Addin |
- PRN Sarawak : Bongkar!! Skandal Jangkitan AIDS Di Sarawak..
- PRN Sarawak : Najib Tuntuya Di Telanjangkan Oleh Penduduk Padungan
- Betul Ke Ni.. Sarbani Pergi Ke SPRM Tanpa Di Panggil?
- PRN Sarawak : Bongkar!! Aset Anak Taib Mahmud Lebih RM 1 Billion..
- Awas!! Telur Tiruan Di Penang
- "Ahmad Sarbani Jadi Kambing Hitam", Kata Rakannya..
| PRN Sarawak : Bongkar!! Skandal Jangkitan AIDS Di Sarawak.. Posted: 07 Apr 2011 05:00 PM PDT It has been widespread gossip in Sarawak for well over a year. Now close family members have confirmed to Sarawak Report that the Chief Minister's younger son, Rahman Sulaiman, is suffering from the disease AIDS. Ianya telah menjadi buah mulut kebanyakan orang di Sarawak sejak selama lebih setahun. Kini, kaum keluarga yang rapat dengannya telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa anak lelaki Ketua Menteri, Rahman Sulaiman, sedang mengalami jangkitan AIDS. Like all right-minded people we sympathise with him and his family. No decent person these days would regard this widespread affliction as a stigma and many people from all walks of life are fighting the condition. Seperti kebanyakan orang yang berfikiran waras kami juga berasa bersimpati terhadapnya dan kaum keluarganya. Seseorang yang waras pemikirannya juga, pada masa kini, tidak akan memandang ringan terhadap jangkitan ini sebagai suatu stigma, dan ramai orang dari pelbagai gaya dan cara hidup berusaha memerangi situasi ini. Indeed, the good news is that at last modern science is getting on top of the virus and, given the right treatment, sufferers can lead a normal life without fear of an early death. Namun, kewujudan ilmu sains perubatan moden dapat digunakan untuk menangani jangkitan dan serangan virus maut ini, dengan adanya perawatan yang betul, para pesakit akan dapat menjalani kehidupan normal tanpa risau akan kematian awal. However, this is clearly why Rahman Sulaiman has taken the decision to leave Sarawak and base himself in Britain, where we photographed him arriving at one of the Taib residences last year. Family members have told us that Sulaiman tends to get depressed and "pessimistic" about his condition, but, in fact with this modern treatment he is clearly staying extremely healthy and well. Namun, inilah suatu sebab yang jelas mengapa Rahman Sulaiman telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak dan tinggal di Britain, di mana pada suatu ketika dahulu kami berkesempatan mengambil gambarnya ketika dia sedang memasuki kediaman mewah bapanya. Ahli-ahli keluarganya telah menceritakan kepada kami bahawa Sulaiman sering mengalami tekanan dan berfikiran negatif terhadap keadaan dirinya, tetapi, sebenarnya, dengan kaedah perubatan serba moden, dia didapati sihat dan sejahtera. Our recent expose of his Facebook pages shows just what a lively time he is having travelling around the world's ski resorts. He has declared himself completely fit and has complained about the criticism of him not being available to do his job as an elected representative of Parliament: Pada pendedahan yang kami buat suatu ketika dahulu di mana laman-laman Facebook Sulaiman memaparkan dia menikmati kehidupan yang sangat ceria, sambil menjelajah pusat-pusat luncur salji terkemuka di dunia. Dia telah mengumumkan bahawa dia sihat dan segar, sambil mengadu mengenai kritikan-kritikan mengenai dirinya kerana gagal ditemui atau tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen. Namun, bagaimanakah nasib para pengidap AIDS yang lain di Sarawak? However, our concern is over the real scandal about AIDS in Sarawak and Malaysia. The fact that thousands of other less well-connected sufferers from the disease are being either completely neglected or given the cheapest and most disgracefully out-dated treatment. Namun, apa yang menjadi kerisauan bagi kami adalah skandal sebenar mengenai AIDS di bumi Sarawak dan Malaysia, keseluruhannya. Sebenarnya, terdapat beribu-ribu pengidap penyakit ini yang lainnya kurang berpengetahuan mengenai jangkitan ini, yang, sama ada diabaikan atau diberikan kaedah perawatan yang termurah dan lapuk. According to our research, this oil-rich country is spending less on the well-being of its AIDS sufferers than some of the poorest African countries in the world. Berdasarkan kajian kami, negara yang kaya dengan minyak ini sering memperuntukkan perbelanjaan yang paling kecil bagi menjaga kesihatan dan kebajikan para pengidap AIDS di kalangan penduduknya, berbanding dengan negara-negara Afrika yang, antaranya, termiskin di dunia ini. Unbelievably, under the rules laid down by the Health Ministry, doctors here are still only allowed to prescribe so-called monotherapy (single agent) drugs to the vast majority of patients. This is known the world over to be a highly substandard, ineffective treatment. However, it only costs a nominal RM20-30 per patient per month, which is within the restrictive budget laid out by the government. By contrast, even in poverty-stricken Malawi and less well off Thailand, their governments are now finding the money to fund the modern triple therapy drugs(also known as Highly Active Antiretroviral drugs or HAART), which are known to be far more effective but cost around RM320 per month or RM3840 per person per year. Tanpa kita sedari, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, para doktor di Malaysia hanya dibenarkan memberikan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ubat mono-teraphy (agen tunggal) kepada kebanyakan pesakit mereka. Di seluruh dunia, rawatan sebegini dianggap sebagai tidak berkesan dan bersifat sub-standard. Namun, ianya berharga seminima RM20-30 untuk seorang pengidap sebulan, iaitu di bawah peruntukan perbelanjaan terkawal yang ditetapkan oleh kerajaan. Secara kontranya, negara Malawi dan Thailand yang tinggi paras kemiskinannya sedang berusaha memperuntukkan dana untuk mendapatkan ubatan jenis triple-therapy (yang juga dikenali sebagai ubatan "Highly Active Antiretroviral" atau HAART), yang terbukti lebih berkesan tetapi kos perubatannya adalah kira-kira RM320 sebulan, atau RM3840 seorang pengidap setahun Itis clearly beyond the means of indigenous tribes people living in the interiors of Sarawak and probably beyond the means of many ordinary Sarawakians (latest statistics from 2008 show that over 50% of new HIV victims were indeed housewives) to pay for HAART drugs. However this paltry sum is certainly not beyond the means of the government and Sarawak's chief minister Taib Mahmud. Ianya di luar kemampuan orang-orang asal yang tinggal ti pedalaman Sarawak, dan mungkin di luar kemampuan ramai orang biasa di Sarawak (perangkaan 2008 menunjukkan terdapat lebih 50% mangsa HIV yang baru dijangkiti merupakan kaum surirumah) untuk mendapatkan perawatan HAART. If official figures on HIV incidence are to be believed (although experts are certain they are much higher), providing free, safe and effective triple therapy to Sarawakians would only cost the state government RM430,080 per year. This is less than it the cost of the hire of just one of the 27 helicopters the CM has commandeered for electioneering over the next two weeks! In fact the RM1.2 billion profit that the Taib family-owned UBG bank made selling off RHB shares to the Employee Provident Fund in 2007 would pay for the entire treatment programme for the next two and a half thousand years! Jika perangkaan rasmi kes-kes HIV boleh diperolehi dengan mudah (walaupun para pakar yakin perangkaannya lebih tinggi), usaha memberikan perawatan triple therapy secara percuma, selamat dan berkesan kepada pengidap-pengidap di kalangan orang Sarawak, kosnya hanya melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM430,080 setahun. Jumlah ini jauh lebih murah berbanding membiayai sewa salah sebuah dari 27 buah helicopter yang diarahkan Ketua Menteri Taib Mahmud semasa pilihanraya kali ini! Sebenarnya, keuntungan RM1.2 billion yang diperolehi oleh bank UBG milik keluarga Taib setelah mereka menjualkan saham-saham mereka dalam RHB kepada KWSP dalam tahun 2007, mampu untuk membiayai program perawatan HIV di Sarawak dalam masa dua setengah ribu tahun lagi! It gets worse. Not only are these drugs ineffective. The deeply shocking information that has been given to us by concerned experts is that the out-dated mono-therapy drugs still being provided by Malaysia to poorer patients are now known to be counter-productive. They encourage virus mutation and cross resistance! The slightly more expensive triple therapy (HAART) drugs on the other hand have been proven to save lives and greatly improved health and life expectancy. It is a situation that surely beggars belief? Do BN's politicians really hold AIDS sufferers in such disdain that they are happy to hasten their demise for the sake of a few ringgit a year? Can it be that these rich YBs, who have done so well out of the state, are really so mean as to deny the chance of proper treatment to their fellow human beings – the constituents they are elected to serve? Adakah ahli-ahli politik BN menganggap kos rawatan pengidap AIDS sebagai suatu yang membazir wang kerajaan, dan menganggap kehilangan nyawa para pengidap itu jauh lebih murah? Adakah mereka yang telah menjadi kaya itu, dan dikira sebagai individu berjaya itu, bersikap kejam dengan menafikan peluang mendapatkan rawatan yang baik untuk orang yang senegeri dengan mereka – termasuk kawasan pilihanraya mereka sendiri? It is no wonder then that Rahman Sulaiman Taib has fled to the UK to benefit from the best treatment that money can buy. Yet, it is truly sad, also, that neither he nor his family of multi-millionaires and billionaires have lifted a finger to show they care about any of his fellow-sufferers in Sarawak! Maka, tidak hairanlah bagi kita setelah kita mengetahui bahawa Rahman Sulaiman bin Abdul Taib telah meninggalkan Sarawak untuk ke UK bagi mendapatkan rawatan yang paling berkesan mampu dibayar dengan wang mereka sekeluarga. Namun, apa yang menyedihkan adalah, tidak seorangpun di kalangan ahli keluarga mereka yang kaya-raya itu telah membuktikan bahawa mereka mengambil berat mengenai pengidap-pengidap lain di Sarawak yang senasib dengan Rahman Sulaiman! How the logging business has brought AIDS into Sarawak Bagaimana perusahaan pembalakan telah mempengaruhi kemasukan AIDS ke Sarawak This sickening state of affairs is made even more gut-wrenching by the probability that it has been the State Government of Sarawak's own policies of encouraging mass logging in the interior that has caused the explosion of AIDS among native populations, along with so many other sexually transmitted diseases. Tanpa disedari umum, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan Negeeri yang menggalakkan pembalakan secara meluas telah mencetuskan keberjangkitan AIDS di kalangan pendudukan luar bandar dan pedalaman di Sarawak, dan juga penyakit-penyakit menerusi hubungan kelamin yang lain. According to experts we have spoken to Imported timber workers, who have been in contact with foreign sex-workers, are the most likely cause of the spread of venereal diseases amongst tribes that previously had low infection rates. Menurut para pakar yang telah menemubual pekerja-pekerja pembalakan yang diimport, yang pernah berhubung dengan pekerja seks dari luar negeri, dianggap sebagai pembawa penyakit kelamin pada kaum-kaum asli yang dahulunya diketahui sebagai mempunyai kadar jangkitan yang rendah. The doctors challenge the official figures produced by the Sarawak Health Department on these diseases, because they say these are merely calculated from national statistics. According to Dr David McCoy, a Public Health Specialist with extensive understanding of the problem: Para doctor telah mempertikaikan perangkaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak mengenai penyakit-penyakit tersebut, kerana, menurut mereka, adalah perkiraan yang dibuat berdasarkan perangkaan kebangsaan. Menurut Dr David McCoy, Pakar Kesihatan Awam yang mempunyai pengetahuan yang mendalam akan masalah ini: "Public health problems such as HIV/AIDS can be common in communities and indigenous peoples when they are subjected to forced removals, re-locations and the destruction of their homes and lands. We see this in many parts of the world. In Sarawak there is the additional problem of the logging camps which has led to a high number of sexual assaults and rapes of local women. This is one of the reasons for the high numbers of HIV". "Masalah kesihatan di kalangan orang awam seperti HIV/AIDS mungkin dianggap biasa di kalangan komuniti-komuniti dan orang-orang asli setelah mereka terlibat dengan proses pemindahan, penempatan semula dan pemusnahan kediaman dan persekitaran mereka. Kita telah melihat akan perkara ini di tempat-tempat lain di dunia ini. Di Sarawak, terdapat masalah-masalah tambahan yang dibawa oleh kem-kem pembalakan ini, yang telah meningkatkan perangkaan serangan seks dan jenayah rogol ke atas kaum wanita tempatan. Inilah salah satu sebab meningkatnya bilangan kes-kes HIV". This makes the adamant refusal of BN's leaders in Sarawak to allow a proper investigation into the numerous complaints of rape against young tribeswomen and school girls by loggers doubly pernicious. Such attacks if not properly investigated and medically followed up could lead to the unnecessary deaths of these poor victims from one of the modern world's most dreadful diseases. Hakikat sebeginilah yang menghalang pemimpin-pemimpin BN di Sarawak dari membenarkan siasatan yang wajar bagi membuktikan aduan-aduan kes-kes rogol yang menimpa kaum wanita orang asli dan pelajar-pelajar sekolah oleh pekerja-pekerja pembalakan. Serangan-serangan ini, jika tidak disiasat dan diselesaikan sewajarnya boleh mengakibatkan kematian luar biasa di kalangan orang-orang asli dari dijangkiti salah satu dari penyakit merbahayakan di dunia ini. The doctors we spoke said that the Sarawak Health Department should provide evidence of a proper programme to determine the true level of AIDS in the State and to show that crucial early detection of the disease is being achieved. Para doctor yang telah kami temubual mengatakan bahawa Jabatan Kesihatan Sarawak seharusnya mengeluarkan bukti-bukti yang kukuh bagi mengenalpasti tahap sebenar kes-kes jangkitan AIDS di negeri berkenaan dan menunjukkan bahawa pengesanan awal adalah kritikal. Skandal jangkitan AIDS This is what we mean when we speak of an AIDS scandal in Sarawak. That a leader of the state, who has himself experience and understanding of this vicious disease through his own family, could on the one hand move heaven and earth to get the very best treatment for his son, while callously ignoring others who have the same affliction! Inilah yang kita maksudkan apabila kita bercakap mengenai skandal AIDS di negeri Sarawak. Bahawa seorang pemimpin negeri, yang beliau sendiri mengalaminya dan memahaminya menerusi kesengsaraan ahli keluarganya, mampu mencari penawar dan rawatan yang terbaik, di samping tidak menghiraukan ratusan nyawa yang lain, yang mengidap penyakit merbahaya yang sama!/SR |
| PRN Sarawak : Najib Tuntuya Di Telanjangkan Oleh Penduduk Padungan Posted: 07 Apr 2011 06:55 AM PDT Artikel ini aku maksudkan, apabila Najib Tuntuya ditelanjangkan oleh penduduk Padungan di khalayak ramai..ha..ha..ha..hidup Mongolia!!hidup Tuntuya!! - (Malaysiakini) Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya.Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat. Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu. "Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya," kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina. Turut berada di lokasi yang sama adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'. "Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri. "Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum. |
| Betul Ke Ni.. Sarbani Pergi Ke SPRM Tanpa Di Panggil? Posted: 07 Apr 2011 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian. Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham. Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari. Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. "Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu," kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam. "Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang," katanya. Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan. "Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi)," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi. Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan. "Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat," katanya lagi. Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B. "Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional," katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B. "Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik," katanya lagi. Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah. "Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya./TMI |
| PRN Sarawak : Bongkar!! Aset Anak Taib Mahmud Lebih RM 1 Billion.. Posted: 06 Apr 2011 11:15 PM PDT Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir Abdul Taib (berbaju hitam kiri) telah memilih seorang gadis sebagai isterinya yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta! Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30 peratus dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan! Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja meuar-uarkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi Dun yang mereka anggap amat selamat. Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu! Sikap yang buruk? Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai berkata, Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya. Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu. Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka. Aset-aset Abu Bekir Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan.Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati. Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera. Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu. Syarikat CMS Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud. Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu). Bagaimana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS! Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar! Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta. Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Kontrak yang berprofil tinggi Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu. Dasar 'kemajuan dan pembangunan' yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan 'lembu susu' bagi keluarganya! Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri 'payment in kind' (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)! Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini. Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar. Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam KeADILan, See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima. Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti! Harta-harta di luar negara! Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD. Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar. Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987. Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga. Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya! Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50 peratus dari keseluruhannya! Sarawak Cable Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36 pertus saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20 peratus. Harga saham yang terkini, yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta. Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro! Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan. Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu!/sr |
| Posted: 06 Apr 2011 08:00 PM PDT Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam. Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. "Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan. Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio. "Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya. Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu./ Bernama |
| "Ahmad Sarbani Jadi Kambing Hitam", Kata Rakannya.. Posted: 06 Apr 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi semalam. Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat. Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan. Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media. Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu. "Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti. "Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya. "Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah. "Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri. "Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi. "Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini. Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum. Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya. "Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional. Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu. Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi. Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia." "Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu. SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang. "Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari. "Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. "Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi. "Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi. Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat. "Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut. "Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini. "SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi./TMI |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan