DIALOG RAKYAT |
- Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin
- 10 jari dekat stesen KTM milik bekas banduan, ditetak
- Khir Toyo: 1Melayu, 1Bumi ‘perjuangan sah dan mulia’
- Kerajaan Selangor bina 56 papan iklan kempen gesa mansuh ISA
- Kes Sarbaini: AG arah polis soal siasat satu lagi saksi
- Video seks: Anwar beri keterangan tambahan esok
- Isu Wahabi: Jakim jelas pandangan pegawainya salah
- 10 Mei Pendengaran Semakan Kehakiman Zunar, MalaysiaKini Terhadap KDN
- Video Seks: Shazryl Eskay Serah Sampel DNA
- Kenyataan Raja Petra Mesti Dimasukkan Dalam Kertas Siasatan - Ghani Patail
- SKMM Didesak Segerakan Siasatan Dalam Blog Muat Naik Video Seks
- Pilihan Raya Singapura: Lee Kuan Yew Menang Tanpa Bertanding
- Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik
- TV3 potong interviu dengan saya: RPK
- Pekung sudah terbuka
- Khalid Samad: Bersatulah Melayu
- Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno
- Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa
- Kami tidak menang tanpa sokongan bukan Cina - DAP
- Kedah timbang cukai UUM dibayar ansuran
- Guru agama perlu reformasi dalam pengajaran
- Jangan terperangkap dengan jebak Umno
- Caj RM0.50 Email 1Malaysia, Guna Wang Rakyat Pembayar Cukai
- Muhyiddin dakwa Guan Eng tak berpijak bumi nyata
- AG: Kenyataan Raja Petra wajib
Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin Posted: 27 Apr 2011 05:00 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan. | ||
10 jari dekat stesen KTM milik bekas banduan, ditetak Posted: 27 Apr 2011 04:25 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Sepuluh jari yang ditemui dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Kuang dekat Rawang kelmarin adalah milik seorang bekas banduan yang baru dibebaskan baru-baru ini. Bekas banduan yang berumur 29 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh ekoran kejadian itu dan keadaannya dilapor stabil. Adik lelaki berkenaan yang enggan dikenali ketika ditemui di hospital itu percaya jari yang ditemui itu milik abangnya setelah abangnya ditetak hujung minggu lalu. "Kami tidak tahu apa motif kejadian ini dan dia (mangsa) tidak mahu bercerita mengenai kejadian tetak itu," katanya dipetik laporan Bernama Online. Beliau berkata abangnya baru keluar penjara selepas sebulan dipenjarakan dan pada masa ini tidak mempunyai pekerjaan. Kelmarin, seorang pekerja KTMB yang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik. Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama memberitahu, pihaknya menahan seorang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu. "Kami kini sedang mengesan individu-individu lain untuk membantu siasatan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. Rahim berkata suspek, seorang pemandu teksi, kini ditahan reman sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Beliau berkata suspek ditahan selepas polis melihat teksi yang dipandu lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di satu kawasan yang enggan didedahkan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati ada kesan darah di pintu belakang sebelah kiri, katanya. Turut ditemui pita pelekat berwarna hijau di but kereta itu yang dipercayai digunakan untuk menutup mata mangsa. Rahim berkata polis sedang memburu dua lagi rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. | ||
Khir Toyo: 1Melayu, 1Bumi ‘perjuangan sah dan mulia’ Posted: 27 Apr 2011 04:22 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata gerakan "1Melayu, 1Bumi" - idea dilontarkan Utusan Malaysia dan disahut Perkasa, patut dianggap sebagai satu "perjuangan yang sah dan mulia" jika bertujuan menyatupadukan kaum Bumiputera dan Islam. Sebaliknya kata beliau, gerakan itu bertujuan memindas dan menghancurkan kaum Cina, maka ia sepatutnya dianggap perkauman dan ditentang habis-habisan. "Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," katanya lagi. "Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum Bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina, maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain," kata beliau dalam entri terbaru blognya. Justeru kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Besar ini menambah, perkauman atau tidak slogan '1Melayu 1Bumi" yang dicadangkan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Zaini Hassan bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut. Gerakan itu akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Setar Sabtu ini. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata gerakan gelombang "1Melayu 1Bumi" akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai. Bagaiamanapun beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu. Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong. Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan "1Bumiputera" - menyahut idea "1Melayu, 1Bumi" walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka. Dr Khir juga menulis bahawa bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi. "Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1Melayu 1Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini? "Saya selalu bertanya mengapa bila orang Melayu bercakap soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi kaum Cina tidak dianggap perkauman?" katanya. Malahan soal beliau, apakah kempen-kempen politik DAP yang mempertikaikan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional kerana dipimpin oleh orang Melayu bukan merupakan satu kempen perkauman. "Malangnya tiada pula ada akhbar-akhbar milik kaum Cina menganggap kenyataan DAP tersebut sebagai kenyataan berbaur perkauman," katanya lagi. "Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tulis beliau lagi. Bekas ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ini bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia. "Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia," katanya lagi. | ||
Kerajaan Selangor bina 56 papan iklan kempen gesa mansuh ISA Posted: 27 Apr 2011 04:20 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR– Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM600,000 untuk memasang sebanyak 56 papan iklan kempen Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA di seluruh negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, papan iklan kempen itu akan dipasang di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan. Beliau berkata, kos pemasangan papan iklan ini menggunakan peruntukkan Dana Akaun Amanah Penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Beliau berkata, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan ini akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama. "Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini. Menteri Besar berkata, pemasangan papan iklan ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara. "Ia juga sejajar dengan program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya. | ||
Kes Sarbaini: AG arah polis soal siasat satu lagi saksi Posted: 27 Apr 2011 04:18 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan. THE MALAYSIAN INSIDER Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya. Kelmarin, Zulkifli berkata, polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu. "Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya. Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu. Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan. Dalam kenyataan minggu lalu, Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia. Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam. | ||
Video seks: Anwar beri keterangan tambahan esok Posted: 27 Apr 2011 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR– Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan tambahan kepada pihak polis berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan diri beliau esok. Keterangan tambahan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada pukul 2.30 petang dan kenyataan akan dirakam DSP Shanmugamoorthy. "Pasukan penyiasat dari ibu pejabat polis Bukit Aman telah memohon untuk merakam kenyatan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac lalu. "Kenyataan itu akan dibuat esok di ibu pejabat PKR," kata kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR hari ini. Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sehari selepas rakaman video seks itu didedahkan "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara. Rakaman video seks itu yang didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dipertonton kepada media pada 21 Mac. Anwar juga telah menafikan dengan keras bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video tersebut. "Datuk T" yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks kepada media. | ||
Isu Wahabi: Jakim jelas pandangan pegawainya salah Posted: 27 Apr 2011 04:13 AM PDT PUTRAJAYA— Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil pegawainya Zamihan Mat Zain yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini. Pengesahan itu dibuat Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha ketika sidang media di sini. "Padangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Besar Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam. "Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia," katanya. Ditanya sama ada Jakim akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu. "Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan pegawai ini pagi tadi saya dah jelaskan, nampaknya dia akur dengan apa yang saya katakan. "Apa-apa pun kita akan siasat dulu, kita ikut prosedur... tindakan itu akan dibuat kemudian," katanya. Tahun lalu, Zamihan menjadi perhatian ekoran laporan bahawa beliau mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan. Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini. Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu. "Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. "Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan itu bukan mewakili kerajaan atau Jakim. "Apa yang dia katakan tidak mewakili kerajaan dan Jakim, itu mungkin hanya pandangan peribadinya. "Biasalah dia ini, biasanya bila orang cakap A, dia akan cakap B tapi apa yang dia katakan dalam perkara ini bukan sebagai lidah kerajaan," tegasnya. Sambil mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman, Jamil Khir berkata kunjungan itu bertujuan untuk mewujukan hubungan yang lebih erat antara dua negara - Malaysia dan Arab Saudi. Selain itu, Juanda turut mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman sambil menafikan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi. Sehubungan itu kata beliau, kenyataan bahawa Sheikh Abdul Rahman telah menggunakan platform jemputan kerajaan untuk menyebarkan amalan Wahabi di Malaysia adalah "satu fitnah." | ||
10 Mei Pendengaran Semakan Kehakiman Zunar, MalaysiaKini Terhadap KDN Posted: 27 Apr 2011 03:58 AM PDT
KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh kartunis, Zunar dan sebuah portal web berita, Malaysiakini bagimencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengharamkan dua buku kompilasi karya kartun akan didengar pada 10 Mei depan. Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu pada Rabu, bagi membolehkan kedua-dua pihak dalam semakan tersebut meneliti afidavit yang telah difailkan. Zunar atau nama sebenarnya, Zuliflee SM Anwarul Haque dan MKINI DotcomSdn Bhd, yang mengendalikan MalaysiaKini dan syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 26 Julai 2010. Permohonan tersebut difailkan ekoran keputusan KDN mengharamkan bukuberjudul '1 Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. 1 Funny Malaysia yang diterbitkan pada November 2009 merupakan kompilasi kartun oleh Zunar, dan hampir kesemua kartun tersebut pernah disiarkan di ruangan Cartoonkini di laman web Malaysiakini daripada Oktober 2006 hingga November 2009. Manakala penerbitan buku 'Perak Darul Kartun' juga pada November 2009menghimpunkan kartun politik pelbagai artis di bawah pimpinan Zunar. Mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai responden dalam permohonan tersebut. Kedua-dua mereka mendakwa, Abu Seman bagi pihak Hishamuddin telah mengeluarkan perintah melarang penerbitan, produksi, penjualan, pengedaran atau pemilikan dua buku itu atas alasan ianya memudaratkanketenteraman awam pada 25 Mei 2010. Dakwanya lagi, buku itu menikmati jualan laris dengan sejumlah 4,000 salinan dicetak dan dengan pengharaman itu, pihak pemohon tidak mampu menjual baki buku dan sehubungan itu menuntut ganti rugi khassebanyak RM17,320. MKINI mendakwa mereka tidak diberi peluang memberi pandangan sebelum pihak responden membuat keputusan itu walaupun meminta agar diberi peluang untuk berbuat demikian apabila polis dan pegawai KDN merampasbuku-buku tersebut pada antara Januari dan Februari 2010. Ia mendakwa kartun dalam buku itu telah diterbitkan di laman web tersebut lebih dua tahun dan buku tersebut telah berada dalam pasaran selama tiga bulan sebelum dirampas. Manakala Sepakat Efektif mendakwa buku 'Perak Darul Kartun' berada dalam pasaran kira-kira enam bulan sejak November 2009 dan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai buku itu mengancam ketenteramawam. Syarikat itu berkata buku itu menikmati jualan laris dengan lebih 11,500 salinan dicetak. Berikutan pengharaman itu, pemohon gagal menjual baki buku itu dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM115,000 sebagai nilai harga buku yang tidak dapat dijual. Antara lain, mereka menuntut perintah membatalkan pengharaman buku itudengan alasan pengharaman itu tidak sah kerana bersifat 'ultra vires'(tidak dalam bidang kuasa) di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak danPenerbitan 1984. Mereka juga berkata tindakan KDN itu dicabar atas alasan ia tidak sahdan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawahArtikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan | ||
Video Seks: Shazryl Eskay Serah Sampel DNA Posted: 27 Apr 2011 03:57 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio Datuk T yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks kontroversi kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini, menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada polis bagi membantu siasatan kes berkenaan pada Rabu. Shazryl Eskay ketika ditemui pemberita di Bukit Aman berkata, polis telah memintanya menyerahkan sampel DNA dan bertanyakan beberapa soalan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan mengadakan sidang akhbar esok. Rakaman video yang dikaitkan dengan pemimpin utama parti pembangkang itu dirakamkan pada 21 Februari sebelum dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac. Selain Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah ahli trio berkenaan. | ||
Kenyataan Raja Petra Mesti Dimasukkan Dalam Kertas Siasatan - Ghani Patail Posted: 27 Apr 2011 03:54 AM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Kenyataan Raja Petra Kamaruddin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail. Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Kenyataan daripada Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata Abdul Ghani. Semalam Bernama melaporkan bahawa RPK kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lepas. | ||
SKMM Didesak Segerakan Siasatan Dalam Blog Muat Naik Video Seks Posted: 27 Apr 2011 03:52 AM PDT
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) didesak menyegerakan siasatan bagi mengenal pasti identiti pemilik blog yang masih menyiarkan klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blog www.papagomo.com pada Rabu memuat naik bahagian kedua rakaman video seks kontroversi yang dikaitkan dengan seorang pemimpin utama parti pembangkang. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip berkata, SKMM bersetuju untuk membuka kertas siasatan berhubung aduan penyebaran klip video itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Beberapa blog sudah ditutup sejak aduan difailkan pada 5 April lalu tetapi blog www.pisau.net dan www.papagomo.com masih boleh diakses serta terus menyiarkan klip video itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu. Rozan berkata perbuatan penyebaran klip video itu di kalangan pemilik blog terbabit sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar selaku pemimpin utama pakatan pembangkang. "Oleh itu, kami mahu siasatan disegerakan untuk mengenal pasti bagaimana klip video yang sepatutnya dimiliki trio Datuk T dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dimuat turun di Internet di kalangan pemilik blog," jelasnya yang juga Naib Ketua Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu. Sementara itu, Rozan berkata AMK tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik blog itu sekiranya klip video tersebut masih disiarkan. Begitupun, tindakan susulan hanya akan diambil sekiranya SKMM berjaya mengenal pasti identiti individu terbabit. "Saya tahu SKMM berdepan cabaran besar untuk mengenal pasti pemilik blog itu. Apapun, mereka perlu bekerja keras agar siasatan ini dapat diselesaikan dengan segera," tegasnya. Rozan hadir ke pejabat SKMM bersama dua anggota pemuda AMK untuk memberi keterangan selama sejam berhubung aduan penyebaran video seks yang masih dalam siasatan pihak polis. | ||
Pilihan Raya Singapura: Lee Kuan Yew Menang Tanpa Bertanding Posted: 27 Apr 2011 03:47 AM PDT BERNAMA SINGAPURA: Menteri Mentor, Lee Kuan Yew menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen walaupun parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dijangka menerima cabaran kuat daripada pembangkang pada pilihan raya umum republik itu pada 7 Mei ini. Menurut Jabatan Pilihan Raya Umum, satu kawasan diisytiharkan tiada pertandingan selepas pencalonan bagi 27 kawasan ditutup pada pukul 12.30 tengah hari Rabu. Jabatan itu berkata, bagi 26 kerusi yang dipertandingkan, pemilihan ditetapkan pada 7 Mei. Pada pilihan raya kali ini, setiap kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu kecuali Tanjong Pagar yang dimenangi Lee. Lee, 87, bersama empat calon PAP lain yang bertanding di kerusi Tanjong Pagar diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas parti pembangkang gagal mengemukakan calon mereka sehingga tempoh pencalonan ditutup. Beliau yang masih berkhidmat dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai menteri mentor menjadi perdana menteri pada tahun 1959 selepas Singapura memperolehi hak memerintah sendiri dari Britain. Lee melepaskan jawatan tersebut pada tahun 1990. Anaknya, Lee Hsien Loong, kini menjadi perdana menteri iaitu sejak 2004 dan akan mengetuai PAP menghadapi pilihan raya umum untuk kali yang kedua. Walaupun kelihatan agak lemah tetapi Lee yang kematian isterinya Kwa Geok Chew, tahun lalu dipimpin oleh salah seorang anak perempuannya untuk mengemukakan borang pencalonan di sebuah sekolah awam tanpa berjaya dicabar oleh mana-mana calon parti lawan. Sebenarnya, bukan tidak ada percubaan untuk meletakkan calon tetapi wakil pembangkang hanya terlewat 35 saat untuk mengemukakan borang pencalonan mereka setelah berhempas pulas mengumpul dana untuk dijadikan wang deposit sebanyak S$80,000 sebagaimana yang ditetapkan syarat. Sebagai menghargai pengundi di kawasan tersebut, Lee memberi jaminan akan berbakti di kawasannya dalam tempoh lima tahun lagi. Sejak tahun 1991, beliau tidak dicabar walaupun menyambut baik sebarang cabaran di kawasannya. | ||
Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik Posted: 26 Apr 2011 09:52 PM PDT Hafiz Yatim Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka. "Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang. "Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah. Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka. Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia. "Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar.VIDEO | 4.15 mins | ||
TV3 potong interviu dengan saya: RPK Posted: 26 Apr 2011 09:40 PM PDT Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006. Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya. RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April. "Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?" soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas. Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana | ||
Posted: 26 Apr 2011 09:38 PM PDT
| ||
Khalid Samad: Bersatulah Melayu Posted: 26 Apr 2011 09:34 PM PDT
| ||
Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno Posted: 26 Apr 2011 09:33 PM PDT
| ||
Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa Posted: 26 Apr 2011 09:29 PM PDT
| ||
Kami tidak menang tanpa sokongan bukan Cina - DAP Posted: 26 Apr 2011 09:27 PM PDT
| ||
Kedah timbang cukai UUM dibayar ansuran Posted: 26 Apr 2011 09:26 PM PDT
| ||
Guru agama perlu reformasi dalam pengajaran Posted: 26 Apr 2011 09:25 PM PDT
| ||
Jangan terperangkap dengan jebak Umno Posted: 26 Apr 2011 09:20 PM PDT
| ||
Caj RM0.50 Email 1Malaysia, Guna Wang Rakyat Pembayar Cukai Posted: 26 Apr 2011 09:18 PM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan kerajaan mengumumkan inisiatif email 1Malaysia melalui Syarikat Tricubes Berhad kerana membebankan rakyat tanpa memikirkan kesusahan yang dialami mereka. Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata meskipun rakyat tidak dibebani secara langsung, namun caj yang dikenakan terhadap agensi kerajaan yang terlibat tetap menggunakan wang rakyat selaku pembayar cukai. "Apabila syarikat Tricubes Berhad mengumumkan bahawa agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna, maka sudah pasti duit itu duit rakyat. "Kita mahukan kerajaan mengamalkan demokrasi sihat, tiada pembaziran, kebebasan media, hapus rasuah dan sebagainya. Tetapi yang jelas kerajaan mengamalkan kepentingan kepada kebendaan untuk menindas rakyat," ujarnya. Beliau turut mempersoal idea email percuma tersebut sebagai agenda politik Barisan Nasional bagi menyebarkan dakyah mereka kepada pengguna internet, yang majoritinya golongan muda. "Mereka sedar akan kebangkitan dan suara anak-anak muda yang memilih Pakatan Rakyat (PR), itu yang membuatkan mereka mencari jalan untuk mendekati golongan muda dengan kemudahan email tersebut," kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilandaily.com. Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, hari ini dilapor berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini- meskipun mendapat bantahan orang ramai. Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna dan orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Beliau bagaimanapun menjangkakan terdapat bayaran tambahan terhadap pengguna jika mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'. Projek Emel 1Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ia dilaksanaka oleh sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia. Sehingga kini hampir 50,000 penguna membantah dan mengecam inisiatif tersebut di laman Facebook. | ||
Muhyiddin dakwa Guan Eng tak berpijak bumi nyata Posted: 26 Apr 2011 09:16 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER IPOH — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggambarkan seolah-olah Malaysia mengamalkan idea Hitler dalam pentadbiran negara merupakan kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata dan bermuslihatkan politik. Beliau (gambar) berkata dasar pentadbiran negara oleh Barisan Nasional (BN) adalah mengamalkan sistem demokrasi, properniagaan yang berkaitan dengan pengembangan modal di samping berdasarkan situasi serta keadaan yang wujud dalam negara. "Kerajaan tidak amalkan kuku besi atau bersikap diktator, kita mengamalkan sistem demokratik, sebab itu dasar dan pelaksanaan pembangunan adalah berdasarkan prinsip negara kita di mana ia mengandungi pelbagai kaum, keturunan dan latar belakang," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman blog Minda Intelek Melayu (M.i.M) terhadap Lim yang didakwa menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul daripada yang lain kerana warna kulit. Menurut blog M.i.M, idea itu didakwa dilontarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perutusannya sempena sambutan Hari Easter 2011 seperti yang disiarkan menerusi laman blognya kelmarin. Muhyiddin berkata contoh klasik kejayaan daripada dasar dan sikap berpandangan jauh kerajaan adalah pembangunan Pulau Pinang yang kini menjadi kota metropolitan hasil daripada sokongan dan bantuan kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN sebelum ini. "Apakah itu dasar Hitler. Bukan sahaja di Pulau Pinang malah pembangunan di tempat-tempat lain juga. Saya tidak fikir itu satu kenyataan yang adil," katanya dipetik Bernama Online. | ||
AG: Kenyataan Raja Petra wajib Posted: 26 Apr 2011 09:15 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA — Kenyataan Raja Petra Kamarudin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. "Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita. Kenyataan Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata beliau dipetik Bernama Online. Satu lagi laporan semalam memetik Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum mengambil keterangan Raja Petra walaupun telah bertemu dengan editor portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand. Khalid menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya "perjumpaan biasa" kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat beliau menginap. Beliau berkata, kuasa Polis Diraja Malaysia terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit. "Ia hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya. Laporan Bernama kelmarin menyebut Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya. Dalam temu bualnya dengan TV3, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau. Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemu bual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap. Semasa perjumpaan itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau dituduh secara salah memandangkan beliau tidak membuat dakwaan terhadap Rosmah dan dua yang lain tetapi terhadap sumbernya, seorang anggota tentera berpangkat kolonel yang memberinya maklumat. Ahad lalu, Raja Petra menulis bahawa pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu. Malah kata beliau "drama Bangkok" juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehubungan itu, katanya polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand Sabtu lalu untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu. "Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia. "Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan