:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Posted: 26 Apr 2011 09:23 AM PDT Setelah habis mengulas tentang serba ringkas berkenaan dengan maqasid syariah, kami minum teh yang telah dihidangkan oleh Ani itu. Sambil berbual-bual, ternyata Encik Isma memberi respon yang positif. Beliau berjanji akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat Ummah Centre. "kalau macam tu, ana buat modul la.." "..ya.. Ustaz buat modul.." *** Dalam perjalanan pulang dari Ummah Centre, aku telefon Badri. Bertanya tentang modul yang sedang dibuat berasaskan kepada nota yang aku berikan kepadanya. "dok tengah buat.. nak siap dah" Respon Badri. "ok.. Apa-apa hal, bagitau ana" "ok ustaz..." Aku dan pakaq terus meluru ke Sungai Buloh. Sesampai di Jejantas Sungai Buloh, kami berhenti untuk menunaikan solat zohor di situ. Setelah selesai solat, kami makan tengahari di situ, kemudiannya kami lepak di Kopitiam di Jejantas itu untuk berblogging. Pakaq terus membuka laptopnya, dan aku pula membuka kitab maqasid syariah islamiah, tesis Phd Dr Ziyad. Memang menarik jika dibaca tesis Phd berbanding buku-buku lain, kerana tulisan Phd ini telah dibandingkan dengan beberapa pandangan-pandangan ilmuan Islam tentang Maqasid syariah. secara tidak langsung, kita sudah terdedah dengan banyak perbedaan pendapat mereka yang berkeahlian tentang maqasid syariah. *** Setelah hampir 3 jam kami lepak di Kopitiam Jejantas Sungai buloh, kami pun beredar. Pulang ke rumah untuk bersiap-siap untuk menyampaikan kuliah maghrib. Pada malam itu, kuliah maghribku di masjid Saujana Utama. Di Masjid Saujana Utama, aku sudah mempunyai jadual kuliah tetap. Di sana aku mengajar kitab Fiqh Manhaji, di bawah tajuk taharah. Apabila mengajar kitab, tidak terlalu banyak merujuk kitab-kitab lain. Jika dibaca juga pun, sekadar merujuk kitab al-Fiqh Al-Islami Wa adillatuh karangan Dr Wahbah az-Zuhaili. Sedang memandu dalam perjalanan ke Masjid, aku berfikir banyak perkara. Antaranya adalah satu teori maqasid, iaitu fath az-zaraie dan sad az-zaraie.. Bersambung.... |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan