shalehudin |
- Lebih 1,000 terbunuh ditangan Gaddafi
- Petua cara mudah jadi popular
- Pakatan gagal...
- Hero DAP... haha...
- Jangan jadi ayam berak kapur... haha...
- Perjalanan hidup Bob Lokman
- Mudah keluar duit KWSP
- Ni yang kata malang tak berbau nih...
Lebih 1,000 terbunuh ditangan Gaddafi Posted: 19 Apr 2011 10:00 AM PDT SEORANG pemberontak memakai topi keledar melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan di tengah Misrata, Libya semalam. Lebih 1,000 orang dibunuh tentera Gaddafi MISRATA, Libya - Dianggarkan 1,000 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera di bandar Misrata apabila tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyerang lokasi itu dengan menggunakan kereta perisai dan penembak curi sejak enam minggu lalu, kata seorang doktor semalam. "Kira-kira 80 peratus kematian melibatkan orang awam," kata Dr. Khaled Abu Falgha yang bertindak selaku pentadbir di sebuah hospital utama di Misrata. Beberapa kakitangan perubatan menyaksikan kenaikan mendadak jumlah mangsa yang dibawa ke hospital pada minggu lalu. Mereka mengalami kesan tembakan di kepala dan leher yang menjadi sasaran utama penembak tepat. Sementara itu, enam lagi katil di unit rawatan rapi menempatkan sekumpulan lelaki yang ditembak oleh penembak curi yang ditugaskan ke seluruh bandar oleh tentera yang setia kepada Gaddafi. Khaled memberitahu semua 60 buah katil di hospital itu telah digunakan dengan sepenuhnya. Mereka yang cedera ringan dihantar pulang ke rumah selepas mendapat rawatan. Pada minggu lalu, ramai yang cedera ekoran penggunaan bom berangkai dan memerlukan beberapa anggota badan si mangsa dipotong. Doktor itu menunjukkan contoh-contoh senjata yang disimpan tentera Gaddafi di pejabatnya. Bom berangkai yang menyebarkan bom-bom kecil telah diharamkan oleh banyak negara. Setakat semalam Gaddafi masih belum mahu berundur sebaliknya masih bertegas mahu berkuasa walaupun setelah empat dekad beliau memerintah. Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi bermula sejak 15 Februari lalu ekoran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinannya. - Agensi |
Posted: 19 Apr 2011 08:58 AM PDT Timbalan KSU Belia dan Sukan hadapi tuduhan khalwat April 19, 2011 GEORGE TOWN, 19 April — Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, dikenakan tuduhan berkhalwat melibatkan pembantu peribadinya, di sini hari ini. Dia ditahan pihak berkuasa agama negeri bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, pada pukul 5 pagi Sabtu lalu. Salim didakwa di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b). Kedua-dua Salim dan Nur Diayana meminta mereka dibicarakan. Jika disabitkan kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda hingga RM3,000 atau hukuman penjara lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Hakim Mahkamah Syariah Rendah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pegawai itu ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel di Batu Feringghi. Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan seorang anggota polis. Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos lalu.- TMI |
Posted: 19 Apr 2011 07:56 AM PDT Pakatan gagal manfaatkan Youtube, Facebook; terus berangan tentang media baru? Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Walaupun saya belajar kejuruteraan selama lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (1981-86), namun saya boleh dianggap sebagai orang yang cukup "lembab" untuk menguasai teknologi baru. Semasa menyertai Harakah pada 1987, hatta untuk menggunakan perisian komputer yang paling mudah, iaitu sekadar untuk menulis bagi menggantikan mesin taip, saya "merangkak-rangkak". Dari segi aplikasi, seorang rakan sepejabat, lulusan sekolah Arab, lebih cepat memahami. Dunia ICT berkembang pesat dan cukup menakjubkan -- umpama sebuah revolusi. Sebagai wartawan dan kemudiannya editor, saya memang sering "ketinggalan keretapi". Ketika teriakan reformasi 1998 mengejutkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan seterusnya merebak ke seluruh negara, saya lebih banyak tertumpu di Harakah, majalah Tamadun dan kemudiannya menerbitkan sendiri, Detik. Bagaimanapun, saya tetap menjadi pencandu laman-laman web popular seperti Mahazalim, Mahafiraun dan Minda Rakyat. Sehinggalah apabila majalah Detik, yang saya sewa permitnya daripada seorang teman, diharamkan KDN, pada pertengahan tahun 2000, barulah ada idea untuk menerbitkanDetik versi online. Apa pun, saya akui saya tidak cukup stamina untuk mengendalikan sebuah laman berita, yang terpaksa memenuhi ketagihan luar biasa pembaca. Pelayar internet mahukan proses kemaskini dari minit ke minit. Mengenali beberapa webmaster, saya begitu mengkagumi dedikasi hebat mereka. Tenaga, masa dan wang dihabiskan tanpa memikirkan imbalan. Malah sebahagiannya langsung tidak dikenali walaupun oleh tokoh-tokoh yang mereka sanjung, mungkin antara lain, disebabkan mereka sendiri jarang menulis. Kuasa siber mengoncang keyakinan lama terhadap media tradisi. Pembolotan elit penguasa terhadap maklumat dipecahkan. Jika laman-laman web atau portal berita menjadi popular menjelang pilihan raya umum 1999, fenomena blog pula mempengaruhi suasana politik 2008. Tiba-tiba sahaja seorang blogger menjadi insan paling berkuasa; boleh menerbitkan apa saja idea tanpa suntingan dan tapisan. Namun bagi saya, isu utama masih kepada kandungan yang disiarkan, bukan sekadar pelebaran proses pendemokrasian. Jaringan internet membentuk komuniti tersendiri, yang tidak terikat lagi dengan undang-undang represif seperti Akta Mesin cetak dan Penerbitan. Ya, sesiapa saja boleh mencipta blog dan menulis tanpa sekatan, tetapi bagaimana dengan kualiti dan kesahihan kandungannya, serta kemampuan untuk mempengaruhi audien? Tanpa meremehkan ratusan ribu blog di Malaysia, yang menyiarkan pelbagai info dan cerita, soalnya, sejauh mana ia berupaya menjadi pengimbang kepada media yang dikuasai sepenuhnya pemerintah? Ada yang bertanya saya, mengapa keputusan pilihan raya 2004 begitu memihak BN, sehingga menguasai lebih 90 peratus kerusi Parlimen sedangkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat akses internet waktu itu berbanding pilihan raya 1999? Tidak mudah untuk saya meremehkan pengaruh media tradisi, seperti akhbar dan televisyen, yang kekal dikontrol Umno-BN, sekurang-kurangnya untuk PRU13 nanti. Saya turut ternanti-nanti kajian sistematik pengaruh media sosial seperti Facebook dan Twitter, yang menjadi kegilaan semasa, terhadap realiti politik, misalnya dalam pilihan raya Sarawak. Maaf, jika pemerhatian rambang saya tidak melihat jumlah pengguna FB yang melebihi 10 juta itu sebagai kuasa yang cukup menakutkan BN sekiranya mesej yang dikongsi di dalamnya kekal seperti sekarang . Malah, harus diingat, "senjata" yang sama juga boleh menikam Pakatan Rakyat jika strategi dan pendekatan politiknya masih tumpul atau tidak disokong oleh "keresahan rakyat". Revolusi Tahrir di Mesir atau Revolusi Jasmin di Tunisia bukan semata-mata dijayakan oleh media sosial tetapi digembleng bersama oleh kreativiti aktivisnya mengungkapkan kebobrokan dan kebejatan politik secara berkesan melalui FB dan YouTube. Media, baik baru mahupun lama, hanya "kenderaan" yang banyak bergantung kepada pemandu dan pemiliknya, bukan "mukjizat" yang dapat memastikan kemenangan memihak mereka yang dilihat lebih mendominasikannya. Kemenangan sesebuah parti bergantung kepada pelbagai elemen yang saling berkait. Banyak isu rakyat melengkari kehidupan seharian kita, yang sepatutnya dipersembahkan dengan begitu "menakjubkan" melalui media. Pengalaman saya mengetuai beberapa akhbar dan majalah menjadi bukti kesukaran mencari penyumbang berkualiti (juga mendidik wartawan berketrampilan terutama untuk melakukan laporan penyiasatan). Kita turut ketandusan penulis blog (terutama dalam bahasa Melayu) yang baik untuk dikongsi ideanya menerusi FB atau pembikin dokumentari pendek yang kreatif bagi dimuatkan dalam YouTube, seterusnya disebarkan melalui media sosial. Potensi YouTube memang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Bagi saya, ini satu kegagalan yang mesti ditangani segera. Ia tidak seharusnya diserahkan kepada usaha individu malah patut digerakkan secara bersepadu, dan menagih sumber yang besar. Propaganda TV hanya dapat disanggah dengan berkesan oleh slot YouTube yang dirancang rapi. Bagi saya, zaman TV masih belum berakhir, khususnya dalam era televisyen satelit ini. Kadang-kadang sudah terhidang pendedahan eksklusif seperti dalam laman Sarawak Report (sebelum diserang) tentang seribu satu kisah penyelewengan regim Taib Mahmud tetapi sukar untuk mencari berita mengenainya yang diolah semula agar lebih mesra-pembaca. Saya membayangkan alangkah baiknya jika ada sekumpulan editor berpengalaman, dengan bahasa mudah, ringkas dan tepat, menghidangkan semula koleksi pendedahan itu. Aneh sekali, apabila laman berkenaan digodam menjelang hari mengundi, koleksi artikel yang cukup bernilai tentang "kebusukan" regim 30 tahun Taib seolah-olah terkubur bersama. Ya, siapa yang begitu rajin untuk menelaah bahan-bahan yang bertaburan dalam blog, ibarat mencari "permata dalam lumpur", menyunting dan "membersihkannya" dan kemudian menyebar-luaskannya? Atau mungkin saya masih terikat dengan pengalaman lama seorang wartawan, yang sukar memahami mesej daripada arus deras ICT yang melanda ini! |
Posted: 18 Apr 2011 09:36 PM PDT Kenali jejaka yang menumbangkan George Chan... Kuek Ser Kuang Keng Ketika ditugaskan oleh presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk menghidupkan semula kelab parti itu di UK pada 2005, Ling Sie Kiong tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia akan menjadi seorang calon pembangkang. Lebih-lebih lagi - ketika berusia 28 tahun - dia berjaya menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan keua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu. "Saya bertemu Ong di Universiti Sheffield ketika saya mencari tajaan sebagai presiden kesatuan pelajar undang-undang Malaysia di UK," katanya dalam satu temubual melalui telefon, selepas kejayaannya itu. "Beliau mencadangkan saya menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Saya dan rakan-rakan menerima cabaran itu. Kami kemudiannya menubuhkan cawangan di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah lamanweb untuk kelab tersebut." Kelab juga berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari Umno dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di UK. Setiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar pandangan mengenai parti dan politik Malaysia. Bagaimanapun, Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, DatukHon Choon Kim. Ling juga biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP. Dari umur 14 lagi, dia dibawa oleh bapanya - seorang penyokong setia parti itu - untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu. "Saya bernasib baik kerana saya berpeluang menilai dan mengenai kedua-dua belah pihak. Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam BN." Selepas memperoleh ijazah undang-undang pada 2006, dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman pengerusi DAP Karpal Singh sebelum kembali ke Miri pada 2009. "Pada mulanya saya mahu berkhidmat di kampung halaman melalui khidmat komuniti. Tetapi selepas menilai landskap politik selepas pilihan raya umum 2008, saya mendapati parti komponen BN masih tidak mempunyai suara dalam kerajaan. Jadi saya memutuskan untuk tampil ke hadapan," katanya. Pada Hari Kekasih tahun ini, selain meraikannya bersama tunangnya, Ling mengisytiharkan dedikasinya kepada satu lagi 'cinta hatinya' - DAP - dan menyertai parti itu. "SUPP tidak mempunyai kuasa sebenar dalam kerajaan yang memerintah. Apa yang boleh saya buat jika saya menyertai mereka?" jawabnya ketika ditanya mengapa dia memilih DAP. "Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri." |
Jangan jadi ayam berak kapur... haha... Posted: 18 Apr 2011 09:00 PM PDT Penyokong PAS tidak perlu murung dengan Sarawak Mohd Sabri Said PERMATANG PAUH, 18 April: Para ahli dan penyokong PAS tidak perlu murung dengan kegagalan parti mereka mendapat sebarang kerusi di Sarawak kerana pilihan raya ini telah membuka satu lembaran baru untuk parti Islam itu di bumi Kenyalang. Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (gambar) menyifatkan kegagalan PAS memperolehi sebarang kerusi di Pilihanraya Sarawak pada 16 April lalu bukan bermakna PAS lemah. Tidak dinafikan sebelum ini PAS jarang bertandang di negeri tersebut tetapi menerusi Pilihanraya Sarawak PAS berjaya memaparkan aktiviti dan perjuangan yang bagi masyarakat di sana terlalu baru ekoran sudah terpahat lama pengaruh Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud. "Bagi saya PAS berjaya di sana untuk membuka lembaran baru. Maklumlah ia merupakan benda baru setelah lama terpahat pengaruh Taib Mahmud, " jelasnya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh kali ke 34 di Dewan Haji Yusuf Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh semalam. Justeru itu menjadi pengajaran bagi semua pimpinan PAS agar rajin turun padang melawat terutamanya Sabah dan Sarawak sebab di sana pengaruh PAS terlalu kecil. Walaupun PAS berjaya menubuhkan beberapa cawangan baru namun masih belum mencukupi untuk menguasai beberapa kampung tradisi menyokong Barisan Nasional (BN) tambahan lagi kawasan yang ramai diduduki oleh masyarakat Melayu berbanding Iban dan Cina. "Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik. Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, " terangnya. Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah. "Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya," katanya. Kekalahan PAS di Beting Maro dengan hanya 400 undi, di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu bukan tugasan terakhir PAS tetapi itu adalah jalan pembukaan kepada peranan PAS di masa depan, katanya. Sekaligus memberikan daya saing kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat agar menyusun jentera ke arah yang lebih terurus khasnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, tambah beliau. Di Semenanjung PAS mesti memaparkan kecemerlangan kerana pengaruh PAS kuat setelah membuktikan kejayaan pada pilihanraya ke 10 lalu. "Menjadi tanggungjawab kita semua menyatukan hati untuk bekerja dalam satu saf kepimpinan bukan mencari perpecahan yang nanti memberi ruang untuk musuh masuk merosakan perpaduan yang termeteri atas nama Islam, " tegasnya dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh. |
Posted: 18 Apr 2011 08:00 PM PDT |
Posted: 18 Apr 2011 06:40 PM PDT Oleh Shaarani Ismail Pencarum tidak perlu isi borang hanya bawa MyKad dan buku akaun bank KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada umur 50 dan 55 tahun serta yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh melakukannya secara mudah dengan hanya membawa kad pengenalan dan buku bank ke agensi itu. Tanpa perlu mengisi sebarang borang, pencarum boleh membuat pengeluaran di mana-mana kaunter KWSP dan kelulusan akan diberikan serta-merta selepas kelayakan pengeluaran disahkan. Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki MyKad boleh berbuat demikian, manakala pemegang kad pengenalan polis dan tentera atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama, perlu mengikut proses lama dengan mengisi Borang KWSP9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan akaun buku bank. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata inisiatif pengeluaran mudah itu diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran simpanan yang sebelum ini memerlukan pencarum mengisi borang dan mengemukakan salinan dokumen berkaitan. "Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, dengan jumlah pencarum yang semakin meningkat, adalah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan. "Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP selepas mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data," katanya. |
Ni yang kata malang tak berbau nih... Posted: 18 Apr 2011 05:43 PM PDT Lemas dalam kolam hiasan. Riduawan Che Man, 34, menunjukkan kolam ikan hiasan di mana anaknya Muhamad Amirul Wajdi (gambar kecil), berusia 14 bulan ditemui lemas di rumah mereka di Taman Teja, Changlun petang kelmarin. Muhammad Amirul dikatakan merangkak sebelum jatuh di dalam kolam sedalam 0.5 meter itu. - Foto Rahmat Othman |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan