aku, parti-parti pembangkang pun mudharat jugak. Banyak penyangak dalam parti-parti pembangkang macam... (saya sebut contoh-contohnya tapi tak berani nak tulis di sini sebab takut kena saman pulak). "Tapi mudharat terbesar ialah Umno. Kena bunuh ular besar dulu. Kalau kita tak bunuh dia, dia bunuh kita. Bukan takat kita, anak cucu kita pun dia bunuh. Bunuh ular besar dulu. Ular-ular lain kita kira kemudian (maksudnya, we will deal with them later). Kalau ular besar pun kita dapat bunuh, apa nak heran ular-ular lain tu" (Komen-komen yang lama saya akan moderate kemudian sebab tak boleh ciluk lama-lama laptop anak saya ni)... http://penarikbeca.blogspot.com/2011/04/bunuh-umno-dulu-yang-lain-kira-kemudian.htm |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan