AdukaTaruna |
Posted: 19 Apr 2011 11:22 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Memula dapat sms dari member. Dia bagitau Prof Abdul Aziz Bari keluar statement pasal Hadi. Bila gua baca, gua pun meluat. Pasal apa? 1. Dulu masa dia keluar statement hentam Hadi, Hadi and the geng terpaksa buat seminar untuk serap asakan EGM. Tak kisah sangat la. Bila dah dijemput masuk gelanggang, terkial2 pulak tu. Bacul , tiada home work. Bentanglah hujah time tu. Bentanglah kajian time tu. Kalau gua la.. dapat peluang tu.. wallahualam. Nasib baik Prof spek mata retro tu menyelamatkan maruah manusia2 bertitle Prof. Last2.. nak2 muktamar, tubik lagi suara dia belasah Hadi. Gua yang memang anti kepada kelayakan Hadi pun meluat baca. Cerita pung pang pung pang.. bila dipelawa masuk gelanggang? Hadi, Bodigat Hadi yang pukul curi gua tu, dengan prof Bari gua dah anggap maruah dia sama jer. Penakut dengan hujah secara berdepan, berakam dan live. [2] Tapi perasaan meluat gua terubat bila baca hujah Herman. Pemangku Ketua pemuda Wilayah Persekutuan tu beb. Punyalah panjang nama pangkat. Hehe... hiburan malam. Sumber : Harakah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan penganalisis politik, Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Biasalah.. gua faham. Dah lu ahli, wala' jer la. Ramai gak yang backing. Normal la. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.Gua start kelakar kat sini la. Kalau debat live dan berakam la... memang maut nih. "Err.. Incik Pemangku Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, mengapakah Barisan Alternatif musnah? DAP memutuskan hubungan dengan Hadi Awang?" "Mung jangang biadap. Rampas hamdphone dia." "Mung siapa? Kawan Aduka? Jangan rakam. Jangan rakam." "Ambil handphone dia. Ambil. Kemera kawan dia pun ambil. Ambil!" Tu jer la yang lu boleh bila berdepan dengan hujah secara berdepan, secara berakam dan secara live. Selain itu, katanya pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. PAS asyik ulang Memali, rasuah, Altantuya, Teo Beck Hong, Rosmah jer. Apsal? Takda isu baru? Itu bukan isu. Itu hujah. Dalam hujah takda soal basi atau tidak. Jika tidak buang sahaja hujah Al-Quran yang sudah berulang2, berusia beribu tahun itu. Socai punya Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Tambahnya, ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008.Tidak patut kritik Presiden FAM kerana, walau Pahang selalu dapat rombakan sistem bagi menyelamatkan dari terjerumus ke Liga Bawahan, tetapi Kelantan menang piala juga bawah kepimpinan Presiden FAM. Tidak patut kritik Presiden FAM kerana, walau Malaysia selalu dibelasah, prestasi merosot, tetapi Selangor juara liga Super di bawah kepimpinan Presiden FAM. Socai punya Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Malah, katanya jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004.Masa Fadhil Nor jadi Presiden, terengganu menang 10. lepas Hadi jadi Presiden, Terengganu kalah tinggal 1. Barisan Alternatif musnah. DAP tubik. Lepas kena belasah gila2, dan berlaku tsunami benci UMNO, orang lain menang, Terengganu menang 4. Siapa kata Hadi tak relevan? Dari 1 kerusi, dapat 4, tau. Dia boleh kira start angka 1, bukan 10. Sebab di pasti matematik ajar kira bermula dari 1. usrah2 juga bai... nak jadi Pemangku Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kena tau gak Matematik. Ni bukan Kepimpinan Ulama. Ni Kepimpinan Socai. "Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah Presiden," ujarnya dalam satu kenyataan.Lu tak fikir ke, kenapa Allah takdirkan PRK dan PRN berturut2, terdekat, semua PAS kalah? Dari Galas - Tenang - Merlimau - Kerdau - Sarawak. Baik lu cakap Presiden PAS layak jadi Kapten di PBB sebab selalu join majlis antarabangsa. Jangan tengok Malaysia, tapi tengok antarabangsa. Haa.. kan. Lu tegok lah hujah dia. Tu pasal Hadi Awang lari bila gua asak dia berhujah secara berdepan. Tahap Herman juga lah ni. Dia sendiri bunuh hujah dia. Lain lah PAS pernah menang di Sarawak? Apsal tak sebut lainlah kalau PAS pernah menang di Terengganu? Pasal PAS pernah menang di Terengganu lah keluar hujah kekalahan Terengganu tu. Socai. Katanya, pilihan raya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tetapi kali ini 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden PAS telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.Dulu PAS tanding 1. Sekarang PAS tanding 5. Itu kehebatan Hadi dalam berunding dengan Pakatan Rakyat. Dey socai. Dulu PKR berapa? Dan sekarang berapa? Dulu DAP berapa, sekarang berapa? bermakna, Hadi bukan hebat kalau lu guna hujah lu ni. Lu sedar tak,. lu sendiri bunuh hujah lu ni? Ni bukan Kepimpinan Ulama, Incik Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, ni Kepimpinan Socai. Menurutnya, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Ni jer gua setuju dengan lu. Gua pun bingung gak Aziz Bari ni bila kaitkan 16 September dengan Hadi. Nak tuduh Majoriti Melayu Muslim la tu kot. Orang dah pelawa masuk gelanggang, dayus pulak. Tup2 nak muktamar, bersuara. Setakat bersuara dok dalam semak, buang telur lu, bro. "DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS di atas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004," katanya.Eloklah tu. Mudah2an lu jadi calon PRU13 ni. |
Posted: 19 Apr 2011 10:01 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Maka, telah berkatalah Tantawi : "Jika masih diberi kepercayaan, saya akan mempertahankan (jawatan ketua pemuda PAS). "Tetapi jika ada orang lain yang lebih baik, saya akan memberi laluan," katanya hari ini. Sumber : FreeMalaysiaToday [1] Pada gua, dalam wadah undi jari ini, kemampuan untuk menarik sektor yang berkaitan dengan pangkat yang diberikan kepada seseorang itu sangat2 penting. Kemampuan. Yakni qowi. Allah sebut qowi dulu, kemudian baru amanah. "Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)" [al-Qasas 28: 26] Qowi tu kira keahlian dalam satu2 bidang la. Kalau bidang memancing, lain pula qowinya. Kalau bidang memasak lain pula qowinya. Jadi, jika jawatan Ketua Pemuda, dalam pula wadah undi, maka; qowinya haruslah berupaya membawa suara muda, pembaharuan, dan paling penting berupaya menarik sokongan anak muda. Jika tidak, keluarlah dari bidang undi jari, masuklah HT atau Tabligh. [2] Selain dari qowi yang dibincangkan di atas, Ketua Pemuda juga harus menjadi pendesak. Pendesak kepada jemaah itu sendiri. Fikrah old school akan luput per zaman. Dunia ini bukan milik old school, tetapi dipinjam dari generasi akan datang. Dan sempadan kepada time line zaman itu ialah ialah pemuda. Pemuda atau Ketua Pemudalah yang bertanggungjawab terhadap hak milik generasi akan datang dari cacat cela yang ditinggalkan old school. Mari kita lihat : Seperti hujah The Sniper, keadaan terkini pengundi Malaysia mengikut pecahan umur ialah : 60 tahun ke atas 27% 40 hingga 59 - 37% 21 hingga 39 - 36% Orang tua semakin hari semakin berkurangan (meninggal dunia). Yang menggantikan ruang vakum itu (menjadi tua) datangnya dari umur pertengahan (40-59). Yang semakin bertambah ialah pengundi baru yang bergabung dengan pengundi muda. Kemudian kita lihat genetik Cina yang bergerak / memperjuangkan idealoginya dalam landasan pembolehubah yang tepat. Kita lihat dulu, struktur organisasinya, dan kaitannya dengan umur. Sumber : DAP Malaysia Dahulu, di dalam DAP, ikon crowd puller kepada golongan muda (terbanyak mengikut pecahan pengundi), dan crowd puller terhadap golongan bukan ahli (pengundi tanpa party) mereka ialah Lim Kit Siang. Manakala Dr Chen Man Hin, Karpal Sigh dan Dr Tan Seng Giaw pula lebih kepada 'Majlis Syura' iaitu pemikir parti yang menjaga dasar. Crowd puller kepada golongan muda adalah penting kerana mereka membentuk jumlah yang banyak dalam pecahan pengundi mengikut umur. Crowd puller kepada golongan tidak berparty juga penting kerana mereka membentuk undi tambahan yang besar daripada undi ahli yang sudah pasti dan tetap. Apabila zaman berubah, muncul crowd puller baru bernama Lim Guan Eng, maka, Lim Kit Siang kini sekadar Ahli Parlimen. Lim Guan Eng diberikan tugas sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung. Melabelkan dan menjenamakan crowd puller mereka kepada lebel dan jenama DAP adalah penting. [3] Persoalan setakat ini ialah :
Ketika ini Bob Lokman pula. Apakah Tantawi akan membiarkan Bob Lokman bergerak tanpa ikatan tugas serta baiah seperti Akhil Hayy? Persoalan seterusnya ialah :
Anda tidak akan berjumpa analisa dan persoalan ini jika tamat di Al-Azhar dengan segulung ijazah dan segulung serban. Apakah Tantawi mempunyai Qowi untuk mempersoalkan perbezaan ini? SU Agung DAP - Lim Guan Eng SU Agung PKR - Saifudin Nasition SU Agung PAS - Mustafa Ali Mari lihat lagi. [4] Masuk semula dalam DAP, seterusnya kita melihat di dalam strutur organisasi mereka, berapa banyak golongan old school dan berapa banyak golongan muda. Dari 31 jawatan organisasi, 20 darinya adalah golongan muda. 90% daripada calon2 pilihanraya mereka juga adalah golongan muda. Bro MSO telah mencatat :
Sumber : Tinta Merah [5] Dunia semakin berubah. Saluran 1, saluran pengundi tua semakin kurang. Yang mengambil alih saluran 1 pula datangnya dari pertengahan. Saluran muda semakin meningkat. Genetik Cina faham pembolehubah. Walau majority Cina di Malaysia tidak kenal Allah, tetapi mereka tunduk dan patuh kepada sunnah Allah. Ketetapan alam. Berusaha dengan usaha yang tepat untuk perkara yang dihajati. "Lu tak faham Islam, Aduka. Kita tak menang sebab tak bersugi." Genetik English juga faham pembolehubah. Pemikir pemasaran McD dan KFC mengiklankan kanak-kanak. Maskotnya juga bersifat mesra kanak-kanak. Pemikir pemasaran ais krim Cornetto, Coke, etc mengiklankan muda-mudi. Mengapa? Jika anda memilih wadah undi sebagai jalan penegak Islam, anda perlu dapatkan kuasa teramai. Anda perlu himpunkan kuasa teramai. Setelah itu, barulah berpeluang untuk menjelaskan falsafah berat dan panjang mengapa dan siapa dan apa. [6] Tantawi... jika faham bahawasanya lu bukan manusia pilihan Ilahi, bermakna lu perlu tunduk kepada sunnah Allah untuk perkara yang lu hajati. Lu kena patuhi pembolehubah alam. Jika lu faham lu adalah manusia pilihan Ilahi yang mempunyai mukjizat atau karamah, barulah lu hanya perlu doa dan tunggu Allah bekerja untuk lu. Jadi, tanya diri lu. Sebagai KP PAS yang memilih jalan undi untuk menegakkan sistem Islam, adakah : 1. Gua mempunyai Qowi untuk mendesak pemuda PAS diberikan tempat sekurang2nya 50% dalam hiraki? 2. Gua mempunyai Qowi sebagai crowd puller? 3. Gua mempunyai Qowi bagi melahirkan atau mengesan atau mengikat crowd puller? 4. Gua mempunyai Qowi bagi mendesak Presiden supaya berani berhadapan dengan anak muda, berani berhadapan dengan amukan isu, berani berhadapan dengan wartawan dan blogger. Lu lihat Anwar berhadapan dengan wartawan jam omega. Lu lihat TGNA berhadapan dengan wartawan / blogger ketika isu jumpa Istana Terengganu. Jika anda layak, silakan kalungkan amanah itu ke lehermu. Sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan