Jumaat, 29 April 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


JATUHKAN HUKUMAN QAZAF KEPADA ESKAY

Posted: 29 Apr 2011 12:29 PM PDT

Dalam sumpah Eskay di masjid Amru bin Al-As, Bandar Baru Sentul siang tadi, dengan terang-terang dia menyebut nama Anwar Ibrahim adalah orang yang berada dalam video seks yang tersebar sebelum ini.

Dengan ini, menjadi kewajipan bagi pihak mahkamah syariah bahawa mengambil tindakan hukuman qazaf terhadap Eskay. Sekiranya beliau tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi, maka hendaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali rotan.

Firman Allah;

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya;
"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik"

[An-Nur : 4]

Adapun sumpah yang dilafazkannya itu, ia tidak boleh menjadi bukti dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh (anwar Ibrahim). Juga dengan sumpah itu, tidak menyebabkan Eskay terlepas dari hukuman Qazaf. 

Sekian


MUBAHALAH DALAM JENAYAH : BIDAAH YANG SESAT

Posted: 29 Apr 2011 12:06 PM PDT

PERTAMA: MUBAHALAH

Makna Mubahalah dari sudut bahasa adalah, "saling Laknat melaknati". [Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah : 3/204]

Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, "saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati" [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247]

DALIL MUBAHALAH

Firman Allah;

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Maksudnya;
"kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta".

[Surah Al-Imran : 61]

Sebab turun ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-'Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.

Dalam perdebatan itu, semua hujjah-hujjah Nasrani itu dijawab oleh nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah mempunyai hujjah lagi.

Mengenangkan sifat begitu, Allah SWT pun menurunkan ayat ini. [Ibnu Kathir : 2/50]


KEDUA : MAQASID DAN WASAIL

Dalam fiqh maqasid, dijumpai dua perkara penting. Iaitu Maqasid dan Wasail. Menurut Ibnu Asyur, maqasid adalah sesuatu yang mengandungi maslahah dan mafsadah. Adapun Wasail adalah elemen-elemen yang membawa kepada maqasid. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 413]

Dalam istilah kitab-kitab usul fiqh dan maqasid, kalimah wasail ini kadangkala digunakan dengan istilah zaraie. Cuma sebilangan ulama menyatakan, wasail digunakan dalam perkara yang membawa kepada maslahah (wajib) dan zaraie digunakan dalam perkara yang membawa kepada mafsadah (haram). [Fi Al-Ijtihad At-Tanzili : 118]

Kewujudan wasail ini, kadangkala dalam nas, dan kadangkala tidak wujud dalam nas. Contoh bagi perkara yang tidak ada dalam nas seperti kewajipan menggali telaga bagi menyempurnakan kesempurnaan solat, iaitu wudu'. Kewajipan menggunakan kompas bagi menyempurnakan kesempurnaan solat, iaitu mengadap arah kiblat.

Adapun contoh yang termaktub dalam nas pula, terlalu banyak yang boleh dikemukakan. Antaranya adalah;

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ

Maksudnya;
"perangilah mereka hingga tidak berlaku lagi fitnah dan agama itu semuanya kepunyaan Allah"

[Al-Anfal : 39]

Dalam ayat ini, ia mengandungi maqasid dan wasail. Wasail dalam ayat ini adalah "perang", sedangkan maqasid dari ayat ini adalah "sehingga tidak berlaku fitnah [fitnah dalam ayat ini adalah kemudharatan yang besar tertimpa kepada umat Islam sepertimana yang berlaku sebelum diawal hijrah ke Habsyah, dalam sejarah bai'ah Aqabah dan sebagainya : sila lihat ulasannya dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir muka surat 7/403]". Dengan maksud, sekiranya perang itu pula melahirkan fitnah, maka perang itu tidak perlu dilakukan. Ini kerana, peperangan itu digunakan untuk menghindar dari berlakunya fitnah.

Begitujuga dalam hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda;

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ

Maksudnya;
"Imam (pemerintah) itu dari kalangan Quraish" [Ahmad : 11859]

Menurut Ibnu Khaldun hadis ini bukan mewajikan meletakkan syarat bahawa pemerintah itu dari kalangan berbangsa Quraish, tetapi ia sekadar untuk "menolak dari berlaku perbalahan" atau "lidafi' At-Tanazu'". [Muqaddimah : 100]

Hadis ini, maqasidnya adalah menolak dari berlaku perbalahan. Sedangkan wasailnya adalah pemerintah itu dari kalangan Quraish. Dengan maksud, jika dengan wujud Quraish jadi pemerintah pun boleh melahirkan perbalahan, maka terlebih baik dilantik bukan Quraish menjadi pemerintah, jika ia dapat mengelak dari berlaku perbalahan.

KETIGA: HIYAL

Antara perbincangan tentang maqasid dan wasail ini, ada satu tajuk yang dibicangkan bertajuk "Hiyal" atau "helah". Menurut Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam kitab Dhowabit Al-Maslahah, Hiyal ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu hiyal yang wajib dan hiyal yang haram. [Dhowabit Al-Maslahah : 304 – 305]

Hiyal yang wajib pula mempunyai dua bentuk, iaitu membenarkan yang benar, dan mengharamkan yang haram. Ini berdalilkan kepada firman Allah;

وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلَا تَحْنَثْ إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ

Maksudnya;
"Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya)"

[Surah Sod : 44]

Ayat ini, menceritakan tentang Nabi Ayyub a.s. menderita penyakit kulit beberapa waktu lamanya dan dia memohon pertolongan kepada Allah SWT Allah kemudian memperkenankan doanya dan memerintahkan agar dia menghentakkan kakinya ke bumi. Ayyub mentaati perintah itu maka keluarlah air dari bekas kakinya atas petunjuk Allah, Ayyub pun mandi dan minum dari air itu, sehingga sembuhlah dia dari penyakitnya dan dia dapat berkumpul kembali dengan keluarganya. Maka mereka kemudia berkembang biak sampai jumlah mereka dua kali lipat dari jumlah sebelumnya. 

Pada suatu ketika Ayyub teringat akan sumpahnya, bahwa dia akan memukul isterinya bilamana sakitnya sembuh disebabkan isterinya pernah lalai mengurusinya sewaktu dia masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga dia tidak dapat memenuhi sumpahnya. Oleh sebab itu turunlah perintah Allah seperti yang tercantum dalam ayat 44 di atas, agar dia dapat memenuhi sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya yaitu memukulnya dengan dengan seikat rumput.

Begitujuga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari. Daripada Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah R.A berkata, bahawa di Khaibar seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dengan membawa buah kurma Janib, iaitu yang baik. Melihat itu, Nabi SAW berkata, "apakah semua kurma di Khaibar seperti ini?"

"tidak. Demi Allah Wahai Rasulullah, kami mengambil satu cupak itu daripada ini digantikan dengan dua cupak. Dan dua cupak dengan tiga cupak"

Rasulullah SAW berkata;

لَا تَفْعَلْ بِعْ الْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا

Maksudnya;
"Jangan kamu lakukan. [tapi] juallah semua itu dengan beberapa dirham, kemudian beli balik [kurma baik itu] dengan beberapa dirham" [Al-Bukhari : 2050]

Dalam mengupas hadis ini, Dr Said Ramadhan Al-Buti menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu melakukan perkara yang masyruk (yang disyariatkan). Iaitu dengan cara menjual yang buruk dengan harga beberapa dirham, kemudian kembali membelinya dengan duit dirham itu dengan tamar yang baik. Tindakan itu sama sahaja dalam mendapat buah kurma tersebut, tetapi ia dapat mengelak dari berlaku riba dari sudut pertukaran antara makanan (kurma). [Dhowabit Al-Maslahah : 318]

Dan satu lagi adalah Hiyal yang haram. Ia juga mempunyai dua bentuk, iaitu menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Dalil pengharaman bentuk ini adalah sabda Nabi SAW;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah"

[At-Taubah : 31]

Semasa Nabi SAW membaca ayat ini, Adi bin Hatim yang ketika itu belum lagi memeluk islam telah berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan di tengkuknya ada sebuah salib yang diperbuat dari perak. Mendengar ayat itu, Adi berkata, "Mereka (orang yahudi dan nasrani) tidak menyembah mereka (para rahib dan ruhban)"

Dibalas Nabi SAW dengan bersabda;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;
"Benar. (tapi) mereka (para rahib dan ruhban) mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram, lalu mereka (orang yahudi dan nasrani) ikut mereka (para rahib dan ruhban), maka itu adalah peribadatan mereka (orang yahudi dan nasrani) terhadap mereka (para rahib dan ruhban)" [Ibnu Kathir : 4/135]

Juga seperti cerita masyhur bahawa Allah SWT telah mengharamkan kepada orang yahudi dari menangkap ikan pada hari sabtu. Lalu mereka membuat hiyal untuk mengelakkan diri dari pengharaman itu. Mereka membuat pukat pada hari jumaat supaya terperangkap semua ikan-ikan yang datang dari hari sabtu itu, lalu mereka mengambilnya pada hari ahad. Tindakan mereka itu dimurkai oleh Allah SWT sehingga Allah menjadikan mereka menjadi kera.

Firman Allah;

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنْكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

Maksudnya;
"Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina"

[Al-Baqarah : 65]

KEEMPAT : MUBAHALAH DALAM JENAYAH ADALAH BIDAAH

Seperti yang kita tahu bahawa mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah, tetapi ia berlaku dalam perdebatan ilmu. Perkara ini ditegaskan oleh Ibnu Qayyim dengan katanya;

إن السنة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله ، و لم يرجعوا ، بل أصروا على العناد ، أن يدعوهم إلى المباهلة ، و قد أمر الله سبحانه ، بذلك رسوله صلى الله عليه و سلم ، و لم يقُل : إن ذلك ليس لأمتك من بعدك . و دعا إليها ابنُ عمه عبد الله بن عباس ، من أنكر عليه بعض مسائل الفروع ، و لم يُنكر عليه الصحابة ، و دعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ، و لم يُنكَر عليه ذلك ، و هذا من تمام الحجة

Maksudnya;
"Sesungguhnya sunnah dalam berdebat dengan golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah [hujjah yang benar], mereka tetap tidak mahu kembali [kepada kebenaran], malahan tetap dengan kedegilan, bahawa mengajak mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan demikian [Mubahalah]. Tidak betul jika ada yang berkata bahawa ia tidak dikenakan kepada umat kamu [wahai muhammad] selepas dari kamu. Ini kerana, sepupu Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Abbas pernah mengajak mubahalah terhadap mereka yang mengingkari beberapa masalah-masalah furu' [Fiqh] tanpa diingkari oleh seorang sahabat pun. Juga, Awzaie pernah mengajak Sufyan As-Sauri bermubahalah dalam masalah angkat dua tangan [angkat takbir dalam solat], tanpa diingkari oleh seorang pun. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah" [Zad Al-Ma'ad : 3/643]

Dan berkata lagi;


و أما حكم المباهلة فقد كتب بعض العلماء رسالة في شروطها المستنبطة من الكتاب و السنة و الآثار و كلام الأئمة ، و حاصل كلامه فيها أنها لا تجوز إلا في أمر مهم شرعاً وقَع فيه اشتباه و عناد لا يتيسر دفعه إلا بالمباهلة ، فيُشتَرط كونها بعد إقامة الحجة و السعي في إزالة الشبه و تقديم النصح و الإنذار

Maksudnya;
"Adapun hukum mubahalah, ia telah ditulis oleh sebilangan ulama' tentang syarat-staratnya yang teristinbat (dikeluarkan hukum) dari Al-Quran dan As-Sunnah, amalan sahabat dan perkataan para imam. Kesimpulan dari perkataannya adalah, tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan" [Syarh Qasidah : 1/37]

Adapun dalam perkara jenayah, hendaklah kepada kepada kaedah hukum, iaitu Nabi SAW ada bersabda;

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Maksudnya;
"datangkan bukti bagi orang yang menuduh, dan sumpah bagi orang yang dituduh" [At-tarmizi : 1261]

Sumpah bagi orang yang dituduh seperti hadis di atas, adalah dengan perintah mahkamah; iaitu setelah siasatan dan pembuktian telah dilakukan. Adapun sumpah yang berlaku diluar mahkamah, tidak termasuk dalam kandungan hadis yang disebutkan di atas.

Namun begitu, ada pihak mencadangkan diadakan mubahalah untuk menggantikan kaedah penyelesaian jenayah syariah dalam tuduhan zina, dengan alasan untuk menyelesaikan kes ini dari sudut konspirasi. 

Menggunakan alasan untuk mengelak berlaku konsfirasi dengan menggunakan Mubahalah merupakan tindakan hiyal. Ia dibawah ketagori Hiyal yang diharamkan. Ini kerana, penggunaan tersebut melahirkan penafian terhadap kandungan maqasid syariah, iaitu penjagaan maruah. Walhal, hiyal yang dibenarkan adalah untuk mencapai maqasid, bukan menafikan dari berlaku maqasid.

Dan lagi, Mubahalah merupakan wasail, bukan maqasid. Dalam fiqh jinayah, tuduhan zina dibincang dibawah hifz Al-'Arad, iaitu menjadi maruah. Tiba-tiba digunakan wasail Mubahalah dalam menyelesaikan kes ini, maka ia telah melahirkan penafian terhadap kandungan maqasid tersebut (menjaga maruah).

Jadi, nyata disini bahawa cadangan itu tidak lebih sekadar sepertimana yang dilakukan oleh yahudi terdahulu yang mengelak sesuatu yang haram dengan menukar nama-namanya. Ia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW;

لَيَسْتَحِلَّنَّ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ بِاسْمٍ يُسَمُّونَهَا إِيَّاهُ

Maksudnya;
"Lagi akan ada satu puak dari kalangan umatku menghalalkan arak dengan nama yang mereka letakkan" [Ahmad : 21651]

Budaya ini hendaklah ditinggalkan, kerana ia perkara baru dalam agama yang diada-adakan. Ia boleh disifatkan sebagai bidaah yang sesat, sepertimana yang disebut oleh Nabi SAW;

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya;
"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah benda-benda baru dan setiap bidaah itu adalah sesat" [Muslim : 1435]

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani




MUBAHALAH DALAM ISLAM [KEMASKINI]

Posted: 29 Apr 2011 12:04 PM PDT

PERTAMA : SUMPAH

DEFINISI

Sumpah [bahasa arab : aiman] bermakna, "mengukuhkan kata-kata yang tidak pasti kebenaran kandungannya dengan menyebut salah satu dari Nama-nama Allah, ataupun menyebut salah satu dari sifat-sifatnya dengan lafaz tertentu". [Al-Fiqh Al-Manhaji : 3/575]

HUKUM SUMPAH

Hukum sumpah adalah makruh.

Firman Allah;

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
"(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui"

[Al-Baqarah : 224]

Larangan dalam ayat ini bermaksud larangan makruh, bukan haram. Ini kerana, dalam beberapa keadaan hukum sumpah boleh bertukar menjadi haram, wajib, sunat dan harus.

Sumpah yang wajib adalah, apabila seseorang itu tidak dapat menyatakan kebenaran dan menyatakan sesuatu kebenaran kecuali dengan cara bersumpah, maka bersumpah menjadi wajib.

Sumpah yang sunat adalah, apabila untuk memberi kesan kepada pendengar ketika memberi ketika memberi peringatan atau nasihat. Dan sumpah yang harus pula adalah, apabila untuk melakukan perkara ketaatan atau menjauhi maksiat, atau menunjuk jalan yang benar atau melarang dari melakukan kebatilan.

Contohnya, Nabi Saw pernah berkata;

فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ


Maksudnya;
"Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu, tetapi kamu yang boleh merasa jemu. Perkara yang paling disukai dalam agama adalah, perkara yang dilakukan secara sentiasa oleh pelakunya"

[Al-Bukhari : 41]

SUMPAH JADI HARAM

Sumpah boleh jadi haram, sekiranya ia digunakan untuk dipermain-mainkan.

Firman Allah;

وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
"(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui"

[Al-Baqarah : 224]

Sumpah juga boleh jadi haram, apabila bersumpah untuk melakukan perbuatan haram, ataupun untuk meninggalkan perkara yang wajib, atau berdusta mengenai sesuatu perkara yang tidak benar.

Nabi SAW pernah bersabda;

الْكَبَائِرُ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَالْيَمِينُ الْغَمُوسُ

Maksudnya;
"Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta"

[Al-Bukhari : 6182]

ORANG MUNAFIQ SUKA BERSUMPAH

Firman Allah;

يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
"mereka bersumpah kepada kamu Dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah Yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang Yang beriman"

[At-taubah : 62]

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi, ayat ini diturunkan selepas dari berlaku peperangan tabuk. Ini kerana, dalam peperangan tersebut, orang munafiq tidak hadir. Apabila pulang dari tabuk, orang-orang munafiq datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan memberikan sebab. Bagi meyakinkan nabi, mereka bersumpah dihadapan Nabi SAW. Tindakan itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman ini.

[at-tafsir Al-Kabir : 8/82]

KEDUA : MUBAHALAH

Makna Mubahalah dari sudut bahasa adalah, "saling Laknat melaknati". [Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah : 3/204]

Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, "saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati" [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247]

DALIL MUBAHALAH

Firman Allah;

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Maksudnya;
"kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta".

[Surah Al-Imran : 61]

Sebab turun ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-'Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.

Dalam perdebatan itu, semua hujjah-hujjah Nasrani itu dijawab oleh nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah mempunyai hujjah lagi.

Mengenangkan sifat begitu, Allah SWT pun menurunkan ayat ini. [Ibnu Kathir : 2/50]

SYARAT-SYARAT MUBAHALAH

Melihat kepada asbab nuzul kepada ayat ini, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Dan mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang berlaku dalam perkara keilmuan.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتَابٍ مُّنِيرٍ

Maksudnya;
"dan ada di antara manusia Yang membantah Dalam perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran;

[Al-Haj : 8]

Ketiga, hendaklah orang yang mengajak mubahalah itu dari kalangan orang yang dikenali sebagai ahli kebaikan dan ketaqwaan. Ini kerana, dalam mubahalah, ia mengandungi doa bersedia mendapat laknat. Doa orang yang bukan dari ahli taqwa dan kebaikan, tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُم يَرْشُدُون

Maksudnya
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[Al-Baqarah : 186]

Keempat, ia hendaklah dilakukan selepas kedua-dua belah pihak telah mendatangkan hujjah masing-masing. Hujjah itu pula, hendaklah hujjah yang nyata dan jelas. Sekiranya mereka tetap berkeras atas pendapatnya yang kekal atas kesesatan, tanpa bersedia menerima kebenaran, maka baru boleh mengajak kepada mubahalah.

Ibnu Qayyim menyatakan;

إن السنة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله ، و لم يرجعوا ، بل أصروا على العناد ، أن يدعوهم إلى المباهلة ، و قد أمر الله سبحانه ، بذلك رسوله صلى الله عليه و سلم ، و لم يقُل : إن ذلك ليس لأمتك من بعدك . و دعا إليها ابنُ عمه عبد الله بن عباس ، من أنكر عليه بعض مسائل الفروع ، و لم يُنكر عليه الصحابة ، و دعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ، و لم يُنكَر عليه ذلك ، و هذا من تمام الحجة

Maksudnya;
"Sesungguhnya sunnah dalam berdebat golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah [hujjah yang benar], mereka tetap tidak mahu kembali [kepada kebenaran], malahan tetap dengan kedegilan, bahawa mengajak mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan demikian [Mubahalah]. Tidak betul jika ada yang berkata bahawa ia tidak dikenakan kepada umat kamu [wahai muhammad] selepas dari kamu. Ini kerana, sepupu Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Abbas pernah mengajak mubahalah terhadap mereka yang mengingkari beberapa masalah-masalah furu' [Fiqh] tanpa diingkari oleh seorangs sahabat pun. Juga, Awzaie pernah mengajak Sufyan As-Sauri bermubahalah dalam masalah angkat dua tangan [angkat takbir dalam solat], tanpa diingkari oleh seorang pun. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah"

[Zad Al-Ma'ad : 3/643]

Kelima, hendaklah mubahalah ini berlaku dalam perkara agama yang terlalu penting. Ia digunakan untuk menghasilkan kemaslahatan kepada Islam dan orang islam, atau menolak kemafsadan terhadap Islam dan orang islam.

Imam Ibnu Qayyim menyatakan;

و أما حكم المباهلة فقد كتب بعض العلماء رسالة في شروطها المستنبطة من الكتاب و السنة و الآثار و كلام الأئمة ، و حاصل كلامه فيها أنها لا تجوز إلا في أمر مهم شرعاً وقَع فيه اشتباه و عناد لا يتيسر دفعه إلا بالمباهلة ، فيُشتَرط كونها بعد إقامة الحجة و السعي في إزالة الشبه و تقديم النصح و الإنذار

Maksudnya;
"adapun hukum mubahalah, ia telah ditulis oleh sebilangan ulama' tentang syarat-staratnya yang teristinbat [dikeluarkan hukum] dari Al-Quran dan As-Sunnah, amalan sahabat dan perkataan para imam. Kesimpulan dari perkataannya adalah, tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan"

[Syarh Qasidah : 1/37]

TIDAK DIGALAKKAN MUBAHALAH

Dalam mengomentari tentang Mubahalah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada berkata;

وقال القرضاوي خلال حوار مع شبكة "أون إسلام": "أنا لست مع الدعوة للمباهلة، فالمباهلة تكون مع أناس عقلاء متدينين، يخافون عقاب الله، ويحذرون نقمته، كما كانت المباهلة بين النبي وبين نصارى نجران، وهم قوم متمسكون بعقيدتهم، وأهل حِجاج، ونقاش، وفيها نزل قوله تعالى: "فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ" (آل عمران: 61).


Maksudnya;
"Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 61[1]"

Melihat kepada perkataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja.

KETIGA : KERAGUAN

Satu;

Mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah. Ini kerana, perkara jenayah adalah melibatkan perkara yang berkait dengan mahkamah, sedangkan mubahalah tidak berlaku dalam mahkamah.

Dalam firman Allah tentang mubahalah [Al-Imran : 61], didapati mubahalah itu berlaku dalam perkara yang melibatkan pertembungan antara agama islam dengan agama kristian. Pertembungan antara agama, tidak pernah berlaku perdebatannya dalam mahkamah.

Dua;

Sumpah berlaku untuk mempertahankan diri, bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain.

Nabi SAW ada bersabda;

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Maksudnya;
"datangkan bukti bagi orang yang menuduh, dan sumpah bagi orang yang dituduh"

[At-tarmizi : 1261]

Jika bersumpah tidak dibenarkan dalam melakukan tuduhan, maka terlebih tidak boleh bersumpah untuk mengheret orang yang tertuduh.

Tiga;

Sumpah bagi orang yang dituduh seperti hadis di atas, adalah dengan perintah mahkamah. Sumpah yang berlaku diluar mahkamah, tidak termasuk dalam kandungan hadis yang disebutkan di atas.

Empat;

Bersumpah dalam masjid, hanya berlaku dalam bab Li'an. Dalam fiqh, Li'an bermaksud, "perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujjah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina".

Dengan perkataan lain, Li'an bermaksud seseorang suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi, maka hendaklah dia berkata, "Aku bersaksi demi Allah, aku berada di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku [sebut nama dan bintinya] telah berzina"

Perkataan ini hendaklah diucapkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima, dia hendaklah berkata, "Aku dilaknati Allah sekiranya aku berbohong". [Al-Fiqh Al-Manhaji : 4/903]

Ia berdalilkan kepada Firman Allah;

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ * وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya;
"dan orang-orang Yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang Yang benar * dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta"

[An-Nur : 6-7]

Sekian

Wallahu 'Alam

Tiada ulasan: