Senyum Tangis Sendu |
Jumlah Kerusi Keseluruhan Bertanding Posted: 06 Apr 2011 08:15 AM PDT Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan. Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru. Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi. Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas. Pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita. Selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak. Berikut adalah kerusi yang dipertandingkan: Enam penjuru: 1. Belaga - Snap, BN-PRS, PKR, Bebas, Bebas, Bebas 2. Balai Ringin - PKR, BN-PRS, Snap, PCM, Bebas, Bebas Lima penjuru: 1. Ngemah: BN-PRS, bebas, PCM, Snap, PKR 2. Jepak: Snap, PKR, BN-PBB, Bebas, Bebas Empat penjuru: 1. Opar: Snap, Bebas, PKR, BN-SUPP 2. Bengoh: PKR, Bebas, Snap, BN-SUPP 3. Tebedu: Bebas, BN-PBB, PKR, Snap 4. Kedup: PKR, BN-PBB, Bebas, Snap 5. Simunjan: BN-PBB, PKR, Bebas, PCM 6. Bukit Begunan: BN-PRS, Bebas, PKR, Snap 7. Engkelili: BN-SUPP, Bebas, Snap, PKR 8. Layar: Snap, PKR, Bebas, BN-PBB 9. Krian: Snap, BN-SPDP, Bebas, PKR 10. Daro: BN-PBB, PKR, Bebas, Bebas 11. Machan: PCM, BN-PBB, PKR, Snap 12. Kakus: PCM, PKR, BN-PRS, Bebas 13. Kemena: Bebas, PKR, BN-PBB, Snap 14. Bekenu: BN-SPDP, PCM, Snap, PKR 15. Marudi: BN-SPDP, Bebas, PKR, Snap 16. Telang Usan: PKR, Snap, Bebas, BN-PBB 17. Bukit Kota: BN-PBB, DAP, Bebas, Bebas Tiga penjuru: 1. Tasik Biru - BN-SPDP, Snap, PKR 2. Tanjong Datu - BN-PBB, Bebas, PAS 3. Pantai Damai: Bebas, BN-PBB, PKR 4. Padungan - Bebas, DAP, BN-SUPP 5. Batu Lintang - BN-SUPP, PKR, Bebas 6. Tarat: Snap, BN-PBB, PKR 7. Sadong Jaya - BN-PBB, Bebas, PAS 8. Sebuyan - Bebas, PAS, BN-PBB 9. Lingga - Snap, PKR, BN-PBB 10. Bukit Saban : Snap, PKR, BN-PBB 11. Kalaka: Bebas, BN-PBB, PKR 12. Belawai : PKR, Bebas, PNB-PBB 13. Semop: BN-PBB, PKR, Bebas 14. Jemoreng: Bebas, Bebas, BN-PBB 15. Meluan : PKR, BN-SPDP, Snap 16. Bukit Assek: Bebas, BN-Snap, DAP 17. Dudong: DAP, BN-Supp, Bebas 18. Dalat: BN-PBB, PKR, Bebas 19. Balingian: BN-PBB, PKR, Bebas 20. Pelagus: BN-PRS, PKR, Bebas 21. Lambir: BN-PBB, PKR, Snap 22. Batu Danau: BN-SPDP, PKR, Snap 23. Katibas: BN-PBB, Snap, PKR Dua penjuru: 1. Demak Laut: BN-PBB, PKR 2. Tupong: BN-PBB, PKR 3. Samariang: BN-PBB, PKR 4. Satok: BN-PBB, PKR 5. Pending: BN-SUPP, DAP 6. Kota Sentosa: DAP, BN-SUPP 7. Batu Kawah: DAP, BN-SUPP 8. Asajaya: BN-PBB, PKR 9. Muara Tuang: BN-PBB, PAS 10. Beting Maro: BN-PBB, PAS 11. Simanggang: DAP, BN-SUPP 12. Batang Ai: PKR, BN-PRS 13. Saribas: BN-PBB, PKR 14. Repok: BN-SUPP, DAP 15. Meradong: BN-SUPP, DAP 16. Pakan: BN-SPDP, Snap 17. Bawang Assan: DAP, BN-SUPP 18. Pelawan: BN-SUPP, DAP 19. Nangka: BN-PBB, PKR 20. Tamin: BN-PRS, PKR 21. Baleh: BN-PRS, PKR 22. Kidurong: DAP, BN-SUPP 23. Piasau: DAP, BN-SUPP 24. Pujut: BN-SUPP, DAP 25. Senadin: PKR, BN-SUPP 26. Ba'kelalan: PKR, BN-SPDP 27. Bukit Sari: BN-PBB, PKR |
Posted: 06 Apr 2011 05:05 AM PDT Buat apa tu kak? Rakam aksi penyokong PAS ke? Hehe.. Sebelum akak ambil gambar mereka, saya ambilgambar akan dulu. Comel betul gaya akak tu. Mahu ganti Nurul Shuhada ke? Lepas ini masuk uji bakat yang akan diadakan oleh BN. Dengar kata akak dapat RM10 dengan semasa turun dari bas? Ala, akan yang cerita pada saya tadi masa nak ambil gambar tu? Masa tu saya nampak akak turun dari bas dengan dibekalkan dengan baju 1Malaysia dengan duit RM10. Hehe.. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan