Ahad, 3 April 2011

Addin

Addin


Bongkar!! Kekayaan Wanita-Wanita Aristokrat Sarawak

Posted: 03 Apr 2011 05:00 PM PDT

Terdapat segelintir kaum wanita Sarawak telah menceburkan diri mereka dalam perladangan menurut rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah. Mereka ini juga mempunyai jaringan perniagaan dan hubungan kekeluargaan yang baik dengan orang penting di Sarawak.Sebagai contoh Datin Theresa Toyat, yang bersaudara dengan Ketua Menteri. Theresa juga adalah isteri bekas Setiausaha Negeri Sarawak, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sebuah syarikat yang menguruskan SCORE (konsep pembangunan hasil cetusan idea Taib), Wilson Baya Dandot.


Sebagai seorang yang menjawat jawatan yang amat penting, Wilson Baya seharusnya mengelakkan diri dari terjebak dalam konflik kepentingan, maka sebab itulah sebuah ladang yang terletak jauh di kawasan Baram itu didaftarkan di bawah nama isterinya, Theresa?Theresa juga pemilik berjaya kepada syarikat Saredah Sdn Bhd (di mana syarikat tersebut digunakan sebagai alamat syarikat Amazing Green). Saredah adalah syarikat pencucian dan telah berjaya meraih banyak kontrak yang mengendalikan kerja-kerja pencucian dan pembersihan bangunan dan pejabat kerajaan!

Maka, kita tidak sukar memahami kenapa ramai orang di Sarawak mengadu tidak berpeluang menjalankan perniagaan atau mendapat kontrak sedemikian tanpa mempunyai talian persaudaraan dengan keluarga Taib Mahmud atau kroni-kroni mereka! Ambil wanita-wanita perladangan terkemuka di Sarawak, Raziah dan Eliah Geneid sebagai contoh – adik dan anak saudara Taib sendiri.

Anak-anak perempuan Tun Rahman

Seorang lagi kaum hawa yang diketengahkan adalah pemilik ladang, Fatimah Abdul Rahman. Menurut rekod-rekod pendaftar tanah, Fatimah telah mendapat kawasan perladangan yang amat luas di Sri Aman.
Fatimah merupakan anak perempuan kepada mantan Ketua Menteri dan juga mantan Tuan Yang Terutama Tun Rahman Ya'kub, yang telah berbaik-baik semula dengan anak buahnya, Ketua Menteri semasa, dan diketahui cuba mengangkat seorang lagi anak perempuannya, Norah, untuk menjadi pengganti Ketua Menteri nanti!

Norah adalah Ahli Parlimen di Kerajaan Persekutuan untuk kawasan pilihanraya Tanjing Manis, yang mana Taib merancang untuk menjadikan tempat itu sebagai sebuah kawasan perindustrian, yang memfokuskan pandangan jauhnya untuk mencipta sebuah 'hab daging halal' antarabangsa.
Ini telah dirancang setelah Ketua Menteri membuka suatu kawasan seluas 77,000 hektar baki hutan bakau, yang dikatakannya sebagai 'kawasan pertanian yang paling murni'!

Dengan mencampur-adukkan politik dan perniagaan, Taib telah mendapati berbaloi melantik Norah sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Industri Tanjung Manis, sebuah inisiatif biayaan kerajaan negeri yang mengendalikan hab halal itu.

Maka, apakah kaitannya antara perniagaan persendirian, inisiatif-inisiatif negeri dan kepentingan keluarga Taib di Sarawak? Jika diperhatikan, tiada, kerana jika kita ingin mendail nombor telefon yang berdaftar pada nama Fatimah berdasarkan rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah, kita akan disambungkan ke pejabat syarikat Tanjung Manis Halal Hub Sdn Bhd, yang dikendalikan oleh Norah!

Bomoh-bomoh juga!

Baru-baru ini kami pernah mendedahkan suatu bentuk pengaruh wanita di Sarawak, iaitu suatu kuasa yang terjana dari Bomoh Stella, yang pada suatu ketika, diletakkan sebagai penasihat kepada Taib yang boleh dipercayai. Jika ada sesiapa di kalangan pembaca ingin mempersoalkan peranannya dalam keluarga Taib, kami memaparkan gambar keluarga yang diambil pada tahun 2003. Dalam gambar tersebut hanya Stella sahaja yang bukan datangnya dari keluarga tersebut. Gambar ini diambil sebelum Stella mewarnakan rambutnya putih bagi menjadikannya bergelar 'bomoh berambut putih'!/sr


(Gambar) Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tapah Ke 24

Posted: 03 Apr 2011 05:00 AM PDT

Dr. Syed Azman bersama Naib YDP(kiri) dan mantan YDP Kawasan Tapah (kanan)









Pimpinan DAP Tapah (No. 1 dan 2 dari kanan)



Dari kanan Dr. Liew (Tim. Ketua Cabang PKR Tapah), Sdr.Apalasamy(DHP PASTapah) dan Sdr. Rahim Bani (Ketua Cabang PKR Tapah)

Dr. Syed Azman menerima cenderahati dari YDP Kawasan Tapah

YDP ketika berucap perasmian


Dr Syed Azman ketika berucap perasmian

PRN Sarawak : 6 Kampung Akan 'Mengamuk' Pada Taib Mahmud

Posted: 03 Apr 2011 02:00 AM PDT

SERIAN -  Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak. "Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini. Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh. "Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan. "Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN," tegas Daud./kd


Usaha Terdesak Kerajaan Be End Mahu Sekat Pelajar Ke Al-Azhar

Posted: 03 Apr 2011 12:00 AM PDT

PAS kesal terhadap keputusan Kementerian Pelajaran mengenakan syarat baru yang menyukarkan pelajar hendak belajar agama di Universiti al-Azhar, Mesir. "Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebelumnya, kata beliau kerajaan telah membatalkan program berkembar tiga tahun di Malaysia, setahun di Azhar.

Katanya, kerajaan juga membatalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah atau pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebaliknya meminta supaya Al-Azhar hanya mengiktiraf sijil STAM sahaja. "Tindakan ini dibuat sebagai usaha hendak menyekat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar," ujarnya.

Katanya, kerajaan sedar pelajar yang belajar agama di Universiti Azhar di mana 90 peratus tidak menyokong Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar parti itu. Soalnya, apakah kerajaan hendak berniaga pula dengan pelajar untuk belajar agama dengan mengadakan kursus bahasa Arab berbayar, alasannya kerana lemah menguasai bahasa Arab sedangkan kos belajar di Azhar seolah-olah percuma sahaja.

Menurutnya, seperti sedia maklum mereka yang belajar di Azhar, kebanyakan daripada keluarga miskin kerana kos hidup begitu murah berbanding dengan negara Arab yang lain./Hrkh


SPR Cadang Guna Kaedah Biometrik

Posted: 02 Apr 2011 10:33 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji kaedah penggunaan biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata, kaedah itu didapati mampu mengesan sekiranya berlaku pengundian berganda selain dapat menjamin ketelusan, namun pelaksanaannya perlu kajian mendalam memandangkan ia membabitkan kos yang tinggi.


"Itu tidak bermakna kaedah sedia ada tidak relevan, selamat serta menjamin ketelusan pengundian yang dilaksanakan meskipun terdapat tuduhan bahawa berlakunya pengundian berganda. "Sehingga kini tidak ada satu pun kes yang melibatkan petisyen pilihan raya dan dibawa ke mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda," katanya ketika ditemuramah BERNAMA dan RTM di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, SPR pernah memperkenalkan penggunaan dakwat kekal untuk Pilihan Raya Umum ke-12, bagaimanapun terpaksa dibatalkan cadangan penggunaannya atas sebab-sebab keselamatan.

"Cadangan itu (penggunaan dakwat kekal) juga bercanggah dengan Peruntukan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi, bermakna hak itu tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang," katanya.Mengulas mengenai pembersihan daftar pemilih daripada senarai pemilih yang meninggal dunia, Abdul Aziz berkata SPR setiap hari melakukan proses pembersihan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, SPR tidak boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu tanpa mendapat maklumat yang sahih dan maklumat itu hanya dapat diperolehi daripada JPN. Justeru, katanya, SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk melaporkan kematian kepada JPN.

"Apa yang berlaku sekarang ramai waris yang tidak melaporkan kematian dan sering berpendapat permit kubur yang diperolehi daripada polis adalah sijil kematian sedangkan sijil kematian itu hanya boleh dikeluarkan oleh JPN.

"Isu inilah yang sering dimainkan pihak tertentu kononnya wujud pengundi hantu sedangkan SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih," katanya. 


PRN Sarawak : Lahir Tahun 1880 Masih Dalam Daftar SPR

Posted: 02 Apr 2011 09:35 PM PDT

SIBU - Walaupun dilahirkan pada tahun 1880 dan sudah lama meninggal dunia, Mohamad Mahli Sulong masih dalam senarai daftar pengundi untuk pilihanraya negeri Sarawak bulan ini, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan.Sibu Election Watchers (SEW) berkata kes Mohamad Mahli adalah contoh terbaru untuk membuktikan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya masih belum dikemaskini.


Jurucakap SEW, Wong Meng Chuo berkata Mohamad Mahli disenaraikan sebagai pengundi untuk N49 Nangka dan tempat mengundi beliau adalah SK Perbandaran Sibu No. 3 at Jalan Bandong.Pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu, SEW mengesan 208 pengundi yang dilahirkan lebih seratus tahun lalu namun masih dalam daftar pengundi SPR, akhbar The Star melaporkan.

Justeru, SEW menolak jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa daftar pengundi SPR sudah "dibersihkan." "Kita kesal kerana SPR masih belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Kami percaya daftar pengundi yang bersih amat penting untuk memastikan pilihanraya berjalan secara adil dan bebas," tambah beliau./Tvs


Najib Tuntuya Tiada Moral..

Posted: 02 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.


Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.

"Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional. Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.

"Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat. "Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?" soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri. "Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik," tegur beliau./Hrkh


Tiada ulasan: