Khamis, 21 April 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Tragedi seram Bukit Putus.

Posted: 21 Apr 2011 01:30 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Ni kira catatan lama gua nih. Jalan Bukit Putus skang dah macam highway.

Gua terima kol tadi. Member gua. Nombor public phone. Member gua pun dulu ada cakap tu no public phone. Dia cakap 2 nombor terakhir tu, kalau ditambah menjadi (bape ntah lupa) adalah no public phone.

"Guaa takder duit ni. Public phone. Kete gua rosak kat Ulu Bendul. Bawah sikit dari Ulu Bendul. Kat restoran. Tolong gua..."

Tut tut tut..

Terus putus beb. Ekeleee...

Wa cam suara siapa. Takder duit? Public phone? Takder syiling la nih. Sape suruh tak isi minyak Petronas Xtra. Kalau tak syiling follow kete lu.

Suara macam member gua si Wan. Gua pun sms adik si Wan, cakap kejap lagi gua datang ambik, kete abang dia rosak. Dia cakap ok. Dengan lelaki memang senang. sms jer, terus paham dan on. Tapi kalau pompan, tu diaa..... berjela story kena jawab.

Kena lalu Bukit Putus ni beb. Pukul 12 malam dah ni. Mase zaman jahiliyah dulu, member gua pernah kena kejar dengan orang tua naik basikal beb. Mase tu dia nak buang body RxZ curi. Kena kejar beb. Cane laju la ambil coner kat Bukit Putus tu, org tua tu tetap saing sebelah lu. Dia la, gua takder pengalaman. Tapi orang tua naik basikal memang femes la kat Bukit Putus era2 zaman rempit gua dulu. Skang ni takda kot. Maybe orang tua tu dah beli LC. Tak pun beskal dia kena rembat.

Lepas gua ambik adik member gua tu, gua terus menuju Bukit Putus. Gelap wooo... hutan simpan ma. Setelah bertukar menjadi Karamjit Sigh, gua selamat melepasi Bukit Putus. Bawak slow. Mana kete member gua ni?

Pendek cerita, gua jumpa. Satria silver. Member gua lambai2. Bebudak kampung lepak kat restoran tu usha kitorang. Ni bebudak kampung Aboy Gemok la nih. Hahahaha.

Kete semput2 beb. Macam 3 piston jer jalan. Jalan mmg boleh jalan. Tapi nak daki Bukit Putus tu memang tak lepas.

"Tak lepas ni wan. Tinggi bukit kat 'tengkolok' tu."

"Takper, lepas kot. Lepas tu dah turun bukit dah."

Memandangkan gua tak tahu apa pasal engine kete, gua wala' jer la. Adik member gua bawak Satria, abang dia dok sebelah. Gua follow dari belakang. Pasang double signal.

Memang slow beb. Gear satu ma. Sampai kat bukit tengkolok tu, kete dah takleh gerak dah. Memang takleh panjat punya. Gua dah cakap. Gelap ni wooo... jangan orang tua naik basikal tu buat kelakar dah. Le tour de Langkawi dah lepas dah ni. Jgn nak memandai2 lalu depan kitorang pulak. Kalau org tua tu muncul, gua jual nama Haron Din jer beb. Tak kira gua. Gua cakap jer gua budak Rusila. Nak kena penampar from behind sila lah.

Selaku pakar motivasi kat situ, gua bagi 2 solution. Tarik atau patah balik.

a. Kalau tarik, rantai takda. Terpaksa potong seat belt buat tali.

b. Patah balik, park kereta rumah member wa. Si Aboy Gemok. Kena kol dia dulu. Dia dok Nilai. Menyusahkan mak mertua dia plak. Kalau tak nak, park jer kat memana yang rasa selamat.

Last2, potong seat belt. Kete gua tarik satria. Masalahnya, si 2 beradik ni buat hal. Tak nak sorang2 drive Satria. Pundek! Penyudahnya diorang dok dalam Satria, Gua sensorang tarik. Berat ma. Kejap2 pandang cermin. Kalau ada penumpang, memang wa lari masuk Satria kat belakang tu. Hahahaha.

Tapi kalau tetiba ada Hassan dan Nasha, memang sah gua lempang muka diorang laju2. Logik bai diorang muncul time tu. Sebab diorang ni pakar perjumpaan dalam gelap. Bukit Putus memang gelap plak tu.

Tarik punya tarik, alhamdulillah sampai gak kat bahagian menurun. Kitorang berhenti dulu. Nak wat keputusan. Nak biarkan Satria ni menurun sendiri, gua follow belakang ke; atau biarkan dalam keadaan gua masih menarik Satria nih.

Kalau masih menarik satria, kena hati2. Enjin mati, break kaki tak makan, steering berat. Kena main handbreak. Tali tu pendek. Silap2 berlanggar pulak.

"Gua ingat biarkan camni la. Bawak slow2. Kena main handbreak la."

"Lu bawak Satria la Ngah. Tak pandai gua."

Ok lagi beb. Masalah sekali lagi 2 beradik sehidup semati ni, 2-2 naik kete gua. Gua sensorang naik Satria. Terus gua teringat orang tua naik basikal. Adoiii yaiii..

Pendekkan lagi cerita, kitorang pun bergerak slow2. Kete lain memang hampir tiada. Kalau ada pun peduli apa diorang. Sama gak kalau wa pon. Hahaha. Kalau Pekida lain la. Park kete tepi jalan, dan buka 3 pintu. ///

Bawak slow2. Bukit Putus masih panjang. Terasa pulak panjang Bukit Putus ni. Dulu mase wa zaman motor, wa rasa macam pendek jer. Ngeeee...

Tengah2 laluan Bukit Putus, tetiba belt tadi tercabut. Member depan nak berhenti, tapi kan menurun. Kereta Satria tu meluncur laju. So, tak payah la berhenti. Dia terus jalan la. Takan nak break pulak.

"Jalan...!!! jalan...!! jalan....!" Gua jerit dari belakang. Member wa kat depan teragak2. Belt tu putus sebelah wa. So, kete depan terjurai la tali tu. Kalau dia tak laju, tayar Satria ni pulak langgar tali tu. Mau jadi bumblebee plak Satria ni kang.

Gua keluar kepala, gua jerit dengan kuat.

"Laju Wan! Laju Wan! Laju Wan!"

Pastu gua dengar adik dia pulak jerit.

"Laju bang! Laju bang! blah! blah! blah!"

Terus mangkuk 2 beradik tu laju sampai hilang beb. Isa Samad korang. Tinggal wa ni beb. Akkalaa........

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Ni kalau orang tua beskal tu tetiba muncul sebelah pintu gua, memang gua bukak pintu tu kasi dia menyarap atas jalan. Kena plak orang tua tu kepala dengan usus jer... pergh... gile seram nih. Cecepat gua tekan butang power windows.

Waaarghhhhhhhhh!!!!! Tingkap sebelah gua tak naik. Kena bantu dengan tangan. Isa Samad punya Proton!!!!! Tengok cermin belakang. Warghhhhhhhhh!!!! Gelap wooooooo...

Bila sampai bawah, dah ada lampu jalan, wa nampak diorang berhenti. Jibauk 2 ekor ni mesti ditempeleng. Gua nekad. Wajib. Itu ijtihad 2 pahala gua. Wa terus parking tepi. Belum parking pun, 2 jibauk tu meluru keluar dan berlari ke arah gua dalam keadaan tercungap2..

"Apsal Ngah? Apsal? Lu nampak orang tua basikal tadi ke?" 

Pundek!

Anak muda langgar Hadi bukan kerana TGNA.

Posted: 20 Apr 2011 09:34 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Salam semua...

Kepada penyokong gerakan ini, ketahuilah bahawasanya, kita tidak melanggar Hadi kerana tokoh lain. Kita tidak melanggar Hadi kerana jenama lain. Kita tidak beriman dengan tokoh dan juga tidak beriman dengan jenama.

TGNA atau mana-mana tokoh Kelantan, atau mana-mana tokoh PAS lain, tidak terlibat dengan gerakan ini. Susur sejarahnya bermula sejak 2006 seingat gua. Dalam medium Tranungkite Online (TKO). Rata2 rakan lama PAS Reform adalah datang dari forumer TKO. Kemudiannya, membesar sehingga ke tahap sekarang. Bercampur aduk sama ada dari dalam PAS Reform sendiri, mahupun dari tokoh2 luar PAS Reform.

Penyokong semua...

Jika kita gigit perjuangan dengan benda yang tepat, faham dengan tepat, insyaallah istiqomah itu dicampakkan Allah kepada kita. So, apakah landasan perjuangan langgar Hadi ini?

[1]
Falsafah.


Falsafahnya ialah untuk mencilok, memperkenalkan, menegakkan atau mana-mana yang mampu dahulu; sistem Islam di Malaysia ini. Kita beriman dengan falsafah ini dahulu. Jalan yang ada setakat hari, di Malaysia ini, adalah demokrasi. Kebetulan yang berlaku setakat ini pula ialah PAS.

Maka, PAS Reform MENUMPANG kebetulan yang ada (PAS), dan turut mendesak kebetulan yang ada setakat itu, dengan beberapa desakan. Soal adap, salah, benar, kita serahkan kepada rakyat semua melalui konsep 'sokong ikut tajuk'.

Kesimpulan setakat ini ialah : Langgar Hadi bukan kerana tokoh seperti TGNA dan bukan kerana jenama seperti PAS. Kita tidak beriman dengan 2 perkara tersebut. Kita beriman kepada Allah atas falsafah yang disandarkan kepada Allah.

[2]
Hujah.

PAS Reform memperkenalkan gerakan Langgar Hadi juga atas hujah. Salah dan benar hujah itu juga dikembalikan sepenuhnya kepada public. Adap berhujah juga dikembalikan sepenuhnya kepada public. Sokong ikut tajuk. Jangan sesekali wala' dan thiqah kepada kami.

Jesteru itulah, atas tajuk [2] ini, gua dan rakan berusaha berhujah berdepan dengan Hadi. Allah mengizinkan 2 kejadian itu berlaku setakat ini. Pertama di Muktamar Putik Pengkalan Chepa. Kedua di Rusila. Fikir sendiri kehinaan yang Allah tujukan. Hadi lari (berjalan laju mencapai payung dan menuju ke rumahnya) ketika gua terkial2 set handphone untuk rakaman.

Kesimpulan setakat ini ialah : Langgar Hadi bukan kerana tokoh seperti TGNA dan bukan kerana jenama seperti PAS. Kita tidak beriman dengan 2 perkara tersebut. Kita beriman kepada Allah atas hujah.

Penyokong semua...

Gua ceritakan 1 kisah seseorang yang bertujuan untuk memberi faham kepada N3 ini. Bro Penarik Beca beriman dengan SIAPA dalam mengundi atau menyokong? Lihat keadaan dirinya. 1 juta ahli PAS memakinya. Tersisih dari kerja bergaji parti. Hidup dengan 4 kerat tulangnya.

Tetapi apakah timbal balas yang dikenakan kepadanya menyebabkan dia tidak akan mengundi PAS? Atau isytihar masuk UMNO? Insyaallah tidak. Dan semoga Allah tetapkan hatinya begitu. Kerana apa? Dia tidak beriman dengan jenama. Dia tidak beriman dengan tokoh.

Penyokong semua...

Langgar Hadi dilakukan atas falsafah kepada Allah pertamanya. Atas hujah keduanya. Gerakan ke arah itu kita buat dengan tunduk kepada sunnah Allah, pembolehubah alam sehabis mungkin kita sebagai manusia kerdil dan kecil ini.

Kepada yang menderma gua ucapkan terima kasih. Kepada yang berkongsi strategi, gua ucapkan terima kasih. Kepada yang bermati-matian menegur gua dalam kesilapan gua juga gua ucapkan terima kasih. Hanya Allah yang tahu.

Cuma, setelah tunduk kepada sunnah Allah, pembolehubah alam, kita kembalikan soal menang (Langgar Hadi) itu kepada Allah kembali. Menang atau kalah, kita tetap begini. Jika lu sebagai student Morocco, lu akan stiil study di sana dan meneruskan hala-tuju hidup lu.

Kalau gua sebagai peniaga kecil-kecilan, gua tetap berusaha dengan apa yang ada pada gua. Tiada imbuhan atas kemenangan. Yang ada hanya satu perasaan kemanisan berada dalam kefahaman pada Allah. Apa yang berlaku semuanya dirakamkan setakat mana yang Allah izinkan. Generasi akan datang yang akan belajar dari apa yang berlaku untuk semua ini.

Penyokong semua...

Kesimpulannya, sokonglah PAS Reform ikut tajuk. Bukan ikut akhlak kerana akhlak gua terutamanya memang totally out. Akhlak rakan terbaik dalam PAS reform pun belum tentu boleh tandingi akhlak Hadi Awang. Sokonglah Langgar Hadi kerana Allah. Jika suatu hari nanti, di dapati PAS Reform tidak lagi relevan atau sudah mengarut, lawannya habis2an. Matikan lah jenamanya.

Berimanlah kepada Allah melebihi wala' kepada tokoh, thiqah kepada jenama. Kita semua hanyalah kebetulan yang dikehendaki Allah berada dalam satu-satu masa. Setiap orang dihadirkan jalan untuknya. Setaiap jalan dihadirkan orang untuknya. Bertugaslah dengan baik dengan mengigit faham ke atas Allah melampau apa sahaja perkara yang wujud.

Dan untuk tajuk hujah TGNA, hadam dengan adil dan hadam hujah PAS Reform juga dengan adil. Gua berdoa semoga PAS Reform tidak akan menjadi bacul dengan hujah sehingga keganasan berlaku. Salah, salahlah. Benar, benarlah.

Antara selagi tidak melanggar syariat, tetapi membunuh / melewatkan / membantutkan Islam, manakah yang lebih aula?

Wallahualam.

Pengalaman ngeri gua isi minyak Petronas Kubang Kerian.

Posted: 20 Apr 2011 11:58 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Siyes gua citer ni bai. Nak caye tima kasih, tak nak caye sudah. Pagi semalam, gua ajak bini gua keluar. Dalam pukul 4 pagi gitu. Perut gua lapar. Ingat nak cari nasi berlauk. Tapi bini gua skang dalam mode mabuk tahap kronik. terpaksa gua drive sensorang.

Gua sampai di flat Kubu Bharu ke apa ntah.. dekat2 dengan Maidin KB tu. Skali nasi berlauk tinggal ikan ayo jer. Malas la gua telan pepagi buta nih. Manis. Gua nak nasi daging goreng ke, ayam goreng ke. Orang Kelantan belum pandai lagi letak gula dalam minyak masak time goreng. Tahun 2020 kelak, gua tak tau la.

Gua cari punya cari, sampai ke Taman Maju. Terus lagi, sampai ke Bilal. Terus lagi, sampai ke Kubang Kerian. Ni ada gak gua ketuk rumah Topeng Perak mintak nasi ni kang. Tetiba2... jeng jeng jeng.... KFC. 24 jam. Breakfast dari RM4.

Gua slow kan kete. Pandang cermin belakang, jengok kiri-kanan. Pastikan Hjosama or Jeming Hase tak da. Gua park, dan terus order chess benjo apa ntah. Air fresh oren bing. Hah hambek kau.

lepas makan, gua chow... terus ke arah Pengkalan Chepa. Sampai Petronas, gua singgah. isi minyak. Ron95 xtra. Tu jer gua mampu. Malap jer stesen ni. Seram la plak. Awe kat kuanter baik punya lentok.

Lepas isi, gua start kete, dan chow. Time gear 1, guar dengar bunyi besi macam rantai or apa ntah seolah2 terseret dengan jalan. Halus jer bunyinya.

Kete gua ke? Maklumlah kereta gua muda dari gua setahun jer. Gua break. Try jalan. Takda bunyi. Gua pun blah. Bunyi tu datang balik. Betul2 dari belakang. Ah sudah.. bergurau la plak.

Gua benti tepi jalan. Jalan kosong. Sejuk dan  dan sedikit berkabus.50 m dari simpang rumah Topeng Perak. Gua keluar dan tengok bawah kete, belakang kete. Takda apa pun.

Gua jalan balik. Bunyi lagi. Gua tengok cermin belakang. Nun di tengah jalan, di belakang kereta gua, ada dalam 10 makhluk bulat dan leper follow kereta gua. Bull Shit! Gua baca ayat apa yang gua hafal sambil pecut kereta. Makin ramai la plak. Kecil jer. Samar2. Lagi gua pecut, lagi ramai. Warghhhhhhh!!!

Menghampiri simpang Kota Jembal. Simpang rumah Nik Aziz. Terang sikit jalan tu. Ni ada yang gua halakan kereta gua ke rumah Nik Aziz ni kang. Biar terbakar makhluk2 misteri nih. Tiba2 gua dapat idea. Kalau gua break emergency, mau mampos makhluk2 ni. Cantet. Kalau tak mampos? Gua lari ke rumah TGNA. Apa nak jadi, jadilah.

Tarik belt, ngam2 simpang, gua usha pastikan kenderaan takda kat belakang melainkan makhluk kecil, leper dan bulat tu, gua tarikh handbreak ala2 drif. dan terus tekan pedal break. Streeeerrrt! kereta gua berhenti. Makhluk2 terdenting2 masuk bawah kereta gua. Gua buka belt, buka pintu, tinjau bawah kereta.



Tu dia..... pakcik kayo!!!


Tiada ulasan: