Khamis, 7 April 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Kenyataan Akhbar JMM Susulan Gempa Kuat Di Honshu, Jepun - 7 April 2011

Posted: 07 Apr 2011 08:38 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 7 April 2011, 10:45 malam )
Gempa Bumi Kuat di Pantai Timur Honshu, Jepun
Pada 7 April 2011, 10:32 malam

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10:32 malam. Pusat gempa bumi terletak di 38.2º Utara dan 142.0º Timur, 4306 km dari Timur Laut Kudat, Sabah.

Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Pegawai bertugas : Puan Zaridah Binti Mohd Jalal
Bahagian Geofizik dan Tsunami
No. Telefon: 03-79678066

-JMM

Umat Islam Wajib Banteras Tayangan Lucah – Khutbah Jumaat (Jawi)

Posted: 07 Apr 2011 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala 'filem' haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya.

Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul 'Membanteras Filem Haram' yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini.

"Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa," tulis khutbah berkenaan.


Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej 'menggalakkan tangkapan awam' apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002

Khutbah itu menyatakan akta itu berperanan menguat kuasa undang-undang bagi melindungi negara dan rakyat dari pengaruh buruk dan unsur negatif yang dipapar dalam filem berunsur lucah.

Mereka yang melanggar akta berkenaan, boleh dihukum penjara maksiumum lima tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Khutbah itu mengingatkan, ia cuma hukuman dunia sedangkan hukuman di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Ia juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan sahaja kerana ia adalah amanah Allah kepada rakyat sebagai khalifah di muka bumi.

Berikutan penyebaran filem lucah yang berleluasa, khutbah itu turut menyatakan umat Islam hanyut dengan peredaran masa hingga lupa kepada Allah SWT dalam mengejar memewahan hidup dan keseronokan hiburan.

Ia menyatakan masalah itu mendatangkan krisis sosial, menyebabkan remaja terdedah kerana mereka kurang matang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta mudah terpedaya dan terpengaruh.

Masalah sosial itu, mengikut khutbah itu, menggalakkan pergaulan bebas melalui paparan adegan lelaki dan perempuan tanpa batasan yang merangsang pelakuan zina, sekali gus memberi impilikasi buruk terhadap pembentukan generasi akan datang.

-Keadilan Daily

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tekanan Semakin Meningkat Terhadap Pemimpin Yaman

Posted: 07 Apr 2011 06:33 AM PDT

Tekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh supaya berundur, apabila sekurang-kurangnya 19 orang pendemonstrasi telah terbunuh dalam protes anti-kerajaan dalam masa dua hari terakhir.

Kecaman yang kuat dari Amerika Syarikat, PBB dan Kesatuan Eropah yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Saleh apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan sepanjang protes di bandar selatan Taiz pada hari Selasa. Pejabat berita rasmi SANA mengatakan empat orang tewas di Sanaa dan puluhan cedera.


Saleh mengatakan, Setiausaha Agong PBB Ban Ki-moon telah memberitahu beliau dalam satu panggilan telefon bahawa, Badan Dunia itu telah menghantar satu pasukan kecil bagi meninjau apakah cara terbaik yang boleh membantu meredakan ketegangan.

Pejabat Setiausaha Agong PBB pula memberitahu bahawa Ban menyatakan keprihatinan yang serius terhadap mereka yang terkorban dan yang tercedera, dan beliau mendesak kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang menamatkan ketegangan ini.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Pentagon, Geoff Morrell mengatakan bahawa, AS menyeru peralihan dirundingkan di Yaman 'secepat mungkin'. Jelas, makin lama situasi sebegini berterusan, ianya akan menjadi semakin sukar.

Lebih dari 120 orang telah terbunuh dan 5,000 mengalami kecederaan sejak protes bermula pada tarikh 11 Februari di Yaman yang di dokong oleh pemberontakan popular di Tunisia dan Mesir.

Jay Carney, juru bicara Rumah Putih, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa AS dengan tegas mengutuk kekerasan yang di gunakan oleh tentera kerajaan Yaman terhadap pendemonstrasi di Sanaa, Taiz, dan Hodeida semenjak beberapa hari yang lalu. Kami menyeru kepada kerajaan Yaman supaya melakukan siasatan penuh terhadap keganasan yang di lakukan dan menahan mereka yang bertanggung jawab.

di terjemah dari: Al Jazeera English

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: