ALHUSSEYN |
Kase sambut baik mansuh saman ekor Posted: 26 Apr 2011 11:27 PM PDT (Harakah) KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (Kase) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya. Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna. Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah. Mahfuz berkata, pengumuman itu sekaligus mengesahkan perjuangan KASE yang menuntut saman ekor dihapuskan. "KASE menyambut baik pengumuman ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah. "Pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar," kata beliau kepada Harakahdaily. Undang-undang dan peraturan ujar Mahfuz, bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Meskipun menyambut baik pengumuman tersebut, KASE tetap mempersoal kelambatan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyedari tindakan mereka selama ini tidak efisyen sebaliknya menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya. "Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya? "KASE berasa amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?" soalnya. Hapus kira saman ekor terdahulu Naib Presiden PAS itu turut mempersoal status saman ekor yang terpaksa dibayar pemilik kenderaan setelah gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Beliau mendesak saman yang dikeluarkan sebelum pengumuman ini dibuat dihapus kira keran aianya dikeluarkan secara tidak telus dan menyalah gunakan peraturan jalan raya. "Apakah status saman-saman ekor yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa saman-saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira," katanya. Selain itu, KASE juga menuntut penjelasan PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap had laju yang mula berkuat kuasa Februari lalu yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. "Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap had laju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? "Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju? soalnya. Sehubungan itu tegas Mahfuz, KASE terus mendesak kerajaan menghapus kira saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyak kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. "KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat," katanya. |
Air mani itu tidak boleh dijadikan barang bukti kerana 4 hari tidak dalam simpanan freezer Posted: 26 Apr 2011 07:41 PM PDT Kenyataan Anwar melalui rakaman video : 16 hb Mei untuk Hakim membuat keputusan sama ada kita di minta bela diri atau tidak. Tapi sementara ini , memang Pendakwa memainkan isu sperms atau air mani, walaupun dalam keterangan di mahkamah terbukti mani yang dikatakan mani itu 96 jam tidak dalam freezer dan dalam mana mana dokumen sains tidak boleh bertahan dan Datuk Yusuf sama sekali tidak sentuh soal itu .Bermakna 4 hari tidak dalam simpanan peti sejuk seperti mana yang diperlukan Saya nak jelaskan disini bahawa ini adalah fitnah jahat , kita dari awal telah nafikan . Datuk Mustafa Ali hanya menyatakan dari segi syariah , kes ini tidak langsung dapat dipertahankan, tapi kalau polis lakukan siasatan, kita tunggu siasatan saperti mana biasa, itu saja maksud kenyataan dia ….Kerja Umno, dia tidak akan dapat mempertahankan , dia hanya boleh bantu laga dan ….. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan