Khamis, 21 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Snap tolak cadangan gabungan dengan DAP

Posted: 21 Apr 2011 05:20 AM PDT


Ang Ngan Toh

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Stanley Jugol hari ini berkata tidak ada kemungkinan partinya akan bergabung dengan DAP.

Edmund-Stanley-Jugol"Ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kami tidak teruja dengan cadangan itu," kata Jugol .

"Kami tidak akan adakan mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) bagi membincangkan saranan Lim (Kit Siang) itu," katanya, sambil menambah CEC baru sahaja menangguhkan mesyauaratnya pada Isnin lalu.

Katanya CEC akan membincangkan perkara itu jika ia dikemukakan ke ibu pejabat Snap ataupun penasihat DAP tersebut menghubungi presiden mereka Edwin Dundang bagi membincangkan penggabungan berkenaan.

Jugol berkata beliau juga terkejut dengan cadangan DAP itu kerana parti Cina itu sebelum ini berkempen menentang calon Snap pada pilihan raya negeri yang lalu.

NONELim mencadangkan penggabungan DAP dengan Snap bagi mempercepatkan kesedaran politik Dayak berikutan pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

Tindakan itu katanya bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang hanya menguntungkan BN.

Dalam pada itu, PKR Sarawak melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang telah mencadangkan penggabungan antara DAP dan Snap.

"Oleh kerana kami adalah rakan dalam Pakatan Rakyat, kami menghargai penjelasan cadangan penggabungan daripada Lim dan DAP," kata pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan akhbar yang bernada keras.

NONEKatanya, Snap di sebalik retoriknya sebagai anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, secara terangan menampilkan 26 calon sehingga menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dengan PKR di beberapa kerusi.

"Snap secara konsisten agak kritikal membidas PKR atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka," katanya sambil menambah PKR Sarawak benar-benar kecewa dan hampa dengan pendekatan Snap dalam Pakatan.

Baru berkata kekalahan teruk Snap pada pilihan raya negeri Sabtu lalu membuktikan parti itu tidak mempunyai jentera pilihan raya, dana politik dan juga pengaruh di peringkat akar umbi.

Katanya, jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon Snap jika digabungkan adalah lebih rendah berbanding dengan undi yang diperolehi oleh calon-calon Bebas.


Pemimpin MCA sokong 'amaran' Chua

Posted: 21 Apr 2011 05:17 AM PDT

MALAYSIA KINI

Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang
menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.

chua soi lek supp ceramah 120411Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.

"Jika masyarakat Cina menolak MCA untuk mewakili mereka, maka MCA tidak ada pilihan tetapi menyemak semula kedudukannya dalam arus politik nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Heng tidak bertanding dalam pilihan raya umum umum, tetapi dilantik sebagai senator dan kemudiannya menjadi timbalan, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

NONENaib presiden MCA Datuk Donald Lim (kanan) pula berkata, sudah ada contoh pada 1969, apabila MCA telah memilih untuk tidak menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman selepas kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Katanya, jika MCA gagal memperoleh pengiktirafan daripada majoriti masyarakat Cina Malaysia, maka ia akan menjejaskan kedudukan MCA dalam BN untuk berunding bagi mendapat dan mempertahankan kepentingan kaum Cina.

Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".

bagan pinang kong chor har 051009.jpgKong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN
dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.

"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.

"Jika ini berlaku, MCA mesti menjalankan satu kajian semula yang komprehensif mengenai peranan dan kedudukan parti kita, dalam kerajaan negeri dan pusat," kata Kong.

Berita Harian: Lelaki video seks sepadan Anwar

Posted: 21 Apr 2011 05:07 AM PDT


Regina Lee

Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

azlan"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

"Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu," kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.


LBJ : Penduduk Serah Pelan Rumah Sebagai Ingatan Kepada PM

Posted: 21 Apr 2011 05:05 AM PDT

TVS NEWS



PUTRAJAYA : Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil (JBBPLBJ) hadir dihadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini bagi menyerahkan cadangan pelan perumahan yang dicipta oleh mereka sendiri serta memohon campurtangan politik Perdana Menteri bagi menyelamatkan rumah mereka.

Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), S Arutchelvan berkata memorandum yang diserahkan hari ini lengkap dengan pelan bagi membentangkan bagaimana empat ekar tanah yang dituntut (pekerja ladang) boleh diberikan kepada 41 keluarga yang terlibat.

"Komuniti yang ada ini telah pun proaktif dimana mereka telah pun bersedia dengan menyerahkan plan, di mana tuntannya ialah 4 ekar tanah daripada baki 26 ekar tanah yang ada di Ladang Bukit Jalil," kata Arutchelvan.

Menurut beliau, pihaknya mempertikaikan Skim Perumahan Bagi Pekerja Ladang yang diasaskan oleh Perdana Menteri Pertama Tun Abd Razak pada 1973 gagal dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang.

Beliau juga mengesa Perdana Menteri sekarang, Najib Razak terlibat secara langsung dalam penyelesaian masalah ini.

"Tun Razak bapa perdana menteri kita (Najib Razak) ada membuat satu skim pada tahun 1973 di mana semua ladang harus memberi tanah untuk membina rumah
(pekerja), sejak 1973 hingga 1996 Ladang Bukit Jalil telah pun memohon untuk skim tersebut, dan persoalannya kenapa ia belum dilaksanakan sehingga kini,"jelasnya lagi.

Pemberian pampasan tersebut dilihat tidak munasabah berbanding pengorbanan pekerja ladang yang sejak empat generasi berkhidmat untuk ladang tertua di Lembah Klang itu dan kini mereka menganggap tindakan kerajaan menghalau mereka tidak ubah seperti penduduk setinggan.

Pampasan yang ditawarkan kerajaan kepada pekerja ladang ialah tawaran RM22,852 kepada mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan RM11,986 kepada yang berkhidmat selama 7 tahun.

Ladang Bukit Jalil yang masih menempatkan beberapa rumah bekas pekerja ladang itu kini berhadapan risiko dipindahkan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) mengemukakan notis pengusiran kepada mereka dan permohonan injunksi penduduk menghentikan pengusiran tersebut akan diputuskan pada 27 April depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Arutchelvan berpendapat, sekirannya polisi ini dilaksanakan dengan berkesan, tidak mungkin wujud masalah perumahan bagi pekerja ladang seperti apa yang dinikmati oleh orang melayu melalui skim FELDA dan orang cina menerusi program kampung baru.

"Kalau Tun Abdul Razak masih hidup, mungkin perkara ini akan dilaksanakan, sebab itu kami bertanya kepada Najib untuk memastikan Perdana Menteri yang ada
sekarang ini melihat perkara ini sebagai masalah tanah, isu ini bukan suatu yang luar biasa, bagi tanah untuk bina rumah dan ia juga adalah polisi kerajaan,"tambah beliau lagi.

Pelan Perumahan dan Petisyen Sokongan Selamatkan Ladang Bukit Jalil itu diterima oleh Setiausaha Khas Perdana Menteri, Mohd Amir Harun.

Sekurang-kurangnya 40 wakil penduduk hadir bersama bagi menyuarakan bantahan kerana tidak menerima cara penyelesaian DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik.

Arutchelvan, yang hadir bersama penyelaras Jerit Nalini Ellumalai, Setiausaha JBBPLJ, Thiakarajan Sathasiyam dan lain-lain menyatakan Kerajaan perlu melihat pengorbanan dan kerja-keras mereka yang telah bergenerasi membanting tulang bagi kemajuan negara.

"Kerajaan kena lihat pengorbanan mereka secara keseluruhan selama empat generasi dan tuntutan pemberian empat ekar tanah ini bukan sesuatu yang tidak munasabah,"katanya.

E-mel 1 Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya

Posted: 21 Apr 2011 04:24 AM PDT

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.

Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".

Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.

Dalam jawapannya melalui e-mel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu "tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna"

Pengguna boleh menggunakan akaun e-mel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan e-mel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.-Malaysiakini

Informasi E-Mel 1 Malaysia Silap - Pemandu

Posted: 21 Apr 2011 04:22 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Unit Pengurusan Pencapaian dan Penghantaran (Pemandu) hari ini terpaksa tampil mempertahankan 'perubahan informasi' berkenaan e-mel 1
Malaysia di laman webnya semalam, dengan alasan pertukaran insiatif swasta daripada insiatif kerajaan itu adalah tidak disengajakan.

Perubahan itu dilakukan setelah rakyat Malaysia membantah projek bernilai RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selasa lalu, lapor portal The Malaysian Insider.

Menurut akaun twitter Pemandu di @etp_roadmap semalam, mereka menjelaskan perubahan itu dilakukan untuk membetulkan 'kesilapan yang tidak disengajakan.'

Najib dan Pemandu yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selepas itu terus menegaskan bahawa firma pengelola projek tersebut, Tricubes Berhad tidak akan menggunakan dana rakyat.

Bagaimanapun mengikut laporan portal berkenaan, beberapa syarikat termasuk Tricubes telahpun diundang pada November lepas untuk membida projek tersebut daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang jelas bertentangan dengan hujah bahawa ia insiatif pihak swasta.

Agensi Berita Nasional, Bernama turut melaporkan semalam bahawa Najib mengumumkan projek itus sebagai "permulaan insiatif kerajaan untuk memberikan akaun e-mel dan identiti unik dan rasmi kepada rakyat Malaysia".

E-Mel 1 Malaysia Bukti Ketandusan Idea BN 'Songlap' Duit Rakyat

Posted: 21 Apr 2011 04:20 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM : Drama e-mel 1 Malaysia yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional hanya tahu memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan pandangan rakyat.

Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail menganggap rakyat membantah idea itu kerana kegagalan kerajaan pusat menjelaskan secara telus berkenaan projek ini khususnya penggunaan dana untuk menjayakannya.

Rodziah ketika dihubungi Tv Selangor berkata, rakyat berhak mengetahui status sebenar berhubung e-mel 1 Malaysia ini kerana pelbagai pihak sentiasa berdolak-dalih termasuk berlakunya 'kesilapan' di laman web kerajaan yang sebelum ini mencatatkan projek e-mel tersebut sebagai insiatif kerajaan dan bukannya swasta.

"Kenapa PM dan semua yang terlibat bila ditanya, kejap kata kena bayar, kejap kata tak kena bayar. Itu bukan isunya. Yang penting kita sebagai rakyat berhak tahu berapa wang kita yang terlibat semata-mata untuk dapat e-mel promosikan 1 Malaysia ini. Ini tunjukkan seolah-olah Najib terdesak hendak tunjukkan 1 Malaysia ini diterima rakyat," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Unit Pengurusan Pencapaian dan Penghantaran (Pemandu) hari ini terpaksa tampil mempertahankan 'perubahan informasi' berkenaan e-mel 1 Malaysia di laman webnya semalam dengan alasan pertukaran inisiatif swasta daripada insiatif kerajaan itu adalah tidak disengajakan.

Najib dan Pemandu yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala selepas itu terus menegaskan bahawa firma pengelola projek tersebut, Tricubes Berhad tidak akan menggunakan dana rakyat.

Rodziah bagaimanapun mempersoalkan mengapa Najib begitu tergesa-gesa melakukan hal tersebut sedangkan masih ramai rakyat Malaysia khususnya dari luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan asas dan kemudahan internet.

"Apapun, sebagai PM, Najib Razak harus memastikan wang digunakan pada tempat yang sepatutnya. Jika dia ingin menggunakan teknologi, dia harus memikirkan infrastruktur terlebih dahulu,"jelas Rodziah

Rodziah membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat mula diimplementasikan secara tergesa-gesa oleh kerajaan pusat.

Menurutnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, Barisan Nasional giat memberi wi-fi percuma di beberapa kawasan rumah panjang di negeri itu sedangkan dengan jelas ia merupakan idea Pakatan Rakyat.

"Kerajaan khususnya Najib Tun Razak kena ingat bahawa Kerajaan Selangor telah membuktikan idea wi-fi ini boleh direalisasikan di Peringkat Nasional jika Pakatan Rakyat diberi mandat pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kerajaan Selangor dalam kekangan kewangan dan sebagainya berjaya laksanakan program berkaitan teknologi dan wi-fi dan dengan memikirkan keutamaan kami dan bukan hanya mementingkan golongan tertentu sahaja," kata beliau lagi.

Utusan, PERKASA Lagakan Melayu, Cina

Posted: 21 Apr 2011 04:18 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Najib Razak segera menamatkan konsep 1 Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

Hal ini kerana, bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi", bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan supaya meminggirkan masyarakat Cina yang didakwanya sanggup "membalas susu dengan tuba".

Walhal Najib dalam memperkukuhkan karier politiknya melaungkan di serata pelusuk dunia bahawa beliau membawa dasar 1 Malaysia yang didakwanya untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat. Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya Barisan Nasional tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,"bidas Tian Hua ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di Sarawak tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang mula menyokong Pakatan Rakyat.

Padahal katanya, PERKASA Sarawak sejak ditubuhkan tidak pernah mempersoalkan tentang hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada kaum itu di bawah Gagasan 1 Malaysia.

"Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina," kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

Malah semalam, Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Namun hujah dangkal Ketua PERKASA Sarawak itu menurut Tian Chua hanyalah mainan politik biasa juak Umno yang gemar bermain sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional.

"Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno," kata Tian Chua.

NUJ : Utusan Mesti Fikirkan Kesan Negatif Laporannya Kepada Rakyat

Posted: 21 Apr 2011 04:17 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri pada pandangan masyarakat di negara ini.

Malah kenyataan itu juga mungkin memberi kesan kepada pengedaran dan penjualannya apabila rakyat menolak akhbar yang sering bermain dengan sentimen perkauman.

Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), V Anbalagan ketika dihubungi TV Selangor hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai perkembangan itu yang pada hematnya, bakal menjejaskan pendapatan kaki tangan Utusan sendiri apabila jualan akhbar berkenaan terus merudum kelak.

"Kalau berterusan boleh memungkinkan penjualan surat khabar itu akan turun dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin syarikat tidak mendapat keuntungan.

"Akhirnya yang rugi pekerja-pekerjalah kerana Utusan banyak mengeluarkan berita-berita seperti ini bukan? Ia membakar sentimen kaum bukan?," soalnya.

Menurut Anbalagan, pihak pengurusan Utusan Malaysia seharusnya memahami akhbar tersebut bukan sekadar dibaca oleh orang Melayu tetapi ia dibaca seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

"Utusan mesti faham surat khabar Bahasa Malaysia bukan dibaca oleh orang Melayu sahaja. Ia dibaca oleh semua orang, semua kaum kerana Bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu maksudnya milik rakyat Malaysia," jelas Anbalagan.

"Kenyataan seperti ini tidak memberi sebarang faedah lah dan saya bimbanglah sebab orang mungkin boikot atau tidak mahu membaca surat khabar ini. Saya juga bimbang sebab ramai ahli-ahli NUJ yang bekerja di sana," katanya.

Tambah Anbalagan, sepatutnya akhbar memainkan peranan membawa perpaduan tetapi malangnya Utusan Malaysia berperanan sebaliknya.

Salahuddin : Kerajaan Kelantan Terus Perjuang Hak Rakyat

Posted: 21 Apr 2011 04:12 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan negeri Kelantan membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah bukan atas dasar mencabar kerajaan pusat sebaliknya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri itu semata-mata.

Walaupun berhadapan dengan risiko campur tangan kerajaan pusat, rakyat dapat melihat kesungguhan kerajaan negeri, menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tidak akan mengalah dalam isu ini.

"(Kami) berusaha mendapatkan hak royalti bagi kepentingan rakyat negeri Kelantan, soal menang atau kalah itu bagi saya mudah untuk difahami oleh rakyat dalam pengalaman bagaimana kita membawa kes-kes sebegini (di mana) seringkali (ia) diganggu dengan campur tangan oleh kerajaan pusat," kata Salahuddin kepada Tv Selangor.

Kelantan hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap Petronas.

Permohonan pertama membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kerajaan pusat menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan Kelantan kepada Petronas.

Manakala permohonan kedua supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya tuntutan royalti minyak dipindahkan semula dari bahagian sivil ke bahagian dagang.

Menurut Salahuddin yang juga naib presiden PAS, perjuangan kerajaan negeri dalam mendapatkan hak royalti minyak yang dinafikan oleh Petronas selama ini selari dengan kehendak rakyat.

"Tapi apa yang penting adalah kita menunjukkan kesungguhan kita, kita memberikan sepenuhnya usaha-usaha kita yang kita rasakan sebagai satu tanggungjawab memenuhi mandat rakyat demi memperjuangkan hak kita," ujar Salahuddin.

Justeru menurut Salahuddin, tidak mustahil kerajaan pusat akan terus berusaha untuk membantutkan usaha kerajaan negeri memenangi kes saman berkenaan.

"Bagi saya mereka (kerajaan pusat) akan pergi lebih jauh untuk terus menggagalkan sama sekali usaha kerajaan negeri Kelantan ini. Sudah pasti mereka tidak mahu kemenangan berpihak kepada kerajaan Kelantan,"tambahnya lagi.

Jelas Salahuddin lagi, jika kemenangan berpihak kepada Kelantan, ia akan menjadi ancaman besar kepada kerajaan pusat kerana wang royalti itu nanti akan digunakan untuk progrma-program kebajikan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri itu berhubung pendapatan minyak.

Saman berkenaan difailkan pada 30 Ogos tahun lalu.

Sindrom memperalatkan Kaabah

Posted: 21 Apr 2011 04:06 AM PDT

Ahmad Tajdid

TRIO Umno penayang video lucah - Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim dilaporkan sanggup ke tanah suci Makkah untuk bersumpah di hadapan Kaabah bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka terhadap pembabitan seorang pemimpin pembangkang dalam video lucah hitam putih berteknologi rendah yang kini sudah menjadi tatapan umum termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Pengumuman itu dibuat mereka melalui akhbar yang mempromosi video pornografi, Utusan Malaysia bertarikh 20 April lalu. Akhbar ini khabarnya diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah terpilih atas biaya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang berketuakan seorang pencinta budaya Melayu, Dr Rais Yatim.

"Kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi juga bersedia melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," kata Eskay, seorang muallaf.

Kenyataan Eskay itu disokong Rahim dan Shuib. Malah Shuib yang dilapor suka menginap di salah sebuah hotel di ibu negara atas urusan yang beliau dan Allah SWT sahaja yang tahu mendakwa, 'perjuangan' menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman mahkamah.

Trio Umno pejuang moral itu diminta mengulas kemungkinan akan didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video seks kepada umum. Video seks itu disiarkan pula oleh blogger pro-Umno dan dimuat turun di Youtube. Trio Umno dan polis menafikan menjadi 'jembalang' kepada kegiatan tidak bermoral itu. Dan pihak yang melakukan perbuatan tidak berakhlak itu masih menjadi tanda-tanya sehingga sekarang menyebabkan Ketua Polis Negara menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Artikel ini bukan ditulis untuk mengulas isu video seks yang dipromosikan Utusan Malaysia dan Kosmo!, tetapi hanya sekadar ingin menyentuh kesediaan trio Umno untuk bersumpah laknat di hadapan Kaabah.

Memanglah kita sedari kejahilan trio Umno terhadap hukum agama dan syariah Islam. Dan tidak wajar pula untuk mengulas isu fitnah video seks ini kerana ia hanya sekadar memanjangkan lagi 'lidah syaitan'.

Tetapi budaya sebahagian masyarakat Islam di negara kita yang begitu mengagungkan Kaabah dan Hajar Aswad perlu dibendung supaya ianya tidak sampai ke peringkat syirik.

Ketika Makkah diselimuti fahaman jahiliah, masyarakatnya menyembah berhala. Bahkan kaum Quraisy telah meletakkan tidak kurang dari 360 berhala di dalam dan di sekitar Kaabah. Dalam keadaan itupun, mereka tidak terfikir untuk menyembah Kaabah kerana dalam keyakinan mereka Kaabah bukan tuhan atau berhala.

Mereka hanya melakukan ibadah dan tawaf di sekelilingnya. Kaabah bagi para penyembah berhala itu bukanlah berhala yang disembah. Kaabah bagi mereka adalah rumah Allah SWT untuk melaksanakan ibadah.

Ketika raja Abrahah dari Habsyah mengancam menyerbu Kaabah dengan tentera bergajah, kaum Quraisy tidak merasa takut akan musnahnya Kaabah. Mereka yakin bahawa Kaabah bukan tuhan tetapi 'rumah Allah'. Sudah tentu tuan punya rumah itu akan menjaganya.

Datuk Nabi Muhammad s.a.w., seorang pemuka Quraisy, pada saat genting itu sibuk mengurus kambing-kambing miliknya yang dirampas Raja Habsyah. Abdul Muttalib lebih risaukan kambingnya yang dijarah tentera Abrahah daripada matlamat mereka datang ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah.

Seorang Quraisy bertanya kepadanya: "Wahai Abdul Muttalib! Mengapa engkau sibuk mengurus kambing-kambingmu sedang rumah Tuhanmu hendak dihancurkan?"

Maka beliau menjawab: "Kambing ini kepunyaan saya maka saya menjaganya, sedangkan Kaabah kepunyaan Allah maka Dialah yang menjaganya."

Dan Allah menerangkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia, dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)." (Surah Al-Fiil: 1-5)

Begitulah tamatnya episod tentera bergajah.

Khalifah ar-Rasyidin, Saidina Umar Al-Khattab terkenal dengan ungkapannya yang abadi: "Sesungguhnya aku tahu bahawa engkau (hajar aswad) adalah batu yang tidak membahayakan, dan tidak pula dapat memberi manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, maka sekali-kali aku tidak akan menciummu." (Riwayat Bukhari)

Peringatan Saidina Umar itu perlu bagi mengingatkan umat Islam agar tidak terlampau mengagung hajar aswad, salah satu komponen penting Kaabah kerana ia boleh mengundang syirik.

Umat Islam menghadap Kaabah ketika solat dan tawaf mengelilinginya atas perintah Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." (Surah Al-Baqarah: 144)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah dengan menunggang seekor unta pada ibadah haji terakhir dan menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya. (Sahih Bukhari juz 2, no. 677)

Dengan demikian nyatalah bahawa Kaabah dan Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak dapat mendatangkan celaka atau tidak dapat mendatangkan untung kecuali dengan izin Allah SWT.

Maka hasrat untuk bersumpah laknat di hadapan Kaabah bukanlah daripada ajaran Islam kerana tidak terdapat sebarang nas berhubung kelebihan bersumpah di hadapan Kaabah berbanding di tempat-tempat lain.

Sumpah laknat juga hanya dibenarkan dalam kes li'an, iaitu sisuami yang bersumpah bahawa isterinya seorang yang curang dan nusyuz (derhaka). Sumpah suami juga tidak membolehkan isterinya dihukum hudud kerana ia hanya membersihkan sisuami daripada jenayah Qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil) dan bukan mensabitkan kesalahan siisteri.

Hanya yang wujud adalah nas-nas tentang kelebihan beribadah (solat dan beriktikaf) di Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa dan kesemua ibadah yang dilakukan itu juga perlulah menepati kehendak syariah dan bukan sekadar ikut-ikutan seperti diyakini trio Umno.

Mutakhir ini Masjidil Haram dan Kaabah seringkali dijadikan objek untuk mempamerkan 'komitmen' seseorang terhadap Islam yang dianutinya. Ada yang bernikah di Masjidil Haram dan bergambar di hadapan Kaabah selepas majlis pernikahan. Malangnya apabila pulang ke tanah air, si pengantin perempuan hanya berkemban apabila bersanding di pelamin dan majlis kenduri kahwin itu pula mengandungi unsur-unsur yang tidak menepati syarak.

Banyak lagi kejadian orang ternama yang menggunakan Masjidil Haram untuk mempamerkan imej warak mereka di mata umum. Bagaimanapun apa yang mahu dilakukan oleh trio Umno, iaitu bersumpah laknat di hadapan Kaabah, adalah bid'ah terbaru kumpulan juhala dan jahil murakkab (jahil yang bertimpa-timpa) yang sudah lama berkampung di dalam Umno.

Insafilah bahawa sumpah laknat hatta di hadapan Kaabah pun tidak akan melepaskan mereka daripada jenayah qazaf.

Elok kiranya artikel ini diakhiri dengan petikan buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" tulisan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang:

"Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan qazaf (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh.

"Kaedah syariat berkenaan hal ini adalah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah. Bagaimanapun dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

"Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadi muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum syariat-Nya adalah: Menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Qur'an. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya.

"Kadi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberikan kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasik melainkan jika ia bertaubat."

Setelah membaca penjelasan ini, masih adakah manusia bergelar muslim sanggup pergi ke hadapan Kaabah untuk bersumpah laknat semata-mata untuk menuduh "si polan bin si polan telah melakukan zina?"

Susur keluar ke lebuhraya dari Tasik Puteri tidak lama lagi

Posted: 21 Apr 2011 04:02 AM PDT

Khaulah Azwar


RAWANG: Penduduk Bandar Tasik Puteri bakal menerima susur jalan keluar masuk ke lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (KLKSE) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Selayang, William Leong hari ini.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemantau perkembangan itu bersama Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib, wakil dari Majlia Perbandaran Selayang (MPS), wakil Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ), wakil KLKSE Berhad, wakil pemaju Ap Land Berhad di pejabat MPS baru-baru ini.

(Gambar: William [kri] mempengerusikan mesyuarat bersama. Kanan sekali adalah Zaidy)

Menurut William, status lebuhraya fasa pertama yang telah siap dibina adalah terowong dan jambatan untuk menghala ke bandar Tasik Puteri.

Kesemua plan pembangunan susur keluar masuk ini telah diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab melalui maklumat yang telah diberikan oleh wakil LLM.

Dalam perbincangan itu juga wakil daripada LLM mengatakan, pihaknya tiada masalah untuk menguruskan pengambilan tanah atas persetujuan rakyat di kawasan kediaman Bandar Tasik Puteri.

Disini apa yang penting pihak pemaju perlu berbincang dengan pihak konsesi lebuhraya untuk plan rekabentuk bagi mendapatkan keluasan tanah yang bakal diambil dan diserahkan kepada LLM untuk disahkan.

Penduduk Bandar Task Puteri sentiasa merungut dengan masalah kesesakan jalan raya yang mereka hadapi untuk ke tempat kerja mereka samada Kuala Lumpur atau lain-lain tempat.

Mereka terpaksa melalui jalan Rawang - Batu Arang yang sentiasa sesak untuk keluar ke tol Rawang menuju lebuhraya Utara Selatan.

Ekoran itu, dalam satu dialog dengan pelbagai pihak pada 24 Oktober tahun lalu, mereka mendesak agar susur keluar ke kawasan mereka dibuat dari KLKSE yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 24, Zaidy Abdul Talib pula berkata, "Tujuan kita adakan mesyuarat ini bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan kemelut susur keluar-masuk lebuhraya KLKS yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna lebuhraya disini".

(Gambar: Zaidy melihat jambatan yang dibina untuk menghubungkan KLKSE ke bandar Tasik Puteri)

"Alhamdulilah semenjak jaawatankuasa pemantau ini ditubuhkan hasil daripada dialog bersama rakyat pada pada 24 Oktober 2010 yang lalu, kita telah adakan sebanyak tiga kali mesyuarat bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh penduduk disini.

"Sebulan selepas itu mesyuarat kali pertama pada 24 november 2010 dan pada 26 januari 2011 mesyuarat ke2.

"Hasil perbincangan bersama ahli mesyuarat, kita telah pun membuat pemantauan turun padang ke tempat berkenaan bagi melihat tapak projek keluar masuk lebuhraya tersebut bagi memastikan status dan proses berjalan lancar seperti yang diperbincangkan," katanya.

Berapa Felda belanja PRK Tenang, Kerdau

Posted: 21 Apr 2011 04:01 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak Felda menyatakan jumlah perbelanjaan yang dibuat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Johor dan Kerdau, Pahang.

Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sepanjang tempoh kempen untuk kedua-dua pilihan raya kecil itu yang masing-masing pada Januari dan Mac lalu, seluruh jentera Felda digunakan untuk membantu kempen BN.

Dun Tenang dan Kerdau masing-masing mempunyai tiga Felda.

"Kita dapati bagaimana jentera Felda diperkudakan, semua pegawai-pegawai mereka di Kuala Lumpur,semua pengurus Felda dan anak-anak syarikat digembleng untuk terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil," katanya kepada Harakahdaily.

Januari lalu, Mazlan pernah mendedahkan bukti bahawa BN menggunakan pelbagai kemudahan serta bajet sokongan untuk membantu jentera BN di Tenang.

Beliau mendakwa kenderaan rasmi serta pegawai Felda turut dikerah untuk menggerakkan kempen BN di Tenang termasuk menggunakan kenderaan rasmi dan mengerah pegawainya turun berkempen.

Dakwanya juga, pejabat Felda beroperasi sehingga jam 11malam sepanjang tempoh kempen sedangkan waktu kerja sehingga lima petang sahaja.

Sementara itu, pada sidang media semalam juga, Mazlan turut mendesak Felda menjelaskan dakwaan bahawa bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor diberi hadiah saguhati berjumlah RM84,000 oleh salah satu daripada sepuluh wilayah Felda.

Beliau menunjukkan slip pembayaran yang menunjukkan Wilayah Segamat membuat pembayaran itu sewaktu Mohd Yusof bersara pada Januari lalu.

"Saya sudah dua tiga kali tanya berapa jumlah (bayaran) persaraan kepada Tan Sri Yusuf Nor yang sampai hari ini tak dijawab.

"Di Wilayah Segamat sahaja yang dibayar kepada beliau sebanyak RM84,000. Ini baru satu wilayah.

"Adakah wilayah lain juga diarahkan membuat bayaran seperti itu? Jika mereka bayar, adakah jumlahnya sama?" soalnya.

Royalti: Kelantan kemuka 2 rayuan

Posted: 21 Apr 2011 03:57 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dua rayuan dikemuka kerajaan negeri Kelantan hari ini berhubung kes samannya terhadap syarikat Petroliam Nasional Berhad , Petronas dalam isu tuntutan royalti minyak dan gas.

Permohonan dibuat kepada Mahkamah Rayauan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

Permohonan kedua mahu mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.

Ianya merupakan perkembangan terbaru isu tersebut setakat ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd. Yusof pada 22 Mac lalu telah membenarkan permohonan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman tersebut.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.

Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.

Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.

Pulang wang: Umno Pulau Pinang belum serah nama

Posted: 21 Apr 2011 03:54 AM PDT

Harakahdaily

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program itu.

"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100 di bawah PPWE, kerajaan negeri turut menyalurkan wang khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

Katanya, sejak program itu dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Jelasnya, sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk mensebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun kerajaan negeri masih meneruskan inisiatif itudemi kebaikan rakyat.

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus

Posted: 21 Apr 2011 03:45 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.

Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney.

Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".

Pegawai Khas kepada Dr Lo' Lo', Yasir Asri Zaid Yazid menegaskan, pihaknya amat kesal dengan pemasangan 'banner-banner' itu kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas terhadap Dr Lo'Lo'.

Menurut beliau, pada hal sejak awal kejadian, Dr Lo' Lo' telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan tinjauan yang disusuli dengan beberapa tindakan bagi membantu mangsa yang terlibat dan berusaha mengatasi kejadian itu dengan pelbagai cara.

Katanya, Dr Lo' Lo' ternyata tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku dan ia bukan sekadar diakui mereka yang menjadi mangsa, tetapi juga seluruh penduduk Kampung Baru yang prihatin dengan kejadian itu.

"Antara usaha yang dilakukan oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami, kami bukan sekadar membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menumpangkan mereka tinggal di Dewan Serba Guna yang terletak di Jalan Hamzah di Kampung Baru ini, tetapi juga membantu menyediakan makanan dan minuman secukupnya kepada mereka.

"Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami untuk tinggal di rumah PPR Jalan Ayer Panas dekat Setapak sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah terjamin keselamatannya," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Di samping itu, Dr Lo' Lo' turut berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak bertanggungjawab bagi mengatasi kejadian itu termasuk dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kini, hasil dari perbincangan itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah pun digerakkan untuk segera mengatasi kejadian itu dengan beberapa langkah wajar termasuk membaikpulih kawasan kejadian dengan menambak kembali tanah yang runtuh, membaiki kembali longkang yang pecah dan mengadakan beberapa langkah keselamatan bagi penduduk di kawasan itu.

Katanya, kejadian tersebut membabitkan 58 keluarga termasuk warganegara luar, tetapi daripada jumlah itu hanya 7 keluarga sahaja yang paling teruk terjejas.

Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak.

Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya.

Kejadian tidak diduga itu sememangnya mencemaskan, tetapi hasil usaha Dr Lo' Lo' dengan kerjasama pihak-pihak berwajib, 51 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak Ahad lalu setelah rumah-rumah mereka terjamin selamat.

Menurut Yasir Asri, 7 keluarga yang terjejas teruk itu pula ditempatkan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ayer Panas sehingga selesai kerja-kerja menambak dan membaikpulih tempat kejadian.

"Keluarga yang ditempatkan di PPR Jalan Ayer Panas itu dijangka akan terus tinggal di sana sehingga kerja-kerja itu selesai yang dijangka sehingga tiga bulan tanpa sebarang bayaran, hasil ketegasan dan kecekapan rundingan Dr Lo' Lo' dengan pihak DBKL," tegasnya.

Dengan perkembangan tersebut, beliau yakin segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu terhadap Dr Lo' Lo' pasti akan terpadam dengan sendirinya kerana ia bukan sekadar dapat dinilai sendiri oleh penduduk Kampung Baru, tetapi juga oleh pelbagai pihak di seluruh negara.

"Tambahan pula dalam masa yang sama, 'banner-banner' itu bukan sekadar segera diturunkan oleh pihak kami, tetapi kami sendiri juga akan turut mendedahkan kepada pelbagai pihak tentang fitnah mereka itu agar semua pihak dapat menilainya dengan adil," tegas beliau.

Kes royalti: Kelantan bantah pusat jadi pencelah

Posted: 21 Apr 2011 03:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Kelantan mengemukakan rayuan membantah keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak.

Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindah semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial.

Laporan Bernama Online menyebut Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar kedua-dua permohonan itu.

Peguam Rishwant Singh, yang mewakili Petronas berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof telah menetapkan 20 Mei ini bagi sebutan saman itu selepas menemui beliau bersama peguam Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili kerajaan Kelantan, dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, yang mewakili kerajaan pusat, semasa pengurusan kes.

Pada 22 Mac, hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua.

Pada 31 Mac, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.

Kerajaan Kelantan mahu supaya kes itu didengar oleh Mahkamah Baru Komersial kerana kes itu pada asalnya didengar oleh mahkamah berkenaan.

Ia akan didengar di Mahkamah Baru Sivil.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan berhubung dakwaan melanggar kontrak mengenai pembayaran wang kepada negeri itu bagi hasil minyak berdasarkan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, yang menetapkan bahawa Petronas harus membayar lima peratus dalam bentuk wang tunai daripada hasil minyak, yang diperoleh daripada kerja mencari gali sama ada di darat atau di luar pesisir pantai.

Dalam kenyataan tuntutannya itu, kerajaan negeri memohon perintah supaya Petronas membuat penjelasan penuh dan benar mengenai semua fakta berhubung bayaran yang harus diberikan kepada Kelantan serta tempoh minyak ditemui dan dihasilkan di luar pesisir pantai Kelantan.

Kamus Dewan: MIC gesa Kementerian Pelajaran, DBP jaga sensitiviti kaum

Posted: 21 Apr 2011 03:43 AM PDT


PUTRAJAYA — MIC turut turun gelanggang debat mengenai isu Kamus Dewan dengan menggesa Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar mengambil kira sensitiviti kaum dalam menerbitkan buku panduan bahasa itu.

Timbalan presidennya Datuk Dr S. Subramaniam berkata kerajaan perlu mempertimbangkan sensitiviti kaum dalam setiap dasarnya sepanjang masa.

"Saya merasakan ini satu isu yang sukar. Kita perlu melihatnya dari perspektif komuniti (India) dan (juga) perspektif Kementerian Pelajaran dan cuba untuk menyelesaikan sebab dalam konteks rakyat Malaysia, sensitiviti kaum akan sentiasa wujud.

"Ia sesuatu yang perlu diambil pertimbangan dalam mana-mana polisi yang lazimnya kita lakukan dan dalam mana-mana sistem pembentukan negara ini," katanya lagi.

Katanya, kerajaan mesti mempertimbangkan sensitiviti kaum yang berlainan dalam pendekatannya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan perlu melihat aspek ini agar Kementerian Pelajaran dan DBP akan melihat isu secara lebih holistik, bukannya dari segi bahasa malah "dari segi sensitiviti pelbagai kaum."

Sabtu lalu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India, mendakwa Kementerian Pelajaran menafikan hak bukan Melayu terhadap Bahasa Malaysia ekoran kenyataannya bahawa Kamus Dewan, terbitan DBP hanya milik orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan oleh kaum lain.

Presidennya Uthaya Sankar SB berkata, jawapan Kementerian Pelajaran berhubung isu semasa — dakwaan yang Kamus Dewan mempunyai banyak kata-kata menyinggung perasaan kaum India — ternyata cuba menafikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh bangsa Malaysia.

Sebaliknya (Kementerian Pelajaran) memaksa orang lain melihat serta menganggap Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) sebagai milik kaum tertentu sahaja.

DBP terletak di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran.

"Jawapan dan pendirian seperti ini yang mewakili kerajaan Malaysia pasti menggagalkan usaha murni mengangkat martabat dan maruah Bahasa Malaysia, serta usaha membina Bangsa Malaysia," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kamus Dewan semasa adalah edisi keempat, dipasarkan sejak 2005. Edisi pertama keluar pada 1970.

Isu terbaru ini muncul ketika kontroversi novel Interlok masih berlarutan meskipun Kementerian Pelajaran menegaksan ia sudah ditutup.

Bagaimanapun pertubuhan-pertubuhan penulis Melayu seperti Gapena dan Pena mempertahankan Kementerian Pelajaran dan DBP.

MCA: Tidak adil Utusan hukum pengundi Cina Sarawak

Posted: 21 Apr 2011 12:52 AM PDT


SUBANG JAYA– MCA menolak andaian Utusan Malaysia bahawa kaum Cina di Sarawak mengundi mengikut sentimen kaum, sebaliknya menegaskan ia adalah aliran sokongan pengundi-pengundi bandar yang memberi sokongan kuat kepada pembangkang khususnya DAP, Sabtu lalu.

Sehubungan itu menurut Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar), pilihan raya negeri Sabtu lalu juga menunjukkan pengundi-pengundi bandar, yang kebanyakannya masyarakat Cina, nampaknya mempunyai keperluan berbeza, yang turut menggambarkan Barisan Nasional (BN) "perlahan" dalam memenuhinya.

"Utusan tidak boleh membuat generalisasi sebagai keseluruhan keadaan. Ia tiada kaitan dengan (sentimen) kaum... ia berkaitan dengan keperluan bandar dan keperluan luar bandar," kata Menteri Kesihatan ini tetapi tidak menjelaskan perbezaan keperluan yang dimaksudkan.

Kata beliau, adalah tidak adil untuk "menghukum" pengundi kononnya memberi sokongan mengikut garisan kaum.

Sehubungan itu beliau menggesa akhbar milik Umno itu agar berhenti daripada memainkan isu-isu perkauman yang boleh memecahbelahkan lagi masyarakat pelbagai kaum.

Umno dan MCA merupakan rakan komponen kanan dalam BN bersama MIC.

Beliau juga memberi jaminan BN bekerja keras untuk memenuhi keperluan pengundi-pengundi bandar yang menekankan soal urus tadbir yang baik berbanding isu-isu pembangunan.

"Ada jurang bandar-luar bandar dan kami perlu melihat perkara itu. Sebagai kerajaan kami mesti ambil berat soal kepentingan semua rakyat," kata Liow lagi.

Akhbar milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) pada Ahad lalu menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

"Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Kemudian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."

Kecaman ke atas DAP dan pengundi-pengundi Cina berterusan semalam.

Dalam tulisan ruangan Cuit semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pula berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

NGO dakwa Muhyiddin berbohong, isu Interlok belum selesai

Posted: 21 Apr 2011 12:45 AM PDT

TERKINI



KUALA LUMPUR — Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong apabila bulan lalu mengatakan bahawa kontroversi berkaitan novel "Interlok" sudah selesai.

Kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai organisasi khususnya mewakili kaum India juga mendakwa Kementerian Pelajaran juga telah gagal dalam memberi respons ke atas laporan-laporan yang dihantar mereka, menggariskan alasan mengapa novel itu seharusnya digugurkan daripada silibus kementerian.

Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Hai berkata novel itu pada keseluruhannya menggambarkan kesemua rakyat Malaysia secara negatif, bukan hanya masyarakat India.

Mereka mendakwa novel itu tidak memenuhi kriteria garis panduan asas Kementerian Pelajaran.

"Timbalan Perdana Menteri berbohong... beliau memberitahu Parlimen pada 24 Mac (lalu) bahawa novel itu akan dikekalkan dalam silibus.

"Tetapi apa yang beliau beritahu rakyat Malaysia, berdasarkan laporan media, ialah Interlok hanya akan digunakan selepas pindaan yang sewajarnya dibuat," kata beliau pada sidang media hari ini.

Katanya, selaku pengerusi NIAT beliau ada menulis kepada Muhyiddin dan juga Ketua Pengarah Pelajaran untuk membincangkan perkara itu, tetapi tiada pihak yang memberikan respons setakat ini.

"Kami hendak tahu mengapa novel itu dimasukkan ke dalam silibus jika ia tidak memenuhi garis panduan kementerian?

"Adakah beliau (Muhyiddin) hendak memberitahu bahawa kami perlu menerima sampah (novel) ini," kata Thasleem.

Oleh itu katanya, adalah salah jika Muhyiddin menuduh NIAT "mempolitikkan" isu ini memandangkan kaum Cina juga kini menentang novel Interlok.

Katanya, berdasarkan penyelidikan selama "900 jam" pihaknya, novel itu seharusnya ditarik balik daripada digunakan sebagai teks sastera Bahasa Melayu SPM.

ALTIMATUM BUAT PRESIDEN UMNO

Posted: 21 Apr 2011 12:29 AM PDT

Oleh: AWANGKU HALIM PANGIRAN TENGAH (sabahkini)

SEJUMLAH 14 daripada keseluruhan 29 cawangan UMNO di Labuan yang telah membuat usul di dalam mesyuarat cawangan UMNO baru-baru ini agar Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digugurkan Majlis Tertinggi UMNO dikembalikan semula kepada jawatannya; atau mereka akan berpaling tadah dengan membubarkan 14 cawangan berkenaan dan memberi sokongan kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

TERBALIK.....Arif memegang logo UMNO dalam keadaan terbalik bagi menggambarkan situasi sebenar UMNO Labuan ketika ini.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Labuan, Arif Bin Buang, yang juga Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha 2 yang mendakwa mewakili 14 Cawangan UMNO Labuan telah menghubungi Sabahkini.net dan bersedia memberi kenyataan bersumpah di hadapan kamera video untuk siaran Sabahkinitv.

Menurut Arif, mereka sudah bosan dengan sikap dolak dalih Majlis Tertinggi UMNO yang secara malafide telah merancang penyingkiran Ketua UMNO Labuan secara bersindiket untuk melumpuhkan UMNO dengan membuat tuduhan palsu yang sengaja direka-reka dan dipinda beberapa kali semata-mata untuk memastikan Suhaili kecundang di mahkamah.

"Kami amat kesal kerana di dalam surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 8 Mei 2008 kepada Datuk Suhaili menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 6 Mei telah membuat keputusan bahawa jawatan YBhg Dato' (Suhaili) sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan adalah digantung untuk sementara waktu sehingga kes YBhg Dato' selesai dibicarakan. Tetapi setelah kes berkenaan dibicarakan, beliau masih digantung tidak bertali," kata Arif bahawa rayuan yang difailkan Pendakwaraya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiksa Suhaili dan ahli UMNO Labuan.

Tegas Arif, lagipun Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah mengeluarkan surat pengesahan bahawa Suhaili boleh kembali memegang jawatannya kerana masalah teknikal berkenaan telah diselesaikan sepenuhnya melalui proses undang-undang.

"Jika UMNO yang pernah diharamkan di mahkamah tidak menghormati Pendaftar Pertubuhan, siapa lagi yang akan hormat kepada UMNO?," tanya Ariff menjelang sesi rakaman video di sebuah komplek membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur kelmarin.

Sehubungan itu, Arif yang menyatakan mendapat mandat 14 Ketua Cawangan UMNO Labuan telah menyatakan pendirian dan memberi altimatum kepada Presiden UMNO agar mengembalikan ketua mereka ke jawatan asal.

Menurut Arif, semua ketua cawangan Pro-Suhaili kesal kerana UMNO mengeluarkan dua kenyataan yang bercanggah iaitu menggantung sementara Suhaili (surat Tengku Adnan) dan menggugurkan Suhaili mengikut Seksyen 10.10 yang dibaca bersama Seksyen 10.16 Perlembagaan UMNO.

"Apakah MT UMNO perlu mengikuti kursus Bahasa Malaysia kerana menggunakan perkataan 'gugur' dalam Mesyuarat dan perkataan 'gantung' dalam surat?," soal Arif yang jengkel dengan sikap MT UMNO yang menyimpang daripada dasar perjuangan parti dan menjadi 'keldai pengangkut barang' pihak tertentu di luar UMNO.



GANTUNG.....Surat ini menyatakan Datuk Suhaili digantung tetapi dalam laman web UMNO menyatakan GUGUR menurut Seksyen 10.10 Perlembagaan UMNO.

Sehubungan itu, Arif menggesa agar MT UMNO menyelesaikan segera isu pengguguran atau penggantungan jawatan Suhaili menjelang pilihanraya umum akan datang kerana mereka tidak akan teragak-agak membubarkan 14 cawangan UMNO Labuan dan memberikan sokongan kepada pembangkang bagi memastikan UMNO tumbang di Labuan.

Sebelum ini, Sabahkini.net melaporkan bahawa Suhaili mendedahkan ada 'Tangan Ghaib' yang sedang berusaha keras untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah mereka berjaya membius dan menjatuhkan Pak Lah suatu ketika dahulu.

Kenyataan Suhaili dibuat sebelum Raja Petra Kamaruddin membuat kenyataan di media perdana yang mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri setelah Pak Lah berundur.

"Saya agak kesal kerana Majlis Tertinggi UMNO mengambil masa yang terlalu lama dan menghukum saya sedangkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan membenarkan saya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan. Saya tidak tahu apa lagi yang mereka mahu buat terhadap saya," ujar Suhaili yang agak terkilan kerana Majlis Tertinggi UMNO menjadikan alasan rayuan Pendakwaraya sebagai faktor penyebab beliau belum dibenarkan memegang kembali jawatannya yang digantung Majlis Tertinggi UMNO.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa jawatan seseorang pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Namun kata Presiden UMNO tidak dikotakan oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Suhaili telah dibebaskan daripada tuduhan Akta Kebankrapan pada 27 September 2010, namun Suhaili bagaikan dipasung mati kerana Majlis Tertinggi enggan membenarkan beliau memegang jawatan yang dimenangi secara sah.

"Memang ada tangan ghaib di dalam UMNO yang mengotorkan tangan Presiden UMNO, tapi belum tiba masanya untuk saya dedahkan; melainkan jika terpaksa," ujar Suhaili mengulangi amarannya yang tidak teragak-agak untuk bertindak di sebaliknya jika masa hadapan politiknya cuba dimusnahkan.


Memahami kejahilan politik BN

Posted: 21 Apr 2011 12:27 AM PDT

Hafiz Zainuddin

PR kecundang, BN melemah

Kita tidak boleh menuduh rakyat Sarawak telah silap membuat pilihan. Atas kefahaman dan penilaian tertentu, mereka telahpun menggunakan ruang demokrasi yang disediakan sebaik mungkin. Yang pasti, Pakatan Rakyat nyata kecundang apabila gagal menggantikan BN malah menafikan majoriti 2/3 pun masih jauh.

Sama sekali PRN Sarawak kali ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada PR yang begitu yakin untuk menafikan majoriti 2/3 BN sekaligus membuktikan bahawa congakan awal oleh Zentrum meleset. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya menunjukkan peningkatan undi kepada PR adapun BN masih selesa dengan kemenangan 55 kerusi dari 71 kerusi bertanding.

Secara umum, rakyat Sarawak masih selesa dengan BN dengan mandat baru yang telah diberikan.

Pada masa yang sama menjelaskan bahawa strategi kempen BN nampaknya gagal mempertahankan majoriti sedia ada walaupun jentera BN bertungkus lumus berkempen. Isu video seks nyata tidak memberi kesan kepada minda rakyat Sarawak malah populariti Najib dan Muhyiddin juga tidak mampu membendung kecenderungan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kemenangan beberapa kerusi tambahan untuk Pakatan Rakyat juga melucutkan gelaran Sarawak sebagai fix deposit buat BN.

Kemenangan DAP menggusarkan?

Hampir 80% dari 15 kerusi yang di menangi Pakatan Rakyat didominasi oleh DAP. Ternyata, DAP berjaya mengubah sentimen rakyat yang selama ini menyokong SUPP yang mewakili sebahagian besar masyarakat Cina Sarawak. Kesimpulan pertama yang boleh dibuat dari kemenangan besar DAP ini ialah, masyarakat Cina komited dalam meneruskan agenda perubahan dengan memberikan sokongan padu mereka kepada calon-calon Pakatan Rakyat manakala PAS dan PKR pula telah mula diterima di Sarawak dengan peningkatan undi di kawasan-kawasan tertentu. Atas kejayaan besar ini DAP telah dimangsakan oleh media.

Apa lagi yang oleh diperkatakan dengan kemenangan besar DAP ini baik di Semenanjung mahupun di Sarawak? Sudah tentu kemenangan DAP ini menimbulkan rasa kurang senang dari BN yang telah hilang sokongan dan kepercayaan dari masyarakat Cina seolah-olah masyarakat Cina memberi signal kepada kerajaan bahawa "kami tidak perlu lagi diwakili di peringkat federal", "kami boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa".

Perubahan berani yang dilakukan oleh masyarakat Cina Sarawak telah disalah erti sebagai sebuah "kebangkitan Cina". Malah kemenangan DAP ini digambarkan sebagai menularnya "politik perkauman". Persoalannya, apakah jika masyarakat Cina memberi kemenangan kepada SUPP dianggap kemenangan untuk Melayu? Walhal calon-calon yang bertanding mewakili SUPP juga di kalangan masyarakat Cina. Apakah yang sebenarnya cuba digarapkan oleh media perdana negara ini dengan dakwaan yang begitu dangkal dan menjatuhkan imej profesional mereka. Sekiranya kita benarkan dakwaan ini, apa pula yang boleh dijelaskan dengan kemenangan PAS di Kedah dan bertahannya kerajaan PAS di kelantan selama lebih 20 tahun?

Kemenangan PAS dicemburui

Situasi politik dan budaya di Malaysia masih lagi berlegar disekitar faham perkauman sempit malah BN sangat selesa dengan "tradisi" ini. Isu kaum sering kedengaran di negara ini untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar. Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan menyatakan bahawa "persaingan kelompok atasan diberi wajah kaum".

Masyarakat Bumiputera dan Melayu harus disedarkan dari salah faham ini. Ayuh kita lihat sebagai contoh; Jika PAS yang memenangi sesebuah kawasan atau negeri, orang Melayu akan dituduh sebagai golongan yang tidak mahu bersyukur dengan jasa kerajaan, jika PKR yang menang, rakyat akan dituduh pula sebagai menyokong pengkhianat bangsa dan jika kemenangan itu di pihak DAP (sudah tentu kawasan Cina), kemenangan itu ditafsir sebagai "kebangkitan Cina" Dan menunjukkan seolah-olah masyarakat Cina tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan atas dominasi ekonomi yang diperoleh. Apakah kita rakyat Malaysia juga perlu termakan dengan isu-isu sebegini?

Bukan kaum, tapi diskriminasi politik

Saya ingin bertanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; apakah rakyat tidak punya hak untuk memilih sehingga jika ia tidak berpihak kepada pemerintah mereka akan dituduh sedemikian rupa? Haruskah rakyat di negara ini terus diperbodohkan dengan pandangan-pandangan berbaur perkauman yang tidak sihat dan ia dibiarkan berleluasa?

Kita masih lagi dalam bahang suasana PRN Sarawak. Kemenangan besar DAP sebenarnya menjelaskan bahawa masyarakat Cina mahu untuk berubah dan berani melakukan perubahan. Apa yang berlaku kepada masyarakat Bumiputera pula, mereka punya azam untuk berubah tetapi masih terperangkap dengan hegemoni Melayu-Melanau dan dibatasi dengan sikap sinikal dan takut apatah lagi masih dimainkan dengan politik projek "jalan raya" yang nampaknya masih belum selesai.

Soalnya sekarang bukanlah "kebangkitan Cina". Orang Cina telahpun bangkit dari kemiskinan mereka sejak selepas merdeka lagi. Keputusan PRN Sarawak sebenarnya menunjukkan bahawa masyarakat Cina cuba bersikap lebih realistik dan berani melakukan perubahan. Selain itu, ia juga membuktikan kepada kita bahawa masyarakat Cina lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan politik tanah air. Saya bukanlah memuji tetapi inilah yang harus kita semua fikirkan bersama. Ya, agar kita seluruh rakyat Malaysia lebih realistik dan berani menyatakan pendirian terhadap isu-isu penyelewengan dan salah urus tadbir pemimpin-pemimpin negara.

Memang, Bumiputera-apalagi orang Melayu diutamakan dalam arus pembangunan nasional agar dapat bersaing dengan masyarakat yang lain. Akan tetapi, dilema yang dihadapi bukan diskriminasi dari sisi kaum tetapi apa yang berlaku adalah diskriminasi politik. Lihat sahaja apa yang pernah berlaku di Terengganu berkaitan royalti minyak yang ditukar kepada Wang Ihsan apabila PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Begitu juga diskriminasi berbelas-belas tahun kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam hal peruntukan kewangan dalam projek bekalan air bersih yang sehingga kini menjadi tanda soal.

Nampaknya isu perkauman ini sengaja terus dibangkit dalam mempertahan monopoli politik BN agar dilihat perjuangan mereka relevan sehingga sekarang. Apakah kemiskinan sebahagian masyarakat bumiputera di bandar dan di kawasan pedalaman di hadapan mata kita membuktikan BN benar-benar memperjuangkan nasib golongan ini? Dan apakah kita masih tidak malu kerana masih dicengkam dengan hegemoni kaum ini? Sejarah telahpun membuktikan kebenaran dan telah sampai masanya untuk kita merevolusikan minda!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Myemail.my: Propaganda ditransformasi kepada pemantauan?

Posted: 21 Apr 2011 12:20 AM PDT

Ooi Heng

Geram betul otak durianku! Sementara kita menyaksikan bagaimana isu fitnah video seks membawa masyarakat Malaysia ke arah kegilaan peradaban, kini rejim Najibnomics cuba membawa 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ke arah kegilaan pemantauan (surveillance).

Bertopengkan slogan seperti "transformasi" dan "ETP" yang cuba mendoidoikan rakyat, Kerajaan Najib nampaknya sedang berusaha menangani cabaran dunia siber dan politik semasa dengan projek E-mel 1Malaysia yang cuba menyeragamkan tabiat warga siber lantas memudahkan kawalan terhadap warga siber atas nama keselamatan transaksi urusniaga kerajaan (awam) - tetapi dikendalikan oleh syarikat swasta yang terjalin hubungan nepotisme.

Bukankah transformasi yang diwar-warkan sepatutnya membawa perubahan ke arah emansipasi insan dan bukannya ke arah kegilaan? Otak durianku tidak faham, siapa yang mengilhamkan idea pemantauan ini kepada Perdana Menteri yang agung lagi mengagungkan? Selain percubaan menyelamatkan Syarikat Tricubes Berhad yang berdepan dengan masalah kewangan melalui pemberian kontrak E-mel 1Malaysia bernilai RM50 juta, apakah Kerajaan Najib cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa unit PEMANDU yang dipertanggungjawabkan dengan "tugas transformasi" sebenarnya merupakan "unit propaganda" demi menyelamatkan rejim UMNO-BN?

Mengapa PEMANDU memasukkan projek bersifat pemamtauan dalam senarai panjang Program Transformasi Ekonomi (ETP)? Bukankah insan bergelar Idirs Jala (gambar kanan) kelihatan seperti seorang hero yang membawa pelan transformasi yang maju ke depan? Takkan beliau tidak tahu apa itu hak dan kebebasan peribadi atau privacy seseorang? Takkan beliau tidak membaca buku sejarah dan memahami bagaimana rejim pemerintah masa lampau melancarkan propaganda bertopengkan agenda transformasi masyarakat dan cuba memperbodohkan rakyat sesebuah negara lantas memudahkan kawalan terhadap rakyat dilakukan?

Propaganda yang dimaksudkan otak durianku merujuk kepada keadaan di mana rakyat dipaksakan untuk menyetujui "secara sukarela" dan secara massa sesuatu program kerajaan yang pelaksanaannya berkecenderungan menyeragamkan tabiat rakyat sehingga kawalan berkesan dalam era siber menjadi mungkin. Percubaan membentuk ketaksuban rakyat terhadap segala projek 1Malaysia sehingga retorik 1Malaysia berubah daripada slogan kepada identiti warga Malaysia secara paksaan sedang bergiat secara aktif.

Sedarkah Idris Jala bahawa Orang Asli, Iban Laut, Kadazan, Bidayuh, Melanao, Penan, Kelabit, Melayu, India, Cina dan etnik lain telah berdekad lama diperbodohkan oleh rejim pemerintah yang melakukan kawalan hampir sepenuhnya semenjak seseorang dilahirkan hingga dikuburkan? Kini warga siber pula cuba diperbodohkan?

Sesungguhnya, Kerajaan Najib telah membelanjakan sekitar RM60 juta untuk kegunaan penubuhan "unit propaganda" dan tambahan sekitar RM60 juta lagi untuk operasi unit tersebut…… Alamak! Terlanjur kata pula. Takkan duit berpuluh-puluh juta digunakan untuk propaganda, mestilah duit itu digunakan untuk "transformasi" dan "kebaikan rakyat". Inikan Kerajaan 1Malaysia 1Melayu 1Bumi?

Sukar untuk otak durianku menggalur-galur asal-usul idea propaganda yang begitu canggih. Jangan-jangan APCO lagi yang mengilhamkan idea sedemikian kepada pemimpin teragung yang sedang memikirkan kaedah menyelamatkan UMNO-putra bertopengkan Najibnomics! Kalau ya, adakah APCO cuba meyakinkan Perdana Menteri bahawa perkhidmatan e-mel percuma seperti Hotmail dan Gmail merupakan agenda "imperialisme budaya Barat", maka agenda Najibnomics haruslah memasukkan suatu pelakaran yang menggambarkan Najib sebagai seorang hero anti-imperialisme budaya Barat dengan berbekalkan E-mel 1Malaysia kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas?

Tahukah Kerajaan Najib pengintaian maklumat peribadi tidak kira oleh pihak kerajaan atau pihak swasta adalah bercanggah dengan perlindungan hak peribadi seseorang yang diutamakan oleh dunia yang bertamadun seperti yang digariskan di bawah Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 seperti berikut:

"Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi (privacy), keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian."

Sedarkah Kerajaan Najib bahawa laporan yang dikemukakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa Privacy International bahawa, Malaysia menduduki tempat terakhir bersama-sama dengan China dan Russia yang dikategorikan sebagai "endemic surveillance societies" dengan markah indeks serendah 1.3 pada tahun 2007?

Menyentuh China sebagai surveillance societies atau masyarakat pemantauan, umum sedia maklum bahawa Kerajaan China merupakan Kerajaan Komunis yang sedang giat mengawal aktiviti dunia siber warga China dengan seribu bentuk kawalan. Kesan kawalan ketat yang dirasai warga China sekian lama mirip dengan kesan kawalan berbentuk panoptisme.

Menurut ahli falsafah British Jeremy Bentham, rekebentuk Panopticon adalah sebegitu rupa sehingga segala gerak geri banduan (dianalogikan dengan warga China) diawasi oleh penyelia (dianalogikan dengan rejim komunis) yang bertugas dalam menara Panopticon, tetapi pada masa yang sama, banduan tidak dapat melihat keadaan dalam sekitar menara Panopticon.

Dalam tesis penulisan Ketua Pengarang MerdekaReview Chang Teck Peng, beliau memetik penjelasan Bentham iaitu perlakuan dan fungsi kuasa berbentuk panoptisme adalah sedemikian rupa di mana kuasa seharusnya nyata (visible) dan tidak dapat diketahui (unverifiable).

"'Nyata' membawa maksud bahawa banduan sentiasa menyedari kewujudan menara pusat yang tinggi itu di depan mata, manakala 'tidak dapat diketahui' bermaksud banduan itu tidak mengetahui sama ada dia diawasi pada mana-mana ketika, tetapi dia sudah pasti bahawa dia memang sentiasa diawasi."

Dalam sejarah tamadun manusia dan emansipasi insan, kawalan secara tidak langsung dan hampir sepenuh yang dilakukan oleh rejim komunis seperti yang dilakarkan dengan konsep panoptisme juga dapat dilakukan oleh mana-mana rejim pemerintah yang lain.

Apakah rejim Najibnomics sesungguhnya menyokong kawalan berbentuk panoptisme bertopengkan agenda transformasi ekonomi? Jika tidak, Kerajaan Najib sewajarnya memberhentikan projek E-mel 1Malaysia dan bukannya membiarkan PEMANDU memasukkan projek tersebut dalam senarai panjang ETP, kemudian menjelaskan kononnya penggunaan E-mel 1Malaysia adalah secara sukarela.

Semasa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi 2009 untuk bacaan kedua pada 5 April 2010, beliau menegaskan bahawa fungsi akta tersebut merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Melindungi data peribadi individu supaya tidak disalah guna;
2. Mematuhi Undang-undang Perlindungan Data Peribadi supaya hak rakyat terpelihara; dan
3. Tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.

Sepanjang perbahasan RUU tersebut, persoalan sama ada RUU tersebut dapat mengawal selia data peribadi dalam transaksi yang melibatkan urusan kerajaan menjadi tajuk perbahasan hangat. Hal ini kerana di Malaysia, kerajaan merupakan pihak yang paling banyak terlibat dengan data peribadi, bukan mana-mana pihak yang lain.

Namun tanpa bilangan ahli parlimen yang cukup ramai daripada pihak pembangkang, Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 diluluskan tanpa mengeluarkan frasa kata "transaksi komersial" atau memasukkan frasa kata "urusan awam atau kerajaan", maka Seksyen 2 telah menetapkan bahawa akta tersebut hanya merangkumi transaksi komersial dan berbunyi seperti berikut:

2. (1) Akta ini terpakai bagi—
(a) mana-mana orang yang memproses; dan
(b) mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Meskipun PEMANDU menjelaskan E-mel 1 Msia ialah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes Berhad, dengan pelaburan daripada syarikat swasta dan bukannya kerajaan, tetapi masih banyak tanda tanya yang menanti-nanti jawapan daripada Kerajaan Najib.

Memandangkan akta tersebut hanya mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, sementara Tricubes Berhad semasa melancarkan perkhidmatan "Citizen Inbox" – myemail.my, menegaskan bahawa perkhidmatan e-mel tersebut akan membolehkan rakyat Malaysia secara langsung berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan menerima maklum balas secara langsung daripada mereka, maka persoalannya adalah, adakah data peribadi warga Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 apabila kegiatan dan urusan tidak bersifat komersial seperti komunikasi dengan pemimpin kerajaan dilakukan melalui perkhidmatan tersebut?

Sesungguhnya, jika diteliti mesej yang dipaparkan dalam laman web myemail.my, memang ditekankan aspek interaksi dan komunikasi antara warga negara dengan kerajaan, adakah kegiatan sedemikian dianggap melibatkan transaksi komersial? Jika tidak, apakah projek myemail.my akan diberhentikan sehingga kerajaan membentangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 yang menjamin perlindungan data peribadi warga Malaysia untuk sebarang urusan dan bukannya terhad kepada transaksi komersial sahaja?

Nampaknya, kini tiba waktu di mana pengundi Malaysia wajar mempertimbangkan bagaimana undi kita dapat menyumbang kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 agar hak peribadi kita dilindungi bukan sahaja dari segi transaksi komersial tetapi juga dari segi urusan kerajaan.

Sebelum menggunakan perkhidmatan E-mel 1Malaysia, bacalah karya George Orwell berjudul "1984". Maka fahamlah anda bahawa myemel.my bermaksud "Abang Besar sedang mengawasi anda!"

Baca: 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO

Posted: 21 Apr 2011 12:15 AM PDT

Tongkat Bahaman.


Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia - Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.

Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja - bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan.

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS-DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah "kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah "Anwar" dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS-DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS - DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai! Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita di sekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim! Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal - wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu separation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina - dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah?

*Tulisan ini dipetik dari blog Tongkat Bahaman.

Emel 1Malaysia: Azan bimbang soal keselamatan, peranan APCO

Posted: 20 Apr 2011 11:48 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau khuatir projek emel 1Malaysia bertujuan untuk mengawal dan mengakses maklumat daripada rakyat negara ini untuk tujuan politik.

"Penyediaan emel 1Malaysia ini menunjukkan cadangan kerajaan yang terdesak untuk mengawal rakyat dan saya yakin 100 peratus bahan yang terkandung di dalam emel ini nanti adalah bahan-bahn politik.

"Apa yang lebih dibimbangkan ia akan digunakan untuk menyebarkan dakyah politik BN yang tidak ada manfaat sama sekali kepada rakyat," ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Malah, menurut Azan, apa yang lebih membimbangkan, syarikat berkaitan Israel, Apco Worldwide yang melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan, turut memainkan peranan.

"Sudah tentu Apco ialah agen konsultan yang menguruskan komunikasi dan perhubungan untuk najib dan sudah tentu projek emel ini jatuh dalam bidang kuasa dan tanggungjawab Apco.

"Kita bimbang sekiranya penyediaan emel ini berkembang, syarikat Apco akan masuk untuk menjadi penasihat. Tentunya maklumat-maklumat yang diperoleh ini akan jatuh ke tangan (negara) asing," ujarnya.

Beliau turut mengulas kenyataan perdana menteri bahawa projek berkenaan yang dijalankan oleh syarikat Tricubes Bhd, merupakan inisiatif daripada sektor swasta dan tidak dibiayai kerajaan.

Sedangkan kata Azan, syarikat berkenaan dikategori sebagai sebuah syarikat yang bermasalah dalam Bursa Malaysia.

"Ia tidak logik sama sekali, bagaimana penyediaan emel ini akan dibangunkan yang sekurang-kurangnya memerlukan kos pengurusan bagi penyediaan server yang tentu menelan belanja.

"Budak darjah enam pun tak akan percaya," ujar Azan.

Azan menambah, projek itu menunjukkan kedangkalan perdana menteri dalam mendapat nasihat barisan kabinet dan para pegawainya.

Menurutnya lagi, sekiranya syarikat tersebut merupakan Private Finance Inisiatif, tentunya projek emel 1Malaysia itu adalah berlandaskan jangkaan untuk mendapatkan keuntungan maksima.

"Ia mungkin memperoleh keuntungan melalui penjualan iklan, tapi tidak mungkin akan capai keuntungan melalui iklan yang tidak seberapa.

Malah katanya, beliau juga tidak menolak Tricubes Bhd melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti kerana mengamalkan saham spekulatif, selepas mengumumkan projek tersebut, yang melonjakkan saham syarikatnya.

Menurut Azan, kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan telah membelanjakan sebanyak hampir RM30 bilion, kononnya untuk meningkatkan celik IT dan juga menyediakan kemudahan internet termasuk peningkatan projek jalur lebar.

"Kawasan pedalaman mereka lebih memikirkan kemudahan eletrik dan air. Kemudahan internet ini dinikmati tidak sampai pun 30 peratus rakyat Malaysia.

"Di kawasan pedalaman seperti di Sarawak, Perlis dan Kedah misalnya rakyat tidak menikmati kemudahan internet. Malah liputan telefon pun belum tentu dapat," ujarnya.

Tiada ulasan: