Biaqpila |
- Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar
- SEJADAH AJAIB DI R&R PLUS
- Anwar Adalah 'Binatang Jalang'
- Filem Omega yang tercicir...
- 10 AMALAN YANG TERBALIK
- Tiada Masalah Air Jika UUM Dengar Nasihat SPAN
- MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?
Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar Posted: 22 Apr 2011 03:00 PM PDT Ditulis oleh Oleh Wira Arjuna SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor. Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak. Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan. Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik. Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP. Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'. Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar. Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ? Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan. Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu. Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk. Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno. Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri. Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum. Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum. Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 22 Apr 2011 05:38 AM PDT PERNAH BERSOLAT DI SURAU HENTIAN REHAT PLUS? HANGPA TENTU PERNAH TERBACA AYAT DI BELAKANG SEJADAH "SEJADAH INI DIAMBIL TANPA KEBENARAN PLUS" PERLUKAH KITA MEMINTA KEBENARAN PLUS UNTUK MENGGUNAKAN SEJADAH INI? APA HUKUMNYA KITA AMBIL SEJADAH INI DARI PENYIDAI DI SURAU PLUS, DAN BENTANGKAN SEJADAH NI UNTUK BERSOLAT? TERANG-TERANG DAH DITULIS DIAMBIL TANPA KEBENARAN. SEJADAH NI MEMANG AJAIB, JIKA UNTUK MENGELAKKAN SEJADAH TERSEBUT DICURI DAH TENTU PLUS AKAN TULIS "SEJADAH HAKMILIK PLUS" BETOI KA? KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Anwar Adalah 'Binatang Jalang' Posted: 22 Apr 2011 03:00 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar AKHBAR pro Umno hari ini telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja disebar dan dibesar-besarkan itu adalah sepadan dengan wajah bapak reformis Anwar Ibrahim. Sepadan bukan bermakna itu sahih Anwar. Sepadan adalah iras-irasan yang bukan hakiki Laporan dalam akhbar itu juga menyebut polis sudah mengenal pasti di mana video itu diperbuatkan. Ianya dibuat di sebuah kondominum di pinggir Kuala Lumpur, bukan Muangtai. Manakala wanita yang terlibat dalam video berkenaan dikenal pasti sebagai gadis pelajar dari sebuah institusi swasta. Kenapa tidak dikaitkan dengan mana-mana IPTA awam, dari UIA ke UM ke atau UITM rasanya lagi sedap. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 22 Apr 2011 12:00 AM PDT Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan. Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu. Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier? "Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu. Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi. "Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar. "Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus. "Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong." "Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.' Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem. "Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah. "Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.' Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat. Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur. "Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… " Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu." Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk. Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: " Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?' Aku mengeleng kepala. "You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.' Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu. "Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak. "Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir... MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Apr 2011 09:00 PM PDT Gambar Hiasan Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. daawah.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Tiada Masalah Air Jika UUM Dengar Nasihat SPAN Posted: 21 Apr 2011 06:00 PM PDT Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan menghadapi masalah bekalan air sekiranya pihak pengurusannya mendengar nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya mengstruktur semula atau naiktaraf infrastruktur pembekalan dan saluran paip air institusi berkenaan. Infrastruktur bekalan air berkenaan seusia dengan pembinaan UUM 27 tahun lalu yang bukan sahaja tidak mampu menampung peningkatan jumlah penghuninya dari tahun ke tahun malah air itu mengalami kesusutan (non revenue water) sebanyak 43 peratus kerana kebocoran paip. "Kemudahan air yang ada adalah yang disediakan semenjak universiti itu dibina di mana untuk penghuninya seramai 10,000 orang. Sebaliknya sekarang penghuninya meningkat kepada 30,000 termasuklah pelbagai kolej, fakulti, hotel dan padang golf," kata Menteri Besar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada media di pejabatnya. Tegasnya lagi, walaupun mereka membelanjakan RM100,000 sebulan, air yang diperolehi daripada tangki air Syarikat Air Darul Aman (Sada) adalah percuma dan mereka hanya belanja kos pengurusan. Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Profesor Madya Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif yang mendakwa UUM membelanjakan RM100,000 sebulan bagi menguruskan bekalan air bersih untuk kegunaan 25,000 pelajar dan 5,000 kakitangannya. Menurut Dato' Seri Ustaz Azizan, pihak pengurusan UUM sepatutnya mengambil contoh dari apa yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang menaiktaraf infrastruktur semula loji serta pembesaran saluran paip. "Saluran paip lama sudahlah kecil bocor pula sepertilah tapak tangan kecil menadah air terjun," katanya. Ini kerana Loji Air Padang Sanai mampu mengeluarkan air sebanyak 50 juta liter padu sehari untuk bekalan ke UUM dan Bukit kayu Hitam sebanyak 35 juta liter padu, Durian Burung 10 juta liter padu dan sekitar Padang Sanai sebanyak 5 juta liter padu. Justeru itu UUM tidak akan hadapi masalah air sekiranya mendapat nasihat pakar dengan menaiktaraf infrastruktur bekalan air di dalam kawasan mereka.UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ? Posted: 21 Apr 2011 03:00 PM PDT Mana satu yang betul dan tepat? Kondo atau hotel? Siapa yang berbohong? Polis atau Datuk T? Bercelaru bebb.... wfauzdin KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan