Pembunuhan Trevonne Winn, 24, dihadapan kedai makanan ringan milik pak ciknya di Brooklyn, New York berjaya dirakamkan oleh kamera pengawasan. Berbadarkan klip CCTV itu, Trevonne sedang berbual melalui telefon bimbit ketika dia ditembak secara kejam oleh seorang lelaki. Penyerang yang meninggalkan lokasi kejadian selepas menembak mangsa sebanyak dua kali. Walaupun cuba bangun, namun Trevonne meninggal dunia sejurus kemudian.
Si suami dan si isteri ketika menuju ke balai polis.
Menurut Apple Daily, seorang lelaki bergegas ke balai polis di Taiwan sambil memegang seluar pendek yang masih belum dibutangkan dengan sempurna. Lelaki itu meminta "pertolongan" daripada polis kerana tidak mampu melayani keinginan seks isterinya. Beberapa minit kemudian, isterinya yang hanya memakai baju tidur seksi masuk ke balai polis (lihat gambar di atas).
Di balai polis, si isteri tadi mendedahkan kepada polis bahawa dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit. Untuk memastikan suaminya tidak curang, dia mengamalkan "petua" rakannya, iaitu melakukan seks setiap hari agar suaminya tidak mempunyai tenaga untuk bersama dengan wanita lain.
Pada hari kejadian, si isteri memberitahu bahawa dia mahu melakukan seks buat kali kedua, namun suaminya menolak. Dia kemudiannya "bermain" dengan alat sulit suaminya dan melakukan seks oral selama 1 jam sebelum suaminya bertindak keluar dari rumah lalu meminta "pertolongan" di balai polis.
Selepas dinasihati pegawai polis yang bertugas, pasangan itu akhirnya pulang ke rumah.
Belum pun kontroversi rancangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang "sejuk", belum juga kajian menyeluruh dibuat berkaitan dengan pembinaan loji tersebut, Kerajaan Perak di bawah pimpinan MB BN telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat dari Hong Kong, iaitu Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd berkaitan dengan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di kawasan Bukit Merah.
Menurut FMT, MoU antara kedua-dua pihak itu berkaitan dengan "pewujudan usaha sama di Malaysia untuk tujuan pencarian dan perlombongan nadir bumi dan mineral lain" di kawasan Bukit Merah.
CVM melalui anak syarikat CVM Metal Recycle Sdn Bhd, menyerahkan permohonan untuk lesen perlombongan nadir bumi di kawasan seluas 250 ekar kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak pada 18 April lalu - hampir enam minggu selepas rancangan pembinaan loji Lynas mengejutkan rakyat Malaysia.
Anda baca lanjut berita yang memaparkan "kebodohan" Kerajaan Perak itu di sini.
P/s: Kita berasa geram dan pelik apabila Kerajaan BN sanggup mempelawa@menerima dan meluluskan permohonan syarikat luar untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan penduduk sekitar. Seperti yang saya persoalkan sebelum ini, adakah kerajaan BN begitu "terdesak" sehingga sanggup menerima apa-apa sahaja pelaburan kerana kekurangan FDI? Salahkah jika saya katakan, syarikat pelaburan yang bermasalah untuk melabur di negara lain (kerana menjalankan aktiviti yang memudaratkan manusia) terpaksa diterima semata-mata untuk mengisi dana pendapatan kerajaan?
Jadi, cakap banyak pun tidak berguna, saya (orang Perak juga) menyeru orang Perak (masyarakat Malaysia umumnya) untuk memastikan BN kalah besar dalam PRU 13 agar kegilaan dan kebodohan pemimpin mereka yang mendatangkan risiko kepada rakyat dapat dihentikan dengan serta merta.
AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Canada pada 11hb September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10hb Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Tecchnologies Inc.
Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).
Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand.
Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.
Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Canada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tidakan mereka. Saman ini juga untuk menghalang mana-mana individu dari Lynas dari menjadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mahkhamah Persekutuan diCanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan.
Pada 7hb April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc, dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China.
Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas.
Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.
NOTA - PENTING Segala maklumat yang tercatat didalam blog ini adalah hasil kajian dan penulisan oleh tuanpunya blog tahirnisa@blogspot.com. ... Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan sesiapa samada individu atau secara berkumpulan yang menyalahgunakan maklumat yang terkandung di blog tahirnisa@blogspot.com.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah diberitakan telah menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak polis pagi tadi. Penyerahan sampel itu didakwa untuk membantu siasatan polis berkaitan dengan video seks yang kononnya memaparkan aksi seks DS Anwar Ibrahim.
Menurut Eskay, polis memintanya ke Bukit Aman pada pukul 10 pagi tadi untuk berbuat demikian.
"Saya telah menyerahkan sampel DNA secara sukarela," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 1.30 petang tadi.
Selain menyerahkan sampel DNA, Eskay turut memberitahu bahawa dia telah menjawab beberapa soalan untuk "mengukuhkan" lagi kes tersebut. Dia walaubagaimanapun enggan memberikan ulasan tentang hal itu dan akan membuat penerangan dalam satu sidang media esok.
P/s: Apabila Eskay memberitahu bahawa dia SUKARELA menyerahkan DNAnya, maka kita tahu siapa yang mahu disindirnya. Yang peliknya, apa perlunya dia menyerahkan DNA? Lagi pelik, apa "helah" konspirator untuk "mengukuhkan" kes ini? Lagi berganda pelik, mengapa polis tidak tangkap dan dakwa Eskay dan geng? Walhal pihak polis sudah memberikan kenyataan bahawa kes ini disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah dan siasatan pun sudah siap.
[BH] KAHERAH: Lebih separuh daripada seluruh rakyat Mesir mahu melihat perjanjian damai 1979 dengan Israel dimansuhkan, berdasarkan keputusan satu kajian pendapat yang dijalankan pusat penyelidikan yang berpejabat di Amerika Syarikat.
Kajian pendapat berkenaan menggariskan ketidakpopularan perjanjian selama tiga dekad itu yang menyokong dasar Amerika di rantau itu dan kesetiaan kepada bekas Presiden Hosni Mubarak, sehingga penggulingan beliau pada 11 Februari.
Ia juga mendedahkan bahawa kebanyakan rakyat Mesir optimis mengenai arah tuju negara mereka berikutan kebangkitan popular selama 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden dan mereka melihat ke arah demokrasi di negara berkenaan.
Kejatuhan pemimpin Mesir itu dan kebangkitan lebih banyak sistem demokratik bagaimanapun boleh mengancam hubungan dengan Israel.
Berdasarkan keputusan kajian pendapat berkenaan, hanya 36 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan meneruskan perjanjian itu berbanding 54 peratus yang mahu melihat ia dimansuhkan.
Biarpun keamanan sejak berdekad dan perdagangan terbatas antara kedua negara, kebanyakan penduduk Mesir memandang serong negara Yahudi itu terutama persepsi bahawa mereka memberi layanan buruk kepada penduduk Palestin.
Pendapat berkenaan berbeza berdasarkan pendapatan di mana 60 peratus penduduk Mesir berpendapatan rendah menyokong pembatalan perjanjian manakala 45 peratus golongan kelas kaya berpendapat ia perlu diteruskan.
Hanya 40 peratus penduduk Mesir dengan pendidikan kolej berasakan perjanjian itu perlu dimansuhkan.
Kajian adalah berdasarkan temubual dengan 1,000 penduduk Mesir di seluruh negara itu, yang dijalankan antara 24 Mac dan 7 April sebagai sebahagian daripada kajian Spring 2011 Pew Global Attitudes yang diadakan di 22 negara.
Pergerakan pro demokrasi pimpinan golongan muda negara itu, yang menggegarkan Mesir dan mengubah persekitaran politik memberikan kesan dramatik kepada tingkah laku penduduk. Kajian berkenaan menunjukkan satu siri kebangkitan optimis dan perubahan sikap mengenai dasar yang lebih wajar diutamakan. – AP
Baca, media perdana tidak akan menyiarkan cerita ini.
Saya petik:
[MK] Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.
Hujah Lim, pengukuhan mata wang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.
Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.
Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.
"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.
"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidak kerajaan mesti berikan jawapannya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?"
Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.
P/s: Adakah Kerajaan BN berketuakan Najib sedang bermain silap mata?
[HM] KUALA LUMPUR: Misteri penemuan 10 jari tangan dalam beg plastik putih di kawasan berhampiran Stesen Komuter Kuang, terjawab selepas pemilik jari itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, semalam.
Difahamkan, pemilik jari itu baru tiga bulan dibebaskan dari sebuah penjara di sini selepas terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Gombak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jari mangsa ditetak berpunca daripada pembabitan kumpulan samseng.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan sedang mengesan sama ada terdapat suspek lain yang mungkin terbabit dalam kejadian itu.
"Bagaimanapun, mangsa ketika disoal siasat polis enggan memberi kerjasama termasuk menceritakan kejadian sebenar yang menimpa dirinya," katanya ketika dihubungi semalam.
[UM] KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.
Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.
Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.
Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.
Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.
Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.
Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi UM di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.
[HM] KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit....
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.
P/s: Maaflah saudara, HM pun sudah mengikut jejak Kosmo. Mereka menyiarkan separuh berita, kemudian minta kita beli versi cetak. Walau bagaimanapun, isi cerita sudah dinyatakan di atas. Hati-hati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan