| Skandal Seks Isteri & Anak Ahli Politik Arizona dengan Budak Bawah Umur Posted: 11 Apr 2011 08:00 AM PDT  | | Ibu |
Ada berita menarik untuk dikongsikan dengan pembaca DCM.
Menurut DM, isteri seorang ahli politik di Arizona dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun kerana kesalahan jenayah seksual dengan remaja bawah umur yang berlangsung selama tiga tahun.
Susan, 49 tahun, isteri kepada ahli politik Fulton Brock mula mendekati remaja itu dengan memberikan hadiah seperti Xbox sejak budak itu berusia 11 tahun.
Ibu kepada tiga anak ini mula melakukan hubungan kelamin dengan remaja itu ketika dia berusia 13 tahun dan hubungan terlarang itu berlangsung sehingga remaja lelaki itu berusia 17 tahun. Menurut keterangan, Sarah melakukan pelbagai aksi seks dengan remaja itu di dalam kereta Lexus dan di rumahnya di Chandler, Arizona.
Ketika Sarah cuba menjadikan remaja ini alat mainan seksnya, anak remajanya, Rachel, 18 tahun, juga mengambil peluang meniduri remaja yang sama. Hubungan seks tiga penjuru ini terdedah apabila remaja lelaki ini mengadu kepada ahli keluarganya selepas mengalami depresi yang teruk.
Lebih mengejutkan, pihak pendakwa mendedahkan Sarah yang sering ke rumah ibadat bersikap "pemangsa" kerana menjadikan anak lelaki rakan keluarganya sebagai pemuas nafsu. Malah, Sarah didakwa menjadikan remaja itu pemuas nafsu rakan wanitanya yang lain. Dia juga dikatakan menyediakan peralatan seks termasuk kondom untuk mereka.
Di mahkamah, Sarah menangis ketika memohon maaf atas perilakunya yang yang menyebabkan depresi berpanjangan kepada mangsa. Brock telah didakwa atas 15 pertuduhan berkaitan dengan jenayah seksual, namun berdasarkan perjanjian yang telah dibuat, Sarah hanya mengaku bersalah atas tiga dakwaan yang lebih ringan.
Selepas pendedahan yang mengejutkan ini, suami Sarah telah menfailkan penceraian.
 | | Anak |
Anak Sarah, Rachel Brock akan diadili akhir tahun ini. Namun, remaja itu berkemungkinan dikenakan hukuman yang lebih rendah jika berbanding dengan ibunya. Rachel bakal dibicarakan atas lapan kesalahan jenayah seksual.
P/s: Manusia semakin gila!
|
| Kerana Percayakan Jaga Berahi... Posted: 11 Apr 2011 07:15 AM PDT  | | Gambar sekadar hiasan. |
Saya petik: [HM] JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja. Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.
Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.
"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.
"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam. Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya....
P/s: Salah satu akibat sikap suka sangat percaya kepada orang!
|
| Jangan Makan Sembarangan Masakan Ikan Patin di Temerloh Pahang. Mengapa? Baca! Posted: 11 Apr 2011 05:45 AM PDT
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 11 April – Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, Pahang terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Seorang daripada kumpulan itu, yang dipetik Bernama Online dan enggan namanya disiarkan berkata, dia membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
P/s: Sudah banyak kali kedengaran cerita seperti ini. Kapitalis patin mengganas!
|
| Pakar Bahasa Bantah Desakan Laksanakan PPSMI Semula. DCM pun Bantah!! Posted: 11 Apr 2011 05:00 AM PDT [Bernama] BESUT: Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan, berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada 2009 untuk memansuhkan PPSMI.
Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.
"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya.
Beliau berkata, peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.
"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu. Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman, pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.
Katanya, PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.
Beliau berkata, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.
"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya.
P/s: Saya membantah keras cadangan ini tatkala muda-mudi di negara ini terutamanya daripada kaum bukan bumiputera kian meminggirkan bahasa kebangsaan baik dalam perbualan harian, mahupun dalam penulisan.
Isu ini jika mahu dikupas memakan masa dan ruang. Saya kupas lain kali.
Jangan pelik saudara, ada pekerja bukan bumiputera tidak tahu menulis surat dengan menggunakan bahasa kebangsaan, namun begitu hebat mengarang surat dalam bahasa Inggeris.
|
| [Gambar] Suasana yang Membuatkan Najib & Pemimpin BN Pusat/Sarawak Tidak Dapat Tidur Malam 3 Posted: 11 Apr 2011 04:30 AM PDT









  | | Ceramah PR di Batu Kawah, Sarawak |
|
| Sampai Begini Sekali Aksi Wartawan Kemaruk Soalan Jam Omega!! Posted: 11 Apr 2011 03:30 AM PDT Pada saya, aksinya biadap! Pada tanggapan pencacai, aksinya bagaikan seorang "heroin". Jika benar Datuk T ada miliki jam Omega Anwar Ibrahim, mengapa tanya Anwar, tanyalah Datuk T. Mengapa beban untuk membuktikan hal ini diletakkan di bahu Anwar Ibrahim? Datuk T mengaku bahawa jam itu berada di tangannya. Bingai! Soalnya bukan jam Omega, soalnya siapa dalam video itu. Pendedahannya di sini.Soalan cepu emas:Beranikah wartawan ini bertanyakan soalan tentang Altantuya kepada Najib dengan aksi begini? |
| [Video] Peniaga MELUDAH ke dalam Air Soya di Bangi? Sila Tonton Video! Posted: 11 Apr 2011 01:50 AM PDT
Video: Ada yang kata peniaga ini meludah ke dalam plastik berisi air soya, ada yang kata peniaga itu cuma mahu "mengembangkan" plastik itu.
Kalau diperhatikan, tindakannya jelas seperti meludah ke dalam plastik berisi air soya itu. Memang MENJIJIKKAN. Bayangkanlah berapa banyak bakteria yang masuk ke dalam plastik itu! Bayangkanlah berapa banyak orang yang sudah minum air soya berencahkan air liurnya!!!
GILA!
|
| Percaya e-mel Kelentong, Duit Lesap, Kemudian Salahkan Bank Posted: 11 Apr 2011 01:00 AM PDT
Saya petik: [HM] KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank. Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan. "Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.
"Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.
"Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan," katanya. Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.
Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan. "Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.
"Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu, menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.
"Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa....-Nurul Ekhwan Haque
P/s: Dalam hal ini, si mangsa patut dipersalahkan. Isu e-mel kelentong ini sudah dijelaskan dalam media, malah di laman sesawang bank, turut dinyatakan hal ini. Jika di maybank2u, memang sudah dinyatakan amaran fasal hal ini. Agak keterlaluan jika si mangsa yang melakukan kesilapan cuba menyalahkan pihak bank.
e-mel kelentong ini bersepah di dalam peti surat e-mel saya. Kalau anda tidak melayannya, anda tidak perlu berasa gusar dan bimbang. Hati-hati, nanti putih biji mata!
|
| Drama Liwat II: Anda Mahu Kebenaran? Saya Cabar Anda Tonton Video Ini Sampai Tamat!!! Posted: 10 Apr 2011 11:00 PM PDT
Kredit: Galeri Al Mizan (Semoga diizinkan untuk sebaran umum dan kebenaran)
Masih percaya Drama Liwat II itu kisah benar? Silalah "terjun ke dalam lubang tahi" dengan UMCO! P/s: Kongsikan di Facebook & Twitter, kongsikan di blog, kongsikan di e-mel!!!!
|
| Orang Datang Ceramah BN untuk Rebut "Tupperware"? Saya Simpati kepada BN!!! Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT Gelak dahulu! Kah kah kah!!! Orang ramai tidak mendapat apa-apa ole-ole kalau datang ke ceramah Pakatan Rakyat. Usahkan ole-ole makanan pun tidak disediakan. Namun, jumlah kehadiran rakyat Sarawak ke program PR di Miri dan di Kuching sehingga melebihi angka 10 ribu sungguh mengejutkan. Tampaknya, penduduk bandar mahu berubah serta sedar akan tipu daya dan kelentong pihak yang menyalahgunakan sumber alam di bumi bertuah itu.
Saya agak geli hati apabila Malaysia Kini melaporkan kekecohan yang berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya. Berita MK itu memerihalkan gelagat hadirin berebut mendapatkan ole-ole yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.
Kisah geli hati ini bermuka tatkala ratusan hadirin mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag ole-ole yang diberikan secara percuma . Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpaksa memindahkan kotak-kotak barangan itu dari pintu masuk. Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas ole-ole yang disediakan oleh BN. Dalam kekecohan itu, banyak orang yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat pada bag yang berjaya diambilnya itu. Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangka-disangka itu!
Menariknya, seorang hadirin program Najib memberitahu "Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang." Apabila ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong Perdana Menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir hanya untuk melihat wajah Najib secara dekat.
Gelak lagi! Kah kah kah!!!
P/s: Kita sepatutnya cabar BN, adakan ceramah tanpa sebarang ole-ole!!!
|
| [Gambar] Suasana yang Membuatkan Najib & Pemimpin BN Pusat/Sarawak Tidak Dapat Tidur Malam 2 Posted: 10 Apr 2011 08:00 PM PDT
Saya petik: [MK] Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kempen masing-masing.
Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.
Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.
Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.
Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.
"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.
"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.
Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.
Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.
"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.
"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.
"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Buaya dua kaki
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.
Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.
"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.
"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.
"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.
Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib.
     P/s: Sejarah bakal tercipta?
|
| [Video] Mari TONTON Gelagat Wartawan Media Prima Kemaruk Soalan Jam Omega Posted: 10 Apr 2011 07:10 PM PDT  | | Kredit: Minaq Jinggo |
Semalam, saya sudah siarkan cerita fasal gelagat wartawan ini. Anda boleh membacanya di sini. Hari ini media pro-UMCO dan blog pro-UMCO mempertahankan tindakan wartawan ini, malah diangkat sebagai "hero". Saya malas mengulas isu ini. Lihatlah gelagat wartawan tersebut di bawah ini, tidak ubah seperti gelagat wartawan RTM di lobi Parlimen suatu ketika dahulu.
Video:
P/s: Spesies wartawan ini bolehlah menonton video ini, jika masih kemaruk bertanya soalan jam Omega. |
| Adik-Beradik Diculik & Dirogol Posted: 10 Apr 2011 05:12 PM PDT Saya petik: [HM] ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.
Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.
Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.
Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang. Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.
Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.
Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.
"Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.
"Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.
"Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.
"Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.
"Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit," katanya.
Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. - Mohamad Hussin
 | | Syaitan |
P/s: Lahanat!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan