Jumaat, 29 April 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Persoalan sumpah Anwar.

Posted: 29 Apr 2011 12:31 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna


Gua akui, gua memang takan larat nak fight fikrah dengan satu lagi medium. Yakni Anwar dan PKR selepas Hadi dan PAS. Cuma gua try la setakat ini dulu. Dan gua rasa gua akan terus fokus kepada Hadi dan PAS di celah2 masa untuk tuntutan keperluan hidup gua.

Atas falsafah apakah gua meminta Anwar bersumpah?

Gua meminta Anwar bersumpah atas falsafah beban yang ditanggung oleh media pro Pakatan Rakyat; sama ada rasmi atau sukarela.

Gua mendakwa 50% beban akan hapus apabila Anwar berani bersumpah. Seterusnya media pro Pakatan Rakyat akan fokus kepada isu2 rakyat. Kembali semula kepada isu rakyat. Bukan isu elitis.

Apakah dengan bersumpah, maka mereka akan stop menuduh?

Sama sahaja. Dalam premis UMNO 90% adalah golongan bodoh. Dalam premis PKR 90% adalah golongan bodoh. PAS juga begitu. Golongan bodoh gua maksudkan ialah mereka yang berjuang kerana jenama dan kerana tokoh.

1. Saiful sumpah dan Eskay sumpah dan Najib sumpah berjaya mengurangkan beban media BN sebanyak 50%. Keyakinan pengikut mereka bertambah. Tetapi sumpah mereka2 ini tidak akan menghentikan tuduhan anti-UMNO terhadap mereka.

2. (Jika) Anwar sumpah berjaya mengurangkan beban media PR sama ada rasmi atau sukarela sebanyak 50%. Falsafah utamanya, isu rakyat kembali menjadi perdana. Bukan isu elitis seperti Anwar. Gua nak isu Si Mat Temah yang miskin, isu Lynas, isu rasuah menjadi perbahasan media PR.

Tetapi, seperti mana golongan anti-UMNO yang tidak percaya sumpah Saiful, Eskay dan Najib, golongan UMNO juga tidak akan percaya kepada sumpah Anwar.

Anwar bersumpah sebab tak nak jadi munafik.

Lu tanya sendiri Anwar sebab apa dia tidak mahu bersumpah. Jangan tanya diri sendiri yang sedang meneka2 dan mencari jawapan akibat bebanan isu yang gua jelaskan tadi.

1.Adakah Anwar tak nak sumpah sebab takut jadi trend. Atau ini adalah alasan pengikut Anwar yang terbeban dengan hujah?

2. Adakah Anwar tak nak sumpah sebab sumpah adalah perbuatan orang fasik / penakut / manuafik. Minta Anwar berikan dalil untuk itu. Atau hanya alasan pengikut Anwar yang terbeban?

3. Adakah tak nak sumpah kerana jatuh hukum murtad. Atau hanya alasan pengikut Anwar yang terbeban?

4. Adakah Anwar tidak mahu bersumpah kerana jatuh hukum neraka. Atau hanya alasan pengikut Anwar yang terbeban?

Lu tanya sendiri Anwar sebab apa dia tidak mahu bersumpah. Jangan tanya diri sendiri yang sedang meneka2 dan mencari jawapan akibat bebanan isu yang gua jelaskan tadi.

Sumpah hanya di mahkamah.

[1]
Anwar perlu bersumpah bukan untuk membuktikan Anwar salah atau tidak. Sila rujuk kepada falsafah gua dalam bab sumpah ini. Walau kelihatan poyo, tapi perlu gua umumkan; gua tidak berjuang demi elitis. Mahkamah tajuk lain. Keperluan utama bersumpah tajuk lain.

Jika Anwar menolak untuk memperbetulkan persepsi, apa beza Anwar dengan Hadi Awang? Dalam demokrasi undi, penolak pembolehubah persepsi adalah primitif.

[2]
Sebelum ini 150% pengikut Anwar tidak percaya dengan mahkamah. DNA pun tidak mahu serah. Mereka tidak percaya kepada mahkamah. Apakah jaminan Anwar akan bersumpah seperti kehendak mahkamah dalam rekodnya menolak serahan DNA seperti kehendak mahkamah?

Mahkamah minta DNA - Anwar enggan.

Mahkamah minta bersumpah - ?

[3]
Pengikut Anwar dan Anwar sendiri adalah juara kepada desakan Suruhanjaya Siasatan Diraja. So, mengapa PKR dan Anwar tolak Suruhanraya Siasatan Diraja dalam kes seks ini? Takut kena batang hidung atau tiba2 tidak percaya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja?

Mengapa dalam video seks yang menyerupai Anwar, yang didedahkan oleh bekas rakan kamcingnya itu, Anwar dan PKR menolak untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja?

Gua tidak mahu pergi sejauh ini.

Gua tidak mahu dan tidak mampu untuk pergi sejauh gua melanggar Hadi, untuk Anwar dan PKR. Tetapi, LILLAHITAALA, desakan gua untuk Anwar bersumpah ialah untuk kembalikan media PR sama ada rasmi atau sukarela, mufti2, golongan agama, kepada isu rakyat.

Gua nak kembalikan Mat Sabu untuk Makcik Timah yang tidak boleh mengundi secara tiba2. Namanya hilang dalam daftar pemilih.

Gua nak kembalikan Saiful Islam, MAZA, Azhar Idus dan ulama neutral kepada Pakcik Abu yang mempunyai permasalahan agama.

Gua nak kembalikan TGNA kepada politik kepentingan rakyat.

Gua nak kembalikan suara Husam, Ku Li dan pimpinan Kelantan berkenaan royalti petrolium diambil peduli media PR.

Gua nak kembalikan gambar2, hebahan2, program2 wakil2 rakyat PR kepada rakyat di media2 PR.


Anwar perlu bersumpah untuk menguruskan persepsi.
Anwar perlu bersumpah untuk menghapuskan beban isu kepada media PR.
Anwar perlu bersumpah kembalikan mereka semua kepada rakyat.

Gua tidak beriman dengan jenama, gua tidak beriman dengan tokoh. Ya.. memang gua kasar, keras dan biadap. Tapi siapa yang lebih tahu dari Pencipta gua sendiri?

Mari tengok mereka2 yang beriman dengan manusia.

KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.- mstaronline



Bolehkah Islam di Malaysia tegak melalui 100% perwakilan PAS?

Posted: 28 Apr 2011 08:09 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

100% perwakilan PAS mungkin hanya 5 ribu dari 1 juta ahli PAS. 1 juta ahli PAS mungkin hanya secebis kek dari puluh juta dalam daftar pemilih 2011. Bolehkah Islam di Malaysia tegak melalui 100% perwakilan PAS?

1. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang salah sebagai pesaing sihat kepada Anwar?

2. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang terbukti gagal ketika mengurus kemenangan Terengganu hasil Fadhil Noor?

3. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang mengakibatkan Barisan Alternatif pecah?

4. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang sangat naive dalam isu2 teknikal seperti :
  1. Lynas / nuklear
  2. Royalti Petrolium
  3. Ekonomi / hubungan negara dunia ekonomi
Ambil contoh Lynas. Di mana Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS Pahang dalam bersama2 rakyat Pahang, Melayu, Cina dan India Pahang yang turun berkumpul dari serata Malaysia? Apabila 27 juta rakyat Malaysia melihat produk yang ditawarkan PAS naive dalam isu2 teknikal rakyat Malaysia, tetapi gedede dalam isu2 yang mereka fikir tidak melibatkan mereka (Wahabi, Syiah, Anti-Mazhab, tajwid).

Jika ahli dalam menjaga dasar, letakkan dia disitu. Jika ahli dalam umara, letakkan dia di situ. Letakkan sesuatu itu pada tempatnya adalah wajib. Wajib yang tidak dibuat adalah berdosa.

100% perwakilan PAS mungkin hanya 5 ribu dari 1 juta ahli PAS. 1 juta ahli PAS mungkin hanya secebis kek dari puluh juta dalam daftar pemilih 2011. Bolehkah Islam di Malaysia tegak melalui 100% perwakilan PAS?

5. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang gagal menarik sokongan baru dan lambakan pengundi baru?

6. Apabila perwakilan PAS itu meletakkan orang yang ditentang oleh golongan cendiakawan pro Pakatan Rakyat seperti Prof Aziz Bari, NGO2, student2 dalam dan luar negara?

Bolehkah Islam di Malaysia tegak melalui 100% perwakilan PAS; dalam keadaan perwakilan PAS berbaka ortodok seperti sekarang?

PAS misalnya, mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan usia penglibatannya di dalam caturan dakwah dan politik negara. Usianya yang senior dan tua itu menjadi kelebihan. Tetapi orang tua juga ada penyakitnya sendiri. Ketuaannya boleh menjadi punca ia sulit membuat perubahan, ketika perubahan menjadi faktor survival.

Artikel penuh : Saiful Islam

Jika PAS enggan tunduk kepada pembolehubah alam, tunduk kepada sistem alam, tunduk kepada sunnah Allah dalam menegakkan Islam di Malaysia ini; marilah kita doakan agar Allah hadirkan satu alternatif lain di mana kita boleh tumpanginya. Yang membawa kita selogik yang mungkin ke arah memperkenalkan / mendidik / menegakkan sistem Islam di Malaysia ini (mengikut kesesuaian yang mana datang dahulu).

Seperti AKP yang lahir dari ketuaan Refah. Wallahualam.

Tiada ulasan: