Khamis, 7 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Rakyat Sarawak akan nikmati kemewahan jauh lebih baik di bawah PR

Posted: 07 Apr 2011 06:47 AM PDT


Rakyat Sarawak akan jauh lebih mewah berbanding rakyat di Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, jika menolak BN pada pilihanraya 16 April ini, kata Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata,  walaupun Selangor, tidak mempunyai hasil bumi sekaya Sarawak, rakyatnya boleh menikmati pelbagai skim secara percuma di bawah program "Merakyat Ekonomi Selangor" (MES).
Bercakap di depan lebih 100 rakyat dari kaum bidayuh di Kampung Rumeh dalam Dun Bau, Azmin berkata, walaupun kerajaan Selangor PR baru berusia 3 tahun, Pakatan Rakyat telah berjaya mengembalikan hak menikmati kekayaan hasil bumi kepada rakyat.
"Baru tiga tahun kita memerintah Selangor (sejak tahun) 2008, hari ini pendapatan negeri Selangor sudah melonjak pada RM1.6 bilion.
"Walaupun kita (kerajaan Selangor) tidak ada petroleum, kita tidak ada gas asli (dan) kita tidak ada balak; tetapi oleh kerana Selangor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang amanah, bertanggungjawab dan jaga kepentingan rakyat," ujarnya.
Berbeza dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuasa lebih 30 tahun, Azmin berkata BN dan Taib gagal menguruskan kekayaan hasil bumi untuk kepentingan rakyat.
"Sarawak, negerinya kaya (dengan) hasil mahsulnya berbilion ringgit. Bandingkan dengan Selangor, tak ada minyak tapi Sarawak ada minyak."
Justeru katanya, rakyat seharusnya berpadu mencipta sejarah pada hari buang undi, iaitu pada 16 April ini dengan menolak kesemua calon BN.
"Jangan lagi diperkudakan oleh BN, ajar mereka pada 16 April ini. Kamu bohongi kami (selama) 50 tahun, kamu pijak kami (selama) 50 tahun. Sekarang giliran kami pijak BN," ujarnya.
PKR meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak.

Politik tikam belakang adik beradik dan saudara

Posted: 07 Apr 2011 01:15 AM PDT

Muka utama laporan akhbar di Sarawak ialah : "Pilihan raya Pecah Rekod" - apabila pilihanraya ke-10 di Sarawak menyaksikan seramai 213 orang calon bertanding. Ramai.. paling ramai... rekod. 

Daripada jumlah itu, calon Bebas adalah yang paling ramai  iaitu 41 orang. Seangat ramai.

Selain itu untuk pertama kali juga (pecah rekod) tiada yang menang tanpa bertanding. Seringkali di Sarawak ada yang menang tanopa bertanding.

Secara amnya, sebanyak 27  DUN menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala di 44 kawasan lagi menghdapi saingan pelbagai penjuru.

Persaingan politik di Sarawak juga sering berlaku antara keluarga - sama ada sepupu atau adik-beradik terdekat. 

Di Balingian, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud dicabar oleh Dato' Salleh Jafaruddin. Mereka saudara dua pupu. Sewaktu Allahyarham Puan Sri Laila Taib meninggal dunia, Salleh menziarahi perkuburan Laila bersama-sama dengan Taib.


foto sekitar pilihanraya Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 12:28 AM PDT











UMNO TAK WUJUD DI SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 08:48 PM PDT


Sarawak is the only state in Malaysia where Umno has not established any presence. Within Sarawak itself, the talk is not so much if, but when Umno will make a grand entry, as it did in Sabah.
Now, the conditions seem riper than ever before for Umno's foray into that vast eastern state on the northern shores of the Borneo Island, as Sarawak is on the verge of plunging into a leadership vacuum.
The Chief Minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud, has been in power for slightly more than a quarter of a century in that resource rich territory. (Pardon me for mentioning him by name. His string of titles is too long to be cited in full for a column of limited length like mine.)
But Taib is in his 70s, and rumours of his ailing health have been rife like wildfire in Kuching. I have heard various versions of his struggle with his cancer problem within some part of his internal anatomy, but like a good Sarawakian, I will not spread the rumour further.

He had three front-runners for successors within his party, the PBB earlier on: Abang Johari, Adenan Satem and Effendi Norwawi. All three seem to have fallen out of his favour since then. He has yet to name an alternative candidate for party president and Sarawak CM. There is also nobody in sight who is more powerful, more charismatic, or more senior than the above mentioned three veteran politicians.
Here, the unique ethnic composition of Sarawak enters into the power equation. Since 1970, when Abdul Rahman Yakub (left) returned from his federal Cabinet position to Kuching, to assume the exalted office of the CM, it has always been silently understood that the highest political office in the state must be a Melanau, the ethnic community to which both Rahman and his nephew-successor Taib belong.
The Melanau people make up about 5% only of the state's population. Roughly half of them are Christians, and the other half are Muslims. They are mostly confined to the lower reaches of the Rejang Basin and along the neighbouring coast.
This racial sub-plot may be a moot point with political commentators from KL, but in Sarawak, it has sent off a ripple of undercurrent within the PBB. During past party elections, Malay leaders in PBB had quietly jostled for votes and party positions on the platform of restoring a Malay CM eventually in Sarawak. So far, they have not really succeeded.
One such past party senior leader, Abang Abu Bakar, left the PBB and tried to campaign for the entry of Umno into Sarawak, without avail. I count Abang Abu as my good friend and a good man, and am sad that he has since disappeared into the political wilderness.
All kinds of speculations run through the Sarawak grapevine of course. One version has it that the former PM and former Umno president Dr Mahathir Mohamad had reached an agreement with Taib in the 90s that as long as Taib is the Sarawak CM, Umno will leave Sarawak entirely in his charge.
I have also heard that this agreement has expired recently, and we do have a new PM and a new Umno president. One has to wonder about the authenticity of any report of such secret deals. It is meant to be secret, so how did it reach the grapevine? But then, the logic of such a deal does make a great deal of sense. Taib does have a lot of chips to play with, because he can deliver a big block of parliamentary seats to the Umno PM to shore up his position in national politics.)
Suppose we accept this scenario at its face value. Taib is bound to orchestrate his gracious and secure exit from Sarawak politics sooner rather than later. Powerful or meek, rich or poor, all men are subject to the immutable natural law of ageing and dying. This is really the time for him to settle the succession problem. That he has not done so does not bode well for the future of Sarawak.
His problem is typical of all political strongman of course. Having consolidating his position of absolute leadership within the BN and his own PBB by a long process of divide and rule, he has ensured nobody is strong enough to challenge him. In the end, nobody is strong enough to replace him once he is compelled by nature to retire, in one way or another.

Awas: Telur palsu

Posted: 06 Apr 2011 05:30 PM PDT

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).


CAP telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Bagaimanapun kisah telur ini telah saya tulis kira-kira setahun lepas dalam Perakite. Berikut laporan mengenai telur berkenaan.

China memang terkenal dengan pelbagai perkara aneh, termasuk ler dalam hal ehwal pemalsuan produk dan yang terkini ialah mengeluarkan telor palsu. Ye ler telor palsu, sama seperti telor original...boleh digoreng, digulai dan dimasak. 


Ia antara menu terpopular masakan palsu di negara itu.


Untuk membuat telor palsu ini, tujuh bahan kimia diperlukan iaitu antaranya Kalsium Karbonat, kanji, resin dan alum. Selepas diadun, bahan ini dimasukkan ke dalam mould/sarang berbentuk telor. Pewarna kemudian dititiskan.

Kuning telor juga dibentuk dalam sarang/mould dengan mengunakan bahan khas yang jmengandungi kalsium klorida. Selepas dicampurkan sedikit pewarna kuning, maka ia kelihatanlah seperti kuning telor sebenar.

Selepas dibuat putih telor dan dimasukan kuning telor ke dalam sarang/mould itu, ia dibiarkan membeku membentuk menjadi seperti putih dan kuning telor, selepas itu ia direndamkan ke dalam lilin parafin dan kalsium karbonat berulang kali, sebelum dibiarkan mengering. Jadi ler sebiji telor.

Telor palsu ini mudah pecah, tapi ia nampak betul-betul seperti telor.

Semasa digoreng, telor ini sama seperti telor biasa kecuali ada ler buih-buih terbentuk. Ada yang kata telor palsu ini lebih enak dari telor original. 

Rais mohon lanjutan masa kes laporan membabitkan amah dirogol

Posted: 06 Apr 2011 03:18 AM PDT

Datuk Seri Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan penulis Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah yang disifatkan berunsur fitnah dalam blog Sharpshooter.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 2 Feb, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau. 

Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto paintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana akalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau ana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi nter parte. 

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga nggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah erkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam akalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol an berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur itnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara eribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

Bomoh kepada Taib Mahmud diserang..,?

Posted: 06 Apr 2011 01:33 AM PDT

bomohPusat penamaan calon N51 DUN Balingian kecoh apabila calon Salleh Bin Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak. 

Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang.

Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui. 

PAS DINAFIKAN KEMENANGAN KERUSI MUARA TUANG ?

Posted: 05 Apr 2011 10:25 PM PDT

PAS dinafikan kemenangan oleh SPR apabila TIDAK DIISYTIHAR memenangi TANPA BERTANDING kerusi N15 DUN Muara Tuang meskipun dengan jelas calon BN, iaitu adik Taib Mahmud tidak menyerahan dokumen pencalonan yang lengkap.


Calon PAs ialah Puan Noraini Hamzah.


PAS telah membuat bantahan tiga minit sebelum tamat tempoh masa bantahan iaitu jam 11 pagi ekoran calon BN DS Mohammad Ali Mahmud tidak menyertakan dokumen penyata perbelanjaan/kewangan semasa beliau bertanding pada PR 2006.


Mengikut Akta Pilihanraya, ia menjadi kemestian bagi seseorang calon untuk menyertakan penyataan kewangan berkenaan apabila menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihanraya.

Sehingga ini jam 1 petang, pengurus pilihanraya Mohd Aini Mohamad tidak mengumumkan mestipun jelas menunjukkan kemenangan telah berpihak kepada PAS di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan itu mengikut perundangan.

Adalah dilaporkan bahawa calon BN, iaitu Dato Seri Mohamad Ali Mahmud telah diberi waktu "tambahan" untuk mendapatkan penyata perbelanjaan pilihanraya berkenaan, sehingga diserahkan kepada Pengurus Pilihanraya pada kira-kira jam 1 petang, iaitu telah melebihi waktu bantahan. 





Foto sekitar kucing

Naib Presiden Dato Mahfus Omar dan PJ PAS Perak Ustaz Abu Bakar menerima borang penubuhan cawangan PAS pada satu majlis di Muara Tuang malam tadi.


Perang bermula..Pakatan siap siaga

Posted: 05 Apr 2011 03:09 PM PDT


Cuaca pagi ini di Kucing amat baik. Tenang. Tiada kesibukan di sekitar jalanraya yang seolah tiada apa yang besar sedang berlaku, walaupun hari ini adalah untuk pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat akan menetakkan calon di hampir kesemua kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Semalam berbondong-bondong tiba barisan pimpinan Pakatan Rakyat, kesemuanya kelihatan berada sekitar Kucing.Yang kelihatan ialah Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali, pimpinan PKR Dato Mansor Othman dan dua Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar dan Salehudin Ayob.

Barisan Petugas dari Kelantan, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dari pelbagai komponen parti Pakatan Rakyat juga tiba bertali arus di Lapangan Terbang Kuching.  

Dato presiden Pas TG Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin dikhabarkan telahpun berkampung beberapa hari di sekitar lima kawasan yang ditandingi Pas. 

Kebanyakan yang tiba bertanyakan status potensi kemenangan, yang bercampur baur antara kesungguhan menumbangkan Barisan Nasional. Khabarnya isu-isu Nasional bukan menjadi fakta penarik kempen di sini, kecuali hal-hal berkaitan dengan masyarakat setempat. Kemunduran dan kebajikan rakyat Sarawak yang dilihat mempunyai lompang luas antara dua kelas masyarakatnya.. yang kaya raya dan miskin kedana.


PJ PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau menerima watikah dari TGHH



Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang


Calon Tanjung Datu


Abang Ady calon Saadong Jaya


Presiden telah menyampaikan amanat kepada lima calon PAS di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Beliau berkata, calon memikul amanah dan wajib memeliharanya, serta sesiapa sahaja yang mengkhianati amanah, pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.



PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang. PAS berpotensi memenangi sekurangkurang tiga daripada kerusi ditandingi.


Mengikut sumber DAP pula berpotensi besar untuk terus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihanrayalepas di kesemua kawasan bandar yang ditandinginya, malahan akan memenangi beberapa kerusi lagi kerusi baru, manakala PKR akan banyak berhadapan tugas berat untuk menentang BN, khususnya.

Tiada ulasan: