Pulakdah! |
- Permohonan Cerai Aa Gym Dengan Isteri Pertama Pada 19 April
- 29 Kerusi S'wak Boleh Ditawan PR Tetapi...
- Kenapa Lagu Shakira Diharamkan Oleh Real Madrid?
- Kenapa Lagu Shakira Diharamkan Di Real Madrid?
- Saman Doktor Kerana Tidak Boleh TUTUP MATA
Permohonan Cerai Aa Gym Dengan Isteri Pertama Pada 19 April Posted: 01 Apr 2011 05:05 AM PDT BANDUNG - Sidang pendengaran permohonan cerai Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym terhadap isteri pertamanya Ninih Muthmainah akan dibuat pada 19 April 2011 di Pengadilan Agama (PA) Bandung. Di dalam pendengaran itu, Aa Gym ingin menjatuhkan talak 1 kepada isteri yang telah dinikahinya sejak 24 tahun itu. "Permohonan pendengaran ini sedang kami proses. Untuk majelis hakimnya sudah kami tunjuk dan dimusyawarahkan hari persidangan pada tanggal 19 April mendatang," kata Humas PA Bandung Acep Saefuddin di Ruang Serbaguna PA Bandung, Jalan Jakarta, Jumaat (1/4/2011).
Tujuan sidang pertama selanjutnya, setelah pemeriksaan identiti akan diusahakan perdamaian hingga penunjukkan mediator. "Alasan perceraian tidak dapat disebut, kerana ia sudah termasuk dalam lain-lain perkara," elak Acep ketika ditanya wartawan alasan Aa Gym menceraikan Teh Ninih. Ketika ditanya apakah dalam permohonan cerai itu juga dibahaskan soal pembahagian harta dan pengasuhan anak, Acep menyatakan ia belum sampai sejauh itu. "Kalau soal pengasuhan anak, mengikut aturan anak di bawah 12 tahun (dijaga) di bawah pengasuhan ibunya. Di atas 12 tahun nanti ditanya ikut siapa, tapi meskipun diasuh ibu, (wang) perbelanjaan hidup tetap ditanggung bapanya," jelas Acep. Isnin, 14 Mac 2011 lalu, melalui kuasa hukumnya Aa Gym mendaftarkan cerai talak ke Pengadilan Agama Bandung. Dalam surat permohonan cerai talak itu Aa Gym sebagai pemohon dan Teh Ninih beralamat berbeza. Aa Gym beralamat di Jalan Gegerkalong girang No 32 B RT 01 RW 06 Kelurahan Isola Kecamatan Sukasari, sementara Teh Ninih di Jalan Gegerkalong Girang No 38 RT 1 RW 8 Kelurahan Isola Kecamatan Sukasari. Dalam surat itu Aa Gym memohon agar pengadilan agama mengizinkan dia menjatuhkan lafaz talak 1 terhadap isteri pertamanya, yang telah ia nikahi selama 24 tahun itu. Aa Gym mendaftarkan permohonan cerainya melalui kuasa hukumnya Jenal SH, yang beralamat di Kota Banjar. | ||
29 Kerusi S'wak Boleh Ditawan PR Tetapi... Posted: 01 Apr 2011 01:36 AM PDT PETALING JAYA, 1 April - 29 kerusi panas dilihat boleh jatuh ke dalam tangan Pakatan Rakyat menurut seorang sains politik jika mereka menggunakan strategi yang betul. Namun, menurut pakar lain dari Merdeka Center yang bercakap mengenai Sarawak berdasarkan bancian sehingga malam tadi menyimpulkan bahawa kemungkinan untuk merampas Sarawak dari cengkaman (BN) Barisan Nasional adalah "hampir mustahil". Mereka berkata PR hanya mempunyai peluang "sederhana" untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan satu penilaian yang lebih 'halus', PR boleh memenangi "lebih atau kurang" daripada 20 kerusi tetapi tidak melebihi daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk mengurangkan majoriti dua-pertiga BN, menurut seorang lagi ahli sains politik. Kesimpulan-kesimpulan ini dibuat kerana lebih daripada 70 peratus kerusi di Sarawak terletak di kawasan pedalaman. Sifat kesetiaan kerana diberi bantuan pembangunan membolehkan BN untuk mempertahankan sokongan di daerah pedalaman. Gambaran dari analisis ini juga menunjukkan perpecahan kekuatan politik mengikut etnik berkemungkinan berkembang di Sarawak. Pengundi China dijangkan akan menolak BN sementara pemerintah dapat mempertahankan sokongan daripada golongan orang luar bandar Dayak dan Melayu / Melanaus. Dr Faisal Syam Hazis daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata 29 kerusi panas ini terdiri daripada 15 kerusi majoriti Cina dan 14 kerusi majoriti Iban, Melayu / Melanau, Bidayuh dan kawasan Orang Ulu. Kerusi China itu termasuklah semua enam kerusi DAP (Pending, Kidurong, Bukit Assek, Batu Lintang, Kota Sentosa dan Meradong), satunya kerusi Parti Keadilan Rakyat di Padungan, dan kerusi Ngemah daripada Parti Cinta Malaysia. Faisal berkata sokongan rendah dikalangan pengundi Cina terhadap BN kerana mereka merasa terancam terhadap masa depan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti kedua terbesar BN di Sarawak. "Bahkan Piasau tidak selamat lagi," kata Faisal merujuk kerusi yang dimiliki oleh Naib Ketua Menteri dan Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan. Panel lain, Prof Dr Jayum Jawan, berkata, walaupun banyak (penyelewengan) yang sudah dilakukan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga tidak lagi popular di dalam media, masalah itu tidak akan mempengaruhi pengundi luar bandar. "Masalah sebenarnya adalah Sarawak telah ditinggalkan di luar arus utama pembangunan. Pembangunan menguntungkan sebahagian besar orang Melayu, Cina dan India di semenanjung tetapi tidak untuk rakyat Sarawak, "kata Jayum dari Universiti Putra Malaysia. Melayu / Melana Jayum sudah menegaskan mereta tidak akan menentang terhadap Abdul Taib kerana mereka melihat ia sebagai "salah satu dari mereka" sementara pengundi Iban akan tetap setia dengan ahli politik mereka. "Rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemerintahan yang tidak baik, ini adalah masalah asing bagi penduduk rumah panjang," kata Jayum. Walaupun Sarawak sering berbangga dan mengulangi bahawa mereka mempunyai hubungan sesama kaum yang lebih baik dari penduduk Semenanjung, namun penduduk di sini masih dipengaruhi oleh kebimbangan hidup komuniti mereka ketika mereka keluar mengundi. "Jika anda melihat suara Melayu / Melanau, mereka termotivasi dengan perasaan tidak mahu mengoncangkan [kapal]," menurut Prof Shaharuddin Badaruddin dari UiTM. Melayu / Melanau, katanya, akan bimbang kehilangan kuasa terhadap negari melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar dari BN di Sarawak. Ibrahim Sufian dari Merdeka Center pula berkata walaupun "angin perubahan" ada bertiup di Sarawak, tetapi ia tidak bertiup cukup keras untuk menjatuhkan BN. "Kami tidak akan melihat perubahan selepas 16 April" katanya. Kredit : TMI | ||
Kenapa Lagu Shakira Diharamkan Oleh Real Madrid? Posted: 31 Mar 2011 11:07 PM PDT MADRID - Hubungan mesra di antara Gerard Pique dengan Shakira turut mempengaruhi perseteruan di antara dua gelab gergasi Barca-Madrid. Gara-gara perhubungan itu, Real Madrid memutuskan tidak lagi memutarkan lagu-lagu Shakira. Untuk informasi lagu Shakira sering dimainkan dan menjadi lagu wajib untuk para penyokong di Bernabeu sebelum bermulanya perlawanan. Lagu waka-waka penyanyi yang berasal dari Colombia itu sering diputar untuk menaikkan semangat para pemain. Namun kini semuanya telah berubah. Lagu yang menjadi lagu rasmi untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan dimenangi Sepanyol telah dikeluarkan dari senarai lagu wajib pasukan Real Madrid. Ia terjadi kerana Shakira dan Gerard Pique telah secara rasmi mengumumkan perhubungan mereka dan gambar mesra mereka kerap ditangkap oleh kamera paparazzi. | ||
Kenapa Lagu Shakira Diharamkan Di Real Madrid? Posted: 31 Mar 2011 11:07 PM PDT MADRID - Hubungan mesra di antara Gerard Pique dengan Shakira turut mempengaruhi perseteruan di antara dua gelab gergasi Barca-Madrid. Gara-gara perhubungan itu, Real Madrid memutuskan tidak lagi memutarkan lagu-lagu Shakira. Untuk informasi lagu Shakira sering dimainkan dan menjadi lagu wajib untuk para penyokong di Bernabeu sebelum bermulanya perlawanan. Lagu waka-waka penyanyi yang berasal dari Colombia itu sering diputar untuk menaikkan semangat para pemain. Namun kini semuanya telah berubah. Lagu yang menjadi lagu rasmi untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan dimenangi Sepanyol telah dikeluarkan dari senarai lagu wajib pasukan Real Madrid. Ia terjadi kerana Shakira dan Gerard Pique telah secara rasmi mengumumkan perhubungan mereka dan gambar mesra mereka kerap ditangkap oleh kamera paparazzi. | ||
Saman Doktor Kerana Tidak Boleh TUTUP MATA Posted: 31 Mar 2011 05:24 PM PDT Seorang wanita yang mendakwa tidak boleh menutup matanya bahkan ketika dia tidur akan menyaman seorang doktor bedah plastik. Marilyn Leisz, dari New Jersey, berkata ia bertemu Dr Paul Parker untuk menjalankan prosedur untuk memperbaiki benjolan di kelopak matanya kerana melakukan pembedahan kecil yang dilakukan oleh doktor lain. Dia sekarang tidak dapat menutup matanya untuk berkelip ataupun tidur dan harus menggunakan ubat titik dan gel untuk memastikan matanya tidak rosak atau penglihatannya terganggu. Pendakwa: Marilyn Leisz mendakwa operasi pembedahan plastik yang dilakukannya menyebabkan ia tidak lagi dapat memejamkan matanya. Masalah: Leisz mendakwa ia tidak lagi dapat melakukan aktiviti yang disukainya seperti bermain tenis, badminton, berbasikal atau menunggang kuda dan mengalami kesulitan ketika memandu. Dia mendakwa Dr Parker lalai dan dia tidak memperingatkan dirinya risiko yang terlibat di dalam prosedur. Bercakap kepada CBS dia berkata: "Beginilah keadaan ketika saya tidur. Itulah keadaannya 24jam seminggu, 365 hari setahun. "Saya hanya boleh menutup mata seperti ini, jika terpaksa hendak berkelip saya harus memaksa mata saya." Dr Parker menghadapi pendakwaan dari seorang ibu kepada dua anak di mahkamah, di mana ia mendakwa pesakit telah diberi amaran dan risiko serta diberi brosur yang berkaitan. Ia juga berkata bahawa pesakit tidak merungut setelah selesai operasi mata (blepharoplasty) pada 2005. Lalai:? Dr Parker mengaku sepenuhnya menjelaskan risiko kepada Ibu Leisz sebelum prosedur dan memberinya brosur yang menjelaskannya. Leisz berkata dia pernah menjalani dua blepharoplasty sebelum ini, oleh itu dia bukan calon yang ideal untuk operasi ini kerana sudah terlalu banyak kulit dari kelopak matanya dibuang. "Dia sepatutnya jujur dengan saya dan memberitahu bahawa saya bukan calon yang sesuai dan menyarankan pilihan lain bagi saya," katanya. Leisz berkata dia perlu menggunakan gel pada malam hari dan vaporizer supaya dia tidak menggaru matanya. Dia juga berkata semakin kehilangan keupayaan penglihatannya. "Blepharoplasty Blepharoplasty ialah pembedahan plastik untuk mengubahsuaian kelopak mata. Lebihan seperti kulit dan lemak akan dibuang atau diatur pada posisi kedudukannya, otot sekitarnya dan tendon akan diperkuatkan. Ia boleh dikategorikan sebagai operasi untuk membaiki berfungsi dan operasi kosmetik. Ini meningkatkan penampilan kelopak mata atas, kelopak mata bawah, atau kedua-duanya, dan memberikan penampilan 'remaja' untuk kawasan sekitar mata, menjadikan anda kelihatan lebih rehat dan waspada. Harga untuk menjalani prosedur ini diantara apa saja dari $2500 - $3,500 (RM 12 ribu - RM 16 ribu lebih). Risiko kemungkinan dihadapi ialah ketidakupayaan untuk menutup mata sepenuhnya dan dalam kes yang lebih ekstrim, akan menyebabkan kelopak mata bawah tertarik lebih ke bawah. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan