Addin |
- Jom Boikot!! Berita Harian Pelacur Media..
- Najib Terus Dihantui Altantuya
- Sepatutnya Kerajaan Bagi Internet Percuma, Bukannya E-mel Percuma
- Panas!! 14 Cawangan UMNO Labuan Bakal Di Bubarkan
- 6 Produk Kosmetik Berjenama Beracun
- Najib Kencing Lagi..
- Gadis Ini Hilang..
Jom Boikot!! Berita Harian Pelacur Media.. Posted: 21 Apr 2011 10:00 AM PDT Inilah yang dikatakan pelacur media.. keluar berita sampah yang mereka cipta fakta untuk meneruskan kesinambungan agenda politik jahat boss mereka iaitu UMNO.. KUALA LUMPUR - KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. "Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik," kata Surendran. Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. "Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi."Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional," Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali 'dipasang' (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini," katanya.Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. "Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat," jelasnya./KD |
Najib Terus Dihantui Altantuya Posted: 21 Apr 2011 06:45 AM PDT Tidak diragui lagi bahawa wawancara Raja Petra Kamarudin oleh TV3 13 April lalu merupakan satu propaganda politik bertujuan membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjelang Pilihan Raya Sarawak. Wawancara Raja Petra bertumpu kepada afidavit yang ditandatanganinya pada 18 Jun 2008, di mana beliau mendakwa bahawa beliau dimaklumkan dengan pasti oleh informanya bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor berada di tempat kejadian, menyaksikan peletupan mayat Altantuya. Raja Petra kini mendakwa bahawa beliau tidak lagi mempercayai apa yang beliau yakini sebelum ini. Mari kita fahami isu ini dengan jelas dari permulaannya. Kebenaran afidavit ataupun sebaliknya serta apa pun kepercayaan ataupun rasa tidak percaya yang mungkin dirasai oleh Raja Petra terhadap kes Altantuya tidak akan menambah atau mengurangkan walaupun sedikit awan gelap yang terus menghantui Najib ke atas kes pembunuhan ini. Kegagalan agensi penguatkuasa Sebarang persepsi negatif mengenai Najib tidak timbul dari si anu mengatakan ini atau itu. Sebaliknya, ia bertimbun dek kegagalan Najib sendiri untuk memimpin seperti yang sepatutnya serta perisai yang melindunginya secara keterlaluan oleh agensi penguatkuasa undang-undang untuk menghindari Najib agar tidak terkeluar dari batasan mengikut proses undang- undang – sehingga ia melalaikan tugas, menampakkannya seperti satu pakatan sulit. Kegagalan agensi penguatkuasa secara terang-terangan serta tingkah laku Najib yang kekok dalam mengelak inilah yang telah membuatkan syak wasangka rakyat jelata lebih membuak-buak terhadap penglibatannya. Segala contoh yang ada amat banyak untuk dihitung satu persatu, tapi kami akan menyebut beberapa untuk mengingatkan semula kepada rakyat jelata. Bermula dengan polis, tiada sebarang alasan mengapa polis harus membiarkan Najib dan penolong pegawainya Musa Safri terlepas dari disoal siat dalam penyiasatan mereka, apabila ketiga-tiga tertuduh mempunyai hubungan rapat dengan Najib.Musa jugalah yang telah mengarahkan kedua-dua tertuduh pertama untuk `menguruskan' Altantuya. Bahkan kegagalan polis lebih ketara apabila ia gagal bertindak ke atas tiga afidavit dan wawancara video penyiasat persendirian P Balasubramaniam oleh tiga peguam kanan. Maklumat yang diberikan oleh Bala dalam dokumen-dokumen tersebut bukan hanya membabitkan Najib (dalam afidavit pertama), tetapi turut menuduh Rosmah dan abang Najib, iaitu Nazim yang memaksa Bala dan keluarganya untuk melarikan diri dari negara dengan rasuah dan ugutan (direkodkan dalam wawancara video dan diserahkan melalui afidavit ketiga). Afidavit ketiga adalah jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diserahkan pada bulan Julai 2010. Belum ada sebarang jawapan dari SPRM, meskipun terdapat peringatan bertulis dari peguam Bala. Apakah alasan munasabah untuk polis dan SPRM untuk terus berdiam diri selama ini bagi tuduhan-tuduhan serius ini, yang disokong oleh butiran faktual, terhadap Perdana Menteri dan keluarganya? Jika Najib dan keluarganya tidak bersalah, tidakkah badan penguatkuasa undang-undang ini telah bertindak dari awal-awalnya lagi untuk membersihkan nama PM dan keluarganya dari stigma mengerikan seperti itu? Perkara di luar aturan yang aneh Senario di mahkamah adalah lebih aneh. Bukti ketara dan kritikal yang didedahkan di mahkamah telah 'ditutup' dengan cepat, bukannya diteruskan dalam mengejar kebenaran dan keadilan. Bahagian luar biasanya adalah segala usaha untuk menguburkan bukti-bukti baru ini tidak ditimbulkan oleh satu atau dua pihak tetapi oleh ketiga-tiga pihak yang bertindak secara bersama – pihak pendakwa, peguam bela dan hakim. Bukti-bukti ini termasuklah pemadaman rekod imigresen Altantuya dan teman-temannya dari Mongolia, dan sekeping foto yang dikatakan gambar Najib, Altantuya dan tertuduh ketiga sedang menjamu selera di sebuah restoran. Bukti yang pertama akan memberikan petunjuk yang penting kepada penglibatan pihak atasan dalam kes tersebut, manakala bukti yang kedua akan mengaitkan Najib (jika terbukti) yang telah berkali-kali bersumpah bahawa dia tidak pernah kenal atau bertemu Altantuya. Fenomena aneh bagi pertembungan kepentingan oleh pihak kehakiman untuk menyekat bukti baru hanya boleh dijelaskan dengan satu perkara – Najib tidak harus dibabitkan dalam kes tersebut. Kenyataan bahawa keadilan tidak dilaksanakan sepenuhnya melalui hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh yang pertama sememangnya jelas, apabila mahkamah tidak pernah peduli untuk menyiasat motif pembunuhan gadis tersebut – dan dengan cara yang amat kejam seperti itu. Adalah tidak sukar untuk memahami mengapa motif pembunuhan tidak pernah disebut di dalam mahkamah. Jawapannya mudah, tidak ada. Kedua-dua pembunuh yang disabitkan dengan kesalahan itu, yang merupakan pengawal peribadi kepada Najib, dan dilatih untuk bersiap sedia menjalankan perintah tanpa sebarang soalan, tidak mempunyai sebarang motif tersendiri untuk membunuh seseorang yang belum pernah mereka ketemu sebelum ini. Dan semenjak tertuduh ketiga, yang dituduh mengarahkan pembunuhan, dibebaskan kerana kekurangan bukti, maka pertanyaan yang bermain di fikiran adalah: siapa yang mengarahkan pembunuhan itu? Bolehkah dibayangkan bahawa pengawal peribadi telah membunuh tanpa sebarang arahan dan tanpa motif? Bukankah lebih logik untuk membuat kesimpulan bahawa dalang dan pelaku sebenarnya masih berkeliaran di luar sana dan berada di luar bidang kuasa mahkamah? Adalah jelas bahawa soalan-soalan utama dan keraguan yang masih berlegar-legar di fikiran mengenai pengendalian kes ini masih belum terjawab. Sehingga jawapan memuaskan diberikan melalui mahkamah yang adil dan pasukan polis yang dihormati, yang hanya dapat diwujudkan melalui perubahan lengkap dalam kepimpinan politik, adalah naif untuk berharap agar keadilan dapat dikembalikan kepada keluarga Altantuya dan rakyat. Dan sehingga ia berlaku, Perdana Menteri tidak boleh berharap untuk bebas daripada dihantui oleh pembunuhan Altantuya. /Kim Quek |
Sepatutnya Kerajaan Bagi Internet Percuma, Bukannya E-mel Percuma Posted: 21 Apr 2011 04:00 AM PDT SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menegaskan bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya memberikan kemudahan internet secara percuma dan bukan emel percuma, kata Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail. Beliau mengulas projek yang dilancarkan kerajan bagi menyediakan akaun emel kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk urusan rasmi kerajaan yang dilaksanakan sebuah syarikat IT, Tricubes Bhd. "Dengan pemberian ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan? "Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah," ujarnya dalam satu kenyataan media. Bagaimanapun, laporan media hari ini mendedahkan emel yang dikatakan percuma itu, tidak percuma sepenuhnya kerana terdapat beberapa caj sampingan yang dikenakan kepada pengguna. Rodziah dalam kenyataannya membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat. Menurutnya, projek Emel 1Malaysia yang dijalankan kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional menunjukkan projek itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan dirancang rapi. Malah beliau turut mempersoalkan status Syarikat Tricubes Berhad yang dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia. "Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini? Alasan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak bahawa projek ini tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal," katanya. Justeru, katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya meminta kerajaan memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Pakatan Rakyat./KD |
Panas!! 14 Cawangan UMNO Labuan Bakal Di Bubarkan Posted: 21 Apr 2011 02:45 AM PDT Sejumlah 14 daripada keseluruhan 29 cawangan UMNO di Labuan yang telah membuat usul di dalam mesyuarat cawangan UMNO baru-baru ini agar Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digugurkan Majlis Tertinggi UMNO dikembalikan semula kepada jawatannya; atau mereka akan berpaling tadah dengan membubarkan 14 cawangan berkenaan dan memberi sokongan kepada pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Labuan, Arif Bin Buang, yang juga Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha 2 yang mendakwa mewakili 14 Cawangan UMNO Labuan telah menghubungi Sabahkini.net dan bersedia memberi kenyataan bersumpah di hadapan kamera video untuk siaran Sabahkinitv. Menurut Arif, mereka sudah bosan dengan sikap dolak dalih Majlis Tertinggi UMNO yang secara malafide telah merancang penyingkiran Ketua UMNO Labuan secara bersindiket untuk melumpuhkan UMNO dengan membuat tuduhan palsu yang sengaja direka-reka dan dipinda beberapa kali semata-mata untuk memastikan Suhaili kecundang di mahkamah. "Kami amat kesal kerana di dalam surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 8 Mei 2008 kepada Datuk Suhaili menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 6 Mei telah membuat keputusan bahawa jawatan YBhg Dato' (Suhaili) sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan adalah digantung untuk sementara waktu sehingga kes YBhg Dato' selesai dibicarakan. Tetapi setelah kes berkenaan dibicarakan, beliau masih digantung tidak bertali," kata Arif bahawa rayuan yang difailkan Pendakwaraya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiksa Suhaili dan ahli UMNO Labuan. Tegas Arif, lagipun Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah mengeluarkan surat pengesahan bahawa Suhaili boleh kembali memegang jawatannya kerana masalah teknikal berkenaan telah diselesaikan sepenuhnya melalui proses undang-undang. "Jika UMNO yang pernah diharamkan di mahkamah tidak menghormati Pendaftar Pertubuhan, siapa lagi yang akan hormat kepada UMNO?," tanya Ariff menjelang sesi rakaman video di sebuah komplek membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur kelmarin. Sehubungan itu, Arif yang menyatakan mendapat mandat 14 Ketua Cawangan UMNO Labuan telah menyatakan pendirian dan memberi altimatum kepada Presiden UMNO agar mengembalikan ketua mereka ke jawatan asal. Menurut Arif, semua ketua cawangan Pro-Suhaili kesal kerana UMNO mengeluarkan dua kenyataan yang bercanggah iaitu menggantung sementara Suhaili (surat Tengku Adnan) dan menggugurkan Suhaili mengikut Seksyen 10.10 yang dibaca bersama Seksyen 10.16 Perlembagaan UMNO. "Apakah MT UMNO perlu mengikuti kursus Bahasa Malaysia kerana menggunakan perkataan 'gugur' dalam Mesyuarat dan perkataan 'gantung' dalam surat?," soal Arif yang jengkel dengan sikap MT UMNO yang menyimpang daripada dasar perjuangan parti dan menjadi 'keldai pengangkut barang' pihak tertentu di luar UMNO. Sehubungan itu, Arif menggesa agar MT UMNO menyelesaikan segera isu pengguguran atau penggantungan jawatan Suhaili menjelang pilihanraya umum akan datang kerana mereka tidak akan teragak-agak membubarkan 14 cawangan UMNO Labuan dan memberikan sokongan kepada pembangkang bagi memastikan UMNO tumbang di Labuan. Sebelum ini, Sabahkini.net melaporkan bahawa Suhaili mendedahkan ada 'Tangan Ghaib' yang sedang berusaha keras untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah mereka berjaya membius dan menjatuhkan Pak Lah suatu ketika dahulu. Kenyataan Suhaili dibuat sebelum Raja Petra Kamaruddin membuat kenyataan di media perdana yang mendedahkan bahawa terdapat rancangan untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri setelah Pak Lah berundur. "Saya agak kesal kerana Majlis Tertinggi UMNO mengambil masa yang terlalu lama dan menghukum saya sedangkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan membenarkan saya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan. Saya tidak tahu apa lagi yang mereka mahu buat terhadap saya," ujar Suhaili yang agak terkilan kerana Majlis Tertinggi UMNO menjadikan alasan rayuan Pendakwaraya sebagai faktor penyebab beliau belum dibenarkan memegang kembali jawatannya yang digantung Majlis Tertinggi UMNO. Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa jawatan seseorang pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan. Namun kata Presiden UMNO tidak dikotakan oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Suhaili telah dibebaskan daripada tuduhan Akta Kebankrapan pada 27 September 2010, namun Suhaili bagaikan dipasung mati kerana Majlis Tertinggi enggan membenarkan beliau memegang jawatan yang dimenangi secara sah. "Memang ada tangan ghaib di dalam UMNO yang mengotorkan tangan Presiden UMNO, tapi belum tiba masanya untuk saya dedahkan; melainkan jika terpaksa," ujar Suhaili mengulangi amarannya yang tidak teragak-agak untuk bertindak di sebaliknya jika masa hadapan politiknya cuba dimusnahkan./Sabahkini Lihat artikel asal di sini. |
6 Produk Kosmetik Berjenama Beracun Posted: 20 Apr 2011 09:00 PM PDT Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream. "Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu. Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). "Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya. Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta./Bernama |
Posted: 20 Apr 2011 07:00 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kerajaan tidak membiaya projek penyedian e-mel percuma kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas dan ia juga tidak diwajibkan kepada seluruh rakyat di negara ini. Bagaimana pun, beberapa firma yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek itu November tahun lalu, telah diterangkan bahawa projek itu mensasarkan seratus peratus penyertaan daripada rakyat Malaysia. Ia sekaligus bertentangan dengan kenyataan yang dibuat Najib.Sebuah portal berita melaporkan, indeks prestasi utama (KPI) bagi projek itu adalah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan mungkin meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015. Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bahawa pihaknya perlu mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel, dengan menggunakan perkhidmatan nilai tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020. Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang melabur RM50 juta bagi projek itu, adalah sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk. Ia menimbulkan persoalan besar sekiranya ia merupakan inisiatif swasta, bagaimana projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir 'muflis'. Tricubes Bhd disenarai antara 12 syarikat dalam kategori syarikat GN3 dalam Bursa Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat./KD |
Posted: 20 Apr 2011 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan