Khamis, 7 April 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


APA NAK JADI DA....

Posted: 07 Apr 2011 09:05 AM PDT


Apa nak jadi da...soalan ini bermain di fikiran apabila melihat wajah pegawai KASTAM yang di temui mati di bangunan SPRM.Rasa sediah pun ada bercampur keliru dengan apa yang berlaku.Setelah TEOH BEN HOCK kini pula SARBANI,apakah yang berlaku sebenarnya?persoalan ini tidak pernah terjawab walaupun telah di dedahkan oleh beberapa blog sebelum ini mengenai TEOH BEN HOCK.

Jika diikuti temubual yang di jalankan oleh MALAYSIAKINI terhadap beberapa rakan SARBANI,amatlah mustahil SARBINI bunuh diri.Di katakan SARBANI menjadi seorang IMAM ketika solat di WISMA dan di anggap orang yang baik dan di senangi kakitangan KASTAM.

Di ceritakan oleh seorang sahabat mengenai sebuah negara MISKIN iaitu SOMALIA,di negara tersebut juga mempunyai pemimpin yang beragama ISLAM tetapi sering berlaku 'orang hilang'.Maksudnya orang yang di lihat lantang mengkritik KERAJAAN akan di hapuskan,mungkin ia tidak mengenal usia.Mendengar sahaja apa yang di ceritakan membuatkan hati terdetik,adakah MALAYSIA akan sampai tahap yang sebegitu?ahhh harapnya tidak.

Di khabarkan juga PEGAWAI KASTAM mogok sehinggakan POLIS terpaksa mengambil alih WISMA KASTAM.Nak tunggu TV3 keluar berita ini memang tidak ada jawabnya.

LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP HARAPAN

WAJAH PEGAWAI SPRM YANG MENINGGAL DUNIA DI BANGUNAN SPRM

Posted: 06 Apr 2011 11:42 PM PDT


Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi. -TMI

Anwar yakin Pakatan akan buat kejutan di S'wak

Posted: 06 Apr 2011 10:39 PM PDT


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya Sarawak yang ke-10 berlangsung pada 16 April ini, lapor TV Selangor.

Sehubungan itu, beliau menggesa jentera parti supaya turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihan raya jika mahu kemenangan direalisasikan.

"Setiap calon-calon Pakatan itu adalah calon kita. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Ini merupakan semangat muafakat dan strategi kempen yang perlu diatur supaya tiada mana-mana kawasan pun yang tertinggal untuk mendapat maklumat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya Sarawak kali ini. Sehingga kini, di kebanyakan tempat, calon kita tidak hilang atau dibeli dan Barisan Nasional tidak menang percuma," katanya semasa melawat bilik gerakan PKR dan DAP di pekan Limbang, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat pusat penamaan calon di Dewan Tertutup Limbang bersama calon Batu Danau, Dr Lau Liak Koi.

Anwar juga dijadualkan bertemu masyarakat Iban di rumah Panjang Lubok Simpor dan Jembatan Lubai dekat Lubai Tengah, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, masih ada lagi kawasan yang perlu digempur, terutamanya di kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Melayu Islam.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah penumpuan di kawasan Melayu.

"Berbanding orang Dayak dan Bidayuh yang menunjukkan sokongan padu, orang Melayu perlu diberikan keyakinan.

"Mulai sekarang, tiada masa untuk rehat kepada kita. Kita perlu bergerak terus untuk mencapai kemenangan," kata Anwar.

Penamaan calon semalam menyaksikan semua kerusi di DUN Sarawak ditandingi oleh BN dan ditentang hebat oleh Pakatan Rakyat dan parti lain.

Sebanyak 213 calon bertanding - jumlah paling ramai dalam sejarah pilihan raya negeri

Tiada ulasan: