Rabu, 6 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Aaaiikk... Sorang lagi??

Posted: 06 Apr 2011 05:44 AM PDT


Kah... kah... kah....

Siasat Sampai Mati. Apakah itu motto baru SPRM???

Dulu.... mendiang Beng Hock, terkini... Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56... pulak dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Dia juga dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Weh.... apa sudah jadi??? Kematian Beng Hock pun tak setel lagi, ini sorang lagi pulak menerima nasib yang sama dengan Beng Hock. Malah... kedua-dua kematian melibatkan SPRM. There must be something wrong dengan SPRM.

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu – mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa – Ahmad Sarbani Mohamed, 56, iaitu penolong pengarah Kastam Selangor ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. - Malaysian Insider


Aha.... kalau kes macam ini, aku setuju 110% dengan DAP, agar satu RCI ditubuhkan untuk menyiasat. [sini] Awat kes macam ni depa tak nak desak agar RCI ditubuhkan?? But, nyibuk.... nak kes video porno disiasat RCI. Bangang!!

Yes!! Tubuhkan RCI untuk siasat. Tubuh jangan tak tubuh.... Siasat jangan tak siasat. Apakah ini tempias bala yang dibawa oleh kerajaanUMporNO.

Ha... ha...ha... Bala UMporNO tertempias kepada SPRM... yang telah menjadi salah satu sayap kepada parti paling durjana di Malaysia.

[sumber]

Rotweiller bangang!! Shut up!!

Posted: 05 Apr 2011 07:34 PM PDT


Sibuk si Rotweiller jaga Parlimen, nak mengusulkan agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat video seks terbitan Datuk T for Tongong.

Weh.... tarak kerja lain ke? Se jer ia ada kaitan dengan pembangkang.... fuuhh secepat kilat dia nak tubuhkan RCI, sedangkan polis pun masih terkemut-kemut menyiasat. Yang itu pun satu hal.... Menyiasat ke atau bersubahat?? Video dalam tangan mereka pun boleh terlepas siar dalam internet... very not the pelik. Coz... itu ler polis Mehsia. Malaysia Boleh!!

Kesian puak-puak ni, berhempas pulas nak jatuhkan Anwar, tapi hingga kini... misi masih tinggal misi. Tak dapat nak dijatuhkan dia.. mereka cuba malu dan aibkan dia dan keluarganya. Well.... what to do. Itulah risiko yang terpaksa dihadapi oleh seorang pejuang rakyat yang digeruni lawan. Anwar musuh nombor 1 UMporNO!!

Kalau takut dilamun ombak, jangan berumah di tepi laut. Oleh itu, salut kepada Anwar kerana walau pun pelbagai ombak telah dan sedang melandanya, dia tetap berdiri teguh kerana dia punyai semangat kental sebagai seorang pejuang. Lawan tetap lawan!!

Berbalik kepada penubuhan RCI yang dicadangkan oleh si Rotweiller jaga Parlimen tu.... molek sangat ditolak jer. Suruh mereka setelkan dulu kes 'Lingam Gate' yang membabitkan rasuah dalam sistem kehakiman negara. Itu lebih utama. Salah satu tiang demokrasi, udah nak runtuh weh.... itu sepatutnya menjadi prioriti komer. Negara dah nak hancur akibat goyahnya tiang tersebut. Setelkan dulu.... [sini]

Hisy.... itu pun tak setel-setel lagi, udah menyibuk nak peningkan kepala RCI dengan kes dalam seluar dalam yang direkacipta dan yang belum tentu orak-areknya lagi. Sepatutnya..... suruh polis 'speed up'-kan siasatan kes gilerr babi tu. Tangkap jer mereka yang berkenaan!! Ini tidak.... cakap dan bagi kenyataan macam orang tarak otak. Berdolak-dalik..... berdolak-dalik!! Pusing sana... Pusing sini!!

Kenapa susah sangat?? Dei... takut ke?? Atau.... ada tangan ghaib yang 'power', yang melindungi penjenayah porno ini?? Polis... polis.... Itu ler polis Mehsia. Soooo.... soooo... not profesional. Sooo.... kena cucuk hidung!!

Wan Azizah and family dah kata.... lelaki dalam pelem porno tu bukan Anwar. Banyak orang dah menyuarakan pendapat mereka... dia bukan Anwar Ibrahim. Siasat ler polis oiii....!! Tangkap Datuk T for Tongong. Siasat habis-habisan..... Awat la kekura dan bebal sangat!!

Oooppss!! Terlupa pulak.... Ada tangan ghaib yang tahan mereka!!

Jeng... jeng... jeng.... Siapakah pemilik tangan ghaib tersebut?? Siapa tahu, angkat tangan macam saya.... Aaauwww!!

Tiada ulasan: