Addin |
- SPR.. Kenapa Bila Nak Kira Undi Je 'Blackout' ?
- Baru Bian - Suruhanjaya Tanah Sarawak Tetap Di Teruskan
- Undang-Undang Darurat Malaysia Paling Lama Di Dunia
- Penduduk Kuantan Bantah, Lynas Hasilkan 20,000 Tan Sisa Radioaktif
- Bongkar!! SB Lantik Pensyarah Universiti
- Panas!! Media Malaysia Bohong Kehilangan Enjin Pesawat TUDM
- PRU 13 Di Ramal Hujung Tahun Ini
- Video Seks Fitnah : Anwar Tetap Akan Di Dakwa
- Kedi Wanita Sinonim Dengan Pelacuran
SPR.. Kenapa Bila Nak Kira Undi Je 'Blackout' ? Posted: 19 Apr 2011 11:00 AM PDT Berlaku di Miri, semasa pengiraan undi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap di atas kesalahan yang tidak diketahui hujung pangkalnya oleh polis dan berlaku kekecohan dimana SPR dituduh menipu undi. Kami nak tanya satu je, apa sebab dia ditangkap? Berita ini tidak keluar di mana-mana media besar, jadi kami ingin kongsikan kepada anda.Terdapat kekeliruan di sini dimana, jika dilihat daripada video dibawah, Pakatan Rakyat telah meminta pengiraan semula undi atas beberapa sebab yang telahpun dinyatakan kepada SPR, namun ditolak bulat-bulat. Ini adalah info yang kami terima dari beberapa sumber yang berada di tempat kejadian sewaktu proses pengiraaan undi dijalankan. Kalau dilihat dari info diatas, kelihatan SPR memang menipu terhadap undian di Miri.Kami nak tanya, mengapa selalu sangat berlaku blackout sewaktu pengiraan undi dijalankan? Dah macam resam pula kejadian blackout ini. Dan yang paling menghairankan, bagaimana pula dengan undi pos yang hanya sekadar 500+, boleh merosakkan majoriti calon PKR yang sedang mendahului 1000+ majoriti sewaktu pengiraan kotak undi terakhir? Fikir logiklah nak kira undi dalam stadium sewaktu blackout.SPR,oh SPR. Kalau dah blackout tu, apa kata berhenti mengira undi sehinggalah masalah blackout tu dah selesai.Tak ada lah nampak SPR tidak berlaku adil. Dan yang paling pelik, dengan hanya undi Pos 500+, boleh menidakkan majoriti 1000+ calon PKR, memang mustahil.Matematik mudah sahaja.Bukan pakai algebra.Kalupun semua undi pos memihak kepada calon SUPP, mustahil beliau boleh menang.dengan majoriti hanya dipisahkan 58 undi, wajar rasanya pengiraan undi di adakan semula. Dan yang terakhir, atas alasan apa pula pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap? Inikah cara Polis menangani masalah?Bagitahulah dulu apakah kesalahan yang dilakukan sekurang-kurangnya.Perlu terus tangkap dan pegi balai sahaja.Tidak perlu libatkan emosi dan profesionalisme dalam menjalankan kewajipan. Namun begitu, kami nak tanya pendapat anda.Mungkin ada orang Miri yang lain, yang sanggup berkongsi tentang apa yang terjadi semasa proses pengiraaan undi waktu itu?/BS |
Baru Bian - Suruhanjaya Tanah Sarawak Tetap Di Teruskan Posted: 19 Apr 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Walaupun Pakatan Rakyat belum berjaya memerintah Sarawak, namun gabungan itu akan meneruskan penubuhan Suruhanjaya Tanah sebagaimana yang terkandung dalam manifestonya pada kempen pilihanraya Sarawak baru-baru ini.Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, beliau akan mengusulkan penubuhan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bulan depan. "Oleh kerana yang memerintah Sarawak ketika ini masih BN, maka kuasa penuh penubuhan itu berada dalam bidang kuasa mereka. "Maka, kami akan mengusulkannya pada persidangan DUN Sarawak Mei ini dan berharap mendapat sokongan penuh majoriti Adun demi manfaat rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Baru yang juga aktivis dan pejuang tanah Sarawak menjelaskan, sehingga kini kira-kira 200 kes melibatkan tanah rakyat di negeri itu di'rampas' kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri paling lama di Malaysia, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Baru ketika ini merupakan Adun Ba'kelalan, yang dimenanginya pada pilihanraya Sarawak 16 April lalu dengan menewaskan Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dari BN dengan majoriti 473 undi. Pada pilihanraya Sarawak 2006, beliau tewas dengan majoriti 475 undi. Pakatan Rakyat Sarawak ketika ini memiliki 15 kerusi DUN, BN(55) dan Bebas (satu)./KD |
Undang-Undang Darurat Malaysia Paling Lama Di Dunia Posted: 19 Apr 2011 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Malaysia memegang rekod memalukan kerana menjadi negara paling lama memiliki undang-undang darurat, kata Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali. Menurutnya, tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mempertahankan udang-undang zalim itu mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia dari segi politik dan amalan demokrasi. Sedangkan katanya, negara-negara bekas diktator di seluruh dunia turut sama memansuhkan undang-undang tersebut. "Selepas kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Algeria, pemimpinnya sudah mengumumkan akan memansuhkan Undang-undang Darurat di negara masing-masing yang berkuatkuasa antara 20 hingga 40 tahun saja. "Tetapi di Malaysia, undang-undang ini sudah melebihi 60 tahun," katanya semasa berucap di Dewan Negara semalam. Selain itu, kata Dr Syed Hudin, negara lain di dunia ini hanya memiliki satu perisytiharan Undang-undang Darurat. "Akan tetapi, Malaysia yang begitu kecil dan belum begitu panjang sejarah kemerdekaannya memegang rekod dunia dengan mempunyai lima perisytiharan Darurat. "Berapa lama lagikah kita hendak memegang rekod yang sangat memalukan ini," soal beliau. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan segera memansuhkan undang-undang darurat yang diperkenalkan sejak 1948 itu. "Adakah kerajaan Umno BN hendak menunggu dulu kebangkitan rakyat di jalanraya seperti di negara-negara Arab untuk memansuhkan undang-undang ini," katanya lagi./KD |
Penduduk Kuantan Bantah, Lynas Hasilkan 20,000 Tan Sisa Radioaktif Posted: 19 Apr 2011 05:00 AM PDT Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu. Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut. "Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena," ujarnya. Saufi, bapa kepada enam orang anak pula mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari loji Lynas. Beliau juga memberitahu pernah mendengar keluhan penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan yang dialami mereka akibat kesan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia. "Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang," katanya. Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana pula, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya. Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan tempat tinggal nya jatuh menjunam. Lynas sebelum ini telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan kini sedang menjalankan projek itu yang dijangka siap pada September. Syarikat itu kononnya memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut tidak akan mengeluarkan radiasi, dan berbeza dengan loji Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992. Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan awam, Dr T Jayabalan, projek memproses nadir bumi itu tetap akan menjejaskan kesihatan awam apabila menghasilkan sekurang-kurangnya 20,000 tan sisa radioaktif setahun setelah beroperasi kelak. "Walaupun Lynas dan Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tahap radiasi lebih rendah, tetapi ianya akan berbahaya apabila terkumpul dengan jumlah yang lebih banyk. "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," kata Jayabalan. Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai istilah akan digunakan oleh industri bagi mengelirukan rakyat walaupun sedar akan bahaya radioaktif. "Sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk," ujarnya./KD |
Bongkar!! SB Lantik Pensyarah Universiti Posted: 19 Apr 2011 03:55 AM PDT KUALA LUMPUR - Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik. Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam."Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya. "Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," ujarnya. Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan. "Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Menurutnya, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB. "Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah," katanya./KD |
Panas!! Media Malaysia Bohong Kehilangan Enjin Pesawat TUDM Posted: 19 Apr 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008. Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan. Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media. Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional. Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu. "Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini," kata kabel itu lagi. Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan. Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar. Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith. Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri. Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF). Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak./KD |
PRU 13 Di Ramal Hujung Tahun Ini Posted: 18 Apr 2011 09:00 PM PDT Penganalisis bisnes meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan akhir tahun ini ekoran kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) Sarawak kelmarin. OSK Research juga mengekalkan pendiriannya bahawa BN akan mencatatkan prestasi baik di kawasan-kawasan yang ia tewas di Semenanjung pada pilihan raya umum 2008, yang akan memberikan sentimen kepada pelabur-pelabur pasaran saham. "Dengan BN kekal kuat dalam kuasa di Sarawak, kami terus menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan akhir 2011," kata OSK dalam laporan strateginya hari ini. "Kami juga terus mempertahankan pandangan kami bahawa pilihan raya umum harus menyaksikan pergerakan sentimen di Semenanjung Malaysia kembali kepada BN," kata laporan itu lagi. HwangDBS Vickers Research dalam laporan pasaran hari ini berkata ia menjangkakan pilihan raya umum paling awal akan diadakan akhir tahun ini. Bagaimanapun kedua-dua firma penyelidikan itu menekankan bahawa BN telah kehilangan keseluruhan asas di Sarawak dengan Pakatan Rakyat menambah kerusi Dewan Undangan Negeri hampir dua kali ganda. "BN perlu menilai sebab-sebab mengapa DAP berjaya untuk melakukan tembusan agak besar di kawasan-kawasan bandar," kata HwangDBS Vickers. Pasaran saham syarikat dijangka akan memperoleh manfaat ekoran kemenangan BN kelmarin. "Dengan kemenangan BN, kami menjangkakan kesinambungan dalam pelan pembangunan negeri perikatan itu," kata HwangDBS Vickers. Pasaran saham syarikat-syarikat yang ada hubung kaitan dengan BN mengalami peningkatan pagi ini dengan Cahya Mata Sarawak, yang dikuasai keluarga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud naik enam peratus untuk mencecah RM2.39 pada pukul 10 pagi. Naim Holding naik 4.5 peratus sehingga ke paras RM3.05 dan Dayang Enterprise pula mengalami kenaikan 3.6 peratus untuk mencecah RM2./TMI |
Video Seks Fitnah : Anwar Tetap Akan Di Dakwa Posted: 18 Apr 2011 07:00 PM PDT Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara. Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya. Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik./KD |
Kedi Wanita Sinonim Dengan Pelacuran Posted: 18 Apr 2011 05:00 PM PDT Kejayaan Jabatan Imigresen menahan 26 pendatang tanpa izin semasa mereka melaporkan diri bagi memulakan kerja sebagai kedi wanita di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya, Johor baru-baru ini bukanlah isu baru, malah sudah berlarutan sejak dua dekad lalu. Hampir kesemua kelab golf di Malaysia, terutama di Sabah menggunakan khidmat kedi wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara mereka; terutama daripada Filipina, Indonesia dan China sejak sekian lama, namun didiamkan sahaja; sekalipun kebanyakan pemain golf terdiri daripada Jusa dan Ketua Jabatan Penguatkuasa, Imigresen dan polis. Lebih menggelikan hati, kebanyakan mereka mendapat suaka daripada Jusa dan Ketua Jabatan Penguatkuasa kerana status mereka sebagai 'Gundik' dan 'Teman Penghibur Di Kala Sunyi' yang lebih kerap dipanggil 'Kekasih Gelap'; sehinggalah ada pihak yang tidak berpuas hati, terutama Kedi tempatan melaporkan kegiatan tertua di dunia ini. Isu hubungan akrab pendatang asing dan 'sepupunya' Jabatan Imigresen hanya terbongkar baru-baru ini setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan langkah bergayanya menangkap Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Timbalannya dan 'Tim Pemungut' dan mendakwa mereka di mahkamah; barulah Jabatan Imigresen mula menunjukkan minat untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan pegawai turus dan kakitangan mereka. Walaupun Kedi berkenaan ditangkap dalam 'Ops Kutip' dan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali kerana kesalahan tersebut; namun amat menghairankan kenapa majikan dan agen pekerjaan mereka terlepas daripada hukuman; terutama kelab golf yang menggaji mereka? Di Sabah, Pegawai Imigresen, terutama di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Sipitang, Lahad Datu, Tawau, Keningau dan sebagainya masih mengutip 'ufti' daripada warga asing terutama 'Kedi' Wanita yang bukan sahaja menjadi 'penyejuk di kala panas terik mentari' malah lubuk pemuas nafsu mereka. Tinjauan di Kelab Golf Tamoi, Lahad Datu dan Shan Sui, Tawau mendapati begitu ramai Kedi Wanita asing telah menjadikan kelab golf berkenaan sebagai 'Syurga Seks' kerana menjalankan kegiatan berkenaan secara terbuka; lobi melobi pelanggan semasa mengiringi pemain golf professional. "Kami melayan semua termasuk pegawai kanan polis, Imigresen dan menteri. Pengurus tahu apa yang kami lakukan, tetapi inilah tarikan yang ada dan kelab kami menawarkan pakej lengkap daripada Golf 18 Lubang kepada 'Hole in One'," kata seorang kedi, Yanti Agus sambil tersenyum./SK |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan