Addin |
- Krisis Keluarga Taib Mahmud
- Husam Musa : PAS Perlu Disegarkan, Bukan Ganti Hadi
- Proksi UMNO Kuasai Pos Malaysia
- MCA Pun Nak Boikot, UMNO Boleh Mampus Bersama Utusan
- Model Perodua Terbaru - Bezza
- 30 Orang Sertai KEADILAN Bukit Gelugor
- Panas!! ADUN Temin Di Tuduh Beri Rasuah
- YB Tian Chua - (Kemaskini) Sekitar Mesyuarat Agong PAS Kawasan Batu Kali Ke 26
- Orang Kristian Lindungi Orang Islam Solat
- MP Hulu Selangor Mungkir Janji
Posted: 23 Apr 2011 04:00 PM PDT Bomoh Stella ADALAH Sepupu Robert Geneid – Ekslusif Mengenai Krisis Dalam Keluarga Taib Mahmud! Raja Beruban Sarawak yang dahulunya amat digeruni, kini telah melonggarkan genggamannya dan kini 'baginda' adalah boneka kepada adik iparnya, Robert Geneid rakyat Australia berketurunan Lebanon. Robert Geneid telah memanipulasikan Taib menggunakan Bomoh Berambut Perang, Stella, yang telah menimbulkan sensasi apabila dia menjelma pada tempat dan hari penamaan calon Ketua Menteri minggu lalu. Dia adalah sepupu kepada Robert Geneid! Pendedahan luarbiasa ini diterima oleh Sarawak Report dari kalangan ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Mereka telah dibelengu keresahan, kerisauan, rasa cemburu yang berkisar pada manipulasi Robert Geneid, iaitu suami adiknya, Raziah, telah tertimbul setelah terlalu tertekan tanpa mengambil kira menjelangnya pilihanraya umum ini. Nyanyuk dan dibawah pengaruh Raziah, Robert dan Stella! Tanda-tanda awal adalah ketika sepupu Taib sendiri, Salleh Jafaruudin, yang telah mengkritik bomoh dan dua orang rakannya semasa hari penamaan calon di Balingian tempoh hari. Walaupun Salleh pernah suatu ketika dahulu adalah seorang menteri BN, namun sebagai suatu kejutan, kali ini dia bertanding sebagai calon bebas, dalam kawasan pilihanraya Taib sebagai suatu usaha menghalang Taib meneruskan usahanya untuk menjadi ketua menteri. Di hadapan para pemberita, Salleh berkata dengan kuat: "Adakah anda akan menyantau saya?!" Kemudian dia menjelaskan kepada para pemberita bahawa dia ingin menyelamatkan Taib daripada kawalan bomoh-bomohnya: "Kami ingin menyelamatkan Sarawak dari diperintah oleh seorang pemimpin yang mengabdikan dirinya secara mental dan fizikal kepada kepercayaan tahyul dan syirik dari luar" Kini Sarawak Report telah menerima beberapa set kertas bukti yang ditulis dan dikirimkan oleh ahli keluarga terdekat kepada Taib sendiri. Mereka menjelaskan bahawa pandangan mereka adalah kebenaran mengenai Taib haruslah diberitahu kepada umum. Agenda utama mereka adalah meletakkan negeri ini mengatasi kepentingan keluarga dalam usaha mereka memberi amaran kepada para pengundi supaya menghalang kekuasaan Raziah dan suaminya, Robert Geneid dan rangkaian bomoh-bomoh mereka. Namun seorang lagi ahli keluarga mereka telah memberitahu kami: "Taib kini sudah hilang akalnya, dan tunduk kepada kehendak adiknya Raziah, Robert dan Stella!" Najib telah terbukti tidak berkuasa Sarawak Report telah diberitahu bahawa isu-isu ini telah lama diketahui di kalangan tokoh-tokoh BN, yang sedang memerhatikan keadaan Ketua Menteri yang semakin uzur, terutamanya setelah kematian isteri pertamanya Laila awal pada awal tahun 2009 dahulu. Dia sendiri telah menjalani rawatan barah usus, yang kian melemahkannya. Namun keuzurannya telah disembunyikan oleh ahli-ahli keluarganya diketuai oleh keluarga Robert Geneid, yang telah mencampuri urusan Taib untuk memperoleh segala manfaat. Dalam tempoh masa beberapa tahun sahaja Raziah dan Robert telah memperolehi kawasan tanah yang amat luas di Sarawak bagi syarikat-syarikat milik mereka dan maklumat dari sumber dalaman mengatakan keuntungan mereka telah terkumpul sehingga berbilion-bilion ringgit. Perdana Menteri Najib, yang telah berhempas-pulas berkempen di Sarawak di sepanjang minggu lalu, sedar bahawa masa depan politiknya sangat bergantung pada kekuasan BN ke atas Sarawak. Namun dalam masa yang sama juga Najib terpaksa berjanji kepada para penyokong dan juga pengundi BN bahawa dia tetap akan mempastikan Taib mengundur diri sebaik sahaja selepas pilihanraya nanti. Cubaan Najib meyakinkan rakyat semalam, sukar untuk dipercayai!: "Saya telah bercakap dengannya. Ketua Menteri telah berjanji bahawa kedudukan beliau akan diambilalih oleh penggantinya. Percayalah pada saya, masanya akan tiba!" Komitmen sedemikian telah menjadi suatu senjata pihak pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri untuk memberikan tarikh dan nama pengganti Taib Mahmud, di samping itu, ianya sebagai peringatan kepada umum bahawa Taib pernah mengumumkan hasrat itu dalam tahun 1995 dahulu! Keadaannya kini adalah berlainan dari dahulu, kerana kini dia mengumumkannya di hadapan bosnya, Perdana Menteri. Hakikatnya, jika Taib menang, Perdana Menteri tetap akan menjadi tidak berkuasa untuk menyingkirkannya maka Sarawak akan terus bertambah sengsara beberapa tahun lagi di bawah kuasa bomoh-bomoh dan keluarga Geneid. Inilah sebabnya ramai pemberi maklumat kepada Sarawak Report telah kedengaran bagaikan berputus asa, dan kenapa semua berita dari KL yang mengatakan tokoh-tokoh utama BN masih mendesak orang tua itu berundur! Dalam pada itu, sebagaimana pernah dilaporkan dalam Sarawak Report, bahawa isteri baru Taib, Ragat, juga merupakan mempunyai pertalian persaudaraan langsung dengan Robert Geneid. Pendedahan ini telah menguatkan lagi bukti yang menunjukkan tahap kekuasaan kedua-dua pasangan suami isteri Geneid itu dalam urusan mentadbir Sarawak. Dorsier-dorsier yang amat kritikal kepada Sarawak Report Berdasarkan surat-surat berbukti tersebut, tahap rasa cemas dan kurang yakin di kalangan keluarga Taib telah juga diketahui mengenai peluang BN dalam pilihanraya kali ini, setelah beberapa dekad menjadi peneraju kerajaan. Satu dari kertas-kertas berkenaan yang bertajuk "Senarai Bomoh Calon-calon BN Datuk Raziah" telah mengakui bahawa calon-calon "PKR, DAP, SNAP dan bebas adalah antara mereka yang betul-betul telah bersedia" berbanding calon-calon BN Kertas tersebut seterusnya mengakui bahawa "calon-calon BN bagi tahun 2011 telah diputuskan Bomoh Stella upahan Raziah dan pasangannya, Robert Geneid": "Pehin Sri Taib, setelah bertahun-tahun melaksanakan perkara yang sama dan mempercayai Datuk Raziah dan Dato' Robert Geneid dan bomoh-bomoh mereka lebih dari orang lain, hanya dilihat sebagai mengesahkan proses itu. Ini merupakan suatu yang amat menyedihkan kerana calon-calon yang dipilih bukannya berdasarkan kebolehan mereka dan rekod baik perkhidmatan mereka sebagai ahli DUN, tetapi mereka dipilih untuk dikekalkan kerana bagi menjaga tanah-tanah yang luas yang telah mereka rampas dari negeri ini". Pemberi maklumat kami ti telah mengesahkan tuduhan Sarawak Report sebagai mengatakan: "Bagaimana CMS milik Pehin Sri Taib, kumpulan syarikat-syarikat PPES dan anaknya, Abu Bekir serta penama dan rakaniaga kepada Abu Bekir, Chris Chung, yang kini memiliki tanah-tanah orang Sarawak yang telah mereka rampas? Adakah mereka juga mempunyai alasan yang kukuh agar calon-calon BN akan menjaga segala sesuatu yang telah mereka rampas sejak beberapa tahun ini? Di antara calon-calon yang dikritik oleh pemberi maklumat kami adalah calon untuk Tupong, Daud Abdul Rahman dan untuk Lambir, Ripin Lambat. Penulis kertas dorsier berkenaan mengesahkan khabar angin bahawa senarai calon yang dicadangkan oleh Bomoh Stella, yang telah menyebabkan kelewatan di saat-saat akhir. Dorsier berkenaan juga mengakui bahawa "Semoi Peri, yang telah menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding, telah dipaksa untuk bertanding semula berdasarkan alasan-alasan yang hanya diketahui oleh bomoh kepada Raziah… Datuk Zul Philip, calon untuk Jepak tidak diduga untuk dicalonkan, tetapi walu bagaimanapun namanya disenaraikan oleh bomoh Stella. Selama ini dia amat rapat dengan Pehin Sri Taib dan Datuk Raziah". Persengketaan dengan Salleh Jafaruddin Kertas dorsier berkenaan juga mendedahkan keputusan luarbiasa yang diambil oleh sepupu Taib, Salleh Jafaruddin untuk menentang Ketua Menteri dalam kawasan Balingian. Ianya menjelaskan bahawa Salleh pernah menulis tiga pucuk surat kepada Taib dengan cubaan untuk membantu Taib menyelesaikan masalah-masalah dalam BN, kerana menurutnya (berdasarkan surat dorsier itu): "Amat risau mengenai pengaruh Datuk Raziah yang boleh memusnahkan masa depan BN. Memudaratkan lagi isu adalah pendedahan bomoh dari Lebanon itu merupakan sepupu kepada Dato Robert Geneid, dan wanita itu tinggal di rumah Datuk Raziah, di dalam perkarangan rumah Pehin Sri Taib, sebagai rumah keduanya. Salleh berniat untuk membantu memulihkan keadaan yang semakin memburuk. [Namun], kerana Taib yang telah dipengaruhi oleh adiknya Raziah, Robert dan Bomoh Stella, Taib tidak mempedulikan semua bentuk nasihat Salleh". Surat dorsier tersebut seterusnya mengatakan: "Salleh merupakan penentang yang baik yang sebenarnya ingin menasihatkan Taib bahawa dia bersedia untuk membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh pihak-phak yang tamak seperti Raziah dan suaminya … namun dia tidak menerima sebarang respon dari Taib." Pemberi maklumat kami itu seterusnya menjelaskan bahawa pasangan Geneid itu sedang merancang suatu kawalan untuk menentukan siapa yang sepatutnya menggantikan Taib. "Mereka inginkan Awang Tengah sebagai pengganti Taib, supaya mereka dapat meneruskan pemerolehan wang secara haram. Awang Tengah diketahui sebagai menteri kegemaran Raziah, yang sering dihubunginya apabila dia memerlukan sesuatu dari Kerajaan Negeri". Pendedahan itu telah menjelaskan bagaimana keluarga kecil itu bertindak selaku perancang pengemukaan calon-calon BN. Ianya telah mendedahkan bahawa ahli keluarga Taib sendiri yang mempengaruhi tindak-tanduknya! Pendedahan-pendedahan seperti ini akan memburukkan lagi kempen-kempen BN ketika ia menghampiri hari-hari terakhir menjelang pilihanraya. Pemberi maklumat telah membuat kesimpulan yang menyatakan bagaimana sepupunya itu terpaksa menentangnya di Balingian. Bukti luarbiasa yang diberikan oleh pemberi-pemberi maklumat kami mengatakan bahawa kuasa pemerintah yang sebenarnya adalah terletak di tangan pasangan Raziah Mahmud dan suami ketiganya, Robert Geneid. Pasangan tersebut telah bertindak sebagai suatu kuasa di negeri Sarawak. Kedua-dua pasangan ini bukannya berasal dari keluarga yang mewah, namun setelah mereka berkahwin maka nilai hidup mereka telah melonjak naik sehingga berbillion-billion ringgit. Sejumlah kawasan-kawasan tanah 70,000 hektar telah diserahkan kepada pasangan ini hanya dalam beberapa tahun sahaja – menjadikan kesemua tanah tersebut lebih luas dari kepulauan Singapura. Kebanyakan geran-geran tanah itu yang telah menjejaskan tanah-tanah NCR telah menyebabkan lebih 200 kes sengketa tanah yang telah dikemukakan ke mahkamah-mahkamah kini. Kes-kes berprofil tinggi yang juga termasuk pendakwaan ke atas Numpang Suntai di Simunjan, yang telah menyaksikannya mempertahankan tanah-tanah NCR kaumnya kerana membantah bayaran pampasan sekecil RM250 untuk setiap pemilik tanah oleh syarikat Quality Concrete milik Raziah. Nilai pokok-pokok dari hutan di situ sahaja telah mencecah berjuta-juta ringgit! Isu ini telah mengancam BN dalam mempertahankan diri di arena politik negeri ini. Robert Geneid adalah anak kepada penjual buah-buahan berkerakyatan Australia berketurunan Lebanon, yang berjaja di Sydney. Raziah tidak mendapat apa-apa sebelum Robert mengahwininya, dan pemberi maklumat kami mengatakan Raziah sering mengalami kekurangan wang. Namun setelah mereka berkahwin, Robert telah memaksimumkan peluang dengan memanfaatkan kaitannya dengan abang iparnya, Taib. Seperti kebanyakan menantu dan ipar Taib yang lain, Robert berjaya menjawat jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat keluarga Taib. Walaupun CMS pernah mengalami kerugian sebanyak RM45 juta dari usahasama yang telah gagal, namun Robert telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Pembangunan Hartanah untuk CMS, memberikannya suatu peranan utama dalam syarikat milik keluarga iparnya itu yang disokong oleh aset-aset yang diswastakan dari negeri ini. Robert dan Raziah juga merupakan pasangan yang memulakan pembangunan Royal Mulu Resort yang penuh kontroversi, yang telah membahagikan tanah-tanah NCR milik kaum Berawan kepada syarikat Taib dan mereka juga selaku pengawal kepada Miri Property Holdings, satu lagi rangkaian perhotelan utama. Kumpulan Parabena, sebuah syarikat binaan yang telah menerima banyak kontrak negeri, juga dikendalikan oleh keluarga Robert Geneid. Nilai kontrak-kontrak yang berjuta-juta ringgit telah jatuh ke tangan Parabena, walaupun kebanyakan kerja-kerja sebenar telah diturunkan sebagai sub-kontrak kepada syarikat lain, dan Parabena mempunyai terlalu sedikit bukti mengerjakan pembinaan sebenar. Selain kawasan-kawasan pembalakan dan perladangan yang amat luas diperolehi menerusi konsesi-konsesi dari kerajaan negeri, keluarga Geneid juga mengawal beberapa ribu hektar ladang-ladang menerusi syarikat-syarikat seperti Miracle Harvest. Kini Robert Geneid berada dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, manakala isterinya Raziah pula, dalam Lembaga Pelancongan Sarawak, Borneo Convention Center dan banyak lagi jawatan-jawatan penting yang lain. Kekayaan pasangan itu amat berlagenda dan sering dimuatkan dalam halaman-halaman majalah Asian Tatler. Mereka mempunyai pelaburan yang besar di Australia dan kediaman-kediaman mewah di sekitar Sarawak juga. Kedua-dua perkahwinan anak perempuannya, Elia, yang telah menerima kawasan-kawasan tanah perladangan yang luas dari negeri Sarawak, telah menarik perhatian umum berdasarkan perbelanjaan yang di luar dugaan. Kejayaan keluarga Geneid kini semakin ketara berbanding dengan kekayaan ahli-ahli keluarga Taib yang lainnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan merekalah yang akan mengalami kehilangan jika kerajaan pimpinan Taib jatuh nanti dan pemberian kontrak-kontrak dan juga geran-geran tanah nanti akan dilakukan dengan cara yang sepatutnya! Bukan hanya kemewahan, tetapi kuasa Kekayaan dan kejayaan yang didedahkan menjelang minggu-minggu sebelum pilihanraya adalah cara manipulasi ke atas Ketua Menteri, pada masa-masa beliau semakin kehilangan pertimbangan dan kewarasannya. Bomoh Stella, seperti yang pernah kami dedahkan dahulu, kini terbukti adalah sepupu kepada Robert Geneid. Robert juga dikatakan telah mempengaruhi kehidupan peribadi Ketua Menteri, dengan menjodohkannya dengan isteri mudanya – yang telah tercetus sebagai isu di kalangan ahli-ahli keluarganya. Anak Taib, Abu Bekir pernah dipetik sebagai berkata mengenai perkahwinan ayahnya itu: "Perkahwinan ini tidak mungkin berlaku tanpa penjodohan dirancang oleh Datuk Raziah dan suaminya Dato Robert Geneid. Sebenarnya Iqbal, sepupu kepada Robert yang memperkenalkan Puan Sri kepada ayah saya" Kini kita dapat mengesahkan bahawa Ragat adalah bersaudara rapat dengan Robert. Pemberi maklumat kami juga mengatakan bahawa perkahwinan Ragat dan Taib, dengan beza usia 45 tahun atau kurang, bukanlah berdasarkan cinta pandang pertama, tetapi lebih kepada kawalan seorang pembantu rumah kepada orang tua itu, dan di samping itu keluarga Geneid tetap meneruskan pemerolehan harta mereka di Sarawak! Digagalkan oleh BN Sementara ahli-ahli keluarga Taib sendiri telah menunjukkan kesediaan mereka membantu menghentikan kesemua eksploitasi ke atas Sarawak, tokoh-tokoh BN dari KL telah gagal berbuat apa-apa mengenainya. Sama ada mereka merasa bersalah kerana gagal, atau berkepentingan diri, adalah jelas kepentingan Sarawak seharusnya menyingkirkan BN sepenuhnya./SR |
Husam Musa : PAS Perlu Disegarkan, Bukan Ganti Hadi Posted: 23 Apr 2011 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu "disegarkan" dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya. Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat. "Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS," katanya. Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS. "... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden). "Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini. Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS. "Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar. "Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS," katanya. Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa. "Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama. "Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula," katanya. Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini. Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan. Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat. Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN. "Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS. "Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa," katanya./TMI |
Proksi UMNO Kuasai Pos Malaysia Posted: 23 Apr 2011 03:00 AM PDT Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad. DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia. Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda. Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima."Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya. Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan. Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp. Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia. Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing. DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada. Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan./KLT |
MCA Pun Nak Boikot, UMNO Boleh Mampus Bersama Utusan Posted: 23 Apr 2011 01:00 AM PDT MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam."Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa. "Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu. Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu."Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan. Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi"./MK |
Posted: 22 Apr 2011 11:30 PM PDT |
30 Orang Sertai KEADILAN Bukit Gelugor Posted: 22 Apr 2011 11:00 PM PDT Di sebalik rentetan fitnah yang menjadi-jadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini, seramai rakyat bersimpati dan menunjukkan sokongan dengan menyertai parti pimpinan tokoh itu – KEADILAN. Buktinya, seramai 30 orang pelbagai kaum dan lapisan usia secara rasmi menyertai KEADILAN Cabang Bukit Gelugor dalam majlis makan malam di Tapak Pesta Sungai Nibong, malam ini bersamaan 22 April.Majlis itu bersempena sambutan ulang tahun ketiga cabang berkenaan. Borang penerimaan disampaikan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali./KD |
Panas!! ADUN Temin Di Tuduh Beri Rasuah Posted: 22 Apr 2011 10:18 PM PDT Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional (BN), Joseph Mauh (gambar) telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda. Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang. "Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat. "Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut. Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman Youtube dengan tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'. Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keeping cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. "Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi. "Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu. "Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching. Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain. "Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya. |
YB Tian Chua - (Kemaskini) Sekitar Mesyuarat Agong PAS Kawasan Batu Kali Ke 26 Posted: 22 Apr 2011 08:39 PM PDT |
Orang Kristian Lindungi Orang Islam Solat Posted: 22 Apr 2011 05:35 PM PDT |
MP Hulu Selangor Mungkir Janji Posted: 22 Apr 2011 05:00 PM PDT Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan. Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya. Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu. Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. "Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui. Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010."Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya. Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan. "Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya. Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau. "Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan "reserve" . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat. "Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000," jelasnya. Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan. "Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010. "Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat. "Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja. "Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya". Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya. "Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya. Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000. Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor. "Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya. Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik. Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya. "Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah. "Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya. Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna./Hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan