Selasa, 26 April 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


GMail, Hotmail, Yahoo Mail Atau 1Malaysia Email?

Posted: 26 Apr 2011 07:06 AM PDT


Kos 1Malaysia Email tidak lebih daripada RM0.50?

Katakan rakyat Malaysia mempunyai 27,565,821 orang penduduk (menurut Wikipedia)

30% daripada jumlah tersebut berdaftar dengan 1Malaysia Email... (8,269,746 orang)

Setiap kali kerajaan menghantar email maka ia akan caj RM0.50 per email.

Keuntungan = 8,269,746 X RM0.50?
= RM4,134,872


Siapa nak suruh aku hantar email? aku bagi discount 20%...

RM0.40 per email...

Siapa nak? Hubungi saya ;)


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!



E-mel 1 Malaysia: Tricubes sasar 5.4j pelanggan, kos hantar sekitar 50 sen

KUALA LUMPUR, 26 April — Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu.

Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen.

Tricubes sebelum ini berkata, ia akan membelanjakan RM5.3 juta terlebih dahulu dalam membangunkan projek e-mel 1 Malaysia tetapi akan menerokai inisiatif pemakluman skim pencen can cukai untuk terus menjaga pulangan operasi.

Perkhidmatan myemail.my dipercayai akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

KWSP mempunyai 12.72 juta anggota sehingga 31 Disember 2010 tetapi ahli yang aktif dianggarkan 6.04 juta.

http://www.themalaysianinsider.com/

Tiada ulasan: