Ajijoi |
- Video Rais Yatim pula akan didedahkan?
- Email 1Malaysia: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib
- Ambang PRU13: Kezaliman Umno akan terus dibongkar - PJ PAS Perak
Video Rais Yatim pula akan didedahkan? Posted: 20 Apr 2011 05:51 PM PDT Kota Kinabalu: Penulis kontroversi dan blogger Abdul Mutalib Mohamed Daud sedang menyiapkan klip video yang akan digunakannya untuk mempertahankan diri didalam saman yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, menurut laman Sabahkini. Rais Yatim menuduh Abdul Mutalib memfitnahnya didalam empat artikel yang mengaitkan dengan pertuduhan bahawa beliau merogol seorang wanita pekerja Indonesia yang bekerja dengannya pada 2007. Artikel-artikel berkenaan muncul didalam Sabahkini. Sabahkini juga memetik kata-kata penulis yang beliau tidak akan mengeluarkan artikel-artikel tersebut sepertimana yang dipinta oleh Rais. "Saya hanya melaporkan sepertimana yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya," menurut Vivien Sakuntala, wakil Sabahkini di Jakarta yang memetik kata-kata daripada e-mel Abdul Mutalib mengenai saman Rais itu. "Adakah Rais ingin menembak pembawa mesej?" Vivien berkata Abdul Mutalib berada diluar negara buat masa ini untuk menulis sebuah buku baru yang bertajuk 'Skandal Seks VVIP' dan menyiapkan sebuah video yang akan diserahkan sebagai sebahagian daripada pembelaannya didalam kes saman itu nanti. Laporan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai video tersebut. Adalah difahamkan bahawa beliau kini berada di Indonesia. Vivien Sakuntala juga melaporkan yang Abdul Mutalib tidak akan mendedahkan siapakah yang dimaksudkan oleh buku terbarunya nanti. Beliau adalah pengarang lebih daripada 20 buah buku, kebanyakannya mengenai skandal seks melibatkan orang kenamaan, termasuk YB dan VIP. Rais, didalam keterangan tuntutannya, berkata artikel Abdul Mutalib mengandungi kata-kata yang tidak benar dan berbahaya yang menggambarkan beliau sebagai penzina dan tidak bermoral. Beliau juga memohon injuksi untuk memaksa yang didakwa mengeluarkan artikel-artikelnya. Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Abdullah telah menjadualkan kes tersebut pada 6 Mei. sumber: diterjemah daripada Malaysia Today |
Email 1Malaysia: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib Posted: 20 Apr 2011 05:35 PM PDT Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist). Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group). Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya. Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist". Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3. Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya. Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa. Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist). Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist). Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal. Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober. Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini. Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikatadvanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain. Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank. *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.
|
Ambang PRU13: Kezaliman Umno akan terus dibongkar - PJ PAS Perak Posted: 20 Apr 2011 05:28 PM PDT IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-1 3 yang akan berlaku pada bila-bila masa. Mengulas mengenai keputusan kerusi yang ditandingi PAS di Pilihanraya Negeri Sarawak, beliau berkata, ianya juga sebagai latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping melebarkan sayap dakwah PAS di Sarawak. Menurut beliau, PAS telah mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak serta dapat memobilisasi jentera parti sebagai latihan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," . Memetik ucapan beliau, " Jentera PAS sememangnya memberi fokus utama kemenangan kepada kerusi yang PAS bertanding dan kita juga terus menerus memberi fokus untuk menyampaikan maklumat sekaligus mengurangkan majoriti undi BN. " Kadang-kadang pencapaian itu bukan sahaja untuk menang. Pencapaian itu juga mungkin pertambahan undi dan pengurangan majoriti ". " Di Sarawak juga, pencapaian yang kita perolehi kita dapat sampaikan maklumat kezaliman BN kepada rakyat Sarawak, seterusnya ia menjadi perbualan rakyat untuk menumbangkan kezaliman BN," Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, maklumat yang disampaikan sewaktu kempen PRN Sarawak semestinya akan memberi kesan kepada PRU 13 akan datang. Menurut beliau lagi, PAS akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara di kerana ianya soal penting yang harus diketahui rakyat khususnya golongan muda yang dilihat sudah menolak kepimpinan UMNO/BN yang dipenuhi rasuah. "Kita akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara dan kepimpinan negeri sebab ini menjadi trend politik dunia. Tegas beliau Beliau juga menyatakan, fenomena baru kepada masyarakat sesebuah negara ialah soal integriti. PAS yakin dan percaya pengundi muda juga mendokong prinsip yang sama iaitu tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN yang penuh dengan rasuah.
|
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan