shalehudin |
- Sori la bro... ni bukan jenayah...
- Bekas pegawai kanan Polis pecah lobang... kahkahkah...
- Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik... kahkahkah...
- Jangan dok nganga...!!
- Hikayat tiga Abdul... kahkahkah...
- Menang pun tidur tak lena ka?
- Kaedah PAS memilih pemimpin
Sori la bro... ni bukan jenayah... Posted: 21 Apr 2011 09:00 AM PDT Kes Sarbaini: Polis rumus kematian mengejut, tiada elemen jenayah April 21, 2011 Ahmad Sarbaini Mohamed KUALA LUMPUR, 21 April – Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 6 April lalu. Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan. "(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan. "Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya. Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang. Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia. Minggu lalu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu. Kata sumber, keluarga Ahmad Sarbaini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri. Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu. Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak. Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Laporan media sebelum ini menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini. |
Bekas pegawai kanan Polis pecah lobang... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2011 05:30 AM PDT Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik. Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999. Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya. "Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya. Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November. Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis. "Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul. "Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi. Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua. "Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan. "Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian. "Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999. "Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," kata beliau lagi. |
Chua Soi Lek, Rahim Thamby Chik... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2011 05:07 AM PDT Apabila Chua Soi Lek, Rahim Tamby Chik bercakap tentang akhlak... Oleh TIAN CHUA Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato' Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video. Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya. Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks. Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik. Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya: 1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan 2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini. Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan. |
Posted: 21 Apr 2011 04:35 AM PDT Jangan anggap PRU ke-13 lambat lagi Oleh Abd Shukur Harun Ada beberapa hal penting yang perlu difikirkan oleh PAS selepas meneliti keputusan pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Bukan semata-mata kerana kekalahan semua calonnya di sana, tetapi lebih kepada memikirkan bagaimana PAS membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti Yang penting difikirkan ialah: 1. Mempelajari sungguh-sungguh keputusan pilihan raya Sarawak itu dan siri kekalahannya dalam pilihan raya kecil yang lain sebelum ini. Apakah aktibar yang dapat diambil dari kekalahan berterusan itu? 2. Bagaimana dengan keupayaan penerangan PAS untuk menghadapi PRU Ke13 nanti. Ini kerana penerangan ialah urat nadi untuk mencapai kemenangan. 3. Bagaimana strategi PAS selepas ini - dengan mempelajari senario pilihan raya di Sarawak minggu lalu – di mana PAS bertanding tanpa strategi dan terlambat pula datang ke negeri tersebut untuk membuat persiapan. Tentu saja kita telah mendengar dan membaca pelbagai ulasan mengenai keputusan pilihan raya tersebut dan mengetahui sebab-sebab PAS kalah di sana. Bahkah PAS juga sudah mengetahui benar faktor kekalahannya dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. Oleh itu PAS wajar secara sungguh-sungguh dan terbuka memikirkan mengenai kekalahan tersebut, justeru kalah menang adalah gerak nafas PAS untuk masa depan. Oleh itu ia hendaklah berusaha sungguh-sungguh memperbaiki kelemahannya? Dalam pengalaman di Sarawak, PAS - khususnya pemimpin – lambat datang untuk mengatur kempen dan segalanya. Sementara PAS bertanding pula tanpa strategi, bekerja secara ad-hoc dan tidak terancang, sedangkan DAP jauh lebih lama membuat persediaan dan strategi, demikian juga PKR. Memikirkan semuanya ini bagaimana kiranya tanpa strategi dan persiapan secukupnya kita dengan tiba-tiba dihadapkan dengan PRU Ke-13. Jika ini berlaku sudah tentu PAS menghadapi masalah yang sangat besar. Dalam hal ini PAS mestilah dilihat sentiasa berpadu erat dalam Pakatan Rakyat justru gabungan ini sedang dilihat oleh rakyat sama ada mampu atau tidak mampu menjadi alternatif kepada BN di masa depan. Kempen PAS yang nyaring 'PAS ganti Umno' mestilah diisi maknanya sebagai gagasan yang mampu direalisasikan. Dalam ini PAS mestilah berwatak nasional, melampaui batas kaum dan dilihat sentiasa peka dengan masalah rakyat. Ia mestilah menjadi badan politik moden, yang melaksanakan kepentingan masyarakat tetapi dalam masa yang sama juga bergerak di bidang dakwah. Janganlah ada sebarang tanggapan, yang bersifat 'memujuk hati', bahawa jika PAS kalahpun, namun kita menang dalam berdakwah iaitu berjaya menyampaikan risalah Islam. PAS perlukan kemenangan kedua-duanya sekali, iaitu menang dalam pilihan raya dan berjaya dalam dakwah. Ini penting. Kemenangan politik boleh menghantar PAS kepada kuasa dan dengan kuasa akan membuka peluang PAS seluas-luasnya untuk berdakwah dan menjalankan tuntutan Islam tanpa sebarang gangguan. Ini sewajarnya difahami benar-benar oleh pendukung PAS akan maksud politik dakwah, iaitu mengaplikasikan tuntutan syarak bersama tuntutan masyarakat. Semuanya ini seiring dengan kehendak demokrasi dan tidak bercanggah dengan Islam. Inilah keperluan yang dinamakan siasah syariah dan dengan pemahaman inilah sewajarnya kita berada dalam Pakatan Rakyat. Dalam suasana dan keadaan masyarakat majmuk di Malaysia, tidak memungkinkan PAS bersendirian menghadapi pilihan raya. Maknanya dengan kekuatan tiga parti dalam Pakatan Rakyat inilah kita mampu menghadapi Barisan Nasional dan jika berjaya boleh memerintah. Kemengan DAP dan PKR mestilah dirasakan oleh PAS sebagai kemenangan bersama, demikian juga kemenangan PAS dirasakan kemenangan bersama oleh PKR dan DAP. Kemenangan DAP dan PKR di Sarawak minggu lalu mestilah juga dirasakan seabagi kemenangan bersama Pakatan Rakyat. Semangat setiakawan dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini mestilah diperlihat dan direalisasikan dalam semua gerak kerja Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke13 nanti. Sementara itu media baru, malah yang terbaru – twitter dan facebook akan mengambil peranan center stage – peranan utama – dalam PRU Ke-13 akan datang. Dulu melalui internet, kita hanya menerima maklumat melalui blog dan wabe-site selain sms, tetapi kini dunia maklumat ditambah lagi dengan laman sosial yang baru twitter dan facebook, meninggalkan jauh maklumat dari media cetak dan tv. Ini semua akan tambah rancak dalam menyambut kedatangan PRU Ke-13 nanti. Pengalaman dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru membuktikan pengaruh twitter danfacebook, yang sangat kuat dalam mengalirkan maklumat segera dan terus menerus kepada pengundi di kawasan yang ada akses internet. Malah maklumat ini berkembang dalam masyarakat. Justeru, PAS mestilah memikirkan persoalan ini dan bagaimana memanfaatkan secara maksima lama sosial yang baru ini. Semuanya ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh PAS untuk menghadapi PRU ke-13. Sekali lagi ditegaskan, PAS mestilah membuat persiapan dari sekarang walaupun ada pihak yang mengatakan BN tidak mungkin akan mengadakan pilihan raya umum segera berdasarkan keputusan di Sarawak itu di mana undi popular BN merosot lapan peratus. Sudah pastilah bahawa BN sedang merancang dan akan melakukan pelbagai cara untuk menang dalam PRU ke-13 nanti, di mana ahli-ahli Pakatan Rakyat sangat mengetahui hal ini. Dari itu jangan ada sebarang kelalaian dan jangan juga merasa 'sedap hati' kerana kononnya PRU Ke-13 lambat lagi maka bolehlah membuat persiapan secara perlahan. Untuk menghadapi PRU Ke-13 ini, PAS mestilah dilihat berada di dalam keadaan yang kuat dan terkini dalam Pakatan Rakyat, bersedia menangkis tuduhan berterusan dari komponan BN kononnya PAS menjadi alat DAP dan begitu sebaliknya. Isu perkauman pula tentunya akan berlanjutan dimainkan menjelang PRU Ke-13. Justeru PAS yang sudah dapat diterima oleh pelbagai kaum dan agama sewajarnya mengambil peranan penting menyerlahkan sebagai parti Islam yang sederhana, sangat seimbang, memancarkan keadilan, kesaksamaan dalam jalur demokrasi di mana dalam semua keadaan ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang menjadi dasarnya. |
Hikayat tiga Abdul... kahkahkah... Posted: 20 Apr 2011 09:00 PM PDT Kisah Tiga Abdul Terjumpa Jam Sekali Dengan Surat Jaminan Oleh ramziredang "Pada zaman dahulu kala, tersebut kisah tiga abdul yang ingin membikin gempak dalam negeri pasir berdengung. Mereka fikir rakyat negeri tersebut bengong seperti mereka lalu mereka merancang sesuatu. Sambil tersenyum dengan menyangka rancangan mereka akan berjaya, mereka memegang kemas sebuah jam dan siap dengan kad jaminan sekali. Kata mereka di dalam hati (hehe tentu si dia akan meggeletar kerana jam ini dia yang punya,malahan tuan jam ini selalu membawa kad jaminan ke mana sahaja dia pergi..orang lain tak pernah bawakpun kad jaminan) Di ringkaskan cerita ketika rakyat sedang mengerumuni mereka, rancaklah kedengaran mereka bercerita: ketika hamba naik semula ke tempat tidur itu untuk mengambil jam, maka hamba terjumpalah satu wayar, hamba selidik selidik rupa rupanya ada satu kamera video. Hamba tidak tahu sesiapa yang memasang kamera video itu tetapi hambalah salah seorang di dalam video itu. Pada pekan yang pertama, suasana di negeri pasir berdengung menjadi hingar bingar. Pengawal telah mengumumkan mengenal pasti siapa pelakon itu. Bila di tanya oleh mak inang dan dayang dayang semua, kenapa tidak ditangkap sahaja? Pengawal dengan marahnya berkata: saya adalah pengawal, hak saya hendak menangkap atau tidak, bila dan masa mana saya yang akan tentukan,bukan kamu. Saya tidak akan menangkap semata mata kerana inang inang yang desak untuk tangkap, fahammm?? Dengan nada berbisik antara dengar tak dengar ada beberapa inang bercakap:..ngnbynn..khhu...sfgf ..akta penyebaran bahan lucah...nhghgh..hkktrt.."Tidak dapat dipastikan apa yang mereka bincangkan kerana mereka perlahankan suara takut pengawal marah. Kini hebohlah di pelusuk rantau pasir berdengung, kisah 'sudah dikenal pasti'. Ketika nenek kebayan singah di pasar dan mengintai intai untuk memilih kuih, seorang peniaga yang terlalu lama dan boring dengan gelagat nenek kebayan. Lalu bertanya, "nenek nak beli apa ni,dari tadi tak beli beli. Nak kuih apa?".Nenek menjawab, "kuih itu sudah dikenal pasti". Peniaga bertanya lagi, betul la sudah kenal pasti, tetapi nenek nak kuih apa?" Nenek jawab lagi, "sudah dikenal pasti" Berbalik kisah jam yang dibawa tiga abdul tadi, penduduk di pasir berdengung sudah mula tidak percaya kerana dikatakan jam yang didakwa dipunya oleh si pulan itu adalah jam yang luar biasa. Ia adalah hadiah dari seorang raja dari negeri Parsi. Menggelabah tiga abdul. Dengan mengangkat kertas yang ada di tangan mereke melaung: "kenapa tuan hamba semua tidak percaya? Ini dia kad jaminan jam tersebut." Seorang penebang kayu bertanya: "wahai si tiga abdul yang bodoh lagi bengong, siapa pula yang selalu membawa jam sekali dengan kad jaminan? ada ke orang macam tu? melainkan tuan hamba mencuri jam sekali dengan kad jaminan? Lagi pun jam yang didakwa itu ada cop maharaja? Dengan cepat peluh keluar berderau dari muka tiga abdul. Sambil kontrol hensem dan buat buat selamba, tiga abdul berkata:" baik, kalau tak percaya bagi hamba tempoh tiga hari" Tiga abdul pulang dan berbincang macamana nak buat ni?? Takpa, kita call syarikat jam di negeri Cina, suruh dia buat lagi satu yang betul betul sama. "Aiya tita abedu, wa ar, selalu muat maicam maicam jam, tapi itu maicam ar, wa tatak muleh muat punyaaaa, itu syarikat antale bangse, mana muleh muat lagi satu??? lu pigi tanya lain timpat laaa"kata syarikat jam yang tiga abdul call. Tiga abdul sudah menggelebah. Tambahan pula sudah heboh tersebar berita mengatakan tiga abdul pula yang akan bakal ditangkap. Mungkin ini semata mata satu lakonan tiga abdul dan pengawal, tidak dapat dipastikan oleh rakyat pasir berdengung. Yang pasti tiga abdul pura pura ketakutan. "tak adil la macam ni...hamba tidak tayang kepada umumpun.."kata mereka sambil tersenyum kerana sudah pasti diri mereka tidak akan diapa apakan kerana memanda menteri adalah rakan karib mereka. Sebelum apa apa menjadi panjang lebar, tiga abdul sempat pusing cerita, baik: kalau anda tidak percaya cuba jawab soalan ini: berapa kali dia pergi ke inderapura?sapa yang sambut?sapa yang bayar tambang perahu? Seorang gembala kerbau berkata:"Aik??? buat apa tanya?? tuan hamba la yang bagi tau...kalau setakat nak tanya.. banyaklah soalan kena tanya. Berapa kali ke inderapura, berapa kali ke masai, berapa kali ke jawa,... " Cerita bersambung selepas siaran berita. |
Posted: 20 Apr 2011 07:00 PM PDT Menang Yang Tidak Memberi Ketenangan Oleh Mohd Sayuti Omar PUAK pacar-pacar hina UBN di bawah gembira sakan bila BN berjaya mempertahankan kerajaan di Sarawak dalam pilihan raya 16 April lalu. Berbagai istilah atau pun gambaran dibuat atas kemenangan itu. Kononnya Pakatan Rakyat ditolak rakyat dan Anwar Ibrahim sudah tidak mendapat sokongan rakyat lagi. Para dewa dan maharaja Umno pula membuat berbagai tafsiran dan konklusi yang hampir makna dan ertinya dengan pendapat pacar-pacar yang hina Umno. Apakah benar pendapat mereka dan kesimpulan yang dibuat itu tepat? Bagi mereka yang tidak kenal ilmu hisab dan hanya tahu kemenangan dari segi angka sahaja, memang iya, dan akan menerima apa yang raja-raja dan pacar hina Umno laungkan itu. Tetapi mereka yang tahu membilang, menghitung dan membuat gambaran dan analisa di masa depan sukar untuk menerima apa yang didakwakan itu. Apa yang berlaku di Sarawak itu meresahkan mereka yang memahami alunan politik. Najib Razak sendiri rasanya tidak menerima kemenangan itu sebagai sebuah kemenangan mutlak. Kemenangan mutlak ialah memberi keselesaan dan rasa tenang hati berpanjang. Kita bergembira dan berpuas hati dengan kemenangan. Dalam konteks politik kemenangan dicapai itu boleh mengekal dan menguatkan kedudukan kita di masa hadapan. Memberi kekuatan untuk berhadapan dengan musuh. Tetapi tidak begitu dengan kemenangan BN di Sarawak itu. Dari segi bilangan kerusi iya BN masih menang. PBB yang bertanding di 35 kerusi tidak kalah setengah kerusi pun. Kehilangan kerusi BN tidak sampai sesuku pun. Tetapi mungkin ada yang tidak sedar bahawa undi popular BN merosot sebanyak 8 peratus. Dalam perkiraan hisab orang politik dan ahli statistik 8 peratus adalah besar dan membahayakan kedudukan di masa depan. Perbezaan peratus undi popular di antara BN dengan Pakatan Rakyat sangat kecil. Perselisihannya tidak sampai 10 peratus. Kalau Najib atau mereka yang tahu menghitung dalam UBN tidak seronok dengan pencapaian itu adalah logiknya. Peratus itu tidak menjadi benteng untuk memastikan BN akan menang dalam pilihan raya umum kelak. Hakikat yang perlu diterima pengaruh dan sokongan BN merosot bukan menambah. BN sendiri tahu kenapa mereka menang dalam pilihan raya itu. Apa yang dapat disumbat dan digunakan semasa pilihan raya umum itu tidak akan dapat dilakukan pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Masa inilah BN akan mulai gelisah. Misalnya soal taburan wang dan segala macam kemudahan datuk nenek lain tidak akan dapat dilakukan, kerana tumpuan bukan saja kepada Sarawak saja lagi tetapi seluruh negara. Mustahil BN mampu melakukan apa dilakukan di Sarawak ke seluruh negara. Boleh diibaratkan pilihan raya Sarawak itu sebagai pilihan raya kecil di mana BN boleh menyediakan apa saja kemudahan, memenuhi keinginan pengundi. Sebagai pilihan raya kecil oposisi akan tertekan dan ditekan dengan seluruh kekuatan yang ada. Tetapi pilihan umum ke-13 adalah pilihan besar yang mana BN tidak dapat memberi tumpuan khusus seperti Sarawak itu. Oposisi tidak boleh ditekan sebegitu rupa lagi. Keadaan ini menyebabkan Najib tidak 'belebel' banyak sangat dalam mengulas kemenangan itu. Apabila Taib Mahmud sekali lagi angkat sumpah ia mematikan seluruh pancarindra Najib untuk membuat previu kononnya kemenangan itu adalah kemenangan BN seluruhnya. Pola pengundi di Sarawak itu membimbangkan BN yang patut juga dibimbangi oleh orang Melayu. Yang pastinya kerusi didominasi orang Cina akan terlepas kepada orang Cina (DAP). Orang Cina telah melakukan perubahan besar bukan saja setakat evolusi dan transformasi semangat tetapi sudah melakukan revolusi perubahan. Orang Cina sudah sepakat untuk merampas semua kerusi yang mereka dominasi tanpa berkongsi dengan siapa lagi. Mereka mula berbuat begitu kerana mereka sudah ada kekuatan, sudah ada ruang yang dibuka oleh pacar-pacar politik Melayu. Kalau ingin tahu berapa kerusi yang akan menjadi milik Cina dalam pilihan raya akan datang cuba hitung sendiri dan lihat kedudukan taburan kaum di dalam sesutau kawasan parlimen. Dari situ nanti akan diketahui berapa kerusi yang bakal dirangkul oleh Cina. Parti yang akan menjuainya ialah DAP. Dalam hal ini DAP akan menjadi juara. Kalau kerusi milik Cina sebanyak 50 kerusi, maka dalam pilihan raya akan datang kesemua kerusi itu akan menjadi milik DAP. Melihat keadaan sekarang, trend sokongan dan kesungguhan serta keinginan orang Cina, DAP bakal menjadi parti besar dinegara ini yang memiliki kerusi di Parlimen. Gerakan, MCA, SUPP atau apa saja parti Cina lain sudah tidak menjadi parti pilihan masyarakat Cina lagi. Mereka semua akan bersatu atas satu parti. Apakah ada persepakatan secara semula jadi di kalangan kaum ini, ianya boleh dikaji dan diulas di lain masa dari berbagai sudut dan aspek sosial dan siasah. Berbalik kepada Sarawak tadi, apa yang dapat disimpulkan yang berlaku dalam pilihan raya tempoh hari, Taib Mahmud menang dan kemenangan itu membolehkan dia tidur lena bersama isterinya tetapi tidak untuk Najib. Taib Mahmud mengangkat sumpah semula menjadi Ketua Menteri. Tujuan Taib Mahmud bertanding bukan ada yang lain melainkan untuk menang dan kekal sebagai Ketua Menteri. Taib Mahmud tidak akan peduli apakah Malaysia akan terus diperintah BN atau tidak kerana baginya yang penting dia menang di Sarawak. Beliau tidak bimbang sama sekali akan kehilangan kedudukan dalam tempoh setahun dua ini. Seandainya Najib dan Umno tidak senang dengan sikap tamak dan gilanya, Taib boleh buat koner baring dengan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Baginya apa yang penting dia terus jadi KM dan segala harta bendanya selamat. Ini berbeza dengan Najib. Beliau mahukan kemenangan itu menjana kemenangan berterusan dan menyeluruh. Taib sudah mendapat mandat baru untuk lima tahun lagi, tetapi Najib masih hidup dengan mandat pinjaman dan pesaka dari Abdullah Badawi. Di sinilah perbezaan Najib dengan Taib. Kedudukan Najib sebagai PM masih belum selamat seutuhnya. Apa yang menjadi buruan Najib ialah kemenangan dua pertiga bukannya kemenangan tipis. Tambahan pula pilihan raya bakal datang adalah yang pertama untuk Najib. Dalam pilihan raya ini dia perlukan kecemerlangan. Kalau dalam pilihan raya pertama itu BN sudah gagal mendapat majoriti dua pertiga, ibarat kata tidak lamalah Najib menjadi perdana menteri. Inilah yang merisaukan Najib menyebabkan keputusan pilihan raya Sarawak itu ditatap dan dihitung sepanjang malam kerana sudah terbayang bahawa beliau akan berhadapan dengan masalah. Benarlah kata seorang aktivis politik veteran malam tadi; pola pengundian di Sarawak menyebabkan Najib tidak nyenyak tidur kandati BN menang. Itulah yang dikatakan kemenangan yang tidak membawa ketenangan! |
Posted: 20 Apr 2011 03:00 PM PDT Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik. Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT. Sekian, wassalam. YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan