Rabu, 6 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Taib Jangan bebankan Rakyat Sarawak!

Posted: 06 Apr 2011 08:46 AM PDT

Sarawak : Minyak naik tapi gaji sikit, nak makanpun perit...

Posted: 06 Apr 2011 06:12 AM PDT

"Memang makcik lihat banyak perubahan tapi kemajuan itu untuk dia (BN) dan bukan untuk rakyat. Kata rakyat didahulukan tapi dahulukan apa? Dulu kami ikut BN tapi sampai sekarang kampung makcik tidak ada apa-apa. Kita mahu hak kita. Tanah semua kita mahu balik,"


Dengan berakhirnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke- 10, maka bermulalah kempen pilihan raya yang pastinya menjanjikan 1001 kisah, tragedi mahupun insiden yang tentunya mencuri tumpuan ramai.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos akan dihidang dengan pelbagai isu setempat dan nasional menjelang hari pengundian yang dijadualkan berlangsung 16 April depan.


Dalam keghairahan pimpinan pelbagai parti merebut 71 kerusi di seluruh negeri itu hingga alpa pada perit jerih rakyat Sarawak di kawasan luar bandar yang terus bergelut dengan kos sara hidup yang semakin mengerunkan.

Individu yang sering dikecam hebat bersabit kemunduran dan kemiskinan rakyat negeri ini adalah Ketua Menterinya sendiri, Tan Sri Taib Mahmud.

Meskipun dikecam, dicabar, didesak bertali arus dari pelbagai pihak, Taib seolah- olah kebal dan masih melangkah yakin tatkala menghadiri majlis keramaian anjuran UMNO BN.

Taib seringkali dicabar kreadibilitinya bersabit amalan korni dan rasuah di negeri itu yang jelas tidak diagihkan kepada rakyat secara keseluruhan.

Pemerintahan yang terlampau lama...menyaksikan Taib seolah- olah 'hilang idea' untuk menaiktaraf kehidupan rakyat bumi kenyalang itu.

Hakikat yang tidak dapat disangkal adalah Sarawak berada di tangga keempat negeri paling miskin di Malaysia walhal hasil mahsul negeri itu jauh meninggalkan apa yang ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Meskipun kerajaan UMNO BN berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar, berbanding 40 tahun lalu, namun ia tidak memadai jika dibandingkan dengan 'kuasa dana' yang ada pada negeri ini.

Di kawasan luar bandar, negeri itu nyata masih mundur dari pelbagai segi, baik prasarana, kemudahan kesihatan, persekolahan, bekalan air dan elektrik, dan peluang pekerjaan berbanding Semenanjung Malaysia.

Tinjauan krew Tv Selangor di DUN Muara Tuang mendapati, rata- rata masyarakat dikawasan itu masih hidup dalam serba kekurangan. Ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Mereka berhempas pulas meneruskan kehidupan dengan pendapatan kurang RM500 sebulan. Ada di antara mereka turut mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan.

Justeru purata perbelanjaan setiap hari untuk sebuah keluarga berjumlah RM16 sehari.

Seorang ibu tunggal, Tauwiah Hj. Subhi yang ditemuramah Tv Selangor berkata, beliau pernah memohon bantuan daripada jabatan kebajikan negeri itu namun tidak dilayan dengan alasan beliau mempunyai kemudahan asas secukupnya.

"Suami akan yang beli rumah dan TV semua tapi dia sudah tinggalkan kami. Tapi duit tidak ada. Macam mana mahu cari duit beri makan anak? "Harap pilihanraya (PR) menang. Dapat ubah nasib ibu tunggal seperti saya.

Saya tiada pendapatan. Minta lesen untuk jual air tidak diberi. Minta bantuan anak sekolah pun tidak dapat. Dah mohon tapi tidak dapat. Harap kali ini dapat merubah nasib saya dan ibu tunggal yang lain," jelasnya.

Beliau menambah, masih ramai ibu tunggal yang diabaikan kerajaan negeri itu berikutan kurangnya perhatian dari sudut kemanusiaan.

Dalam pada itu, seorang nelayan di Muara Tuang, Mohamad Ismail yang ditemui berkata, pendapatan RM300 sebulan hasil tangkapan ikan sangat membebankan.

Keperitan hidupnya bertambah rumit apabila kerajaan persekutuan baru- baru ini bertindak menaikkan harga bahan mentah, petrol yang secara automatiknya akan mendorong kepada kenaikan harga barangan lain umpamanya makan dan keperluan asas yang lain.

"Minyak naik tapi gaji sikit. RM300 bayar minyak tiap-tiap bulan tidak cukup. Minyak dan makanan terlalu mahal. Dulu kami mampu, jangan fikir kerajaan sahaja yang boleh beli barang mahal. Kami tidak dapat beli kerana gaji kami umpama kais pagi makan pagi," jelasnya.

Mohamad turut menyuarakan kekesalan berhubung peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan BN, namun tidak sampai kepada rakyat di kawasan itu.

"Saya mahu perubahan seperti bantuan kepada orang miskin. Di kampung ini, beberapa orang sahaja dapat. Kami hanya kerja nelayan dan kontraktor, gaji tidak cukup. Bagaimana mahu tolong ibu bapa?," ujarnya lagi.

PAS kali ini meletakkan sandaran kepada calon muslimat, Noraini Hamzah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang menentang calon BN yang juga adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud.

Walaupun kali pertama PAS meletakkan calon di DUN itu, parti itu optimis dengan kebolehan Noraini menangani isu-isu berkepentingan rakyat seraya memikul amanah perjuangan Pakatan Rakyat membawa gelombang reformasi ke negeri itu.

Tv Selangor turut mendapatkan reaksi masyarakat yang telah menetap di situ sepanjang pemerintahan Taib Mahmud.

"Mereka buat macam-macam pada Datuk Seri Anwar jadi rakyat kurang faham apa yang berlaku. Bila PAS masuk sekarang memang ada rasa keinginan (untuk berubah).

"Banyak sebabnya. Dia hanya memenntingkan saudara mara sahaja. Tiada kesempatan bagi orang lain. Kebanyakkan mereka mahu berkuasa di sini seumur hidup. Kita minta mudah-mudahan ada perubahan sebab PAS sudah bertapak di sini," kata Abdul Rahman Dhobi yang juga suku kaum Melayu di Kota Samarahan.

Pada PRN Sarawak kali ini, Pakatan Rakyat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menidakkan majoriti dua pertiga BN berbanding sekaligus memberi impak pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Justeru Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jentera kepimpinan Pakatan Rakyat mengorak langkah secara lebih agresif untuk lebih mendekati rakyat di Bumi Kenyalang walaupun dipalitkan dengan pelbagai cubaan untuk membunuh kariernya.

Sehubungan dengan itu rakyat di negeri Sarawak menuntut kesamarataan seperti masyarakat di Semenanjung Malaysia yang lebih maju dan bertaraf kehidupan lebih baik.

Saadiah Kadir seorang peniaga sambilan yang ditemui berkata, peruntukan kepada rakyat Sarawak khususnya masih tidak cukup jikalau. Ini berikutan kurangnya peluang pekerjaan untuk kebanyakkan masyarakat yang duduk di kawasan pendalaman.

"Walaupun suami kami ada kerja, macam kami kerja bawahan gaji hanya RM400 tidak cukup. Tidak cukup untuk tampung isi rumah.

"Siapa-siapa memimpin pun kita mesti mahu perubahan. Walaupun ada perubahan dan bantuan tetapi masih tidak cukup seperti Semenanjung, Sarawak itu mundur sikit. Kita mahu setaraf dengan orang Semenanjung dari segi gaji dan sebagainya," kata Saadiah.

Turut disuarakan keluhan rakyat terhadap pembangunan yang kurang memberi fokus kepada prasarana dan kemudahan asas selain janji-janji kewangan yang mengaburi mata masyarakat.

"Memang makcik lihat banyak perubahan tapi kemajuan itu untuk dia (BN) dan bukan untuk rakyat. Kata rakyat didahulukan tapi dahulukan apa? Tapi tidak stabil. Dulu kami ikut BN tapi sampai sekarang kampung makcik tidak ada apa-apa. Kita mahu hak kita. Tanah semua kita mahu balik,"

"Taib mana tahu rakyat senang atau susah. Dia tidak masuk kampung kita. Kalau dia janji nak hadir tapi hanya hantar wakil," katanya.

Sesungguhnya rakyat menjadi penentu pada 16 April nanti untuk mengangkat martabat yang telah ditindas sejak sekian lama oleh pemerintahan BN menjelang PRN Sarawak ke 10 kali ini.

Pecahan kerusi menyaksikan PKR bertanding di 47 buah kawasan manakala DAP 15 dan Pas 5. Justeru untuk menidakkan majoriti dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi sekurang-kurangnya 24 buah kerusi.


TVS News

Sarawak : Anak kecil mandi di lopak...

Posted: 06 Apr 2011 05:04 AM PDT

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Diwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, bawah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.


Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu. D

alam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

Ayang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.


Malaysiakini

PAS dinafikan kemenangan Kerusi Muara Tuang ?

Posted: 06 Apr 2011 02:29 AM PDT

PAS dinafikan kemenangan oleh SPR apabila TIDAK DIISYTIHAR memenangi TANPA BERTANDING kerusi N15 DUN Muara Tuang meskipun dengan jelas calon BN, iaitu adik Taib Mahmud tidak menyerahan dokumen pencalonan yang lengkap.

Calon PAs ialah Puan Noraini Hamzah.

PAS telah membuat bantahan tiga minit sebelum tamat tempoh masa bantahan iaitu jam 11 pagi ekoran calon BN DS Mohammad Ali Mahmud tidak menyertakan dokumen penyata perbelanjaan/kewangan semasa beliau bertanding pada PR 2006.


Mengikut Akta Pilihanraya, ia menjadi kemestian bagi seseorang calon untuk menyertakan penyataan kewangan berkenaan apabila menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihanraya.

Sehingga ini jam 1 petang, pengurus pilihanraya Mohd Aini Mohamad tidak mengumumkan mestipun jelas menunjukkan kemenangan telah berpihak kepada PAS di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan itu mengikut perundangan.

Adalah dilaporkan bahawa calon BN, iaitu Dato Seri Mohamad Ali Mahmud telah diberi waktu "tambahan" untuk mendapatkan penyata perbelanjaan pilihanraya berkenaan, sehingga diserahkan kepada Pengurus Pilihanraya pada kira-kira jam 1 petang, iaitu telah melebihi waktu bantahan.

- http://perakite.blogspot.com/2011/04/pas-menangi-kerusi-muara-tuang.html

dari Harakahdaily pula..

Mengapa SPR ambil masa sah penyata kewangan calon BN
Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

Di Balingian Taib Bawa Bomoh

Posted: 06 Apr 2011 01:20 AM PDT

Pusat penamaan calon N51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Salleh Bin Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.


Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang.

Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui.


http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/

Pegawai disiasat mati mengejut - Polis

Posted: 06 Apr 2011 01:00 AM PDT

Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.

Aku tambah sikit.. Mati mengejut kerana terkejut akibat dari jatuh dari tingkat tiga bangunan..




Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur hari ini, sebagai kematian mengejut.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.

"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan... kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. - Bernama


Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

"Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab," kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.

"SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

"Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan," kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala.


The Malaysian Insider

Menantu Taib Mahmud minta mahkamah tahan suaminya

Posted: 06 Apr 2011 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April — Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memohon di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini supaya mengeluarkan waran tangkap ke atas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir yang gagal hadirkan diri dalam kes tuntutan fasakh.

Peguam utamanya Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata, Mahmud Abu Bekir, 48, telah tidak hadir di mahkamah rendah sebanyak dua kali sebelum ini.

Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.


Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.

Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.

Dia turut mengemukakan tuntutan mutaah RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.

Bulan lalu, Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan 11 April ini untuk sebutan semula kes selepas peguam syarie Saadiah Din, yang mewakili Mahmud Abu Bekir, memaklumkan bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian pada 14 Februari lalu.

Beliau berkata kes itu telah disebut pada 3 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu dan akan disebut semula pada 11 April ini.

"Permohonan anak guam saya iaitu penceraian telah difailkan terlebih dahulu berbanding permohonan tuntutan fasakh oleh pihak plaintif," katanya.

Malah bulan lalu, Saadiah memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menghadapi masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan.

Rafie, yang mewakili Shahnaz dalam prosiding itu berkata, pihaknya memohon agar kes penceraian dan tuntutan fasakh itu disatukan kerana ia melibatkan isu yang sama.

Bagaimanapun Mohd Amirul Adam berkata mahkamah tidak dapat menerima permohonan itu kerana beliau tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Mohd Amirul Adam juga berkata perbicaraan kes fasakh itu mengambil masa panjang sehingga setahun dan juga boleh lebih dari itu.

Beliau berkata mahkamah memberi tarikh yang sama dengan kedua-dua kes ini dan akan melihat terlebih dahulu kes penceraian, di mana sekiranya ada penyelesaian, maka kes tuntutan fasakh di mahkamah di sini selesai.


The Malaysian Insider

Kerana UMNO, Negara dah jadi negara tak berakhlak’

Posted: 05 Apr 2011 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermora"l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

"Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.


"Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

"Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

"Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar," katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, pendedahan dibuat "Datuk T" itu adalah satu fitnah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Ini adalah satu fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa.

"Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini," katanya. Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

"Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.


The Malaysian Insider

Hebatnya aku.. tanpa aku NGO Melayu kaku dan Bisu - Arman

Posted: 05 Apr 2011 08:59 PM PDT

Berlagaknya mamat ni... kata duanya kepada NGO-NGO Melayu "Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,"

KUALA LUMPUR, 6 April — Arman Azha Abu Hanifah mendakwa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak 'cergas' dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu.

Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi 'polemik' sejak kebelakangan ini.

"Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara dengan saya dulu," kata beliau .


Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.

"Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?" kata Arman Azha lagi.

Arman Azha mengumumkan keputusan melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa Rabu lalu atas alasan mahu aktif dalam politik.

Selain soal Alkitab, kata beliau, beberapa isu lain termasuk yang berkaitan dengan usaha pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga tidak dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

Katanya beliau ada mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan Kampung Baru awal minggu ini.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ini enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dimaksudkan itu.

"Saya tidak mahu sebutkan, tidak...," katanya.

"Memang ketika di Perkasa, saya ada wujudkan kerjasama dalam membawa isu-isu berkaitan dengan orang Melayu tetapi apabila saya sudah tidak ada, mereka sepatutnya boleh lakukan... tetapi nampaknya mereka perlukan satu dorongan untuk bergerak ke depan (membawa isu)," kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Azman Azha, beliau memberi masa sehingga Jumaat ini kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu terbabit untuk membawa isu semasa khususnya yang berkaitan dengan Alkitab.

"Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan," katanya lagi.

The Malaysian Insider

Video Lucah : UMNO bernafas dalam lumpur..

Posted: 05 Apr 2011 06:26 PM PDT

Satu artikel yang memberikan jawapan kepada kita mengapa muka sipelaku tidak jelas, bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding dan Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Ditulis oleh Wira Arjuna dan ditemui di Kelab Greenboc.. bacalah..


Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau "tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.


Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk "T" itu buat kali pertama dengan "barang kes itu sendiri."

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera "night vision" digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah "soft", dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera "night vision" dipasang.

- Mungkin pihak "sebelah sana" akan mendakwa "remote contol" itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan "remote control" itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat "remote control" dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera "night vision" adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau "soft". Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan "tetek labuh" pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan "kuasa" kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.


Wira Arjuna

Tiada ulasan: