Isnin, 11 April 2011

Ajijoi

Ajijoi


Laman berita dan blog alternatif bakal diserang menjelang PRN Sarawak

Posted: 11 Apr 2011 07:33 AM PDT

Petaling Jaya: Laman pemecah berita, blog aktivis dan beberapa surat khabar online sedang 'crashing' menjelang berlangsungnya pilihanraya negeri Sarawak.

Cybertroopers Barisan Nasional mungkin sedang menjalankan kerja mereka, kata Presiden National Union of Journalists (NUJ) Hata Wahari. Dan Centre of Independent Journalism juga dicurigai sama.

"Serangan-serangan cyber telah berlangsung sejak seminggu yang lalu," ujar Hata hari ini. "Kita telah melihat laman-laman seperti TV Selangor dan lain-lain yang terjejas.

"Saya kira ada perang cyber terjadi kerana orang mencari maklumat tentang Sarawak."

Sarawak Report, sebuah laman popular yang didedikasikan untuk mendedahkan korupsi Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, dan juga laman-laman penting seperti Radio Free Sarawak, Dayak Baru dan blog Anil Netto's semuanya telah diserang.

Sebahagian besar masih 'down' semasa laporan ini ditulis.

Hata mendakwa bahawa serangan itu sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memaksa rakyat Malaysia hanya berharap kepada media BN untuk mendapatkan berita.

"Ketika orang tidak bisa mengakses halaman-halaman ini, dan mereka memerlukan maklumat, mereka terpaksa harus bergantung pada media perdana," katanya.

"Saya diberitahu bahawa semua surat khabar di Sarawak menyiarkan hanya hal-hal baik yang dilakukan oleh kerajaan di sana."

Dia bimbang bahawa pola suara akan terjejas.

Waktu yang mencurigakan

Pegawai Eksekutif CIJ Masjaliza Hamzah mengatakan waktu serangan membuatkan mereka merasa curiga.

"Mereka mencipta kecurigaan pada orang-orang yang mengharapkan Internet untuk berita alternatif," katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak lagi laman internet yang akan mengalami gangguan dalam beberapa hari akan datang.

"Saya fikir jika anda mengutarakan pandangan alternatif, kemungkinan untuk anda diserang adalah cukup tinggi," katanya.

Pemilik Sarawak Report, Rewcastle Clare Brown semalam memberitahu FMT bahawa laman itu dilanda serangan Distributed Denial of Service (DDoS), seperti yang berlaku kepada Wikileaks Whistleblower antarabangsa.

Masjaliza mencadangkan agar laman berita dan blog alternatif untuk menambahkan langkah-langkah keselamatan mereka.

diterjemah daripada Free Malaysia Today

Kejutan 'tsunami' dari Bumi Kenyalang

Posted: 11 Apr 2011 07:28 AM PDT


11 APRIL — "Tak payah lah you orang gempur Sarawak kuat-kuat, BN mesti menang punya," kata seorang Timbalan Menteri kepada sekumpulan Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat ketika minum-minum di lobi Parlimen.

"Mana you tau BN mesti menang?" tanya seorang MP.

"Mestilah menang BN kuat punya, kita control Sarawak majoriti lebih dua pertiga," kata Timbalan Menteri bukan daripada Umno tersebut.

"You tengok Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, you fikir BN boleh kalah ke?" lantas seorang MP yang lain menghujah.

Dahi Timbalan Menteri itu terus berkerut. Beliau terdiam seketika. "Itu cerita lain," katanya sambil terus berlalu dari situ.

Dari raut wajahnya ketika terpingga-pingga akibat "pukulan" hujah simple MP Pakatan Rakyat.

Beliau terpingga-pingga kerana hampir ke semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, dikuasai penuh oleh BN. Lebih dua pertiga majoriti. BN juga tidak pernah mimpi untuk tewas di negeri-negeri tersebut.

Tsunami politik 2008 (bagi kerusi DUN) tidak berlaku di Sarawak kerana Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan. BN Sarawak bagaimanapun menerima kejutan pertama selepas tewas kepada DAP dalam PRK Sibu.

Maknanya, penolakan rakyat terhadap BN masih boleh berlaku. Mungkin pada pendapat yang berbeza, BN Sarawak tidak mungkin tewas kerana perbezaan besar etnik, sosio budaya dan demografi daripada Semenanjung.

Harus diingat, kaum Melayu bukan kaum majoriti di Sarawak. Dalam masa yang sama kaum Tionghoa dan Iban secara majoritinya menolak BN dan Tan Sri Taib Mahmud.

PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sudah mula turun ke Sarawak sejak sebelum hari penamaan calon.

Agak mengejutkan apabila rakyat Sarawak memberikan sambutan yang memberangsangkan kepada Pakatan Rakyat. Apabila kenderaan yang memasang bendera PAS, KeADILan dan DAP, rakyat akan menyambutnya dengan hebat. Mereka membunyikan hon, melambai tangan, bertepuk tangan dan ada di antara mereka bersorak.

Mereka bersorak kerana gembira mereka sudah mempunyai alternatif untuk menggantikan pemerintahan BN.

Malah di rumah-rumah panjang pun, walaupun yang datang berkempen di kalangan MP Pakatan Rakyat yang tidak dikenali, mereka berjaya menghimpunkan empat lima ratus orang.

Malah di sesetengah rumah panjang, mereka sanggup menunggu kedatangan sehingga dua tiga pagi.

Fenomena seperti ini tidak pernah berlaku dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Kebiasaannya rakyat Sarawak agak pesimis dengan golongan pembangkang.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman, tiada bahan komunikasi, tiada surat khabar, tiada televisyen.

Walaupun media talibarut BN seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa sahaja pun kempen BN dipaparkan, hanya untul "halwa" penyokong BN di Semenanjung sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Hakikat yang berlaku jauh daripada gambaran media talibarut BN. Sambutan rakyat kepada kempen calon-calon Pakatan Rakyat amat luarbiasa dan kita amat mengharapkan ianya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi kaum Tionghoa pula, mereka menggelar Taib Mahmud sebagai "Pek Mo" atau orang yang berambut putih. Mereka enggan menyebut nama Taib, mereka begitu muak dengan Taib dan BN. Dalam mana-mana ceramah Pakatan Rakyat, bila penceramah menyebut sahaja "Pek Mo" mereka akan bangun menyorak, menunjukkan kebencian terhadap Taib yang begitu tinggi.

Namun di sebalik ini semua, kita harus akui bukan mudah untuk menumbangkan Taib dan BN.

Kerusi Dewan Undangan Negeri ada 71, maknanya hendak mendapat majority mudah Pakatan Rakyat harus menang 37 kerusi.

Tetapi segalanya tidak mustahil. Setakat ini diunjurkan Pakatan Rakyat boleh menang antara 13 hingga 25 kerusi DUN. Jumlah ini sudah cukup untuk menafikan dua pertiga majoriti BN. Jika jumlah ini diperolehi, ia sudah cukup untuk membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik handbrake. PRU tidak ada tahun ini, mungkin 2013.

Pada penulis, Pakatan Rakyat harus berfikir lebih jauh kehadapan. Bukan setakat menafikan dua pertiga majoriti, mana tahu rakyat Sarawak berani melakukan perubahan seperti rakan-rakan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Maka kita harus bersedia untuk menyusun bakal Ketua Menteri yang baru, barisan exco. Dan yang terutama sekali menjaga ADUN-ADUN supaya mereka tidak dibeli oleh Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud amat luarbiasa. Adik ipar bekas PM British, Claire Rewcastle yang mengendalikan kempen anti-Taib Mahmud di London, mendakwa Ketua Menteri Sarawak itu merupakan antara individu yang terkaya di dunia. Melebihi kekayaan Sultan Brunei dakwanya.

"Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London, dalam industri hotel," kata Claire.

Selain daripada di United Kingdom, Taib juga dikatakan mempunyai aset di Amerika Syarikat dan Kanada.

Daripada mana kekayaan beliau diperolehi jika tidak dengan "merompak" harta rakyat? Beliau dikatakan mempunyai aset puluhan bilion.

Apa yang kita bimbangkan ialah, hasil daripada kekayaan yang luarbiasa ini, Taib dan BN berkemampuan membeli ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, yang membeli beberapa orang "katak" daripada KeADILan.

Ada kalangan MP di Parlimen mengandaikan, setakat RM10 juta seorang untuk dibeli begitu "kacang" buat Taib yang kaya raya itu.

Dalam waktu sekarang ini bagaimana duit-duit Taib dari luar negeri hendak dibawa masuk? Ada sumber mendakwa, kemungkinan duit-duit kotor ini akan dibawa masuk melalui Labuan, dibawa ke Sabah dan melalui jalan darat ke Limbang.

Labuan dikenali sebagai kawasan International Offshore Financial Centre. Walaupun ia gagal dijadikan lokasi pengurusan dana kewangan pesisir antarabangsa, namun ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk wang tunai dari luar negara.

Pada waktu ini sukar untuk dikesan bagaimana wang-wang untuk merasuah rakyat bagi mengundi BN dibawa masuk. Mungkin selepas ini MP Pakatan Rakyat boleh mengusulkan di Parlimen, untuk dilakukan siasatan dan kajian yang mendalam.

Kita harus meragui segala kemungkinan kerjasama antara Ketua Menteri Sarawak, PM, Menteri Kewangan dan Bank Negara dalam membawa masuk wang-wang haram ini.

Apa pun kita harus memuji keberanian rakyat Sarawak yang gigih melawan arus sogokan daripada BN. Rakyat Sarawak sudah memberi pukulan pertama kepada BN, iaitu tiada kerusi dimenangi secara percuma (menang tanpa bertanding), seperti pilihan raya sebelum ini.

Penulis mendapat khabar, sebelum ini BN menjangkakan menang percuma 10 kerusi DUN pada hari penamaan. Namun jangkaan tidak jadi kenyataan. Sebaliknya jika SPR tidak memihak kepada BN, sudah pasti PAS akan menang kerusi DUN Muara Tuang.

Rakyat Malaysia di seluruh negara, bersama-sama dengan rakyat di Sarawak, mereka menantikan perubahan. Mereka mahu melihat BN tumbang di Sarawak. BN tiada jalan lain untuk terus memerintah, selain daripada menipu dan merasuah pengundi.

Kita doakan moga rakyat Sarawak kental. Moga mereka tidak tewas dengan sogokan. Moga "tsunami" benar-benar berlaku, moga ia menjadi isyarat BN akan terkubur. Kita menanti isyarat tsunami dari Bumi Kenyalang. — Mohd Rashidi Hasan - harakahdaily.net

Juruterbang helikopter TPM yang terhempas, meninggal dunia

Posted: 11 Apr 2011 07:00 AM PDT

Sahimi Ghazali, juruterbang sebuah helikopter yang membawa anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggal dunia jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

PRU-13 waktu cuti sekolah bulan Jun?

Posted: 11 Apr 2011 06:32 AM PDT

Pilihanraya Umum ke-13 dijangka akan diadakan pada bulan Jun diwaktu cuti sekolah pertengahan tahun untuk kemudahan penggunaan sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Desas-desus tersebut yang telah lama berlegar, kini dikuatkan lagi dengan surat-surat pekeliling yang dihantar kesekolah-sekolah untuk mempercepatkan ujian dan peperiksaan serta tidak menyewakan dewan sekolah untuk tempoh waktu tersebut.

Walau apapun yang dijangkakan, keputusan pilihanraya negeri Sarawak tetap memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada BN berani membubarkan parlimen dan berdepan dengan kuasa pilihan rakyat.

Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.

Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

"Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.

Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.

Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Jangan hanya janji, umumkan tarikh dan pengganti Taib

Posted: 11 Apr 2011 06:30 AM PDT

KUCHING, 11 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Pagi tadi, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.

Petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai "satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat."

Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.

"Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini," kata Anwar sambil menambah, beliau yakin Najib tidak akan menunaikannya.

"Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih," kata Anwar lagi.

Dalam pada itu, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa pula menyifatkan kenyataan Najib semalam mencerminkan satu sandiwara Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat.

"Jika beliau benar-benar serius dalam perkara ini, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.

"Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya," kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Kini, kata Husam, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

"Ketua Menteri yang ada kini sudah terlalu lama memerintah.

"Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisme dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam," kata beliau.

Husam juga berkata, sekalipun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Taib adalah sangat perlu untuk perubahan.

"Justeru itu, untuk mengelakkan Tan Sri Taib membina dinasti keluarga dengan menamakan adik beliau, Datuk Seri Muhamad Ali Mahmud, Perdana Menteri harus menamakan pengganti Tan Sri Taib sebelum hari pengundian.

"PM dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula," katanya lagi.

Kata Husam, perdana menteri dengan itu telah bersekongkol mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat Sarawak berterusan dan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat terbanyak Sarawak.

Pemuda PAS Parit gesa tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian pegawai kanan Kastam

Posted: 11 Apr 2011 04:17 AM PDT

Parit , 11 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar satu suruhanjaya diraja dibentuk dengan segera untuk menyiasat kematian seorang Pegawai Kanan Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang berasal dari Kg Talang, Lambor Kanan, Parit Perak.

Mangsa telah ditemui mati di banggunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur setelah hadir kepejabat itu pada 6 April yang lalu untuk membantu penyiasatan SPRM terhadap beliau.


Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Syah Hakimi "Kita menggesa suruhanjaya diraja ini dibentuk dengan segera untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham yang berasal dari Parit ini.


Tindakan kerajaan yang dilihat melengah-lengahkan penubuhan suruhanjaya ini dilihat satu kegagalan besar pentadbiran kerajaan selain menimbulkan spekulasi yang berterusan dari orang ramai."


Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah yasin di kampung Allahyarham di Kg Talang, Lambor Kanan, Parit pada hari Khamis malam Jumaat ini iaitu 14 April 2011. Seluruh masyarakat kampung dan rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran dijemput untuk bersama menghadiri majlis tersebut untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.


Suhu politik Sarawak menggelegak, ceramah Pakatan jadi tumpuan

Posted: 10 Apr 2011 09:49 PM PDT

Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing.

NONEPertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.

Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.

NONEKehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.

"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.

NONESejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.

"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.

Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.

Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONENik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

Batu kawah Pakatan ceramah"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

NONE"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.

Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you'nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib.


FOKUS MENANGKAN CALON PAS, TUBUHKAN CAWANGAN BARU PAS SERTA SEBARKAN DAKWAH ISLAM DI SARAWAK : PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 10 Apr 2011 09:01 PM PDT


Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa kini PAS kini telah berjaya meluaskan ruang dakwah dalam kesempatan Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang berlangsung di Sarawak dan akan berakhir pada 16 April ini.

Menurut beliau, bagi DUN Muara Tuang DUN yang diamanahkan kepada tiga negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu mereka menumpukan agenda dakwah sebagai aspek utama bagi mendidik dan menarik hati rakyat Muara Tuang untuk memahami dan bersama perjuangan PAS sekaligus memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan calon dari PAS.

Beliau menyatakan bahawa kini rakyat Sarawak khususnya di DUN yang ditandingi PAS mendapat gambaran sebenar apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS, dan mereka dapat menerima dengan sebaiknya dan begitu gembira dengan kehadiran PAS untuk menyampakan dakwah berkenaan Islam disamping bersama menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menggambarkan kegembiraannya apabila DUN Muara Tuang yang dijaga oleh jentera PAS dari tiga negeri dari semenanjung iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu Berjaya menubuhkan banyak cawangan baru PAS di Dun Muara Tuang.

Memetik ucapan beliau, " Setakat ini PAS telah berjaya menubuhkan 5 cawangan penaja PAS yang terdiri dari ,cawangan penaja ke penaja PAS Taman Desa Ilmu, kampong Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Sindang dan Kampung Pengkalan Kuap"

" Dengan penubuhan cawangan-cawangan penaja PAS ini akan merancakkan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat PAS untuk bersama mendokong perjuangan PAS"

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan Ini adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang. sekaligus membuktikan bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak.












Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana ‘seni’.

Posted: 10 Apr 2011 08:57 PM PDT

Saya berasa terpanggil untuk menulis memberi komentar terhadap tulisan Mior Kamarul Shahid yang disiar dalam akhbar Berita Harian 2 April 2011 yang lalu. Tulisan beliau kelihatan sebagai aluan dan selamat datang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang bakal disiar secara langsung menerusi beberapa siaran media perdana negara.

Saya bersetuju dengan tajuk kecil beliau iaitu tiada kajian ilmiah buktikan nilai masyarakat terhakis kerana dunia seni kerana saya memahami istilah seni jauh bezanya dengan takrifan istilah seni artis yang pihak media maklumi.

Seni yang saya faham adalah seperti yang digambarkan dalam Ensiklopedia Indonesia, bahawa seni adalah penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi kedalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis dan ruang), atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari dan drama).

Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8).

Menurut Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.

Ulama' tersohor seperti Al Qaradhawi juga banyak menulis berkenaan kesenian dalam islam (Al Islam Fal Fann) yang menegaskan betapa salahnya kita mengharamkan seni yang merupakan fitrah insaniyah yang dianugerahkan kepada manusia.

Kita juga melihat bahawa kaum Monggol dan Gassar (Jermanik) yang menghancurkan tamadun Arab dan Rom tidak memiliki korpus kesenian sebaliknya hanya berbekalkan keganasan dan strategi peperangan sehingga menyaksikan tamadun mereka tidak kekal berpenjangan.

Seni juga menjadi musuh kepada kerajaan-kerajaan komunis sehingga mengistilahkan seni adalah alat Komrad iaitu hanya alat propaganda untuk menyembahkan manusia terhadap ideology komunis dan bukannya suatu ekspresi ikhlas manusia untuk berhibur.

Namun istilah seni yang dibawa dalam majalah dan akhbar hiburan adalah seni sekular yang tiada kaitan/hubungan dengan saranan Islam. Istilah artis (ahli seni) kelihatannya tidak layak dipegang oleh para artis dan selebreti di Malaysia dan serata dunia memandangkan aspek moral dan etika mereka yang meleset. Sedangkan seni adalah suatu kerjaya yang berstatus, bermoral, berakhlak serta mengundang rasa izzah kepada pembawa seni tersebut. Ekspresi seni yang digambarkan oleh artis di Malaysia dengan menayang dada,ketiak dan bahu, berpakaian ala kemban serta bermegah dengan parti sosial di internet tidak layak bergelar artis atau ahli seni.

Lantaran itu, pihak Berita Harian tidak menjumpai hasil kajian masyarakat melayu hancur dan rosak disebabkan seni kerana seni itu baik. Masyarakat melayu tidak pernah rosak dengan aktiviti seni rakyat yang bermoral, seni lukisan, seni suara yang beradab melaung nama Tuhan dan kebaikan, malah orang melayu semakin hebat apabila berhadapan dengan seni rekabentuk indah, ukiran dan seni silat yang tidak bercanggah dengan islam. Semua itu adalah seni selagi mana ia adalah ekspresi tubuh dan akal manusia.

Tetapi terlalu banyak hasil kajian dan kenyataan media yang mengaitkan kerosakan kaum melayu terutama belia dan remaja akibat aktiviti hiburan yang dipopularkan oleh 'artis' yang mengaku berseni tersebut. Seni yang bagaimana cuba ditonjolkan jika keruntuhan rumah tangga dan aib suami isteri dimainkan oleh media sehingga menolak aspek rumah tangga Islam?

Kata saudara Mior lagi;

Di Malaysia, ada golongan yang kononnya menganggap mereka sebagai moralis Melayu yang tidak pernah melihat dunia hiburan dalam konteks yang matang. Mereka mengaitkan hiburan dan Melayu. Disebabkan acara hiburan sering dibanjiri orang Melayu, mereka membuat generalisasi bahawa semua orang Melayu suka berhibur.

Lagi;

Janganlah disebabkan secebis ruangan gosip artis, maka media dan dunia hiburan dipersalahkan. Mereka yang kononnya membenci gosip sebenarnya adalah orang yang suka membaca gosip. Inilah sikap hipokrit golongan yang perasan mereka moralis yang sering menyalahkan dunia hiburan kononnya punca kepada gejala negatif. Setakat ini, rasanya belum ada kajian ilmiah yang boleh membuktikan korelasi jelas antara hiburan dengan gejala negatif masyarakat. Jika hiburan menjadi faktor kegagalan pelajar dalam peperiksaan, tentulah universiti di negara ini kosong tanpa pelajar, sedangkan sekarang sudah ada puluhan universiti awam dan swasta.

Ruangan gosip tidak perlu dicari alasan untuk dihalalkan. Gosip adalah haram dalam Islam secara tuntas. Tidak pelru menyalahkan si pengkritik gosip sebagai hipokrit. Malah tulisan-tulisan media hiburan kebanyakkan cuba menaikkan nama beberapa kerat artis yang kelihatan bermoral sebagai tanda aras bahawa masih ada artis malaysia yang bermoral sedangkan mereka amat keliru betapa jauhya beza antara moral dan etika dengan nilai akhlak Islam. Berhati budi, tiada skandal namun tidak menutup aurat masih dianggap tidak berakhlak dalam Islam. Cuma beretika sahaja menurut kaca pandang manusiawi.

Dahulu sekitar tahun 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini. Ia juga sejajar dengan dasar Kebudayaan Kebangsaan Negara.

Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata. Sekurang-kurangnya ada juga kesedaran untuk mengelakkan para 'artis' terjerumus dalam dosa yang lebih dalam.

Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini.

Siapa kata artis tidak menjadi ikutan ramai sehingga ramai penulis media cuba membela artis yang membawa budaya berpakaian tertentu dan menafikan kaum Melayu selalu terikut-ikut dengan budaya tersebut?

Suatu ketika ada artis seperti Wardina telah membawa gelombang positif apabila mengenengahkan tudung seni yang menarik dan ringkas untuk diikuti oleh remaja. Namun malang apabila ada pula artis lebih muda daripadanya mencipta pula kaedah tudung ala-makcik zaman 60an berbungkus seperti bola di kepala dengan membuka leher dan telinga.

Antara tindakan RTM yang boleh dipuji dalam mengekang gejala negetif artis Malaysia adalah seperti berlaku pada 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat. Pada 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting seperti menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.

Namun begitu mengapa pula pada 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.

Mengapa saya katakan konotasi istilah 'artis' di Malaysia adalah sekular? Ia disebabkan si ahli seni tersebut (artis) bukanlah menceburkan diri dalam bidang seni kerana ingin mengeluarkan bakat kerana agamanya. Ia mengeluar bakat, menyertai temuduga rancangan realiti, menjadi metee artis senior semata-mata untuk popular dan dihalalkan atas alasan mencari rezeki. Adakah rigid benar Islam sehingga menolak sebahagian besar karya 'seni' artis negara ini? Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.

Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. (Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103)

Terjaminkah akhlak artis jika ingin menepati piawaian Imam Al Ghazali?

Jika dianggap tiada kajian ilmiah berkenaan kegilaan rakyat terhadap hiburan, lihat sahaja kajian berkaitan kerakusan rakyat Malaysia menggunakan media internet sebagai medan hiburan mereka. Tidakkah benar rakyat kita suka berhibur? Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet. Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital.

Hiburan melalui media juga mempengaruhi tabiaat remaja dan belia negara ini. Samsudin A. Rahim dalam kajiannya (1994), Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja, (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) menunjukkan majoriti remaja memilih ruangan atau program berbentuk hiburan apabila mereka mendedahkan diri kepada media (55% untuk TV, 70% untuk radio, 57 % untuk akhbar, dan 56 % untuk majalah).

Lihat juga dalam kajian Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan Rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia (Mohd Ismail Bin Mustari & Ahmad Shukri Bin Jamaludin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ). Bilangan mahasiswa UTM yang bersetuju mengatakan rancangan hiburan realiti AF sesuai untuk ditonton juga berada pada tahap rendah. Ini kerana masih ramai bilangan mahasiswa yang kurang setuju. Kajian juga menunjukkan rancangan berbentuk hiburan masih boleh dipertikaikan kesesuaiannya kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar iaitu mahasiswa. Ramai dikalangan mahasiswa UTM tidak bersetuju dengan "kenyataan melalui rancangan realiti AF dapat melambangkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan saling bantu membantu". Secara keseluruhan kajian itu, rancangan hiburan realiti AF tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Dari sudut budaya ilmu responden juga menunjukkan bahawa, rancangan hiburan realiti AF tidak memberikan impak kepada peningkatan budaya ilmu dikalangan muda mudi walaupun dalam hiburan realiti.

Kepada pihak media yang optimis bahawa hiburan yang di bawa oleh para artis tiada kena mengena dengan akhlak masyarakat renungilah kritikan Syed Ali Ashraf yang telah mengkritik pihak media massa yang sering menggunakan pelbagai alasan, termasuk hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan hak individu. untuk membolehkan mereka melaksanakan beraneka rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan budaya, cara hidup dan pegangan agama seseorang. Menurut Ashraf (1997: 1):

…it [the media] has become a very powerful instrument in the hands of human beings to cultivate or destroy moral values, to affect and control the minds of people by those who have the power over these media. In the name of freedom and human rights, various big and small companies have started putting up programmes with little censorship or restriction. Whether these programmes will be good or bad depends on what is meant by good or bad and who determines what is good and what is evil.

Bagaimana pula dengan kajian UPM yang menolak media hiburan sebagai punca kerosakan akhlak masyarakat? Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan. Pihak UPM juga menyatakan faktor keluarga, pengaruh rakan serta hiburan luar yang menyebabkan kerosakan akhlak belia. Yang sewajarnya, YADIM tidak perlu membuat kajian menafikan pengaruh media hiburan sebagai faktor utama kerosakan akhlak kerana umum mnegetahui kerosakan akhlak disumbang oleh pelbagai faktor diantaranya juga adalah media. Kritikan dan saranan baikpulih media hiburan bukan bermakna kita menafikan faktor keluarga dan rakan sekeliling sebagai punca kerosakan akhlak sebaliknya fokus utama hari ini dalam realiti globalisasi media hiburan dan aktiviti hiburan itu sendiri menyumbang kepada kerosakan masyarakat selain faktor yang disebut di atas.

Adakah pendakwah di Malaysia hanya menyelar artis melayu dan hanya mendiamkan diri terhadap kekaratan jahiliyah artis Amerika umpamanya? Jawapan mudah, sebelum menunding jari ke negara luar, molek lah kiranya kita perhatikan rumahtangga kita dahulu iaitu negara sendiri. Sebelum menunding jari ke Hollywood, sudilah kiranya kita menegur Malaysiawooddahulu.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Tiada ulasan: