Selasa, 26 April 2011

Ajijoi

Ajijoi


Perkasa hanya gimik dan modal politik Umno ganggu negeri Pakatan - DPP Tambun

Posted: 26 Apr 2011 06:43 AM PDT

IPOH: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Ustaz Mohd Hafez Sabri, dalam kenyataan medianya mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan PERKASA hanya dilihat vokal dan lantang di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.

Beliau menyatakan, kita serba maklum bahawa demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh PERKASA adalah sekadar gimik politik yang dipimpin oleh ahli politik umno yang semakin dipinggirkan dalam arena politik negara. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.


Beliau juga mempersoalkan apakah relevennya kemujudan PERKASA ini, sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun sebelum ini.


Selain itu beliau juga menyatakan PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri.


Beliau menyatakan lagi, pihaknya melihat jika PERKASA mahu membela nasib orang Melayu di Negara ini, terlebih dahulu PERKASA perlu memberi desakan dan tuntutan kepada parti pemerintah negara ini yang mana jelas dan nyata selama ini gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Memetik ucapan beliau, " Kami selaku Anak Muda Generasi baru melihat agenda politik yang membawa fahaman berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu sahaja. Sedangkan
agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang."

"Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara."

Beliau mempersoalkan apakah PERKASA adalah perkakas kepada UMNO, jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan adalah sama sahaja iaitu sentimen perkauman yang menebal dalam agenda perjuangannya.


"Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.


"Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa? " soal beliau.


Justeru, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun itu sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa.


Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat adalah berpunca dari kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini kerana gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.


Pas dan Pakatan Rakyat telah menang di Sarawak

Posted: 26 Apr 2011 06:31 AM PDT

· PAS sepanjang pilihanraya ini telah berjaya menubuhkan lebih 10 cawangan di Sarawak

· Lebih membanggakan ribuan anak muda dan penduduk Sarawak menyerahkan borang keahlian PAS kepada pimpinan Pas dalam pilihanraya negeri ini.Semua ini bukti jelas menunjukkan bahawa PAS kini menjadi parti yang lebih universal dan terbuka berbanding dengan UMNO yang masih tidak mampu bertapak di Sarawak.

· Prestasi PAS di Sarawak jauh lebih baik berbanding keputusan yang diperolehi oleh PAS dalam pilihanraya kecil di Tenang, Galas dan Merlimau di Semenanjung.

· Walaupun BN menang dan mendapat majoriti 2/3 namun kekalahan mereka dalam 16 kerusi adalah satu sejarah pemerintahan mereka di bumi kenyalang ini.

· PKR pula, dari 49 kerusi yang ditandingi mereka telah berjaya mendapat 3 kerusi. Ini boleh dikira satu kejayaan juga memandangkan mereka baru saja mula bertapak di Sarawak.

· Skandal video seks yang cuba dimainkan BN jelas tidak memberi kesan apa-apa.

· Semakin hampir Pilihanraya Umum ke-13 tetapi BN belum Berjaya memulihkan kepercayaan kaum Cina terhadap BN walaupun di Sarawak.

· Sarawak adalah sumber tetap BN (tidak pernah kalah) namun kali ke-10 ini BN memerlukan lebih banyak wang untuk disedekahkan kepada rakyat Sarawak demi raih undi.

· Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui Pilihanraya Sarawak membuktikan isyarat kelebahan BN.

Perhatikan fakta di bawah bagaiman PAS berjaya kurangkan majoriti (sokongan) terhadap BN:

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)........................3,069
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)........2,678
Majoriti/Majority..................................391
Penyandang/Incumbent: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,796
Majoriti/Majority: 895

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas)............................67
2. Adam Ahid (PAS)...............................1,769
3. JULAIHI NARAWI (BN-PBB).......................4,045
Majoriti/Majority................................2,276
Penyandang/Incumbent: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,748
Majoriti/Majority: 2,448

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB).................4,218
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas).................215
3. Nani Sahari (PAS).............................1,002
Jumlah mengundi/Votes Majoriti/Majority................................3,216
Penyandang/Incumbent: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,545
Majoriti/Majority: 4,136

Kesimpulan : Orang Sarawak yang dahulunya tegar BN kini mulai meninggalkan fahaman lama mereka. UMNO jelas tiada pengaruh di Sarawak berbanding PAS. PAS menang bukan sekadar mengejar undi, jika sokongan terhadap Islam bertambah, itulah kejayaan PAS.


Hanya dengan perjuangan Islam sahaja bangsa Melayu akan dihormati

Posted: 26 Apr 2011 06:27 AM PDT

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, PAS adalah parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.


Menurut beliau, PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

Beliau menyatakan, PAS jelas begitu konsisten berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.


PAS prihatin dengan nasib umat Melayu yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar di Malaysia, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan, PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati.


PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini, tegas beliau



ustazabubakar.wordpress.com


Malaysia menuju negara Kleptokratis?

Posted: 26 Apr 2011 06:26 AM PDT

Mungkin besar peratusannya Negara kita sudah menjengah ke tahap negara kleptokratis sebagaimana ungkapan yang ditulisan oleh Prof Madya Dr Syed Farid Alatas sebagai pengantar buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussain Alatas. Istilah kleptokratis dipopularkan oleh Stanislav Andreski (1970) dalam menghurai ciri-ciri negara yang sarat dengan aktiviti dan budaya hidup rasuah serta nepotisme.

Antara yang jelas bagi sesebuah negara kleptokratis adalah sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas nama wang, ganjaran dan hadiah. Malah sebenarnya negara tersebut bukan menjunjung aspirasi dan tradisi perintah demokrasi, sebaliknya segala sudut dan sendi masyarakat digenggam oleh sekelompok oligarkis baik daripada peringkat kabinet, legeislatif, pendidikan, hiburan dan sukan. Malah komuniti kampung seumpama JKKK pun mampu dihinggapi oleh wabak oligarki. Ada banyak kampung di negara ini yang tidak membawa cara tadbir demokrasi sebaliknya keputusan dan pekuang ditentukan oleh kelompok oligarki yang bermaharajalela walaupun hanya di peringkat kampung.

Apa maknanya oligarki dalam sesebuah negara? Negara atau masyarakat yang sarat dengan budaya oligarki akan dikuasai oleh segelintir kleptokrat egoistik yang elit, berharta, berpengaruh serta sentiasa mengambil kesempatan atas pihak yang lemah.

Secara umum rasuah di negara ini boleh diketogarikan sebagai rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah egoistik banyak menjangkiti para pemodal, golongan kaya, produser, ahli korperat yang memperkudakan golongan politik, pemimpin dan perlaksana seumpama jurutera, arkitek mahupun guru dan doktor. Manakala rasuah solidaristik cukup banyak mengasai para menteri, ahli parlimen amlah sehingga ke peringkat ketua kampung yang membantu sanak saudara melalui pintu belakang atas nama membantu keluarga, membantu bangsa atau lebih jelek melegitimasikan rasuah atas nama bumiputera.

Budaya pentadbiran dan kehidupan di malaysia kini cukup menyuburkan budaya rasuah defensif di mana rakyat, ahli perniagaan, kontraktor mahupun artis terpaksa menyediakan sogokan untuk menerima habuan tender, projek, peluang untuk ke hadapan. Ia berasal dari gejala rasuah pemerasan extortive corruption yang diamalkan oleh para oligarki. Oligarki ini tidak mengenal apa itu demokrasi, pengagihan kekayaan dan kesaksamaan peluang sesama rakyat. Yang ada di fikiran mereka adalah bagaimana mengaut keuntungan ke atas bakat dan upaya pihak lain dengan menapis (mark up) wang dan ganjaran sebelum meluluskan peluang kepada pihak yang diperas. Kaibatnya golongan berbakat, golongan peniaga dan sebagainya terpaksa menyuburkan budaya rasuah defensi untuk hidup di muka bumi ini. Bukankah ia tetap rasuah?

Rasulullah bersabda; "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya" (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah). Di Malaysia masih ramai para Haji dan Hajjah yang ingin mengaut projek tertentu memulai projek dengan merasuah dahulu semata-mata untuk medapat perhatian dato' dato' tertentu walauapun projek tersebut melakukan pekerjaan halal seperti projek menyediakan makanan dan sebagainya.

Akhbar Sinaar Harian 18 April 2011 mungkin melakukan kelainan kerana memaparkan satu temubual dengan beberapa artis Malaysia berkenaan rasuah dan sogokan yang berlaku di kalangan artis, produser dan pengarah. Datuk Aziz satar yang berpengalaman luas mengakui gejala rasuah berlaku dalam dunia artis dan hiburan. Pekaon Abby Abadi pula mengaakui pernah mendengar desas desus adanya artis wanita menjual tubuh untuk mendapat peluang berlakon, menerbit album dan sebagainya. Manakala jawapan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Mat London mungkin mengecewakan kerana beliau menganggap layanan dan siap mesra artis terentu terhadap penerbit dan pengarah bukan bermakna rasuah sebaliknya digelar 'bijak mencari peluang'. Yang menjadi perhatian di sini adakah cara pencarian peluang tersebut mengikutia syarak? Tidak mendedah aurat, tidak melayani seperti pasangan sah dan sebagainya. Kerosakan akhlak para artis atas nama mencari peluang atau atas nama 'mencari rezeki halal' tidak bermakna dan ia adalah fasad.

Dalam akhbar yang sama Dr Ridhuan Tee mungkin jelas menyelar golongan yang menjadi punca rasuah iaitu golongan perasuah extortive yang menyebabkan beberapa anggota Kastam dan penjawat awam negara ini terpaksa menerima rasuah untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang. Semua penjawat awam sedar implikasi rasuah yang merosakkan negara. Tetapi mengapa masih ada pihak menerima rasuah? Jika diteliti lagi jelas ia menjadi lumra dan kebiasaan akibat rasuah-rasuah mega yang dilakukan oleh para pemimpin masih banyak tidak dibongkar dan diselesaikan.

Firman Allah dalam An Nisa' ayat 135, Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Allah jelas melarang kita membezakan golongan yang patut diberikan penyaksian atau memilih pangkat dan keturunan. Jika rasuah wujud di kalangan rakyat ikan bilis sehinggalah golongan oligarki yang besar umpa jerung tetap perlu disiasat dan diberi penyaksian atas rasuah mereka.

Menurut Ramli Abdul Samad aliran pendapatan negara sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan. Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner. Peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus atas angin dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai. Ketirisan wang sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun.

Lebih sedih ada yang beralasan, biarkan ketirisan wang berlaku bukankah yang mendapat habuan adalah golongan rakyat negara ini yang bakal membayar cukai kepada kerajaan dan negara? Bukankah faedahya akan kembali kepada rakyat?

Persoalannya tujuan wang dilabur dan disalurkan melalui projek-projek tertentu adalah untuk merealisasikan matlamat dan mencapat KPI tinggi keberhasilannya dan bukan sekadar indah di kertas kerja sahaja. Jika alasan faedah cukai kembali ke negara digunakan tidak pelrulah projek-projek indah dilaksanakan atas nama kebajikan kepada rakyat. Salurkan terus kepada si oligarki penagih wang tertentu. Lagipun, wang yang tiris ke tangan penagih rasuah selalunya disimpan ke bank luar negara yang menyebabkan kurangkan faedah kembali ke dalam negara.

Tidak hairan jika Prof Datuk Hassan Ahmad pernah berkata dalam makalah tetapnya dalam Dewan Masyarakat, orang Malaysia yang sebenarnya miskin dan papa bukannya rakyat bawahan yang cukup makan dan pakai. Sebaliknya golongan jutawaan yang papa kedana kerana seringkali menagih perhatian pemimpin tertentu untuk hidup dan mendapat kemewahan hidup. Inilah golongan miskin sebenar negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Ceramah Motivasi Ibubapa PASTI

Posted: 25 Apr 2011 04:04 PM PDT


15 April 2011- Ipoh, Ceramah motivasi keibu bapaan berjaya dianjurkan oleh PASTI Rapat Setia yang bernaung di bawah Jabatan PASTI PAS Gopeng.

Tajuk yang dipilih ialah Sayangilah Generasi Tunas Islam yang disampaika oleh bekas pelajar generasi pertama PASTI 70an dahulu Ustaz Nuri Amin (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak).

Alhamdulillah kehadiran ibu bapa kian ramai walaupun pada permulaan program 9 malam, belum ramai ibu bapa yang tiba. Insya Allah program ini akan diteruskan sebagai program bulanan PASTI dan dijadikan program Jabatan PASTI kawsan da bukan lagi hanya PASTI Al Ehsan.

Jualan buku dan majalah Aulad (majalah pra sekolah) juga diadakan.

Tiada ulasan: