Jumaat, 29 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

Posted: 29 Apr 2011 05:51 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan.

Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Ramlan Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful?

Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal.

Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?

wfauzdin.blogspot.com

Najib nafi Laporan Bank Dunia

Posted: 29 Apr 2011 05:28 AM PDT

BERNAMA

Datuk Seri Najib Razak menafikan Laporan Bank Dunia yang mendakwa dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera menyebabkan berlaku masalah "brain drain" dan kurang kemasukan pelaburan ke negara ini.

NONEPerdana Menteri berkata, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia sebaliknya meningkat kepada RM9 bilion tahun lalu daripada RM1.4 bilion pada 2009.

"Saya rasa laporan itu kurang tepat tapi daripada segi 'brain drain' itu, memang kita dah kenal pasti sebagai salah satu daripada masalah yang perlu dicari penyelesaiannya.

"Sebab itu kita menubuhkan Talent Corp dan langkah pertama saya telah umumkan di Invest Malaysia baru-baru ini ialah pemberian insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun jika mereka (profesional rakyat Malaysia) balik ke Malaysia.

"Ini salah satu daripada inisiatif pertama dan inisiatif lain yang telah dipersetujui dan kita akan ambil langkah selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

NONEBeliau diminta mengulas mengenai Laporan Bank Dunia semalam bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara manakala pelaburan langsung asing ke Malaysia adalah kurang disebabkan oleh dasar itu.

Najib berkata, beliau yakin Malaysia akan mampu menjamin pertumbuhan yang sihat untuk FDI dan pelaburan domestik.

"Jangan lupa, ia bukannya semata-mata soal FDI tetapi juga pelaburan demostik. Sebanyak 73 peratus daripada perancangan kita membabitkan pelaburan domestik," katanya.

Beliau juga berkata, projek Program Transformasi Ekonomi secara besar-besaran yang sedang dan akan dilaksanakan juga akan memberi peluang lebih terbuka kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara.


Pemimpin Pemuda Umno Sabah tuntut penjelasan

Posted: 29 Apr 2011 05:27 AM PDT


BERNAMA

Sekumpulan naib ketua Pemuda beberapa bahagian Umno di Sabah menuntut penjelasan berhubung rasional di sebalik penyingkiran serta-merta ketua Pemuda Umno negeri, Azman Roslan.

Ketua kumpulan itu, Mohd Razali Razi, yang juga naib ketua Pemuda Umno bahagian Sepanggar, menyuarakan rasa terkejut berikutan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat untuk menggantikan Azman.

Beliau berkata Azman, seorang peguam, merupakan pemimpin Pemuda yang berwibawa dan diterima oleh Pemuda Umno negeri.

"Pengaturan masa membabitkan penyingkiran beliau tiada kewajarannya jika mengambil kira hakikat bahawa kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan dalam usaha mendekatkan parti untuk memenangi kepercayaan rakyat.

"Jika tiada penjelasan yang boleh diterima berhubung penyingkiran ini, kami menggesa agar Azman diberi semula jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Mohd Razali berkata penyingkiran itu akan mewujudkan kesimpulan bahawa kedudukan Ketua Pemuda Umno Sabah adalah perkara eksklusif yang terletak pada budi bicara Ketua Pemuda Umno, tanpa perlu berunding terlebih dahulu dengan Pemuda Umno Sabah.

Sementara itu, Azman mengesahkan mengenai penyingkiran beliau dan berkata beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pada Isnin lepas melalui sepucuk surat yang dihantar menerusi faks ke pejabat Umno Sabah.

Kata Azman, beliau akur dengan keputusan kepimpinan Pemuda Umno pusat dan berikrar untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam Umno.

Beliau turut mengesahkan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan Pemuda Umno Sabah, dan menambah naib ketua Pemuda Umno negeri Awang Kadin Tang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pergerakan itu di negeri ini.


Video seks kotori minda anak muda

Posted: 29 Apr 2011 04:14 AM PDT

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor


Firman Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]

Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.

Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada mlihat video lucah.

Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.

Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.

Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.

Video seks telah mengotori minda anak muda:

1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya

2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau

3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan

4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda

Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.

Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.

Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.

maksud firman Allah: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." [An-Nahl:125]

Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.

We Unite For Islam

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor , Mahasiswa UIAM

Media lucah: Apa peranan KDN

Posted: 29 Apr 2011 04:12 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

"Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah," tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

"Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?" tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

"Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

"Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?" soalnya lagi.

Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu

Posted: 29 Apr 2011 04:11 AM PDT

Harakahdaily


KUALA TERENGGANU: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin.

Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah percaya kedatangan Najib adalah bukti komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan tersebut bukan sekadar datang menjenguk, tetapi katanya mahu mendengar suara akar umbi rakyat di Terengganu, khususnya di Pekan Batu Enam, di Manir, Kuala Terengganu dan golongan muda melalui pertemuan dengan rakan Facebook yang dijadualkan pada petang hari tersebut.

Untuk itu, katanya Mampat mewakili suara rakyat Terengganu bagi semua golongan mengambil kesempatan di atas keprihatinan Najib mendengar rintihan rakyat Terengganu untuk mengembalikan semula 'hak dan maruah' mereka yang telah dinafikan selama 11 tahun.

"Kembalikan royalti kami kerana ianya adalah lambang 'hak dan maruah' kami yang telah dinodai'

"Dalam kesempatan ini juga, Mampat ingin mengingatkan rakyat Terengganu umumnya dan kepimpinan Terengganu pada hari ini tentang janji-janji yang pernah disebutkan Najib berkenaan royalti minyak Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk makluman perdana menteri, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan olehnya.

Namun, ujarnya sehingga hari ini tiada sebarang khabar berita mengenainya walaupun bulan Mei 2011 menjelang tiba.

"Ini adalah janji kali keempat yang pernah diberikan. Rakyat Terengganu tidak akan lupa janji-janji yang telah dibuat oleh pimpinan Pusat untuk mengembalikan royalti kami," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali jalinan janji yang pernah diberikan kepada rakyat Terengganu sebelum ini.

Katanya, pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) mengumumkan bahawa royalti akan dikembalikan kepada rakyat Terengganu di mana pengumuman itu dibuat di Hotel Primula.

Tambahnya, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Ahmad Said dan rakyat Terengganu ditipu oleh Najib apabila menerima replika cek pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 juta yang dikatakan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008.

Dalam majlis berkenaan, katanya Najib menyebut seolah-olah selepas ini semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri.

Bagaimanapun, ujarnya hakikat sebenar tidak berlaku seperti yang dinyatakan.

Selain itu, katanya pada 13 Disember 2010 lalu, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahmad telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya setelah perundingan dilaksanakan oleh pihak menteri besar itu.

"Atas kesedaran yang sama, Mampat menyeru semua pihak sama ada kerajaan negeri, mahupun rakyat Terengganu untuk terus bertanyakan hak rakyat Terengganu ini yang seolah-olah sengaja cuba dilupakan," katanya.

Beliau menambah, jika peluang sebaik kedatangan Najib itu tidak digunakan, Mampat percaya ruang lain yang ada sangatlah terbatas, hendak diharapkan respons pada laman Facebook Najib, sudah tentu ia seumpama mimpi sahaja.

Untuk makluman, jelasnya sehingga Mac 2011 yang lalu, genap sudah 11 tahun Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Terengganu menikmati royalti Minyak.

"Rakyat Terengganu sudah terlalu letih menunggu buah yang tidak gugur. Jangan nanti sehingga rakyat terpaksa menjolok buah yang tidak gugur tersebut dengan cara yang lebih keras.

"Cukup-cukuplah penghinaan yang kami terima, cukup-cukuplah janji-janji kosong yang kami terima, cukup-cukuplah mencuri hak rakyat Terengganu," katanya.

Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 04:01 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.

Lebih Banyak Klip Video Seks Memang Ada Kaitan Dengan PRU

Posted: 29 Apr 2011 03:51 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Pendedahan bertali arus rakaman video seks lucah di blog pro Umno-Barisan Nasional (BN) dan di laman Youtube yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, berkait rapat dengan tarikh pilihan raya yang dijangka bakal diumumkan Perdana Menteri Najib Razak tidak lama lagi.

Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik selain cubaan untuk membunuh karier Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Beliau sekali menegaskan bahawa pelaku dalam sedutan rakaman video berkenaan bukan bapanya.

"Saya fikir memang jelas penerbitan satu demi satu bahawa ada perancangan jahat. Saya sudah beri kenyataan semalam bahawa kami sekeluarga berdiri sama dengan PKR yakin itu bukan Datuk Seri Anwar.

"Maka usaha ini akan digunakan Umno-BN untuk memburukkan lagi imej beliau menyerang kami menjelang pilihan raya umum," jelas beliau ketika ditemui Tv Selangor di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam.

Izzah bersama pemimpin PKR lain hadir mengiringi Anwar memberi keterangan kepada polis buat kali kedua semalam berhubung rakaman video seks yang didedahkan trio Datuk T bulan lalu.

Anwar walau bagaimanapun menafikan dirinya sebagai individu yang melakukan hubungan seks bersama seorang wanita berbangsa Cina selain membuat laporan polis terhadap intimidasi jenayah oleh ketiga-tiga individu terbabit di Hotel Carcosa Seri Negara.

Izzah kemudian menyeru agar masyarakat Malaysia menolak politik jijik yang dijulang oleh Umno-BN seraya memberi tumpuan kepada reformasi politik untuk mengangkat manifesto Pakatan Rakyat.

"Pada saya sekarang kita mengajak masyarakat Malaysia untuk menolak politik jahat sebegini dan kita kembali kepada isu asas bahawa Malaysia memerlukan reformasi politik yang menyeluruh untuk menyelamatkan masa depan kita bersama," ujar beliau lagi.

Sebelum itu ketika ditemui media selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi petang semalam, Anwar menjelaskan Umno-BN menggunakan strategi politik lucah untuk mempertahankan kuasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Katanya, media pro Umno-BN dijadikan perkakas menyebarkan fitnah tentang beliau bertujuan untuk menghapuskan karier politiknya.

Selain klip video bahagian kedua didedahkan di blog-blog pro Umno, empat klip video yang kali ini memuatkan adegan seks turut dimuat naik di Youtube sekitar jam 2 hingga 6 petang semalam.

Bagaimanapun, klip video berkenaan telah dikeluarkan kerana melanggar polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Video Datuk T : Umno Cuba Alihkan Pandangan

Posted: 29 Apr 2011 03:49 AM PDT

TVS NEWS


Berikut adalah kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung video seks yang didedahkan Datuk T :-

Sejak 'Dato' T' mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam videotersebut.

Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional.

Kebusukan niat Dato' T yang didokong oleh UMNO sudah ketara. Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang.

Keluarga Datuk Seri Anwar, khususnya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar.

Kami mempersoalkan tentang tulisan Thai yang wujud dalam klip pertama dan klip terbaru, sehingga hari ini Dato' T gagal memberi jawapan yang jelas mengenai tulisan Thai tersebut, sedangkan adegan itu kononnya berlaku di Kuala Lumpur.

Kini klip video terbaru jelas menunjukkan perbezaan rambut pelakon video dan Anwar.

Benarlah ayat al-Quran yang bermaksud, "Perancangan kamu dan perancangan Allah s.w.t., sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada semua perancangan."

Malangnya UMNO serta perkakas mereka cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan beban pertuduhan di atas Anwar.

Ketika Anwar memberikan keterangan kepada polis semalam, soal siasat tersebut juga tertumpu untuk meletakkan beban pertuduhan kepada Anwar. Petang ini kita akan menyaksikan salah seorang daripada Dato' T mengangkat sumpah di masjid.

Kejahilan mereka tentang agama jelas. Mereka tidak faham konsep sumpah laknat sendiri yang telah diperjelaskan oleh banyak ulama' muktabar (berwibawa) dalam
dan luar negara.

Seperti dalam kes sumpah Saiful dahulu, UMNO tidak berminat tentang hukum agama, tetapi hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar bersalah dengan
apa jua cara.

Kita sedih melihat hukum-hakam agama dipersendakan dengan mudah untuk matlamat politik UMNO dan BN dan berharap lebih ramai ulama dan mufti yang sebelum ini lantang menjatuhkan hukum menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pencabulan hukum agama ini.

Maklumat terkini yang kami terima daripada seorang guru, seorang pegawai polis, Datuk Dr Isa b. Abdul Rahman (SAC 1) dari Bukit Aman telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut untuk bersyarah kepada guru-guru bahawa Anwar ialah ancaman keselamatan negara dan menjelaskan

Anwar sememangnya watak dalam video tersebut.

Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (innocent until proven guilty) ialah prinsip asas dalam perundangan Islam mahupun sivil tetapi nampaknya tidak
diendahkan oleh UMNO dan perkakas mereka apabila melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim.

Dato' T juga terus bebas menyebarkan bahan lucah tanpa sebarang tindakan.

Mengapa mereka dibenarkan terus melanggar undang-undang? Jelas hujah kami bahawa tindakan mereka mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO-BN terbukti benar.

Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara dan bencikan politik kotor untuk bersama-sama menolak usaha terdesak terbaru UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua cara sekalipun.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Pengarah Komunikasi

Parti Keadilan Rakyat

29 April 2011

Permit Suara Keadilan : Syed Husin Sangkal Dakwaan KDN

Posted: 29 Apr 2011 03:47 AM PDT

TVS NEWS



PETALING JAYA : Ahli Biro Politik PKR, Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan dakwaan Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Wira Abu Seman Yusop bahawa kegagalan parti itu dalam memberi penjelasan dan kerjasama kepada pihaknya merupakan punca utama permit akhbar Suara Keadilan tidak dapat diperbaharui adalah tidak benar sama sekali.

Syed Husin dalam kenyataan medianya berkata, ini kerana pihaknya sudah beberapa kali melakukan inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan KDN bagi mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut.

"Dalam tempoh akhir tahun lepas dan awal tahun ini saja, pihak kami telah mengusahakan sekurang-kurangnya lima kali janji temu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan status permit akhbar Suara Keadilan, namun tiada respon," katanya.

Menurut Syed Husin, semua surat tunjuk sebab berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Felda Bankrap' yang menyebabkan permit akhbar itu dibatalkan telah dijawab oleh pihaknya.

"Untuk penjelasan isu 'Felda Bankrap' ianya telah dibawa ke mahkamah, oleh itu sebarang tindakan adalah urusan mahkamah dan tidak boleh dijadikan alasan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri untuk tidak mahu menyambung permit Suara Keadilan," tegasnya.

Justeru katanya, tidak ada sebab mengapa KDN tidak memperbaharui permit akhbar tersebut.

Malah, Syed Husin berkata setiap penerbitkan lidah rasmi adalah hak Parti Keadilan dan ia tidak boleh dinafikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sehubungan itu, Syed Husin menegaskan pihaknya akan mengambil peluang dari kenyataan terbuka Abu Seman untuk mengadakan satu lagi pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri dalam waktu terdekat untuk membincangkan isu permit Suara Keadilan.

Semalam, KDN menafikan dakwaan PKR bahawa kementerian itu melengahkan pembaharuan permit penerbitan akhbar parti berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata tempoh permit akhbar tersebut telah luput dengan sendirinya selepas KDN tidak menerima penjelasan lanjut mengenai satu berita yang disiarkan akhbar itu.

Hak Melayu : Chua Patut Runding Dengan Umno Dan Perkasa, Kata PKR

Posted: 29 Apr 2011 03:39 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat hari ini membidas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mencabar parti pembangkang itu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagai syarat untuk beliau menyokongnya.

Saranan Chua itu dilihat sebagai cubaan terdesak untuk mempengaruhi pengundi Cina supaya terus menyokong MCA kerana tidak ada perubahan dasar akan berlaku, sekali pun Pembangkang menawan Putrajaya.

Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenyataan Chua berbaur perkauman dan pemimpin parti Cina itu 'menyalak pada pokok yang salah'.

"Kedudukan kami amat jelas. Malah dalam Buku Jingga, kami bersepakat menerima kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya. Pakatan tidak mempunyai masalah mengenainya.

"Tetapi kita ada masalah dengan ketuanan Melayu yang kita tolak dan mahu ia digantikan dengan ketuanan rakyat. Jika (Chua) Soi Lek mahu mencabarnya, biar dia berunding dengan PERKASA," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Chua berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti itu 'membatalkan hak Melayu".

"Jika PKR berani gubal perlembagaan dan hapuskan hak keistimewaan Melayu, saya adalah orang pertama angkat tangan untuk undi PKR," katanya dalam sebuah video yang dikeluarkan oleh partinya.

Chua berkata demikian dalam bahasa Cina tetapi terdapat sarikata bahasa Inggeris dalam video yang dimuat-naikkan pada Rabu lalu yang diselangi dengan kesan muzik yang dramatik.

Nik Nazmi berkata komen Chua itu harus diperinchi oleh pemimpin Umno dan parti komponen BN yang lain.

"Orang tuduh Pakatan, (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan DAP mahu 'menjual hak Melayu.' Tetapi ini, sebuah parti komponen BN mahu perlembagaan dipinda. Jika saya dalam BN, saya akan minta beliau perjelaskan kenyataannya itu," kata Nik Nazmi.

Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua berkata Chua tidak mempunyai asas untuk mencabar PKR kerana beliau bukan anggota parti itu. Beliau sebaliknya mencar presiden MCA itu membawa perkara berkenaan ke mesyuarat majlis tertinggi BN.

"Kalau dia betul-betul mahu perlembagaan mengenepikan hak Melayu dan Bumiputera, dia patut mula lobi MCA dan bawa ke kongres Barisan Nasional (BN) dan biar BN tentukan. Kenapa usul kepada PKR, dia bukan ahli," kata Tian.

"Mengapa tiba-tiba dia ingin bawa perkara ini. Adakah dia cuba melebihi Perkasa dengan menimbul Perkasa versi Cina untuk tujuan perbandingan,' tambah Tian.

Tian berkata pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah sehaluan dalam hak-hak rakyat di bawah Perlembagaan.

"Perlembagaan membekalkan hak bagi Melayu dan Bumiputera atas sebab spesifik di mana semua rakyat Malaysia setuju termasuk bahasa kebangsaan, agama rasmi, tanah rezab Melayu, dan Raja sebagai ketua negara. Saya rasa tidak ada orang yang membantah perkara itu,' tegas beliau.

Zamihan: Buktikan jika saya hina Imam Besar Masjidil Haram

Posted: 29 Apr 2011 03:38 AM PDT



KUALA LUMPUR — Tegas mempertahankan pendiriannya, Zamihan Mat Zain mencabar pengikut fahaman Wahabi membuktikan yang beliau ada menghina Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, kata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, beliau hanya memberi pandangan berhubung kehadiran Sheikh Abdul Rahman ke Malaysia dan bukan menghina tokoh agama itu.

Selain itu, tegas Zamihan, beliau mempunyai bukti bahawa seminar Berpegang Kepada al-Quran dan As-Sunah anjuran kerajaan negeri Perlis yang turut disertai Sheikh Abdul Rahman menyanjung fahaman Wahabi dan mencela amalan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

"Saya tidak serang (peribadi), saya tidak hina Sheikh Abdul Rahman... saya hanya beri pandangan dan sesiapa pun boleh beri pandangan dalam negara demokrasi, adakah ia salah? Dan saya akan terus berikan pandangan saya ini.

"Dalam pandangan yang saya utarakan, saya tidak bermaksud nak hina atau fitnah (Sheikh Abdul Rahman) tapi sekadar memberi pandangan, jika tidak boleh terima terpulang tapi kenapa ada pihak yang melenting... yang kepanasan terhadap pandangan saya sehingga cuba jatuh reputasi saya sebagai penjawat awam dengan hina saya dalam laman Facebook.

"Mereka yang kritik saya... hina saya itu adalah pengikut Wahabi yang fanatik, saya beri pandangan tapi mereka kata saya hina dan fitnah Sheikh Abdul Rahman. Mana bukti kata saya hina dan fitnah imam ini? Mana bukti saya kata macam itu?" katanya.

Kata Zamihan beliau mencabar pengikut fahaman Wahabi yang menghinanya agar membuktikan secara fakta beliau menghina Sheikh Abdul Rahman.

"Dan, saya bersedia bersemuka bagi menjelaskan situasi ini," tegasnya merujuk kepada laman Facebook yang menghinanya.

Kelmarin satu laman Facebook yang dinamakan "Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais" diwujudkan mengecam tindakan pegawai Jakim itu menghina Sheikh Abdul Rahman dan menuntut agar tindakan keras diambil terhadap Zamihan.

Laman Facebook itu telah menarik 1,620 peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman.

"Mereka yang serang saya dalam Facebook ini adalah pengikut fanatik Wahabi, kalau tidak mereka tidak akan serang saya macam itu. Kalau dah fanatik macam ini jadinya.

"Saya tidak serang Sheikh Abdul Rahman... saya tidak hina beliau tapi kena perlu kumpul orang serang saya dalam Facebook? Mereka ini adalah fanatik Wahabi, kalau tidak berpuas hati boleh bersemuka dengan saya," kata Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia kepada The Malaysian Insider.

Berbalik kepada seminar Berpegang Kepada al-Quran dan As-Sunah, Zamihan berkata, seminar yang disertai tokoh agama dalam dan luar negara ini berorientasikan fahaman Wahabi kerana ada penceramah yang memuji fahaman itu dan mencela sifat 20 yang menjadi pegangan mazhab Shafie.

"Saya kata seminar itu berorientasikan fahaman Wahabi sebab ada penceramah yang menghina kita punya pegangan dan memuji Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi), jadi ini apa kalau sudah memuji? Ini adalah fahaman Wahabi.

"Kalau ada penceramah yang memuji Wahabi dan mencela sifat 20 maknanya orang ini berfahaman Wahabi dan fahaman ini tidak wajar diketengahkan dalam konteks pegangan kita, malah fahaman ini telah disanggah oleh beratus-ratus ulama muktabar Ahli Sunah Waljamaah," katanya.

Tegas Zamihan, beliau mempunyai bukti sahih yang mengaitkan seminar itu dengan fahaman Wahabi.

"Saya miliki bukti... saya ada video dan saya ada gambar yang berkait seminar berkenaan dan ia memang tidak boleh dinafikan.

"Saya tak takut dan gentar untuk berdepan dengan sesiapa, saya sedia untuk bersemuka walaupun dengan pengikut Wahabi, saya jadikan seminar ini sebagai asas (menyuntik fahaman Wahabi), saya ada bukti dan fakta yang jelas, malah saya akan tetap mempertahankan pendirian saya ini," katanya.

Tiga hari lalu, Zamihan dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Mat Sabu: Video seks isu peribadi, PAS tetap bersama Pakatan

Posted: 29 Apr 2011 03:34 AM PDT



Mat Sabu: Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.

KUALA LUMPUR — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat jika pun rakaman video seks yang melibatkan pemimpin kanan parti perikatan itu terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi, Mohamad berkata sekiranya rakaman video itu Anwar, PKR perlu membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Ketua Umum PKR itu.

"Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.

"Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun tegas bekas naib presiden PAS itu, pendirian rasmi parti itu berhubung rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan kes itu selesai.

Tambah Mohamad, Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah dalam kes itu kerana rakaman video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

"Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.

"Saya tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Apa yang berlaku sekarang adalah spekulasi dan kita tak mahu percaya kepada spekulasi.

"Kita tunggu siasatan keseluruhan, hasil siasatan yang dilakukan pihak berwibawa yang kita boleh terima," katanya.

Tambah beliau, pendirian PAS dalam isu itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura.

"Bukan saya yang buat keputusan, tentang ini ia akan dibincangkan dalam Majlis Syura... kena dapatkan pendangan mereka," katanya.

"Datuk T", terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.

Palam sidang media itu juga, Mohamad turut menyentuh kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu.

Kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, keluarga Ahmad Sarbaini perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran kematian bapa lima anak itu yang disifatkan beliau tidak mendapat keadilan.

"Setelah saya menemui keluarga Allahyarham, kami daripada PAS berharap agar keluarga ini mengambil tindakan mahkamah di atas kematian seorang pegawai yang meti dalam siasatan SPRM dan tidak tahu penyebab.

"Kita berpegang Allahyarham tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kita memandang serius siasatan yang dilakukan SPRM ini," katanya.

Mohamad juga menasihatkan SPRM supaya lebih profesional menjalankan siasatan dan belajar daripada negara-negara yang berjaya mengurangkan kadar rasuah.

"SPRM perlu profesional, belajar dari negara-negara yang berjaya kurangkan rasuah, saya harap keluarga Allahyarham lebih aktif dan bukan semata-mata serah kepada takdir.

"Keluarga Allahyarham perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan kita serah kepada peguam keluarga itu untuk menentukannya," katanya.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

No 2 PAS: Saya bersedia, tapi serah pada perwakilan

Posted: 29 Apr 2011 03:33 AM PDT


KUALA LUMPUR— Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana mahu membawa lebih banyak perubahan kepada parti Islam.

Kata Mohamad, selain memberi sokongan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau mahu menggunakan pengaruhnnya untuk menarik rakyat supaya menyokong parti itu.

"Saya bersedia memikul peranan ini untuk bantu presiden supaya parti akan menjadi lebih hebat dan sudah tentu ia bukan hanya untuk mendapatkan sokongan ahli PAS sahaja tetapi lagi orang di luar PAS.

"Perkara ini perlu digerakkan untuk menarik lebih ramai orang di luar PAS untuk sokong parti Islam ini dan saya lihat saya boleh untuk memainkan peranan ini," katanya pada sidang media di sini.

Ditanya peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan PAS Jun ini, Mohamad bagaimanapun berkata terserah kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

"Saya tidak tahu, ia terserah kepada perwakilan. Saya sudah pernah menang dan kalah, biar perwakilan membuat keputusan.

"Pertandingan ini tidak akan memecahkan PAS, bagaimanapun saya masih belum buat keputusan rasmi lagi. Kita tunggu senarai pencalonan dulu," katanya.

Beliau sebelum ini dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Dalam sidang media itu juga, Mohamad meminta agar pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com yang akan dilancarkan pada 6 Mei ini ditangguhkan.

Ini kerana tegas bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, beliau tidak mahu laman Facebook itu dijadikan bahan kempen ketika pemilihan parti itu.

"Saya menjadi serba salah sama ada perlu program ini diteruskan atau tidak, ini memandangkan sekarang adalah musim pemilihan PAS.

"Oleh itu saya memutuskan agar program ini ditangguhkan ke satu tarikh selepas pemilihan parti bagi mengelak salah faham dan mengekang budaya yang dilihat tidak sihat dan tidak boleh diterima ahli," katanya.

Pelancaran laman Facebook Kelab MohamadSabu.Com akan diadakan pada 6 Mei ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu

Posted: 29 Apr 2011 03:32 AM PDT

TERKINI


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

"Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

"Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka," kata beliau.

Dalam video bertajuk "Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara", bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

"Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

"Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan," katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

"Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini," katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

Anwar: Umno cetus budaya takut pancing undi Melayu

Posted: 29 Apr 2011 03:30 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dibawa Utusan Malaysia adalah satu petanda jelas Umno sanggup melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina untuk mendapatkan undi masyarakat itu di kawasan-kawasan luar bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar mendakwa Umno mewujudkan "budaya takut" dengan memberi gambaran salah kononnya kaum Cina mahu menguasai asas politik daripada orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini, bagi tujuan memperoleh undi maksimum menjelang pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memperakui dan mengesahkan pendirian Melayu ultra yang semakin meningkat di pihak Umno, meskipun Perdana Menteri menolak idea "1Melayu, 1Bumi" atas alasan ia pandangan peribadi editor Utusan.

"Umno menggunakan budaya takut dalam mewujudkan ilusi permusuhan ini dalam bentuk orang Cina... jadi orang Melayu perlu bergantung pada Umno. Jika yang ini berlaku, saya melihat orang Melayu digantung oleh Umno," kata Anwar (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif diadakan Rabu lalu.

Anwar, Ketua Umum PKR berkata Umno menerusi Utusan telah menyalah tafsir kaum Cina sebagai oportunis politik dan ia satu kedudukan agresif ekoran asas sokongan kepada parti Melayu yang semakin terhakis selain gagal dalam menangani isu-isu nasional.

"Umno akan sentiasa mencetuskan musuh sama ada di luar ataupun dalam negara... ini menunjukkan hipokrasi Najib dan pentadbirannya dalam usaha cuba menonjolkan ia sebagai suara bebas, moderat.

"Saya tidak pernah menerima andaian bahawa Utusan atau Umno benar-benar serius atau tulen dalam usaha mereka mempertahankan orang Melayu, ia usaha terdesak untuk mendapatkan sokongan," kata Ketua Pembangkang di Parlimen ini.

Bekas timbalan perdana menteri ini berkata Umno telah diberi separuh abad untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu tetapi mereka hanya melindungi anggota keluarga, kroni," katanya lagi.

Anwar juga berkata Najib telah melepas tangan dalam isu Utusan yang bertindak sebagai Melayu ultra.

Katanya, Najib sebagai presiden Umno ada suara secara langsung ke atas pendirian editorial yang diambil oleh Utusan, yang dimiliki Umno.

"Utusan terletak di bawah kawalan langsung presiden Umno... saya tahu perkara ini kerana media diselaras secara tidak langsung menerusi pejabat perdana menteri dan presiden Umno ada kawalan langsung.

"Untuk mengatakan ini langkah Utusan dan beliau komited kepada gagasan 1 Malaysia adalah hipokrisi kerana sepanjang sejarah Umno, presiden ada suara dalam berita-berita (disiarkan) Utusan," kata pemimpin berusia 63 tahun ini.

Utusan melemparkan serangan ke atas DAP sejak pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu sambil mendakwa parti komponen Pakatan Rakyat itu menggunakan sentimen-sentimen perkauman untuk memperoleh undi komuniti Cina.

Minggu lalu, akhbar itu mengesyorkan idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang turut disahut oleh Perkasa.

Perkasa akan melancarkannya di Alor Setar, esok.

Anwar berkata tidak salah bagi mana-mana pergerakan Mealyu memberi tumpuan untuk memperbaiki keadaan ekonomi komunitinya, tetapi mengingatkan pergerakan sedemikian seharusnya mengutamakan majoriti Melayu dan Bumiputera yang masih miskin dan ia harus berasaskan "keperluan."

"Kita mesti mengakui bahawa majoriti rakyat Malaysia yang miskin adalah orang Melayu dan Bumiputera.

"Dan, kita tidak boleh mengabaikan keadaan ini, banyak yang perlu dilakukan, tetapi pada masa yang sama, kita mesti tegas dalam dasar-dasar kita untuk mengadakan program tindakan afirmatif berasaskan keperluan," katanya lagi.

Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

Posted: 28 Apr 2011 05:47 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

TERKINI


Suasana kecoh dalam masjid menyebabkan majlis angkat sumpah dibatalkan. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang "Datuk T" — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan "Datuk T" itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: "Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik."

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

"Tunggu petunjuk dari Allah," katanya.

Terdahulu kumpulan penyokong Pakatan Rakyat menjerit "pembohong', "tahan dia" dan "Allah Maha Besar" manakala sesetengah pula mula menendang pegawai-pegawai yang duduk di lantai termasuk berada ketika itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dalam pada itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu hadirin di masjid ketika itu bahawa mengangkat sumpah laknat bukan Islamik dengan satu tangannya memegang garis panduan mengenai qazaf.

"Ini bukan caranya. Jika Jawi tidak tahu. Kami mahu Pengarah Jawi membaca tentang qazaf dalam buku ini.

"Kami mahukan qazaf," katanya kepada para hadirin.

Situasi menjadi kelam-kabut apabila pegawai-pegawai polis preman cuba menarik keluar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Kemudian Shamsul dan pengikutnya mengadakan solat hajat.

Selepas solat berakhir, pengurusan masjid mengumumkan majlis angkat sumpah dibatalkan.

DAP: Apakah PM akan batalkan emel 1M'sia?

Posted: 28 Apr 2011 05:29 PM PDT

MALAYSIA KINI


DAP mendakwa apa yang telah berlaku menunjukkan projek emel 1Malaysia jelas merupakan satu percubaan untuk mendapatkan wang daripada satu proses yang sepatutnya percuma.

NONESetiausaha publisitinya, Tony Pua berkata kini sudah jelas
bahawa penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Bhd - akan mengautkan keuntungan besar daripada skim tersebut.

Ini kerana syarikat itu akan mengenakan bayaran RM0.50 ke atas agensi-agensi kerajaan bagi setiap transaksi emel - bercanggah dengan kenyatan awal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak perlu membayar apa-apa untuk projek tersebut.

"Ini akan mengakibatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh setiap agensi kerajaan sekiranya mereka menghantar satu emel sahaja kepada jangkaan 15 juta pengguna," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

NONEPua (kiri) mendakwa pentadbiran Najib ada kaitan dengan
rancangan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi ekonomi dan Malaysia Venture Capital itu (Mavcap) - milik penuh kementerian kewangan - adalah pelabur dalam Tricubes.

Kekeliruan yang melucukan itu, katanya, ditambah pula dengan Mavcap yang serta-merta membuat satu penafian secara tidak langsung yang pelaburan adalah untuk projek emel 1Malaysia, tetapi sebaliknya adalah satu lagi anak syarikat Tricubes - Tam Tam Sdn Bhd - yang terbabit dengan penjualan bergerak produk automasi.

Oleh kerana keseluruhan skim itu telah didedahkan, Pua berkata,
Najib seharusnya tidak lagi senp tentang kontroversi tersebut dan menghentikan segera projek itu bagi mengelak agensi-agensi kerajaan membuat bayaran yang sedemikian tinggi.

NONESebaliknya, kata beliau, Najib hendaklah mengarahkan agensi kerajaan yang berminat menyediakan komunikasi elektronik untuk bil dan kenyataan, meminta orang ramai menyediakan emel mereka sendiri, sama ada Gmail, Yahoo!Mel, Hotmail atau penyedia emel komunikasi seumpama itu.

"Dengan berbuat demikian, agensi-agensi kerajaan boleh berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dengan menghantar emel tanpa sebarang kos.

"Jika bank dan syarikat kad kredit boleh melakukannya, maka tiada sebab sama sekali mengapa -agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian," katanya.


KDN nafi lengah baharui permit Suara Keadilan

Posted: 28 Apr 2011 05:27 PM PDT

BERNAMA


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kementerian itu melengahkan pembaharuan permit penerbitan akhbar parti berkenaan - Suara Keadilan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata tempoh permit akhbar tersebut telah luput dengan sendirinya selepas KDN tidak menerima penjelasan lanjut mengenai satu berita yang disiarkan akhbar itu.

Katanya, tindakan akhbar terbabit meneruskan penerbitan meskipun permitnya telah tamat tempoh disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang.

"Pada 10 Mac tahun lepas, PKR telah memohon untuk memperbaharui permit penerbitan akhbar itu.

"Walau bagaimanapun, sementara KDN dalam proses mempertimbangkan permohonan mereka, kementerian mendapati akhbar tersebut menyiarkan berita yang menggemparkan pemikiran orang ramai dan tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abu Seman berkata lanjutan daripada itu, pada 28 Jun tahun lepas, KDN menghantar surat tunjuk sebab kepada ketua pengarang penerbitan akhbar berkenaan dan meminta mereka membuat penjelasan mengenai berita tersebut.

Pada 2 Julai, KDN sekali lagi menghantar surat susulan dan memohon penjelasan lanjut setelah penjelasan yang diterima dari akhbar tersebut tidak memuaskan.

Katanya, sehingga kini kementerian masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

"Oleh yang demikian, tarikh tempoh permit telah luput dengan sendirinya kerana pihak PKR telah gagal memberi maklum balas.

"Sehubungan dengan itu, KDN tidak memberi apa-apa kelulusan dan akhbar tersebut tidak boleh dicetak, diterbit serta diedar lagi," katanya.

Beliau berkata pada 1 Februari lepas, KDN menyedari bahawa PKR telah menerbitkan dan menjual satu akhbar baru yang juga bertajuk Suara Keadilan, yang mana dari segi tajuk, bentuk dan pengisiannya banyak menyerupai akhbar yang telah tamat tempoh itu.

"Oleh yang demikian, Suara Keadilan yang baru ini memerlukan permit di bawah Seksyen 6, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebelum ianya boleh dicetak, diterbit dan diedarkan," katanya.

Beliau berkata KDN sentiasa bersikap terbuka, telus dan tidak diskriminasi pada mana-mana pihak dan jelas dilihat dengan kelulusan permit akhbar parti pembangkang lain seperti The Rocket dan Harakah.

"Kedua-dua akhbar itu bekerjasama dengan KDN dalam memberikan penjelasan bagi mencapai persetujuan terhadap sebarang isu yang timbul.

"Namun demikian, KDN sentiasa tegas dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan segala peraturan dan undang-undang dipatuhi," katanya.

Justeru katanya, Suara Keadilan tidak wajar menganggap mereka lebih istimewa dan tidak perlu mematuhi undang-undang negara.


Mahkamah Persekutuan dengar kes tanah NCR S'wak

Posted: 28 Apr 2011 05:26 PM PDT

Hazlan Zakaria

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar penghujahan kumpulan orang asal dari Sarawak yang mencabar Kanun Tanah Sarawak yang digunakan untuk mengambil alih tanah adat (NCR) mereka.

NONEIa dianggap sebagai satu kes ujian bersejarah kerana keputusannya akan memberi kesan terhadap ratusan lagi saman penduduk pribumi Sarawak terhadap kerajaan negeri itu dan syarikat-syarikat swasta.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Ariffin Zakaria, mendengar kes tersebut, yang membabitkan dua kes berasingan yang didengar serentak.

Yang pertama ialah saman Bato Bagi dan lima perayu lain terhadap kerajaan negeri atas kehilangan tanah mereka yang kini ditenggelami air projek empangan hidroelektrik Bakun.

Kes kedua pula melibatkan saman Jalang Paran terhadap kerajaan dan sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang mengambil tanah NCR untuk projek kilang pulpa.

Dalam kedua-dua kes tersebut, keputusan mahkamah-mahkamah rendah sebelum ini, memihak kepada kerajaan, di mana hanya penghujahan mengenai maksud perundangan di bangkitkan, dan bukannya perbicaraan penuh.

Sejumlah wakil kaum asal hadir di mahkamah hari ini.

MIC terima semula bekas ahli cetus kontroversi

Posted: 28 Apr 2011 05:14 PM PDT

Jiwi Kathiah


Keputusan MIC untuk menerima semula sembilan ahlinya yang dipecat atau meninggalkan parti itu selepas Mac 2008 dan dalam 2009, telah mencetuskan kontroversi berhubung keputusan jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk berbuat demikian.

Walaupun tujuan langkah tersebut adalah untuk memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, tetapi keputusan tersebut dikatakan bukan sebulat suara, apabila ada yang menganggap ia melanggar perlembagaan parti itu.

Peraturan 61.5 perlembagaan MIC menyebut, apabila tamat tempoh dua tahun dari tarikh pemecatan, ahli terbabit boleh mengemukakan permohonan kepada CWC untuk menyertai semula parti itu, melalui kongres kongres cawangan."

Daripada sembilan bekas ahli berkenaan, tokoh paling kontroversi ialah bekas timbalan ketua Pemuda, V Mugilan; wakil Pemuda dalam CWC, G Kumar Amaan dan anggota CWC, KP Samy.

NONEKeputusan untuk menerima semula mereka termasuk syarat tawaran itu mesti diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.

Satu sumber berkata, timbalan presiden parti itu, Datuk Dr S
Subramaniam (kanan) menentang keputusan untuk menerima semula ahli-ahli yang telah dipecat itu, berdasarkan peraturan berkenaan.

Satu lagi sumber yang rapat dengan ketua Pemuda, T Mohan menegaskan bahawa Mugilan, Kumar dan samy dipecat kira-kira setahun lalu, ekoran penglibatan mereka dalam pergerakan "GAS" yang ketika itu mendesak Datuk Seri S Samy Vellu melepas jawatan presiden.

Bagaimanapun, ketua penerangan dan publisiti MIC, S Vel Paari menyamakannya dengan tindakan kerajaan dalam kes pekerja tanpa izin di negara ini.

"Lihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan. Pekerja asing tersebut telah melakukan kesalahan memasuki negara ini secara haram. Mereka akan dihukum.

"Tetapi kerajaan memberi mereka pengampunan. Begitu juga kami memberi mereka pengampunan. Ia dilakukan untuk kebaikan parti dan dalam semangat bermaaf-maafan," katanya.

NONEMengikut peraturan 61.5, Vel Paari mendakwa CWC mempunyai kuasa mentafsir dan memutuskan mengenai peraturan-peraturan yang tidak boleh dicabar.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan peluang seperti bertanding
kerusi parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya umum akan datang, sebagai dorongan untuknya menyokong keputusan tersebut yang dikatakan ditentangnya sebelum ini, Vel Paari dengan tegas menafikannya.

"Jika satu tawaran dibuat, apa salahnya untuk menerimanya. Kami melakukan ini untuk satu matlamat bagi memperkukuhkan parti. Saya telah memberi taklimat kepada bapa saya mengenainya dan beliau merestuinya."

NONESeorang anggota kanan CWC, yang tidak mahu namanya disebut
berkata: "Ianya tidak mengikut perlembagaan. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan."

Mugilan, Kumar dan Samy (tengah) dijangka menyerahkan surat penerimaan mereka menjelang petang ini.

Mugilan dan Kumar keberatan untuk memberi sebarang komen selain daripada mengesahkan keputusan mereka untuk menerima tawaran tersebut dan "ia akan dibuat Sabtu ini".

Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet

Posted: 28 Apr 2011 05:11 PM PDT

MALAYSIA KINI


Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.

alleged four full sex videos on youtube 290411Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang.


Sumpah: Penjelasan PGSM berhubung mubahalah

Posted: 28 Apr 2011 05:07 PM PDT

eni Budaya
Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

"Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. "Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – "Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud."

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – "Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah."

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu "Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya."

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama' dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.

Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- "Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak."

"Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak."

"Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima."

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Sumpah laknat mesti ikut prinsip syarak

Posted: 28 Apr 2011 05:04 PM PDT

Harakahdaily


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya.

Menurutnya, Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari'ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil).

Ini, jelasnya adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

"Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menambah, semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah.

Akibatnya, kata beliau sistem kehidupan negara akan menjadi porak peranda.

"Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan munafik," ujarnya.

Demikianlah gambaran al-Qur'an: "Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. "(Al-Munafiqun: 2).

Tambahnya, sifat orang-orang munafik ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata.

Namun begitu, ujarnya mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong.

Ini, katanya jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud: "Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh."(Al-Munafiqun: 3-5).

Jelasna, isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu.

"Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat sekarang ini," ujarnya.

Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 28 Apr 2011 05:01 PM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.

Tiada ulasan: